Sunday 31 March 2013

Approaching Him_7


          “Cute gila la Hero yang kedua tu.. Aku suka gila tengok muka dia.” Tas buat muka kucing miang sambil kakinya digoyang-goyang kedepan belakang. “Walaupun rambut cendawan.. perangai dia pun cute tau!”

           “Uiiitt!! Tu hubby aku eh, kau jangan nak suka lak!” Fika buat muka tak puas hati. “Kitorang dah buat ikatan sehidup semati tau!”

           “Ehh, aku punya la!” Tas mencucuk-cucuk bahu Fika.

           “Wei kalau korang mengaku wifey dorang sekalipun, Sampai kiamat pun tak kan bersama la.” Zain menyampuk dari jauh.
               
         “Eh, eh, ada gak yang jelous tak bertempat ngan aku ni.. Zain kalau kau kacak macam mamat Korea.. Aku dah lama dah pinang kau, tahu?” Kaira yang join sekaki geng gossip ni pun memerli Zain.
               
“Yang tak sunat tu gak taste dorang.. Haih.. Aku tak tahu la nak cakap apa.” Kim menyokong pandangan Zain tapi matanya dan jasadnya fokus pada soalan Add Math yang hampir menjadikan dia ‘Mad’ tu.

Ziq memandang kearah geng-geng yang tengah bergosip pasal cerita tahpape tu. “Lepak betul la korang ni... Trial MRSM yang miss suruh buat tu dah siap ke belum cik hakak oi?”

Erin menoleh kearah geng budak lelaki yang macam desperate nak siapkan soalan trial yang nak dibincangkan hari ni tu. “Tak tahu nak cakap apa, diam je la.. Sibuk je menyampuk orang bersembang. Soalan tu kitorang dah lama siap la.. Tu la buat kerja last minit lagi.”

Aku yang duduk sebelah tingkap ni hanya mampu buat senyum tawar tengok classmate aku bersembang. Lepas tu aku pandang arah luar balik sambil menongkat dagu. Tak ada mood nak join sekaki walaupun geng gossip tu tengah buat dekat tempat aku. Sembang pasal ‘Hana kimi’ Korea version.

Tak sampai dua bulan ni nak SPM dah, asyik hadap soalan negeri tah mana-mana, buku teks, buku rujukan je. Kerja makin berlambak. Otak pun makin biol. So, kalau cerita pasal orang hensem-hensem ni.. Bersemangat la sikit nak teruskan kehidupan. Kata diorang la.

                “Aku lagi suka yang Jap punya. Lagi realistik and not merapek like the Kor version.. bla.. bla.. bla... Apa pendapat kau, Ma?” Lily yang nak menyuap Tuna Maki menyoal Sara yang tak buka mulut dari tadi.

Tas yang duduk sebelah aku main poke poke bahu aku lepas tengok aku tak bagi apa-apa respond. Aku pusingkan kepala aku kearah diorang. Muka blur aku tunjukan, tak faham soalan diorang. “Yes?” Diorang tengah cakap pasal apa tadi?

                “Lerrr, Berangan dah sampai mana Ma? Iceland? Holland? Disneyland?” Fika angkat kening.

Sara senyum tawar dan buat-buat gelak. Nampak sangat tak ikhlas tu. “Mana-mana je la.. Aku nak keluar kejap eh..” Aku nampak muka diorang macam senyum tawar je dekat aku. Tak pe.. Korang tak yah la nak take care pasal aku.. Aku tak nak simpati dari sesiapa. Aku okay macam ni.

Aku baru je nak masuk tandas atau bahasa englishnya lavatory. Tiba-tiba je aku terdengar suara manusia mana entah sebut nama aku. Yang pasti nada perbualan diorang sangat annoying punya holy cow tahap blooding hell giler. Boleh jadi machai ni. Tuduh tak ada bukti.

                “..Kak Sara tu kan, I rasa patutnya biasiswa dia tu ditarik balik la.. I dengar result trial dia teruk gila!”

                “Bukan setakat trial teruk, balak dia pun sisihkan dia... Kawan baik dia pun I dengar pindah sekolah sebab perangai dia makin teruk lepas pakai tudung.”

                “Abang Edri tu bukan balak dia la.. Dia je yang syok lebih.. Menggatal nak mengorat orang kaya.. Dia kan commoner je. Eee.. please lah.. Kalau I jadi dia, dapat result teruk macam tu I bunuh diri tau.. Anak ikan ke apa? Dapat tajaan tapi stupid.”

                “Agaknya kan dia tiru best friend dia kut.. Provenya best friend dia kan pindah sekolah before trial.. Dia tak ada sesiapa nak tiru tu la dapat result teruk..”

                “Tu ke best student? Eeeerr.. Please la.. Kill yourself... Ann give me your gloss.. bibir I ni dah kering lak.”

Aku berdiri je dekat luar tandas tu. Aku tak tahu hati aku ni rasa apa... Sakit tak, sedih tak, gembira pun tak.. Aku pusing balik tukar arah nak masuk library. Kat situ umat manusia diam sikit, Malas nak mengumpat aku.. Dan aku rasa tak perlu la kut aku join diorang tu kutuk diri aku. Tapi macam tu eh pandangan diorang kat aku? Lain betul fakta yang aku dengar.

Aku bukak je pintu library aku nampak Coed betul-betul depan aku. Tangannya kedepan macam nak tolak pintu yang aku tarik ni. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Aku dah tak tahu nak cakap apa.

Coed senyum lebar tapi nampak gak la macam tak berapa nak ikhlas tu. “Sorry.” Coed memberi ruang kepada Sara untuk lalu masuk dulu sebelum dia nak keluar. Anak matanya macam sedih.

Sara macam terdiam tak tahu nak buat apa. Rasa awkward sangat. Yang sebenarnya kitorang bukan macam ni. Kalau la masa tu boleh patah balik.. Apa aku fikir ni? Kalau Bill Gates sanggup jadi pengemis beli masa dengan duit dia pun, masa silam tak akan pernah wujud balik. Tapi masa depan sentiasa ada..

“Thanks..” Aku jalan masuk kedalam lib. Aku nampak semua orang pandang aku lepas tu main bisik-bisik sesama diorang. Sama macam semalam lepas result trial ditampalkan dekat notice board. Aku malas nak ambil kisah. Nanti-nanti diam la tu. Aku ambil tempat duduk yang hujung sekali jauh dari makhluk hidup. Buku entah apa tajuknya yang aku main ambil tadi aku buka dan aku angkat terbuka menutup muka aku yang dah selamat sentuh meja berlapikkan tangan. Kelopak mata mula menutupi penglihatan. Selamat malam dunia.




Buku Physics tu aku tutup. Fast note aku dah siapkan untuk 5 chapter. Yun minta aku ajar dia subjek form 4 tapi sebenarnya aku tahu yang dia nak aku study fikir masa depan. Tak perlu la simpati dekat aku dek.. Aku patah-patahkan jari sambil mengambil nafas panjang dan aku hembus keluar.

Baru pukul 1 pagi.. Aku termenung sekejap memikirkan banyak benda yang berserabut dalam otak. Mai. Coed. Dan aku.... Aku bangun nak turun kedapur. Hilangkan rasa dahaga tapi aku terdengar lak suara mak ngan babah aku dekat ruang tamu.

Dalam dua minggu ni je aku selalu sangat pasang telinga dengar orang bersembang. Entah aku tak tahu kenapa. Sebab aku ni dah jadi sangat pendiam kut?
               
“... Jadi.. Lagi cepat lagi bagus.. Abang tak sanggup tengok Sara macam tu..” Suara Babah bercakap pada mak.
               
“Saya tak kisah.. Tapi Sara tu SPM.. bukannya senang nak tukar tempat exam.” Nada suara Mak macam risau akan sesuatu.

                “Kita guna orang dalam. Minta Sara ambil exam dekat Sarawak. Abang boleh settlekan benda tu.. Sayuti dengan Asyraf tu biar diorang habiskan exam dulu baru terbang.”

Sara memunculkan dirinya disebalik dinding yang dia sembunyi tadi. “Sarawak? Terbang? SPM dekat sana?” Berkerut -kerut dahi aku memikir. Suara aku pun dah mula tegang semacam. Kenapa kena bagi simpati dekat aku? Kenapa ibu bapa sendiri pun tak boleh percaya dekat aku? “Apa yang Babah maksudkan? Sara tak faham..” Menggeletar suara aku bertanya. Aku rasa aku macam faham yang sebenarnya.

                “Sara..” Wajah Mak macam terkejut dengan kehadiran Sara.

Babah memandang Sara lama sebelum membuka mulut. “Sara.. Sara duduk sini.” Babah menepuk permukaan sofa disebelahnya dengan tangan kanannya perlahan.

Aku genggam tangan aku kuat. Rasa geram. Aku diam sebentar. “Sara.. Sara mengantuk.. Sara nak tidur dulu..”  Aku terus naik bilik tanpa memandang orang tua aku. Agak kurang ajar disitu. Tapi aku rasa tu lagi baik dari aku memberontak. Aku rasa geram dengan semua orang..

Aku nak orang yang boleh memahami aku.. Bukannya simpati dekat aku.. Kenapa Mak ngan Babah kena bersusah payah untuk aku. Aku ni beban ke? Aku tak nak pindah Sarawak. Aku nak stay dengan kawan-kawan aku. Aku boleh harungi semua ni tapi aku just nak orang percaya yang aku boleh. Aku perlukan masa. Aku tengah cuba terima hakikat yang Mai dah tak ada.. Aku sedang mencuba.




Petang tu aku duduk lama menunggu dekat depan bus stop. Tunggu Babah datang ambil. Aku seorang je sekarang ni. Aku duduk pandang langit macam orang bodoh tak tahu nak buat apa. Kalau dulu kerja aku lepas habis kelas aku dok usha Alan lepas tu lepak dekat rumah Mai nak menunggu Tusyen time hari-hari tertentu. Malam baru balik rumah. Kalau tak ada Tusyen pun selalunya aku lepak dengan Mai and Coed dulu sampai pukul 5 lebih baru duduk sini tunggu Babah. Tak pun aku balik rumah, Si Coed tumpangkan aku.

Tapi tu dulu..

                “Yo?” Tiba-tiba je ada satu suara memecah sunyi. Dia senyum je.

Aku toleh kearah suara tu. Aku tak boleh nak senyum macam biasa dah. Tak boleh nak berdegup laju macam dulu. Tak boleh nak tak tentu arah macam dulu tiap kali jumpa dia. Nak rasa suka pun macam susah sekarang ni. “Yo..” Aku senyum tawar. Mamat tu duduk dekat hujung sana. Aku lak kat hujung sini. Cina pun pandai jaga jarak eh? Yang typical malays bukan setakat duduk sebelah-menyebelah sampai boleh rasa lemak orang sebelah, yang silang kaki sebelah-sebelah pun ada.

                “Lama tak nampak..” Alan senyum segaris. Bag pack warna merah diletakkan ketepi belah sana.

                “Awak pun nak simpati dekat saya ke?” Direct aku tanya. Aku dah malas nak layan simpati semua orang.

Dia gelak. “Haha.. Why must saya simpati dekat awak?”

Soalan dijawab dengan soalan. Mamat ni macam  baru balik dari sekolah. Baju kemeja putih yang dah terbuka menampakkan baju t-shirt DC warna putih yang dipakai pada bahagian dalam. Tie dah hilang kemana. Lengan disingsingkan.

Aku diam malas nak menjawab. Dia pun diam tapi bibir dia tak lekang dek senyuman.

Lagu ‘loser of the year-simple plan’ membisingkan suasana diantara kami. Lambat-lambat Alan mengangkat phonenya.

               “Saya dekat depan sekolah elite yang dekat dengan sekolah saya tu.. Hmm.. Tak pe saya tak kisah tunggu lama pun.. Hmm.. Sorry susahkan. Hmm.. Okay...”

Suasana diam semula. Dia main ketuk-ketuk tempat duduk tu guna hujung jari. Tap! Tap! Tiba-tiba je dia nyanyi lagu Because you live by Jesse Mc Cartney


Staring out at the rain with a heavy heart
It’s the end of the world in my mind
Then your voice calls me back like a wake up call
I’ve been looking for the answer
Somewhere
I couldn’t see that it was right there
But now I know what I really Know


Aku diam je dengar dia nyanyi. Sedap gila suara dia. Aku tak tahu pulak dia ada suara yang merdu and gentle like this. Dia pandang depan. Aku pun pandang depan menghadap jalan raya. Tapi sebenarnya aku fokus mendengar bait-bait ayat yang mungkin related dengan life aku sekarang ni.


Because you live and breathe
Because you make me believe in myself
When nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the sky


Memang nobody else can help selain diri kita sendiri.. Yang aku nak sekarang ni is someone yang boleh believe in me.


It’s alright, I survived, I’m alive again
Cuz of you, made it though every strom
What is life, Whats the use if your killed inside
I’m so glad I found an angel
Someone
Who was there when all my hopes fell
I wanna fly, looking in your eyes


Aku terdiam lagi. Memang sangat ada kaitan dengan aku. Apa gunanya hidup kalau dalam kita dah mati? Kita kena hidupkan balik dalaman kita. Kalau tak hidup ni penuh dengan hipokrit dan  jadi macam robot.. Emotionless.. Macam aku.. Aku pejamkan mata rapat buat seketika.


Because you live and breathe
Because you make me believe in myself
When nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the sky
Because you live, I live..


                “Wake up call ke?” Aku senyum segaris tapi tak ada perisa apa-apa pun.

                “Kinda..” Dia angkat bahu sekali. “You need to go on.. Hidup ni bukan macam game. Kalau salah kita boleh redo, boleh replay..”

Aku pandang dia sekali. “Awak tahu ke probs saya?”

Dia geleng kepala. “Apa-apa pun back to diri sendiri..” Dia senyum kearah aku sambil sengetkan kepalanya sikit. Cute je gaya dia. “Kita yang create cerita hidup kita.” Dia senyum lagi sambil menutup mata. 

Boleh cairkan sesiapa je yang memandang...

Waaa!!! Merah terus muka aku. Waaa!! Malunya aku. Apasal dia ada dekat sini? Macamana aku boleh bersembang dengan dia ni? Apasal dia ramah semacam ni? Waaa!! Malunya aku!!

Sara terus menutup mukanya menggunakan kedua belah tangan. “Dream only.. Dream only.. Sara  ni just mimpi je..” Sara terus menutup mata sambil mencubit pipinya kuat. “Ouchhh!!” Sakitnya.

Alan gelak je. Kuat pulak tu. “So, nama awak Sara la eh?”

Ehh.. Real la.. Malunya aku.. Aku pandang tempat lain sambil mengangguk. “Pu.. Puteri Sara Auni.” Automatik aku menjawab tanpa berfikir.. Ehh? Apsal dengan baik hati, hempedu, jiwa raganya aku bagi nama penuh aku ni? Waa.. Malunya. Otak aku dah tak boleh fikir apa. Yang pasti jantung aku berdegup laju macam tengah lumba race need for speed. Macamana dalam tak sampai 10 minit aku boleh change jadi orang berperasaan ni?

                “Ooo a princess?” Dia tahan gelak. “So, princess.. What makes you going down like this?” Dia senyum lagi.

Kerongkong ni rasa macam baru lepas makan pasir lak. Waaa!! Aku tengah malu gila ni..  “Er.. Ermm.. Saya rasa.. Saya susahkan semua orang.. Saya rasa.. Saya ni teruk.”

                “Diorang rasa?” Dia tanya aku lagi tapi dah macam nada statement je.

Aku terdiam lagi. Rasanya aku hanya fikirkan diri sendiri je selama ni. Aku tak pernah fikir orang lain. Berkerut kening aku memandang dia. “Apa maksud awak?”

Alan angkat bahu sekali. “Awak kena cari sendiri, princess.. I just follow your order.. Can’t give you any sympathy.. Remember?”

                “Thanks.. Saya rasa saya kena think balik dengan apa yang tengah berlaku..”

Jari dipetiknya banyak kali. “Ha.. Baru saya ingat..” Alan mengambil sesuatu didalam begnya. “Nah.” Dia seretkan bekas CD tu dari tempat duduknya ketempat aku.

                “A beautiful mind?” Aku baca tajuk depan CD tu.

                “Saya pinjamkan dekat kawan saya.. Dia pulangkan pagi tadi.. Hmm.. A true story bout John Nash punya jalan hidup... Dugaan dia may be lagi berat dari awak tapi dia try untuk atasi and change.” Alan senyum segaris. “Awak tengok la, princess.. May be awak dapat something dari this story. Citer ni pun dapat banyak award.”

                “Apa dugaan dia? Macam best je..” Aku senyum. Rasa malu tu ada lagi. Cuak gak la sembang ngan dia ni.

                “Schizopheria. And dia ada family and friends.. ”

Aku terdiam lagi. Bahayanya.. Macam berat sangat je aku dengar dugaan dia ni. John Nash yang dapat Nobel memorial prize in economics tu.. Aku buat-buat baca sinopsis sebab otak ni dah bercelaru sangat tahan malu lepak dengan mamat ni.

Honk! Honk! BMW berhenti disebelah bus stop dan seorang lelaki keluar dari situ datang menghampiri kami berdua. “Tuan muda.. Jom balik?”

                “Abang Reza, kan saya kata panggil je saya Alan.” Alan buat muka toya. “Awak saya balik dulu la.” Alan angkat tangan sekali dekat aku.

Aku pun angkat tangan sekali dan tengok kereta tu berlalu pergi. Tak sampai 15 minit lepas tu Babah sampai. Tak ada benda yang kebetulan.. Semuanya ada sebab kenapa ianya berlaku.
               



Semuanya berubah 270 darjah.. Mana kehidupan aku yang ceria dulu tu? Sara menepuk pipinya dua kali sebelum masuk kedalam pagar sekolah. “Go! Go!” Keep looking forward Sara! Happy tu tak kan datang sendiri kalau kita tak cari. Ingat tak cerita ‘a beautiful mind’ tu! Penat je Alan nyanyi and kasi aku pinjam cerita ni minggu lepas kalau aku tak dapat something.

Sara masuk kedalam kelas dengan senyuman yang dibuat-buat ikhlas dibibir memandang kawan-kawannya. “Asal muka korang pelik?” Aku tengok diorang ni macam nampak mumia hidup je.

                “Err, tak ada pape la.” Wei Ni tolong jawabkan.

Caroline Chia yang duduk meja depan ni membalas senyuman aku. “Ma, you nampak ceria hari ni.”

                “Thanks CC. Hari ni Mama buatkan sarapan untuk korang semua.” Aku meletakkan bag sekolah aku ketempat duduk. Croquette yang aku buat pagi tadi aku keluarkan dari beg. Aku senyum je. Aku dah menyusahkan semua orang dok fikir pasal aku. Baik aku buat-buat gembira supaya diorang tak payah bazirkan cell otak diorang fikir pasal cerita sadis aku ni. “Meh la sini ramai-ramai.”

Lily yang duduk depan aku tolong bukakan tupperware. “Pergh.. Sedap ni Ma.. Banyak tu kau buat. Dua tupperware lak tu.”

                “Tupperware satu lagi tu bagi kat golongan kaum Adam.. Kang kata aku ni berat sebelah.. Tak bagi kasih sayang kat anak lelaki lak. Haha.” Aku buat-buat ceria sambil gelak macam ikhlas.

Tiba-tiba je Tas peluk Sara. “Maaa.. You’re back.. Aku rindu Sara yang ni.. Waaa..” Menggeletar suara Tas meluahkan perasaannya. “Aku pun sayangkan Mai gak tapi aku sayangkan kau gak.. Tapi isolatekan diri tu bukan solution yang patut kau ambik.. Tapi kitorang pun sayangkan kau.. Waaa..” Tas menjarakkan pelukannya dengan memegang kedua bahu aku. Merah matanya. Air matanya laju je mengalir.

Erkk?? Sampai macam tu sekali dia care dekat aku. Tapi aku buta.. “Banyak betul tapi kau tu.. Dah makan la.. nanti sejuk.”

                “Maaaa!! Aku selalu doa supaya kau kuat hadap semua ni.. Kau kena tahu bukan kau je yang rasa sedih tu.. tapi kitorang pun.” Erin pun tiba-tiba je peluk Sara. “Kita happy sama-sama and kita sedih sama-sama.. boleh?”

Aku senyum je.

“Korang.. Eii, eii.. Lex lu jangan la nak buat drama citer sedih lak.. Ni yang aku nak melece’ gak ni..” Mata Fika dah mula berair. Tangannya elok je genggam tangan aku kuat.

Tak tahu kenapa. Tiba-tiba je aku rasa relaks ada orang sudi peluk aku. Share perasaan dengan aku. Lepas ni aku kena try rapatkan diri dengan tuhan dengan sebenar-benarnya lak. Aku kena step kedepan even half dari langkah.

                “Wei, aku dah lapar gila ni.. Cepat la hulur tupperware tu.” Zain yang duduk seberang sana tolong stopkan drama ayaq mata kitorang ni.

“Aku rindu giler dengan Croquette Ma.” Kim pun join buat muka lapar.

Sara senyum lagi. “Ambik la ni.” Aku tolak tupperware tu kehujung meja.

Lan sambut. “Walamak.. Ma, kita panggil Pa and the geng sekali la. Banyak ni.”

Aku terdiam sekejap. Coed? “.....” Aku pandang tempat lain sekejap. Sara.. Apakata kita bagi one chance dekat diri sendiri untuk change something. Sedikit pun tak apa. Asalkan forward.

                “Boleh tak?” Lan tanya lagi. Croquette dah selamat masuk mulut sekali ngap je. Hishh, gelojoh betul la mamat ni.

Aku senyum paksa. “Haha.. Why not? Ajak la sekaki.. Dah lama tak dengar suara dia.” Haah dia dah jarang sangat masuk kelas aku. Kononnya nak dekat exam, Tak sempat la apa la alasan yang dia sengaja buat sebab tak nak tunjuk muka dekat aku. Aku tahu yang sebenarnya. Sebab aku dah lama hidup dengan dia.

                “Apiz, tolong panggilkan Coed and the geng.. Kita picnic dipagi hari.” Zain tolong bagikan arahan dekat Apiz yang duduk hujung depan sana tu. Tangan kirinya merampas tupperware ditangan Lan. Kang habis gak kang kalau dekat tangan dia je.

“Cehh, aku gak yang kena!?” Apiz buat muka tak rela tapi dia keluar gak kelas

Fika angkat kening double jerk. “Aku pun bawak sarapan hari ni.” Beg kertas yang diletakkan diatas meja dibukanya. Bekas dibuka. Cheese and Choc Croissant. “Air pun ada tapi lemonade la..”

                “Cun la! Aku bawak Fries dengan sosej.” Lily keluarkan bekas gak.

                “Aku bawak sandwich tapi enam keping je la.” Daus angkat bekas. Ni maid aku sediakan dan mak aku paksa bawak ke sekolah sebab aku fail nak breakfast pepagi kat rumah.

                “Rapatkan meja tengah la.. Dah lama tak rasa moment macam ni.. Ma pun dah okay sekarang.” Ziq bagi Idea.

                “Aku bawak bihun.. Makanan melayu je. Ngeh.. Ngeh..” Kaira angkat tangan peace. “Aku kan..”

                “Gadis pingitan.” Kim tolong jawapkan dengan suara tak ada nada tu. Satu kelas ketawa tak tahan lawak sarkastik Kim tu.

                “Sengal kau Kim!!”

Zain tolak meja dia melentang. “Kelas pertama tak ada cikgu. Kita boleh lepak lama sikit.” Yang lain join gabungkan meja bahagian tengah.

Aku senyum. “Waaa.. Aku rasa macam nak nangis la.. Korang setia je tunggu aku.. Waaa..” Aku rasa aku perlu berlajar dari apa yang dah berlaku. Mai, Aku selalu doakan kau bahagia disana dan aku harap sangat yang sebenarnya kau tak commit suicide. Aku hope sangat-sangat.

                “Esok kita buat jamuan nak tak?”

                “Okay gak! Semua orang bawak makanan.. Pas tu kita makan ramai-ramai ajak miss sekali.”

Semua orang letak tupperware dekat tengah. Pinggan dan cawan plastik ada berbaki kat dalam almari belakang yang memang sengaja kitorang simpan. Ye la kelas aku kan suka buat jamuan sendirian berhad. Haha. Aku rindu this moment, Kalau ada Mai kan best? Mai...

                “Wei, Apiz tu panggil Coed ke tackle Coed?” Wan dah tak sabar nak makan mula nak merungut.

                “Sabar la. Mana la tau si Apiz tu tengah ehem-ehem ke on the way nak sampaikan pesanan kat Coed ke..” Daus ambik tempat sebelah Wan.

Tak pasal-pasal kepala Daus kena ketuk dengan pencil case Kaira. “Wei depan makanan ni.. Mulut tu aku stapler baru tau!”
               
“Err Garang betul mak cik Kai ni.. Tak jadi aku nak masuk meminang.. Tadi dah dapat 10 mark dah sebab bawak bihun.. Ni main ketuk-ketuk kepala aku ni terus mark kena tolak 156..” Daus buat muka tak puas hati.

                “Assalamualaikum.. seronok nampak ngumpat aku?” Apiz masuk kedalam kelas sambil membawa beg plastik yang penuh dengan bekas makanan.

Belakang dia aku nampak si Amri, Kerol, Daim ngan Kucai. Coed mana?

                “Pa mana I tak nampak pun?” Caroline Chia menanya.

Daim angkat ibu jari kearah luar pintu depan kelas. “Ma sorang je boleh pujuk dia.. Dia kata dia tak nak join.”

Sara meneguk liur entah berapa kali. Aku rasa aku tak mampu nak hadap dia lagi.

                “Ma, you pergi la pujuk Pa tu.. Entah apa la dia nak rajukan..” Wei Ni menepuk belakang aku. CC lak main muncung-muncungkan mulut kearah daun pintu tu. 

Betul ke apa aku buat selama ni? Kalau kita sayang seseorang tu memang kita kena away ke? “Hmm.. Nanti dia masuk la tu..”

                “Ma, pergi la pujuk Pa tu..” Kerol lak saja je buat suara minta simpati. Aku hempuk dengan tong gas laju-laju  kang kepala tu baru tau!

                “Gediks je tu.” Aku jawab malas nak layan. Baik aku hadap makanan ni lagi bagus.

                “Nasi lemak ohh.. Mana kau beli ni?” Erin menyoal Kerol yang tengah distribute bekas makanan yang dibawanya tadi.

Amri senyum segaris sambil angkat kening double jerk. “Ni beli kat mak cik kantin tu la. Dah ni je yang paling dekat dan dah siap berbungkus.”

                “Aku tanya Kerol ler!!” Erin menjelir lidah tak puas hati dengan Amri.

Kucai geleng kepala je tengok gelagat Amri. Childish sungguh. “Ma, you better talk something with him..” Lepak je Kucai cakap macam tu kat aku walhal dia yang paling selalu nampak macamana gaya communication ‘terbaru’ between aku ngan Coed.

Aku diam sebentar sebelum buka mulut. “Dia dekat mana?”

                “Duduk kat box bomba punya hos sana tu.” Kucai menghalakan telunjuk belah tangan kanannya kearah kiri.

                “Thanks.” Sepatah aku jawab. Betul gak.. Berapa lama agaknya aku nak macam ni? Coed tu aku kenal dari zaman tadika lagi. Tak kan aku nak putus kawan sebab benda lain lak. Aku tak nak kawan ngan dia masa tu may be sebab aku emo sangat kut..

Sara berjalan menuju kearah box besar berwarna merah tu. Ada seorang budak lelaki kat situ. Err? Asal rambut dia macam lain je? “Err..”

Coed menolehkan pandangannya kearah Sara yang elok je berdiri dihadapan dia. “Emmm...”

Awkward situation.. Aku kena break the ice.. Hammer besar please.

                “Hmm.. Nice hair? Where’s Mohawk?” Aku tengok rambut mamat ni macam layered hair style versi pendek tapi smart la. Rasa macam dah lama gila tak sembang ngan mamat ni. Rindu sangat.

                “Campak tong sampah..  Dah lama la rambut aku macam ni.. Baru perasan ke?” Coed jawab nak tak nak tapi ada sedikit nada merajuknya tu. Kepalanya ditolehkan menghadap tempat lain. Kaki main goyang-goyang kedepan belakang.

Aku tertawa dengan nada merajuk dia tu. Kalah budak-budak. Tak berubah langsung perangai tu. “Sorry.. I thought you love spikey or something yang boleh cucuk-cucuk mata.. Hehe.”

Coed senyum segaris sambil memandang Sara. “Gelakan orang lak..”

                “Sorry la dato’..” Aku tahan gelak dengan nada suara dia tu. “Kawan selamanya?” Aku tanya sambil meletakkan croquette berlapikkan tisu yang aku buat pagi-pagi lagi tu kat atas box merah sebelah dia duduk tu.

Coed buat muka geram sebelum menjawab soalan aku. “Kawan..” Dia sengih. Croquette diangkatnya masuk kemulut. “Sedap.. My fav and my wife still ingat lagi.. Thanks.”

Aku senyum lagi. Kali ni ikhlas dari hati.

                “Welcome back Sara.”  


No comments: