Friday 25 January 2013

Approaching Him_4


Zain memetik jari dihadapan Sara beberapa kali. “Ma, wake up? Haluuu??”

“Hah?” Eh? Eh? Sara tersedar dialam nyata. Kanan kirinya dipandang. Zain, Hakim dan Mai dihadapannya. Sekarang ni tengah sibuk discuss pasal presentation subjek sejarah tingkatan 4. Satu group empat orang. Kelas tambahan hari sabtu ni kena buat pembentangan, cikgu suruh study balik form 4 punya. Semuanya gara-gara si Zain ni la tak dapat jawab soalan bonus platipus pasal sejarah tamadun mesir yang bagai nak gila meroyan belajar tahun lepas tu. Tak pasal-pasal Cikgu Wani adakan kelas sabtu ni dengan tema ‘sehari bersama sejarah form 4’. Cehh!!

“Okay.. Kiranya start zaman jahiliah ni, Auni yang terangkan. Yang sampai sini aku.. Bla.. Bla..” Mai menunjukkan takat presentation kitorang. “Kita buat short note lepas tu kita combine esok boleh tak?” Mai menulis sesuatu diatas plannernya.

“Okay je.. Esok terus combine la. Malas la nak lambat-lambat.” Hakim setuju dengan pendapat Mai. Kemudian dia gelak-gelak memerli Zain. “Zain, aku rasa ramai gila yang nak buat sujud syukur sekarang ni, sebab weekend ni kena spoil dengan program anjuran kau ni.” Hakim sengaja tolak-tolak bahu Zain kasi sedar sikit budak dalam kelas ni semuanya buat muka ketat tak boleh senyum macam kena cucuk botox. “lagi-lagi si Ma ni.. Tengok kau macam tak makan sebulan je.”

Aku sengih je dengan ayat yang baru keluar dari mulut Hakim tu. “So true!” Aku petik jari tanda setuju. Tapi tak kisah sangat pun. Mula-mula je rasa bengang.

“Zain! You owe me too much. Don’t forget!” Caroline Chia berpeluk tubuh memandang Zain tak puas hati. Ala budak-budak kelas aku ni suka berdrama tau. Kitorang suka sakat-sakat sesama sendiri. Buat-buat bengang tapi sebenarnya mana ada. Eheh kitorangkan kamceng? “Too much!” Kata Caroline Chia sekali lagi dengan nada agak menyeramkan tu.
               
“Daun betul la kau ni Zain! Aku ada date kut dengan awek aku sabtu ni.” Apiz yang duduk depan sekali tu menolehkan badannya kebelakang.

“Kim, maid I ada buat sandwich.. Nah ambil la ni, JANGAN KASI ZAIN tau.” Lembut je suara Tas, tapi perkataan ‘jangan kasi Zain’ tu sengaja dikuatkan. Sengaja tupperware sandwich itu diletakkan atas meja aku yang duduk belakang Zain ni. “Ma, Mai jemput la ambik.. Ambik je banyak-banyak. Ni treat untuk OVER lunch.” Tas menghadiahkan senyuman yang aku sendiri pun tak tahu nak tafsirkan macamana. Kira macam senyuman Edward Cullen dapat peluang nak hisap darah gitu la selepas berjuta-juta tahun ‘puasa’ darah. Boleh imagine tak?

Aku pun dah rasa macam nak ketawa guling-guling je atas lantai ni. Mengong je Tas ni. Nampak sangat tak ‘puas hatinya’ tu. Serious dia ni dah boleh ambil anugerah best actor dah. Zain dah main garu-garu kepala. Bila dia nak ambil sandwich tu, Tas terus ketuk tangannya guna pembaris besi aku. Ayoyo, bak kata CC sakit meyh!

“Tak pasal-pasal aku kena spend waktu balik dekat dalam kelas ni” Aku menambah perisa sakit jiwa sikit dekat Zain. Saje buat Zain bengang. Huhu!

Zain terus berdiri dari duduknya dan terus berlalu terpacak dihadapan papan putih. “Okay.. Okay!” Zain angkat tangan offhanded. “Ye.. Aku salah tak dapat jawab soalan tadi.. Hishh.. Cuba korang bayangkan korang kat tempat aku. Dapat ke jawab soalan yang dah berkurun dikaji tu?” Zain memandang semua budak-budak kelas. Nak tunjukkan yang mana ada manusia yang perfect! “Kecuali Mama.. Dia memang best student, tak dikira la. Ha.. Boleh ke?” Nada bengangnya dah terkeluar.

Satu kelas baling kertas dekat Zain yang berdiri dihadapan kelas. Dia tutup muka tahan sakit. Masing-masing buat ‘buu’ dekat Zain. “Buuu!! Buuu!! Kitorang boleh jawab la soalan punya la kacang. Buuuu!!” Semua buat tangan ‘unlike’ ibu jari kebawah. Melampau betul la drama diorang ni. Kesian lak aku tengok Zain tu tapi aku pun join sekaki. Haha!!

Zain buat muka frust. “Ala korang, sorry la... Korang ni tak sporting la.” Dia dah garu-garu pelipis tak tahu nak buat apa. “Korang selalunya okay je.. Kenapa macamni lak hari ni?” Zain dah naik fed up. Semua orang main buu buu dia. “There is no such thing as a perfect person in this CRUEL world.” Marah sungguh tu statement dia. Dia melonggarkan Tie dia kasar dan kemudiannya nak keluar kelas. Tapi sebelum tu sempat dia sepak-sepak kertas yang kitorang baling tadi tu macam orang yang sangat-sangat bengang. Dah gaya macam orang yang bertunang putus 15 kali dah rupa dia.

Dushh!! Ambik kau! Sebaldi air terus dicurahkan kebadan Zain yang baru je nak keluar dari pintu kelas kitorang tu. Habis lencun aku tengok. Yang tukang curah tu Papa diorang ni, si Coed tu la siapa lagi? Aku ternampak banyak ais batu jatuh dari baldi tu. Aku pandang Zain sekali lagi. Menggigil badan anak orang tu aku tengok. Mujur tak Innalillah. Kalau tak semua orang yang wujud dekat sini kena sue sebab merancang pembunuhan keatas seorang anak dato’ beramai-ramai. Satu kelas ternganga. Kitorang suruh Coed jirus air je tapi dia up gread sampai letak ais banyak gila! Ke ni ais batu yang mencair? Tak expect pun macam ni tapi masing-masing meneruskan sesi drama.

“Wei! Adunan seterusnya..” Kucai yang berdiri atas kerusi dekat luar kelas pula mencurahkan solution yang geng-geng dia buat khas itu diatas badan Zain. Melekit gila! Budak-budak kelas aku pun tak fikir apa-apa terus join main baling-baling tepung jagung dekat Zain. Semua orang ketawa. “Happy birthday to you.. Happy birthday to you! Happy birthday to Zain.. Happy birthday to you.. Wahh!!” Masing-masing tepuk tangan. Yeay!! Macam kanak-kanak tak cukup umur dah aku tengok. Ni kelas tingkatan lima sains tulen ke kelas tadika ni?
               
“Wooii!! Sengal punya member! Patut la lain macam. Tuh.. Tuh..” Dia mengelap-ngelap mulutnya yang terketar-ketar termasuk sedikit tepung tadi. Putih satu badan Zain melekat dengan tepung. Dia peluk badannya sendiri akibat sejuk dengan hujan ais batu tadi. Aku gelak je. Sumpah kesian gila! Diorang ni kalau part membazir memang nombor satu. Ala.. Anak orang kaya, macam ni la. Tepung tu boleh buat macam-macam tau!
               
“Wei, kek mana?” Aku nak ingatkan je, takut ada yang lupa.

“Dekat sini!” Daim, budak satu kelas dengan Coed tolong bawakan kek yang kitorang suruh dia simpankan pagi tadi. Dalam perjalanan dia nak bawa kek tu boleh pulak kakinya tersadung. Apa lagi. Dush! Mujur kek tu dalam kotak lagi. Semua orang pandang kotak kek tu sambil menelan-nelan air liur. Daim sengih je. Amri datang dekat dan membuka kotak. Err dah tak ada rupa kek dah aku tengok. Daim hanya mampu sengih-sengih je lagi.

“Arghhh!! Kek aku!” Zain sengaja buat-buat jerit frust melutut dihadapan kek Secret Recipe peacan butterscotch yang kitorang beli tu. Badannya masih menggigil-gigil.

Satu kelas tertawa. Aku yang genius ni pun ambil la pisau kek tu, potong dan letak atas pinggan plastik. “Nah, happy birthday!” Aku hulur dekat dia walaupun kek tu memang dah tak ada rupa kek dah pun. Aku tak suka membazir-membazir ni. Lain la kalau aku pun kaya macam korang. Kek ni anytime je aku boleh peyek dekat muka Zain. Eheh, tapi kalau aku kaya la aku buat macam tu.

                “Mama!! Kau la the best!” Zain buat muka terharu. Aku haah kan je. Coed datang mendekati kitorang.

                “Zain.. A-a-a-a, tamau ae tackle mama sendiri.. Papa’s here.” Coed sengaja buat ayat ‘behave yourself’ dekat Zain. Nada suara macam tengah cemburu je. Haha.. Geng-geng Coed tu dah macam budak kelas kitorang dah. Mana taknya asal program kelas kitorang ada je yang jemput dia and the geng.

                “Meh sini semua orang, beratur lurus-lurus! Mama nak kasi kamu kek sorang satu ni.” Coed tolong aku angkat kek tu letak atas meja guru. Sudu plastik dan pinggan plastik yang Kerol bawa tadi aku ambil untuk sorang satu. “Ha.. Beratur lurus dulu.. Tangan angkat, tangan jatuh, tangan angkat, tangan jatuh.” Sengaja aku buat drama budak baik sekolah rendah. Diorang pun ikut layan je. Aku potongkan kek dan aku bagi sekor-sekor. Ha biar otak tu cepat sikit matangnya.

                “Yang kelas sejarah sabtu ni tu pun prank gak ke?” Zain tanya soalan bonus. Kau rasa ada ke cikgu nak join prank budak-budak umur macam kita ni? Kalau diorang tahu.. Habis la kita. Kelas ni dah sepah sangat dengan tepung segala tau. Dah macam kena langgar garuda dah aku tengok.

Hakim sengih tak ikhlas. “Kalau la yang tu pun prank.. Aku rasa bersyukur gila.”

Kitorang sambung gelak-gelak balik. Aku pandang Mai, Mai pandang aku. “Mai kau marah aku lagi ke?” Tapi Mai buat tak dengar je. Haih..

Zain yang baru nak suap kek tu terasa tangannya yang selamat tak tersalut tepung tu lain macam. “Err.. Kucai, ni solution apa ni?”

Kucai pandang kanan kiri. Semua orang baru nak makan kek. Eheh ni solution dia, Coed, Daim si coklat, Kerol dengan Amri punya idea. Nak tahu ke aku letak apa? Nanti ada gak yang tak selera makan. Huhu.. “Haha.. Tak, itu solution biasa-biasa je.. Tak ada apa-apa pun yang istimewa..” Jawab Kucai main-main.

                “Ooo.. Thanks by the way korang.. Tak kisah la prank macam mana pun.. Aku happy gila hari ni.. Err kecuali program tambahan hari sabtu tu.”

Coed, Kucai, Daim, Kerol dan Amri masing-masing pecah ketawa sedas dua. Kalau la Zain tahu apa solution tu.. Mesti dia tak kan buat ucapan terharu gila macam ni. Muahahhaahhahhahahhaha!!!

Aku pandang geng diorang berlima tu. Kening aku automatik terangkat.. Okay.. Aku rasa aku tahu solution apa.



Aku duduk dalam bilik lepas tu aku golek-golek atas katil.. Mai.. Aku kusutkan kepala. Adoiyai, tak seronok la macam ni. Dah dua minggu dah kitorang macam ni. Dah tak ada lak kawan nak pergi skodeng budak cina tu. Sara mengambil kura-kuranya yang terletak diatas meja study. Kenapa ye agaknya dengan Alan? Dia macam frust sangat hari tu. Kesian lak aku tengok. Bila dia macam tu aku rasa aku pun macam sakit. Hmm.. Aku ni dah naik meroyan ke apa?

Makanan kura-kura ditaburkannya diatas permukaan air. Bunyi monophone memecah sunyi. Sara memandang kearah handsetnya. Nama Mai tertera. Sara senyum segaris. Alhamdulillah. Tak sangka doa orang yang baru nak insaf ni cepat makbul. Huhu.

Salam didahulukan. “Hello?” Suara seberang sana diam je tiada respond. Kenapa ni? “Err Mai?? Ada tak dekat sana?” Aku rasa macam tengah bercakap dengan tunggul tiang je sekarang ni. Hello tunggul tiang? Awak suka makan Nasi bantal peluk yang dekat Perak tu tak? “Mai?? Haluup?”

                “Hmm.. Auni.. Aku.. Aku.. Aku depan rumah kau sekarang ni.” Ha?? Ternganga aku dengar dia cakap macam tu. Aku terus pergi ke tirai tingkap cuba melihat manusia yang wujud dihadapan rumah aku. Betul la, Mai dekat depan rumah aku. Tapi kenapa?

                “Err.. Mai, you wait for me, Aku turun ni.” Rasa macam tak sedap hati la pulak. Aku capai tudung dan terus sarung kekepala dan kemudiannya aku turun anak tangga. Aku keluar je dari rumah aku nampak Mai tengah menangis. Gulp! Ya Allah kau mudahkan la segala urusan.


Aku menghulurkan mug Mickey Mouse yang terisi hot choclate didalamnya. Mai mana pernah datang rumah aku, so aku pun konfius nak hulur apa. Lain la Coed, kalau dia yang datang, dia la yang jamu aku. Main buka je peti ais tu. Kalau nak diingatkan balik kitorang berdua ni berkawan dari tahun lepas. Itu pun sebab mula-mulanya aku kesian dekat dia sebab dia tak ada kawan. Tapi lama-lama aku rasa dia ni sekepala dengan aku. Bila aku lepak dengan Coed pun dia okay je join sekaki. So, jadi la kitorang ni kawan baik.

                “Err.. Mai, kau okay tak ni?” Rasa janggal lak. Sebab aku tak pandai sangat pujuk orang ni. Patut ke aku call Coed, berguru dengan dia cara-cara nak pujuk orang? Erk diakan pandai pujuk aku. Tak pun aku mintak si Mai ni ‘pause’ dulu rasa sedih dia tu then aku tanya pak cik Google pasal benda alah ni sekejap?

Mai senyum perli malas nak layan kecelaruan aku. “Dah la, aku nak tidur hotel je malam ni.. Aku balik dulu.” Dia terus berdiri. Magai? Aku tahu la bapak dia kaya gedabak tapi sampai tidur hotel tu aku rasa macam dah melampau sangat.

Aku dah rasa pelik dah. Apsal sampai nak tidur-tidur hotel ni? Rumahkan dia ada.. Ke kes lari rumah ni? Sara terus memegang tangan Mai. “Mai.. Kau kenapa?”

Mai menepis tangan aku. “Wei, tak payah nak pura-pura alim la dengan aku.. Orang yang pakai tudung ni semuanya sama.. Luar nampak alim, dalam macam iblis! Tak ubah macam iblis bertopengkan syaitan.” Nada suara Mai dah lain macam dah.

Err? Mai apa beza syaiton dengan iblis tu? Aku rasa kau macam salah skrip je nak marah aku.. Rasa nak tergelak sekarang ni pun ada.. Bukan patut ke kau cakap ‘iblis bertopengkan manusia’?

Chop! Chop! Eii jangan la masuk kes kena rasuk hantu ke apa. Aku dah la duduk sorang-sorang je sekarang ni. Mak aku, papan dengan Luffy dah la tengah keluar sekarang ni pergi Giant. Yun tengah main bola dekat padang. Acap duduk asrama. Babah memang selalu balik nak dekat malam.

                “Err, Mai? Kau okay tak ni?” Slow je suara aku. Tadi dia nangis, lepas tu marah-marah macam ni lak. Cuak gak la rasanya. Aku kena ambil bawang putih ke macam dalam cerita cina tu nak halau hantu? Err patut ke?Oohh.. First sekali kita kena berdoa dulu.. Bismillahirramanirrahim, Ya Allah kau jangan la bagi Syaiton rasuk dia ni.. Aku tak pandai nak mengubat orang ni.

Mai buat tak layan. Tajam mata dia menjeling aku, dia terus berlalu nak keluar dari rumah.

Aku meneguk-neguk je air liur ni entah keberapa kali. “Mai.. A.. Aku minta maaf sebab lambat bagitahu kau aku dah pakai tudung.. Aku tak tahu apa masalah kau.. Tapi kalau kau nak share dengan aku.. Aku okey je.. Dan tak semua orang yang pakai tudung tu jahat.. Kitorang hanya memenuhi tuntutan agama.. ‘jahat’ tu terpulang pada masing-masing.. orang yang free hair pun boleh jadi jahat.. Orang tua kerepot pun boleh jadi jahat.. Budak lima tahun pun kalau nak jadi jahat anytime je.. Sesiapa pun.” Aku tak tahu ayat aku ni betul ke tak. Pening otak aku nak fikir ayat. Grr! “Err tapi aku memang jahat pun.. Tapi sikit je la.. Tak ada la banyak sangat.. Kau pun.. Aku rasa kau pun tak ada la baik sangat.” Sara dah main garu-garu kepala cuba menerangkan pendapatnya. Sesuai tak ayat aku untuk masa sekarang ni?

“Itu...” Mai diam je berfikir sejenak.
               
“Aku jahat ke Mai? Maksud aku.. Aku ni jahat sangat ke? Aku pakai tudung ni perangai aku berubah jadi jahat ke?” Aku tanya lagi. Ini ke sebab kitorang gaduh? Sebab aku pakai tudung je? “Aku sakitkan hati kau ke?”

Mai memandang aku lama. Dia diam sebentar sebelum membuka mulut. “Ayah aku.. Kahwin dengan perempuan yang pakai tudung.. Dia lupakan aruah mak aku.. Kawan-kawan aku dulu pakai tudung tapi diorang khianat aku.. Mak cik aku pakai tudung tapi dia tikam belakang aruah mak aku sampai menyebabkan mak aku meninggal..” Mai menutup mulutnya. “Aku.. Alone.. Ayah always not with me.. Kerja.. Kerja.. Kerja.. No one with me.” Dia menangis semula.

Aku rasa aku faham perasaan dia ni. Babah aku pun sibuk je dengan kerja tapi aku ada adik-adik dengan mak.. Tapi Mai tak ada sesiapa pun melainkan mak tiri dia dengan ayah dia. Kesiannya.. Aku terus memeluk Mai. Aku peluk tubuh dia tu kuat-kuat supaya dia tahu yang dia bukannya keseorangan. “Nanti aku peluk kau sekali lagi eh?”

                “Apa kau merapek ni Auni?” Tersedu-sedu Mai cakap, pelik dengan apa yang aku katakan.

                “Ye la.. Kan an apple a day keeps the doctor away. Two hugs a day keep the blues away.. Aku nak praktikkan dekat kau la ni.” Bersungguh-sungguh aku cakap dekat Mai. Rasanya kalau nak buat background untuk muka aku sekarang ni kena ada latar belakang bintang-bintang. Sebab aku sangat bersemangat nak dia okay sekarang ni.

Mai kelakar tengok semangat yang cuba ditonjolkan oleh Sara. “Sengal dowh kau ni!” Dia gelak-gelak. Wooo.. Kawan aku si Sara sorang ni memang selalu je semangat tak bertempat. Mai cubit-cubit pipi Sara berkali-kali. “Ni hukuman sebab kau lambat bagitahu aku!” Haha!

Sara dah main tepis-tepis tangan Mai yang best je main cubit-cubit pipi tuan puteri yang jelita lagi rupawan ni! Sakit la!! Lepas tu aku pun tertawa. “Trust in me.” Aku angkat jari pinky promise “Still BFF right?”

Mai senyum. Aku pun senyum la rasa gembira, tapi dia geleng lak tiba-tiba. Waaa!! Aku buat muka sedih. Dia gelak lagi dan main cubit-cubit pipi aku. Dia sambut pinky promise. “True friend until die.”

                “In Sha Allah.” Aku sambung ayat dia sebab aku rasa aku kan dah insaf.. So, kena la banyakkan sikit menyebut ayat-ayat memuji Allah ni.. Eheh, boleh lak? Aku peluk Mai sekali lagi. Aku pun cakap kat dia yang batin aku sangat tersiksa dia layan aku acu tak acu je selama ini.. Woo.. Sedih tau! Rupanya dia pun sama. Wahaha!! Mai jangan gaduh-gaduh dengan aku lagi ae? Aku senyum.

                “Aku nak sangat tepek cake semalam tu dekat muka kau!! Waaa!!” Mai dah nangis-nangis sambil peluk Sara macam anak patung tak ada nyawa. Err.. Ada ke anak patung yang ada nyawa selain dalam cerita ‘Silence Death’ tu? Kalau ada sumpah aku tak nak simpan anak patung. Walaupun aku buat sebagai bantal peluk je.

                “Oiiit!! Tu namanya nak putus sedara terus tu dengan aku! Tak nak kawan balik la dengan kau.. Shuh!! Shuh!!” Sara buat nada merajuk tak nak layan Mai. Jari Mai yang agak gatal tu terus hinggap ke pipi aku. Kriak!! Dia cubit lagi! Air matanya mula kering.

      “Haha!! Tahu sebab apa? Sebab aku caaaaayyaaaaaang sangat dekat budak seekor ni.” Kepala Sara disekehnya. Memang la sebab budak rambut panjang tu kawan aku dengan seikhlas hati! Even dia pakai tudung pun dia tak berubah dari ‘Sara’ yang aku kenal. 

“Edehh!! Sakit la Mai... Erkk.. Somebody!! Help me!! Godzilla dari planet Pluto datang menyerang saya!!” Aku buat-buat menjerit. Masing-masing tertawa.

“Esok kita usha mamat cina tu nak tak? Aku dah lama tak buat hobi gila kau tu sejak gaduh-gaduh manja dengan kau ni.. Haha!” Mai memeluk kepala lututnya diatas katil Sara. Bibirnya menguntumkan senyuman.

Aku petik jari tanda setuju. “Wei.. Nama dia Alan la..” Aku pukul bahu Mai perlahan. Suka hati bapak dia je panggil mamat tu ‘mamat cina’ walaupun dia memang cina.. Kau tak nampak ke awek dia dekat sini? Eheh perasan lak. “Boleh gak.. Aku teringin nak tengok dia lagi.”

Pecah ketawa Mai dengan kuatnya. Wei aku buat lawak ke?

                “Seriously!! Haha!! Wei aku ingatkan kau dah jadi baik ke apa.. Ini sama je, perangai buruk kau yang suka skodeng-skodeng anak teruna orang tu bila nak insaf lak? Maksiat betul.. Haha” Berdekah-dekah Mai ketawa dengan tangannya yang baik je main pukul-pukul belakang badan anak orang. Wei ni boleh jadi katogeri mendera anak orang tau! Sara.. Sara.. Dia memang dia!

Sara membuat muka toya. Sadis betul la live aku ni.. Err, apa punya member! Aku dengan baik hati dan hempedunya bangun pergi mengambil dua pasang telkung dan sejadah. “Mai, Kau boleh solat tak?” Aku tanya sambil memandang kearah dia.

                “Aaa...” Sepasang anak mata Mai dialihkan daripada memandang anak mata Sara. “A.. Aku.. Tak boleh solat la..” Lambat-lambat Mai menjawab.

                “Ooo.. Kau period ea?” Aku tanya nak kasi komfem sebab aku tak nak la bersangka buruk walaupun aku agak yakin la sebenarnya dia macam menipu. Kalau Coed tu dia solat la jugak. Tapi kalau Mai ni dari zaman aku kenal dia dulu selalu je period bila aku tanya.

Mai angguk lambat-lambat.

Aku senyum segaris. Ya Allah, kau berikan la dia hidayah mu ya Allah. Dia best friend aku. Aku nak dia masuk syurga sesama. Tak best la kita je masuk syurga walaupun aku tak berapa komfem aku ni layak ke tak.

Malam tu aku telefon family Mai, aku cakap yang dia stay rumah aku malam ni. Aku rasa mak tiri dia okay je.. Risau gila dekat si Mai ni, mengalahkan mak ikan jerung yang ada masalah mencari anak jerungnya. Apa kau ingat manusia je ke yang ada masalah? Binatang pun ada tau.. Hehe, list.. Listen! Hmm.. May be Mai kut yang susah sikit nak bagi mak tiri dia peluang untuk sayang dia.




Aku sengih je. Tadi sebelum aku masuk tusyen, aku sempat usha mamat tu. Uhuk-uhuk!! Happy gila! Alan tu pun aku tengok macam okay je tak macam hari tu. Waaa.. Aku sengih lagi. Dush! Erkk? Aku rasa macam bahu aku ni macam kena lastik dengan pemadam je. Hish siapa punya kerja ni?? Aku toleh belakang. Coed!! Mamat tu senyum sambil menampakkan 32 batang giginya. Kitorang tusyen dalam kelas yang sama untuk subjek fizik dan kimia. Aku sapu bahu aku yang terasa pedih tu. Aku tunjuk buku lima dekat dia. “Siap la kau!!” Aku ugut dia perlahan. Selalunya time-time macam ni dia dah selamat tidur sambil buka mata.. Hish! Spoil angan aku betul la.

                “Yes Miss Sara Auni? You nak bergaduh ke, bertumbuk ke, sila bawa bersabar dulu ye.. Kelas I dah nak habis dah pun. Relaks dulu.” Sir Red menghadiahkan satu senyuman sarkastik kepada aku. Lah, Dan-dan je dia lalu dekat depan aku sekarang ni. Tangan dia buat gaya ‘hold on’ suruh aku tahan tahap kesabaran aku.

Hadoooiiii!! Satu kelas memandang kearah aku sebelum ketawakan aku. Coed pun join gelak. Mai hanya mampu tergeleng-geleng je. Lepas tu dia pun join gelak. Hish.. Kepala punya kawan!

Coeducational!! Jerit hati aku tak puas hati.


                “Aku rasa kalau kau hantar aku ni kat Tanjong Karang.. Eh bukan.. Err Tanjong Rambutan.. Sah-sah diorang terima aku as patient diorang yang paling genius.” Sara mengemaskan meja yang bersepah dengan buku subjek fizik itu. Revise balik subjek yang lepas-lepas.

                “Memang layak sangat! Percaya la.” Suara Coed lak yang bagi respond. Elok je dia duduk diatas meja study yang terletak dihadapan Sara.

Aku tanya Mai dia lak yang jawab. Cehh!! “Tak main futsal ke Tan Sri malam ni?” Aku bagi ayat penghalau benda-benda keras. Harap dia ni sedar la yang dia tu kategori ‘keras’. Shuh! Shuhh!! Nyah kau dari sini. Rasa macam shaman king lak.

Dia memaling kearah Ice watch ditangannya. Yang itu original tau! So tahu-tahu la harga dia. “Hehe. Aku nak hadap muka bini aku dulu, baru la ada feel nak menang fight budak seberang malam ni.” Dia sengih sambil goyang-goyangkan kakinya yang tak cecah lantai tu macam budak kecil.

Dah habis bujang senang dah aku tengok dia ni. Geram betul aku budak yang terlebih sense of humour ni. “Masalahnya bini kau tu ramai sangat tau! Aku yang keseratus berapa ni gak yang kau nak kacau..” Memang ramai pun. Dia ni selalu je ajak orang kahwin, tapi sejak aku pakai tudung ni aku rasa aku sorang je yang dia ajak. Err tak tahu la kalau belakang aku masalah mengajak semua orang kahwin tu dia masih ada. Aku pandang kearah pintu keluar kelas ni aku nampak Kucai dengan Daim dah main ‘tata’ lambai aku.

                “Mama, suruh papa tu cepat sikit la ngorat mama.. Kitorang dah lambat nak pergi fight ni.” Kucai cakap dekat aku tapi volume dia macam orang yang nak cakap dekat 500 orang tapi tak ada speaker. Wei dalam kelas ni ada ramai lagi student kau tahu tak?? Entah budak sekolah mana-mana entah.

                “Mama!! Cepat la halau papa tu.” Daim pun join cakap kuat-kuat. Aku rasa macam nampak ‘microphone’ lutsinar je depan mulut dia tu. Haih. Sini pun kau nak aku mengaku kau tu anak gak ke? Ni namanya batak sangat nak jadi muda.

Aku toleh kanan aku. Eh mana perginya Mai tadi? Dengan redhanya kau pandang depan balik. “Pak cik, aku rasakan kau better blah sekarang. Diorang nak cepat tu.”

                “Okay.. One question before that.. Will you marry..”

                “Ye setuju.. Ha pergi la cepat.” Aku keluarkan handset ‘mah-hal’ aku, nak call babah minta ambil aku balik kelas tusyen malam ni. Aku dah tahu dah soalan mamat ni. Kalau nak cepat sila setujukan aje. Kalau tak dia akan tanya sampai la kau setuju.

Coed menarik muncungnya. “Ye la.. Cik datin uii.”

Aku petik jari sekali dua teringat sesuatu. “Ha! Baru aku ingat.. Sabtu ni lepas habis kelas.. Aku ingat aku nak buat sup tulang favourite babah aku tu.. Eheh, sabtu ni dia free.. So jemput la datang rumah aku.” Saja je buat makan-makan. Selalunya babah aku sibuk je even hujung minggu dengan kerja dia tapi gaji tak naik-naik gak. Agak musykil disitu sebenarnya. Hehe.

                “Ae?” Mata Coed macam dah bersinar-sinar, tak jadi nak panjangkan muncung. Yes! Malam ni komfem aku menang punya la main bola! “Kau nak masak apa je lagi? Nak aku belikan bahan apa-apa tak?”

                “Hehe.. Aku masak lala masak cina, Ikan masak tauchu, sayur tomyam, cendawan goreng dengan daging rusa masak kicap.” Banyak an menu aku nak buat. Hehe. “Datang la.. Ooo lupa nak cakap, aku ajak kau sebab aku nak pergi beli bahan memasak dengan kau la. Hehe.” Aku dengan bangganya angkat tangan ‘peace no war’. Tak lah, aku tipu je. Family aku kan dah kenal sangat dengan Coed ni, dah macam adik aku sendiri dah sebab dah lama sangat kitorang ni hidup bersama.. So, tak salah rasanya aku ajak dia join. Kejap lagi aku nak ajak Mai lak join sekaki makan dekat rumah aku ni.

Coed mencebik. “Aku dah agak dah.. Kau ajak aku join mana pernah ikhlas.. Cehh.. Mujur menu kau sedap-sedap tau.” Sengaja muka merajuk dipamerkan. “Boleh buat tambahan menu tak?”

                “Errmm.. Boleh tapi aku buat kerja kalau dengan kau mana pernah ikhlas tau.” Sengaja aku ulang balik ayat dia. Aku minta dia temankan aku pergi market je pun beli bahan sikit-sikit. Bahan mentah mak aku dah belikan. Tulang lembu pun dalam peti ais rumah aku masih ada.. Ala baki daging korban, satu tahun pun susah woo nak habiskan. Last-last aku gak yang kena masak buat kenduri panggil kawan-kawan sendiri. “Kau kena la belanja aku ais cream yang besar tu dua.” Haha demand tak? Tak apa duit mamat ni tak pernah luak pun. Aku just gurau-gurau cakap macam ni tapi kalau dia buat betul pun kira halal je la. Haha!

                “Weii!! Cepat la Coed!! Mama ni ngorat papa lama sangat! Jenuh kitorang menunggu ni.” Kucai dah buat muka bosan menunggu. Nak sembang lama sangat pun tunggu esok-esok je la.

Coed buat muka bengkek. Cehh Kacau daun keladi betul la budak dua ekor tu. “Okay la.. Okay la.. Nak aku drive ke siapa?” Dia dah berdiri dari duduknya. Beg sandangnya ditarik sempang kebadan. Rambutnya dibetulkan.

See? Berapa lama sangat la dia mampu pakai songkok kan? Tak apa la at least dia try. Bukannya wajib pun pakai songkok tu. “Pak Wan! Kau tu kalau nak aku naik kereta yang kau drive tunggu ada lesen dulu.. Kau ingat aku sanggup ke mati katak puru tak kahwin macam ni?” Pak Wan tu drebar mamat ni. Pak cik tu pun dah naik kenal dah aku ni. Mana tak nya kitorangkan kawan dari kecil. Dari zaman pergi tadika dulu, Pak Wan la yang jadi mat drebar mamat ni. Mak bapak dia ni?

Hehe enough said la.. Orang yang kerja dekat tempat kos sara hidup tinggi ni majoriti semuanya kejar saham dunia, sampai hal akhirat pun diorang SENGAJA lupakan. Anak-anak terbiar macam tu je. Didikan agama pun kurang. Semua percaya seratus peratus dekat cikgu, tapi diri sendiri? Anak-anak pun satu hal, relakan diri ni dengan kehidupan ‘gelap’ yang tak ada arah tujuan. Kita ada akal, kita boleh fikir. Sebab tu la manusia dan haiwan berbeza, so jangan sesekali comparekan manusia dengan haiwan.. Melainkan manusia tu tak ada akal macam diorang gak.

                “Aku balik dulu!” Coed angkat tangan. Dah jauh nak sampai pintu tu dia tepuk dahi sekali. Dia pusing arah aku. “Assalamualaikum!”

Aku senyum, tak tahu kenapa mamat ni makin hari makin baik jugak la perangai dia. Aku jawab salam. Kemudiannya Mai datang menghampiri aku ajak turun bawah sama-sama.

                “Auni.. Aku ada satu berita gembira dan satu berita sedih.. Which one you would like to dengar dulu?” Mai mengangkat fail hijaunya ketangan.

Hadooii, kena pilih ke? “Err good news?”

                “Alan Lee akan datang kesekolah kita sebab ada match.” Sara, sila berterima kasih dekat aku okey? Tadi after habis kelas aku terus bersembang dengan budak-budak boys school tu. Ada la seorang dua. Haha. Free-free je aku buat sesi temuramah terbuka! “Perlawanan persahabatan.”

Waaah!! Mata aku dah habis bersina-sinar dah ni wei!! Waaah!! Alan Lee la!! Err tapi ada bad news.. “berita buruknya?” Tolong la jangan cakap semua tu tipu semata-mata!! Sara buat muka sedih.

                “Berita buruknya.. Match tu hari sabtu dan dari pukul 8 sampai 12 atau mungkin habis awal.” Satu nafas je Mai cakap berita tak best tu. Kaki sudah dihayun menuruni anak tangga.

Erkk?? Kenapa dunia? Kenapa?! Waa... kelas sejarah kitorang tu betul-betul dari pukul 8 sampai 12.. Waaa!!! Nak nangis!! Baru ada peluang nak jumpa dekat-dekat ni.. Waa!! “Aku rasa aku nak bunuh Zain!” Sara cakap tanpa perasaan.




Sara memandang jam dinding dikelasnya. Wajahnya kelihatan muram. Insan disebelahnya dipandang untuk menagih simpati.. Waaaa!!! Sedihnya.. Dah pukul 12.30 tengahari. Sah-sah la match tu dah tamat. Turun tangga je ni, nak pergi tennis court tu lagi dah 15 minit. Waaaa!! Sedih gila!!

                “Akhirnya!! Fuhh!! Rasa otak aku ni anytime je kalau kau tanya soalan sejarah form 4.. Tup tup aku boleh jawabnya!” Zain menggeliatkan badannya kekanan dan kekiri dan kemudiannya menoleh belakang. Belakang dia tu AKU!

Aku pandang je Zain tajam. Lepas tu aku buat muka sedih. Mai dah main sengih-sengih dah bila Zain tanya aku kenapa. Aku bangun berdiri dengan layunya macam pokok eksperimen yang tak disiram seminggu tu keluar dari kelas. Aku rasa aku nak pergi tennis court tu la.. Mana la tahu jodoh kitorang ni kuat sebenarnya.

Aku jalan dan jalan dan jalan dengan slownya. Akhirnya sampai gak dekat tennis court tapi tak ada orang pun dekat situ. Betul la kitorang ni tak ada jodoh. Waaa... Sedih gila! Okay petang ni aku nak isi form la nak register terus masuk Tanjong Rambutan. Uhuk! Uhuk! Sedihnya. Aku pegang je pagar Tenis tu. Muncung panjang.

Tap! Tap! Tap! Aku dengar bunyi derap tapak kaki. Ehh? Aku pandang depan. Erkk? Alan datang menghampiri tempat net padang tu. Lepas tu aku nampak dia mengambil sebiji bola tenis yang tertinggal dekat situ tadi. Aku tengok je gelagat dia. Masa dia dah ambil tu, dia terperasan aku yang tengah melekat dekat pagar court ni macam lalat kena hinggap dengan raket elektrik tu. Tapi dia diam je.

Err.. “Yo?” Apa kejadahnya aku sebut yo ni? Hadooii Sara kau nak main yoyo ke? Kau cakap macam ni mana la dia nak respond. Macam perempuan gengster lak.

Dia pandang kearah aku sekali lagi. Lepas tu dia senyum dan datang menghampiri aku tapi jauh gak la jarak kitorang ni. Err Satu meter je.

Alan angkat tangan. “Yo.” Lepas tu dia gelak-gelak. Kelakar kut dengar aku cakap yo-yo ni.. “Saya kenal awak ke?”

Sara sengih tak tahu nak respond. Girl yang dare gila bagi awak green light touch tangan awal bulan lepas tu.. Ala dekat Jusco tu la, masa tu girl tu tak pakai tudung. Tak ingat lagi? Ala time awak broke up tu. Errk tak kan aku nak cakap macam tu lak? “Agak-agak?” Berani je aku jawab. Waaah!! Dia dekat depan mata aku la. Lihatlah dunia!! Jodoh kami ni kuat tau!

Satu set badan mamat ni guna jenama Nike. Bapak dia ni taukey Nike ke wei sampai satu set baju, seluar campur kasut dengan cap dia Nike ni? Jam dia je lain tapi bukan jenama hari tu, Ni jam Nixon kan? Yang the genie tu. Smart kut. Magai .. Mamat ni dahsyat sungguh!

Dia senyum lagi. “Kenal kut.. Kalau tak mesti la awak tak tegur saya.” Cap yang lidahnya kedepan tu dia pusingkan kebelakang. Ha, baru nampak muka dia ni dengan jelas. Boleh luruh iman aku ni.

Aku dah garu-garu kepala tak tahu nak cakap apa. Aku anggukkan aje. Lepas tu aku senyum macam orang tak siuman. Hadooi!!

                “Ookay la.. Thanks tegur saya. Minta diri dulu. Bye.”Dia angkat tangan nak berundur.

Aku memang la tak boleh nak menghampiri dia.. Sebab depan aku ni pagar tenis tau.. Melainkan aku ni rajin buat kerja gila meroyan pusing ke belah sana. Nampak pelik sangat disitu. “Err.. Awak!”

Dia toleh kebelakang. Pelik dengan aku yang tiba-tiba panggil dia. Dia diam je dan senyum sekali sambil mengangkat bahu dengan tangannya yang separuh masuk poket seluar tu.

                “Err.. Kalau awak sedihkan.. Awak..” Tak kan aku nak suruh orang cina ni banyakkan selawat, baca al-Quran lak? Sebab aku tak suka tengok dia tension macam hari tu. Walau macamana pun problem seseorang tu, mesti ada penyelesaiannya.. First sekali kita kena kuat. “Aa.. Awak dengar la lagu tajuknya Stand by Rascal Flatts.. Err mungkin awak boleh motivated ke?.. Aa.. Itu je.” Aku dah garu-garu kepala yang pura-pura gatal ni. Apa aku melalut ni?

Alan diam sebentar dan kemudiannya dia memandang aku lama macam mengingatkan sesuatu. Kemudiannya dia senyum dan mengambil BB nya didalam poket seluar. Dia tekan-tekan something dekat situ. “Thanks.” Dia senyum. Dia berjalan mengundur belakang dengan bola tenis yang dia ambil tadi dilantun-lantunkan ketanah sebelum dia main lambung-lambung pula. Lepas tu aku dengar dia pasang lagu yang aku suruh dia dengar tu.


                You feel like a candle in a hurricane
                Just like a picture with a broken flame
                Alone and helpless
                Like you’ve lost your fight
                But you’ll be alright
                You’ll be alright

                Cause when push comes to shove
                You taste what you’re made of
                You might bend, till you break
                Cause its all you can take
                On your knees you look up
                Decide you’ve had enough
                You get Mad, you get strong
                Wipe your hand shake it off
                Then you stand, then you stand


Dia pusing depan dan blah. Aku nampak dia senyum lagi menawan dari yang dia mula-mula senyum dekat aku tadi.

Aku hanya mampu main ketuk-ketuk kepala je. Apa kau merapek ni Sara?? Rasa muka ni macam panas je. Waaa.. asal aku malu giler ni?? Handset aku tiba-tiba je bergegar didalam poket. Aku dengan otak yang masih merewang-rewang ni mengangkat panggilan. Waaa.. aku tengah malu ni.

                “Wei! Aku dah lama gila tunggu dekat kereta ni.. Jadi ke tak ni?” Coed dah main perli-perli aku. Memang la dia tunggu lama. Dah la kena singgah ambil aku dulu. Dia kan tak ada kelas tambahan macam aku hari ni? Huhu.

                “Ala wei.. Sorry! Sorry!! Aku tak sengaja.. Kau tunggu kejap ae, aku on the way ni.” Aku rasa aku masih tak betul ni.. Waa.. Apsal aku rasa muka aku ni masih berbahang? Waaa.. Malunya!! Sambil berjalan nak ke pagar depan tu aku main tepuk-tepuk pipi bagi otak aku ni center balik. Dah.. Dah tu Sara postpone malu tu esok-esok, kitakan nak happy-happy je hari ni. Dooii sepatutnya aku kena cakap thanks tadi sebab dia bagi ceramah free dekat aku masa kat Jusco dulu tu sampai aku sahut nak change ni. Yooo.. Aku senyum. Balik ni aku nak dengar lagu stand jugak la. Aku senyum lagi. Sah aku ni meroyan!







No comments: