“Siti,
cepat la.. Lambat betul macam perempuan.” Along yang tengah membaca surat
khabar memekak terlolong. Spoilkan suasana pagi yang sepatutnya merelakskan
semua orang termasuk aku. Hampagas betul!
Macam perempuan? Aku memang perempuan la
abang oii!! Terkocoh-kocoh aku sarung sweater dengan tudung Ariani dikepala.
“Eee sabar la sikit.” Pintu bilik tu aku
sengaja hempaskan. Eee payah betul dapat abang yang annoying macam dia ni. Dia
lambat tak apa. Aku lambat tak boleh. Cehh!!
“Hah.. Orang dah
siap! Puas?” Nada marah-marah sengaja aku lontarkan dekat orang perasan atuk tua
ni. Aku ambil cawan dan curahkan air teh susu untuk diri sendiri. Roti pula aku
sapukan dengan planta dan jam kaya. Lepas tu aku lipat dua. “Embah mana?”
Matanya fokus membaca NST. “Keluar.”
Kemudian Along pandang aku atas bawah. Lepas tu dia pandang lagi bawah atas.
“Macam ni je?” Jari telunjuknya ditunjukan kearah cara pemakaian aku atas bawah.
“Tudung bibik? Sweater? Seluar sukan?”
“Yang
penting tutup aurat.. Fesyen tu nombor dua.” Aku jawab nak tak nak. Malas nak
layan abang aku ni. Semuanya salah kat mata dia. “Alaa.. Nak gi medical
check-up je pun.. Sini kampung.. Bukannya ada orang nak datang dekat Siti
cakap..” Aku pandang muka abang aku dengan penuh ‘ketoyaan’. “Eh, eh baju awak
dengan sweater tak matching la nyah!” Aku cakap nada gedik macam aku ni
kononnya mak nyah sambil melembutkan tangan macam sotong. “Tak adanya.” Aku
keraskan balik suara aku. Jari telunjuk aku talakan kekanan kiri macam jam zam
dulu tu.
Roti baru nak masuk mulut. Tiba-tiba je
Along rampas roti tu. Ngap! “Hmm... Pandai gak raksaksa ni sapu roti..”
Sarkastik je nada suara dia. “Ingatkan pandai buat bilik air je.” Along perli
lagi sebab kalau aku masuk bilik air memang tak ingat dunia.
Aku genggam jari aku kuat-kuat lepas tu
aku buat gaya macam nak cekik dia. “Orang punya la!! Nak sapu la sendiri!”
Tengok tu. Pagi-pagi lagi kalau tak kacau aku tak sah! “Bak sini!” Aku mintak dekat dia sebab dia
baru je makan sikit.
“Nak
ke?” Dia sengaja goyang-goyang roti tu depan aku. “Jap.” Lepas tu sengaja dia
jilat-jilat kat permukaan roti tu. “Nah, nak tak?” Dia hulurkan dekat aku.
Eeee!! Geli betul la abang aku ni!!
“You!!!! You!! Errrr!! Mother of fish!” Dengan redhanya aku buat satu lagi roti
tapi kerusi tempat duduk ni aku jarakan sejauhnya dari si Along ni. Hmmph!! Aku
boleh je buatkan untuk dia tapi tunggu la aku makan dulu!
Ha! Ha! Ha! Dia gelak je. “Habis la
Selangor nak kena fire dengan seekor raksaksa.. Haha.. Mujur tengah season
hujan sekarang ni.” Dia gelak lagi.
Nasib baik la dia yang drive nak bawak aku
pergi hospital kejap lagi. Kalau tak.. Err tahu la aku nak buat apa.
“Along..
Kenapa stop dekat sini?” Kereta Wira ayah aku tu perlahan-lahan berhenti
dihalaman rumah kampung dua tingkat itu.
Along tak layan soalan aku sebaliknya dia
sengih perli dan terus mendail satu nombor. “Ha.. Aku depan rumah atuk kau ni..
Cepat sikit.”
Berkerut kening aku memandang abang aku
yang suka sangat menyakat aku ni. “Say something.. Puh-lease.” Aku tanya lagi sebab
tak puas hati. Aku tengah tak tahu apa-apa ni.
“Ha..
Kau duduk belakang.” Annoy giler nada dia cakap tu.
Aku genggam jari aku rapat-rapat nak
mencekik mamat ni. “Eeeee!!! Orang tanya elok-elok ni.” Geram betul aku ngan
mamat ni. Wujud rupanya manusia macam ni eh. Ni la ciri-ciri lelaki yang paling
aku tak suka!
Grrr!! Aku mengetap gigi. Along senyum
nakal sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah luar. Aku pun pusing la
belakang. Gulp!! Aku terus pusing kearah abang aku dengan muka cuaknya. Aku
buat muka marah. “Asal tak bagitahu?” Aku tanya slow.
Dia angkat double jerk. Ayish dah main
ketuk-ketuk tingkap. Disebabkan aku terkejut sikit, aku pun toleh kiri iaitu
kearah dia. Time tu la Along turunkan cermin tingkap. Gulp!! Wei depan aku ni!!
“Yish,
kau duduk depan.. Kita hantar budak ni dulu baru project.” Along bagi arahan
supaya aku ni sedar sikit yang aku ni patut keluar duduk belakang sekarang ni.
“Yok
ah melebu neng umah atuk aku dulu?” Ayish ajak masuk rumah atuk dia.
Along angkat tangan tak nak. “Raksaksa ni
kena masuk hospital kul 8. Kang lagi lambat habis kalau lambat masuk.” Aku
pandang Along pulak tapi dahi aku ni memang dah main kerut-kerut je dari tadi.
Tak semena-mena kedua tangan dia free je cubit pipi aku yang tak berapa nak
tembam ni.
“Sakit la!!” Aku
terjerit perlahan. Aku nak balas balik tapi Along jauhkan diri dia dengan
menolak pipi aku kebelakang sambil tangannya best je cubit pipi aku ni dan
tangan aku ni pendek! So, tak sampai la kat muka dia. Aku terdengar abang Ayish
gelak. Waaa!! Abang aku memang teruk oo!! Aku dah la pakai macam ni. Terbuat
perangai macam ni... Depan Abang Ayish lak tu.
Aku turun buat muka tak tahu malu terus
duduk belakang. Tu la Siti, tahu pulak malu main semberono je pakai baju macam
ni.. Selalunya main belasah je. Edehh.. Siap kau long!! Tahu la balik ni aku
nak buat apa!
“Siti..
Siti.. So funny. Haha..” Abang Ayish duduk depan sambil menggeleng-geleng
kepala kelakar dengan perangai aku la kut.
Adoooii jatuh saham aku.. Aku ni dah la
admire kat abang Ayish dari zaman berlajar dulu. Masa aku form one dia form
four sekelas dengan abang aku yang annoying ni ambil kos prinsip akaun, ekonomi
asas apa semua tu.
“Sambung
degree eh?” Ayish menanyakan soalan dekat aku. Dia toleh sekejap kebelakang.
Dia ni relaks dan quite innocent. Yang penting dia hormat gila dekat perempuan!
Tak macam typical boys, suka sangat jual ikan!
Aku senyum malu-malu kucing. Jari telunjuk
kanan dan kiri dah main sentuh-sentuh each other. Kepala aku tundukkan.
“Ermmm.. Haah. Doakan la berjaya.” Aku senyum malu-malu kucing gatal lagi. Tak
apa dia dah pusing depan dah pun. Suara aku lembut sikit tak macam cara aku
bercakap dengan abang aku.
“In
Sya Allah.. Bolehnya.. Siti kan pandai.”
Aku tersengih lagi dengar dia cakap macam
tu. Tak pasal-pasal aku usap kepala aku sendiri. Hehe budak pandai. Tak tidur
la nampak gayanya aku malam ni.
Bila aku angkat kepala aku nampak mata
abang aku tu dekat cermin tengah pandang aku tajam. Apa?? Tak puas hati ngan
aku lagi ke? Aku tunjuk penumbuk kat cermin tu.
“Gebang
je tu Yish, raksaksa mana ada kelayakan nak sambung degree.” Suara dia nada
gila menyakitkan hati! Errrr!!!
“Orang
bukan raksaksa la!!” Volume suara aku ternaik balik. Tangan aku automatik
terpiat telinga si Along.
“Adooii
sakit la!” Kereta yang kitorang naik ni terlencong kekanan sikit dari jalan
raya. “Siti! Along tengah bawak kereta ni!” Along dah start marah.
Ayish gelak je. “Siti, jangan la marah
dekat Along.. Dia gurau-gurau je la. Haha.”
Alamak! Jatuh saham aku lagi 10 percent..
Hampagas punya abang.. Kan aku tertunjuk perangai sebenar aku. Adooii.. Sedih
woo.. Siap la kau long!!
“berlajar
apa?” Dia tanya lagi tapi dah tak toleh belakang. Abang Ayish ni menjaga sikit
batas pergaulannya dengan girl. Tengok nak bersembang dengan aku pun ayat
sopan-sopan je. Tapi bila dia bersembang dengan abang aku. Pergh memang tak
ingat dunia.
Tapi, tu la yang aku suka. Dulu dia pernah
jadi imam dekat sekolah time solat maghrib ke isya’ entah. Lunak je suara dia.
Surah nak panjang-panjang je. Aku dengar cerita dia banyak menghafal surah.
sendirian berhad lagi tu. Nampak tak? Calon suami soleh tu.. Waa.. Bila la aku
nak kahwin dengan dia ni? Hohoho.. Gatal jugak aku ni. Aku usap kepala aku
sendiri lagi. Perah santan betul la aku ni.
“Siti
dengar tak? Ayish tanya tu.. Tak payah nak berangan sangat sampai
terleleh-leleh air liur tu.” Anak mata abang still dekat cermin depan pandang
aku macam nak leser aku.
Tangan aku terus mengelap mulut. Eh tak
ada air liur pun? Eeee!! Along tipu aku!! Sengal la abang aku ni!! Aku pandang
cermin depan balik aku nampak abang aku tengah tahan gelak. Dia cakap macam tu
depan Abang Ayish.. Waa.. asal aku dapat abang macam ni?? Jatuh lagi saham aku.
Err.. Rasanya orang selalu tanya study apa
and dekat mana kan? Aku tak dengar soalan Abang Ayish tadi. “Err.. Orang ambil
Optometri dekat Puncak Alam.. Doakan eh.” Tengok aku mintak dia doakan lagi. Ye
la, antara dia dengan abang aku.. Aku rasa doa abang Ayish ni lagi makbul dari
abang aku sendiri.
“Ameen,
bakal jadi doktor mata la ni eh?”
“In
Sya Allah.. Mudah-mudahan.” Tengok? Aku pun rasa tiap kali bersembang dengan
dia ni aku dah macam wanita solehah je. Sikit-sikit aku sebut nama tuhan.
Alhamdulillah. Ha see? Otak aku pun berzikir. Tak macam abang aku ni.
Sikit-sikit aku nak cakap benda tak elok je. Hohoho.
“Dah,
Siti.. Kau dah boleh keluar sekarang. Dah sampai dah. Shuh.. Shuh.. Get out.”
Along suruh aku keluar tapi cara dia macam nak halau anak kucing je.
Eh, alaa.. Kejapnya sampai. “Along tak
temankan Siti ke?” Kalau Along teman mesti la abang Ayish teman sekali kan?
Hehe.. Ish Astagfirullahalazim.. Aku kan nak jadi wanita solehah.. Niat dah
lain tu. Ish, ish..
“Tak
ada sapanya yang nak culik kau kat hospital ni.. Dah shuh.. Shuh.. Pergi main
sana. Dah settle nanti call aku.” Lepas tu elok je Along tinggalkan aku dekat
depan bilik mayat yang punya jauh gila dari tempat yang sepatutnya. Bilik mayat
tu.. Chop! bilik? Mayat? Err meremang bulu roma aku. Along ni melampau betul!!
Dalam pukul 10 pagi tu aku balik dengan
kawan aku. Sebab abang aku tak nak ambil aku. Dia kata dia ambil aku balik time
sesi petang punya nanti. Hampagas punya abang!! Mujur aku tak boleh solat.. Aku
tolong Embah atau malaynya orang panggil nenek aku ni memasak. Salah tu, aku
tolong sediakan bahan je. Aku mana la pandai masak-masak ni. Kacau-kacau tu
boleh la.
May be sebab aku dah tak ada emak kut?
Balik rumah atuk aku ni pun jarang. Selalunya aku duduk Kapar tu bertiga je dengan
abang ngan ayah aku. Semua single. Memang single la kehidupan aku. Muahaha. Kitorang
selalu order luar je. Rumah pun asal selesa dan bersih sudah. Kemas tak kemas
tu nombor dua.
Akhirnya lepas aku check urine test, X-ray
segala bagai aku disyaki sihat wal-afiat. Ha tu la aku dah cakap awal-awal kat
doktor tu aku ni sihat tak ambil dadah or rokok tu dia tak percaya. Nak gak
check semua benda. Hehe. Yang paling tak best tu time sesi petang. Lama gila
nak mati!!! Errr... Ha! dah sampai pun abang aku ni.
“Honk! Honk!”
Aku melambaikan tangan. Lepas tu bila aku
sampai sana aku nampak Abang Ayish yang drive. Si Along ni best je tidur. Geram
aku tengok abang aku seekor ni.
“Lama
dah tunggu?” Ayish tanya dekat aku. Ye la nak tanya siapa lagi? Dah aku je yang
tengah celik mata time ni.
“Tak
lah... Biasa-biasa je.. Hehe.” Okay, aku tipu sebenarnya. Baru tadi aku berniat
nak gigit kepala abang aku sebab dah lambat 20 minit tunggu dia! Aku pandang
Along. Dia nampak macam neutral bila time tidur. Time waktu macam ni je dia
nampak macam budak yang sangat baik. Time lain nak sakat aku je kerjanya. Aku senyum.
Aku sayang sangat dekat abang aku ni yang sebenarnya tau.
“Tak
panas ke pakai sweater? Hospital tu dah la tak ada aircond..” Dia tanya aku sebaik je aku masuk dalam
kereta.
“Tak
lah... Biasa-biasa je. Hehe.” Aku tipu gak sebenarnya. Wei mesti la panas! Dah
la sweater ni warna hitam! Tebal lak tu! Lepas tu kena lak tunggu berejam
lamanya. Kipas pun slow semacam je.. Ni la akibatnya aku tak bawak baju lengan
panjang langsung balik rumah nenek aku. Edehh. Tak pe pengajaran buat diri
sendiri. Sebenarnya aku pun tak jangka yang aku buat medical check up kat sini.
“Tadi
buat apa?” Aku tanya Abang ayish lak. Asyik dia je soal aku.
“Ada
la..” Jawab dia main-main.
“Alaa,
itu pun nak berahsia ke?” Aku nak tahu jugak apa project abang aku ni sampai tak
menyempat nak ambil aku time tengahari tadi.
Dia geleng kepala. “Nanti tanya Hadi ye.”
Kereta diberhentikan sebab lampu isyarat tengah merah. “Nanti kalau dah
belajar, niat kerana Allah tau.. Jangan sebab exam, sebab nak kerja.”
Pandai abang Ayish ni tukar topik dengan
bagi tazkirah free ye? “Ye.. Ye..” Jawab aku tak puas hati.
Dia gelak-gelak dengar aku macam tak puas
hati. “Tahu tak apa beza kita study coz of Allah dengan study coz of exam or
work?”
“Sama
je.. Cuma dapat pahala lebih la kalau niat kerana Allah.” Eee kenapa nak
berahsia dengan aku ni? Ngada-ngada betul la Along ni! Abang Ayish tak apa..
Dia exception.
Haha.. “Boleh la satu markah.”
“Satu
je?” Naik kening aku. Bagi la lapan ke lapan puluh lapan ke markah tu.. Banyak
sikit.
“Kalau
kita study sungguh-sungguh kerana exam. kita akan lulus dengan cemerlang..
Kalau kita study sungguh-sungguh sebab nak kerja.. kita akan dapat kerja.. Tapi
lepas tu semua ilmu yang kita belajar akan hilang.. Kira macam kita dah
muntahkan dekat kertas exam segala yang kita study tu... Macam majoriti bebudak
zaman sekarang.. Bagi diorang ‘berjaya’ tu Cuma atas paper.” Dia diam
sebentar.
“Kalau kita study
sungguh-sungguh sebab Allah.” Dia senyum tapi kepala fokus kat arah depan. Gila
kau nak senyum kat aku? Dia tengah drive tu. Silap hari bulan boleh mereng aku
ni terdesak sangat nak tengok senyuman dia tu. “Kita akan dapat semua.. Kita
dapat berjaya dengan cemerlang.. Kita dapat kerja.. Kita dapat apply kan apa
yang kita belajar dalam kehidupan.. Kita tak lupa dengan mudah apa yang kita
study.. Dan kita bukan setakat berjaya atas kertas je... Kita berjaya dunia dan
akhirat.”
Haah.. Dulu aku belajar pun sebab aku nak
orang look up dekat aku. Sebab dunia ni desak budak-budak jadi pandai hanya
melalui paper. Tak caya? Kalau result teruk semua orang tak pandang. Kalau
result bagus, semua orang nak puji-puji. Mentaliti orang zaman sekarang. Macam
la kalau pandai atas paper tu boleh buat kerja? Macam la orang yang teruk
resultnya atas paper tu tak ada masa depan? Mungkin diorang jenis practical and
not theoritical semata-mata? Please la open minded sikit.
“Bila
study nanti jangan menghafal buku lak.. Yang penting fahamkan main point. Kalau
kita faham.. Automatik kita akan terhafal sendiri.. Trust me... Bila soalan pusing
macamana pun.. Kita boleh jawab dengan senang sebab kita dah faham basic.” Dia
bagi nasihat lagi. Bagus betul la Abang Ayish ni..
Aku cadangkan dia jadi pakar motivasi la
kalau macam ni. Tapi lagi bagus kalau dia jadi husband aku. Boleh nasihatkan aku
hari-hari.. Huhu. Masuk dua puluhan ni hormon menggatal aku makin
melampau-lampau la.. Edehh.
Betul.. Aku tengok kawan-kawan aku
semuanya hafal sebijik-sebijik dalam buku. Bila twist sikit dah mula meroyan pening
kepala tak tahu nak jawab apa. Aku mengangguk banyak kali kira setuju la
maksudnya. Ala, bukannya abang Ayish nampak pun. Ya Allah tolong la bagi aku
kahwin dengan abang Ayish.. Tolong la.. Tolong la.. Semoga dia jodoh aku.. Ameen.
Aku tadah tangan. Mana la tahu time-time macam ni doa aku termakbul kan? Fuh!
Fuh! Aku main tiup-tiup.
“Kau
tengah jampi apa tu?” Suara Along perli semacam dengan mata yang sengaja
disepetkan dan bibir tertampal dengan senyuman sinis.
Errr?? Tak pasal-pasal tangan aku
tertumbuk hidung dia, terkejut punya pasal.
“Adoooiii!!”
Along meraba-raba hidungnya. Sakit woo. “Eee patah hidung aku.. Kau ni pahal
Siti?” Kedudukan hidungnya dibetulkan. Kononnya patah la tu. “Ishh.. Raksaksa
ni jeles ngan hidung aku ke apa?”
Setan tua ni dah terbangun? Bulat mata aku
memandang pak cik seekor ni. Tengok tu, perli aku lagi! “Siapa suruh buat orang
terkejut.. Mana la orang tahu.”
Ayish gelak je tengok drama adik beradik
yang dah macam kucing dengan anjing ni. “Di, adik kau dah solat ke belum?”
Aku tengok pemandangan luar tingkap. Eh,
hala KS ke? Aku ingatkan nak hantar aku balik terus rumah Embah. Patut la lama
semacam kitorang sembang.
“Dia
tengah honeymoon dengan best friend dia.” Senada suara along menjawab soalan
abang Ayish.
“Ooo..
Terus singgah Pizza la ni..” Signal kanan diberinya sambil mengetuk-ngetuk
stereng.
Aku angkat kening tak faham. Apsal aku
seorang je yang benak sangat dari tadi ni? Nak cakap aku makan semut tak ada la
pulak.. Kalau ada pun bulan lepas, itu pun sebab aku ter tak sengaja. “Along
cakap apa ni? Bila lak orang honeymoon dengan best friend orang nya?” Ni yang
aku blur semacam ni.
“Nak
tau gak ke?” Tanya Along serius.
“Nak
la.” Ngada-ngada betul! Bagitahu je la.
Abang Ayish yang tengah pusingkan stereng
kekanan tahan gelak je. Apanya? Wei aku tak faham ni!! “Cakap je la long!”
Dia main jari telunjuk suruh dekatkan
telinga aku kat mulut dia. Pun kena berbisik ke?
“Datang
bulan lah! Kau kan tengah teeeeeet.” Dia cakap macam nak berbisik dekat aku
tapi volume suara tu kuat tak ingat dunia. Dia ni tak rasa berdosa langsung
ke?? Tu abang Ayish kat depan tu!!
Wei!! Malunya aku!! Aku baru nak tumbuk
hidung dia tapi dia dah selamatkan diri awal-awal.. Hampagas betul! Aku pandang
abang Ayish.. Waa malunya.. Dia tengah tahan gelak tu. Waaa saham aku jatuh
lagi!!
Keluar dari kereta tu aku nampak kucing..
Dan!
“Haaachiu!!
Haaachiuu!!” Along pusing belakang iaitu tempat aku tengah berdiri sekarang ni.
“Haaachiu!!” Along tiba-tiba je terus melompat keatas boot kereta. Kelakar
giler gaya dia melompat tu. Macam nak bersilat pun ada gak. Hidung dia dah
merah, mata dia dah mula berair gila. “Haaachiu!! Siti!! Haaachiu!! Kucing tu!!
Haaachiuu!! Jauh!! Haaachiuu!!”
Aku tahan gelak je tengok abang aku
bersin. Nak mintak tolong aku jauhkan kucing tapi marah-marah aku lak. Padan
muka!! Puas hati aku. Muahahahaha. Sengaja aku dekatkan lagi jarak dia dengan
kucing tu.
“Haachiu!!
Ayish!! Haaachiu!! Haaaachiuu!! Kucing!! Haaachiu!! Haaachiu!!” Makin teruk
gila dia bersin.
Abang Ayish menggeleng kepala. “Siti,
letak kucing tu jauh-jauh. Hadi tu dah bersin melampau-lampau dah.”
Di sebabkan abang Ayish cakap macam tu,
aku pun letak la kucing tu jauh-jauh. Lepas tu kitorang gelak berdua. Jahat
jugak sebenarnya abang Ayish ni. Muahahaha rasa macam nak rakam je along tadi!
Agak-agak tak puas hati dengan dia boleh aku tengok balik video. Haha!!
Dah abang aku belanja pizza ni. Aku kena
la bedal betul-betul.. Tapi mujur ada abang Ayish.. Terpaksa la aku makan
dengan penuh adab. Tapi tu mula-mula je, Lama-lama aku lupa diri dan jadi diri
sendiri balik. Memang banyak gak la aku bedal. Fuh!! Sedap ooo.
“Long,
kau mimpi apa baik sangat nak belanja orang ni?” Aku tanya abang aku sambil
mengacau-ngacau sup mushroom campbell dengan garlic bread.
“Bila lak aku
belanja kau? Ni aku belanja Ayish je.. Kau tu menyibuk join sekaki ada la.”
Muka dia yang toya semacam tu aku tengok kecik besar-kecik besar je.
Jari jemari aku yang kat bawah meja ni dah
main mari berdansa dah rasa macam nak cekik leher dia tu! Aku pandang dia tajam
dengan pipi aku sengaja kembungkan sikit sebab aku rasa macam nak mengamuk je
sekarang ni!
“Tak
la, Hadi ni gurau je.. Siti jangan la nak marah. Kita tengah have fun kan
sekarang ni tengah nak raikan Siti masuk U minggu depan.” Abang Ayish senyum
segaris sambil menyinggul siku dekat abang aku banyak kali.
Aku pandang abang aku pulak. Rasa macam
terharu gila! Tak sangka abang aku ni masih ada ciri keperimanusian rupanya..
uhuk-uhuk.. Thanks Allah. Abang aku ni masih sayang rupanya dekat aku.
Uhuk-uhuk.. Aku pandang muka Along dengan penuh keterujaan tapi abang aku
pandang tempat lain. Muka dia macam berbahang je. Malu ke Long?
“Mana
ada!” Along menafikan tapi muka dia macam tengah malu-malu je. Dahi berkerut
semacam. “Aku dah lama teringin nak makan pizza. Buat apa nak bazirkan duit
belanja raksaksa ni.”
Eeeee!!! Naik balik suhu tak puas hati
aku. Along ni demon punya sedara devil betul la!
Ayish gelak-kelak. “Korang ni cute la.”
Ha! Ha!
Turun
balik suhu aku.. Fuhhh mujur ada abang Ayish! Aku mengelap dahi yang
kononnya berpeluh. Terasa relaks balik.
“Apa
yang cutenya?” Along menceduk lasagna lalu digigit masuk kemulut.
“Dua-dua
sengal. Haha!!” Muka angel abang Ayish tu happy je cakap aku ni sengal?!
Hancur wei hati aku!! Ni semua pengaruh
Along la ni abang Ayish jadi macam tu! Salah Along!! Wuwu sedihnya hati aku
wei.. Aku tarik muncung. Dah la malas nak makan. Pinggan aku tolak kedepan.
Tengah period ni aku memang emo sikit. Abang aku ni teruk betul la! Saja je
jatuhkan saham aku depan abang Ayish!
Suasana diam seketika. Aku dengar Along
sembang-sembang dengan abang Ayish. Lepas tu diorang diam pulak.
“Err,
Siti merajuk ke?” Along tanya.
Aku berpeluk tubuh. Tak nak buka mulut!
Hati tengah bengkek!
“Err..
Okay la.. Along salah.. Tak syok la orang tu diam je.. Ni kan nak celebrate
dia.” Suara Along macam sedikit merayu nak pujuk aku.
Aku diam lagi tapi bibir ni tahan senyum.
“Hmm..
Along dengan Ayish ada hadiah nak bagi ni.. Err.. Dah la tu Siti.” Suara dia
dah separuh merayu dah minta aku sejuk. “sorry laa.. Intan payung oii..” Along
dah main garu-garu kepala tak tahu nak buat apa. “Wei Yish, kau pun tolong la
pujuk dia!” Slow je suara abang aku minta abang Ayish pujuk aku.
“Dah
la tu Siti. Tak best la emo-emo macam tu.” Lembut je dia cakap macam tu.
Cair terus marah aku ni. Terus aku senyum
ear to ear menghadap diorang berdua. “mana hadiahnya?” Aku buat-buat tadah
tangan. Aku nampak abang aku macam tak berapa nak puas hati dengan aku. Ye la
dia pujuk dari tadi aku buat bodoh je tapi abang Ayish cakap sekali je aku
terus okay. Haha siapa suruh tak bagi kasih sayang yang secukupnya dekat aku!
Pffft!! Plastik kecik gambar jenama apple
dihulurkan dekat aku. Fuyooo!! Dia bagi aku Apple ke? Aku buka plastik tu aku
nampak kotak Sony Xperia. Cehh, indah khabar dari rupa. Apasal la taukey kedai kasi plastik gambar Apple? Lulur
hati aku tau! Tapi Xperia pun okay gak. Aku suka.
“Aii?
Macam tak suka je?” Along macam tanya tapi nada macam perli je.
“Tak
la.. Orang suka je.” Memang la aku kena suka. Dah orang bagi smart phone.
Nak-nak free lak tu. Abang aku ni buat kerja part time je time tengah cuti sem
tadi. Berlajar pun tak habis lagi. Kitorang bukannya kaya pun. So, kalau
bersusah payah cari duit tu lepas tu beli benda alah ni memang la rasa precious
giler.
“Along
belikan eh?” Aku buka box tu. Phone yang lebih kurang besar dengan Apple tu aku
godek-godek.
“Ayish
nak share duit dengan Along.” Dia menjawab malas. “Sorry la, Along tak kaya..
Mampu belikan Neo je.” Ayish yang duduk sebelahnya hanya tersenyum kelakar
dengan along yang agak lemah lembut sekarang ni.
Aku senyum segaris. Dua orang yang aku
sayang belikan aku phone ni. Lagi la aku suka. Harga tu nombor dua. “Ooo
Kiranya dari pagi tadi Along keluar carikan phone la eh?”
“Tak
ada maknanya aku nak bazirkan masa dari pagi tadi beli benda alah tu..” Mood
Along yang sebenar dah keluar dah. Jujur je dia jawab. Cuba la tapis sikit bagi
aku terharu ke apa ke.
“Habis
tu?”
Along pandang aku tak puas hati. “Hish
budak ni.. Nak kerja polis ke apa? Menyoal je kerja macam aku ni buat salah
je..” Gumam Along perlahan.
Wei Aku dengar tu! Aku pandang Along
tajam. Merajuk balik baru tahu!
“Ayah
suruh beli laptop untuk cik Siti kita ni. Senang sikit nak buat assignment ke
apa. Along pergi KL pagi tadi cari yang mana sesuai sekali lepak-lepak dekat
sana. Dah? Memuaskan tak jawapan tu cik inspector gadget oii?” Panjang lebar
dia jawab dan bibirnya terlekat dengan senyuman tak berapa nak ikhlas.
Waaa.. Dapat lappy sekali!! Waa gumbira
nya hatiku!
“Hadiah
ni untuk Siti pakai dengan sebaiknya dalam kehidupan. Guna untuk buat benda
berfaedah. Untuk belajar tau.” Abang Ayish bagi nasihat lagi.. Walamak calon
imam ku! Cam ni la!
Aku angguk-angguk kepala. “I will!” Aku
angkat tangan kanan. “Promise lah!” Aku senyum je. Rasa bersemangat gila nak
masuk study ni! “Ooo by the way kan.. Orang dah dapat idea nak bagi nama apa dekat
phone ni.”
“Apa
dia?” Abang Ayish tolong tanyakan sebab abang aku macam dah malas nak layan aku
yang banyak mulut ni.
“Nama
phone ni ‘Near’.” Aku sayang sangat-sangat dekat phone yang berwarna putih ni.
Aku nak jaga betul-betul!
“Phone
pun nak bagi nama ke?” Aku ingatkan mamat tu dah malas nak layan aku. Sempat
lagi dia perli aku tu.. Err Along!
Aku pandang Along geram. “Mesti la ada
nama! Sebab dia ada value tersendiri taw!” Aku genggam phone tu macam benda ni
sangat berharga dekat aku. “Orang yang paling dekat dan paling Siti sayang
kasi!” Opppss.. Aku pandang abang Ayish. Fuhh dia tak faham. Apsal aku terlepas
cakap ni? Terasa macam aku celup muka ni dekat kolam yang dipenuhi dengan air
minyak cap kapak lak.. Merah..
“Suka hati la labu..”
Along menjawab malas sambil menghirup ice tea.
“Err
unta terbang!” Aku tunjuk dekat arah tingkap belakang diorang tu dengan muka
panik gelabah semacam. Tapi abang Ayish sorang je yang tertipu dia pusing
belakang pastu pandang kearah aku semula. Yang abang aku lak macam nak marah
aku sebab aku bagi gebang yang sangat tak logik.
“Mana
ad..”
“Siti
ni tipp..”
Click! Aku tangkap gambar first untuk
phone ni. Hehe dengan segala hormatnya saya merasmikan dengan muka sorang macam
nak mengamuk versi perli tak terhabis tu dan sorang lagi muka innocent tertipu
dengan unta yang boleh terbang? Ni la angel and devil yang paling aku sayang
lepas ayah. Err Embah aku pun dalam list yang sama.
“Ngopuro
akeh-akeh yo.. Hehe.” Sorry. Hehe.
Appreciate la dengan nikmat yang kita ada
tapi selagi boleh di upgrade, silakan. Apa salahnya untuk forward tapi kena la based
on syara’.
No comments:
Post a Comment