“Aunty, Sara ada dekat rumah tak?” Tanya Coed yang
baru sahaja keluar dari kereta sport Suzuki Swift yang berwarna merah itu.
Puan Suhaila terus mengurut dada. Terkejut den! Mana taknya tengah khusuk
lagi tawaduk siram pokok bunga ni, tiba-tiba dengan suara lantang camtu tanya
anak dara orang. “Edri! Cuba la bagi
salam dulu ke apa.. Terkejut aunty.” Puan Suhaila menggeleng kepala. Pili air
ditutup dan kemudiannya pintu pagar rumah dibuka.
“Assalamualaikum..
Hehe.” Coed garu-garu kepala yang tak gatal.
Puan Suahaila kemudiannya menjawab salam.“Ha.. Pandai pun bagi salam.. Sara
ada dekat dalam tu.. tengah masak lauk untuk tengahari nanti.” Coed dijemputnya
masuk kedalam. “Pergi la masuk rumah tu.”
Coed sengih je. “Thanks aunty.. Ni Edri bawak sikit buah tangan ni..” Edri
menghadiahkan senyuman manis kepada Puan Suhaila yang memang dah macam mak
sendiri dah sebab dari kecik dulu dia suka datang, lepak, tidur rumah ni. Tapi
bila dah besar gedabak macam ni tak boleh la main tidur-tidur lagi.. Tangannya
mengangkat sikit buah tangan tu. “Edri bawak masuk rumah la ye. Aunty sambung
balik kerja aunty.. Hehe Edri tak nak kacau daun.” Coed sengih.
Bulat mata Puan Suhaila memandang buah tangan yang dipegang Coed tu. Banyak
tu! Dua plastik besar, kanan kiri Coed jinjit. “Ni, hantaran nak pinang Sara ke
apa ni?” Lepak je Puan Suhaila menanya.
Pecah ketawa Coed sedas terus. Tengok, sporting gila mak Sara ni. Siap
boleh gurau main pinang-pinang lagi tu. “Pengeras la aunty.. Nak mintak dia
ajar Edri sikit.” Coed senyum nampak 32 batang gigi sambil menunjukkan beg
galasnya yang kononnya terisi dengan buku pelajaran.
“Ha.. Yelah tu. Dah
masuk la dalam.” Puan Suhaila dah sambung balik kerja yang tertunggak tadi.
Masuk je dalam Coed dah nampak budak lelaki berempat tu tengah main game
Nitendo Wii dekat ruang tamu. Mujur remote player Wii tu ada empat. Cukup la
sorang satu. Wii tu pun sebenarnya hadiah birthday dia kasi kat budak berempat
ni ha. Rumah sendiri dah ada satu X-box cukup la. Lagi pun Coed main
sorang-sorang. Abang dengan Kakak dia masing-masing ada family sendiri.
“Coed! Jom la main
sekaki?” Ajak Yun tapi kepala hala ke TV. Ha ni namanya ajak-ajak ayam, tak pun
Ajax-ajax fabulossou, pencuci lantai tu la. Remote dihajun membuat pukulan.
Smash! 30-15!
“La, main tennis ke?”
Coed datang menghampiri dengan anak matanya yang fokus kearah TV. “Main dance
la baru syok.. Kurus sikit badan korang. Muahaha.” Coed gelak devil. Pipi Papan
dan Luffy dicubitnya serentak. Badan budak-budak kecik zaman sekarang ni memang
‘comel-comel!’ Tak semegah betul! adeke gelakkannya budak-budak tak cukup umur
ni.
“Dance pad tak ada
la.” Papan buat muka tak puas hati. “Nak jumpa Kakak pergi la dekat dapur.”
Haha! “Majok lak.. Nanti tak comel tau korang. Haha.” Beg galasnya itu
kemudiannya diletakan dihadapan budak-budak berempat. “Nah, aku ada game baru
untuk korang.” CD One-Piece Unlimited Cruise 2: Awakening of a Hero, Masked
Rider Wizard, dan game Mario party 8 Wii edition dikeluarkannya.
“Pergh! Kau memang
terbaik la Coed!” Acap yang dok usha dari tadi terus ambil bekas CD tu tanpa
segan silu. “Ni bukan yang terbaru ke?” CD masked Rider Wizard diangkatnya.
Okay, depan tak ada gambar macam game Mario ngan One piece tapi tulisan tangan
Coed guna maker pen biru je.
Coed angkat kening double jerk. “Well tengok orang la.” Dadanya didabik,
Bajet riak la tu. Hoho.
“Untung la ada
Unifi..” Yun buat suara sarkastik.
Coed gelak je. “Aku pergi dapur dulu la.”
Sambal itu ditumisnya sehingga pecah minyak. Sara buat tangan naik-naik
keatas dihadapan kuali tiru gaya ratatoule. Kononnya asap berkepul la tu. Hidung
ambil peranan main hirup-hirup bau. “Delicia-cious..” Uhuk-uhuk.. Sakit tekak
aku bau cabai ni. Uhuk! Sara batuk kecil. Mata mula berair.
Telinga dah disumbat dengan Mp3 lagu ‘Hey Ok- Ferns’ berkumandang volume
12. Kepalanya dilentuk ke kanan dan kekiri. Rambutnya yang panjang terikat itu
juga ikut fatwa ‘Inertia’. Kepala kekanan, rambut kekiri dan begitu la
sebaliknya.
Macam seronok je buat kerja sorang-sorang. Haha.. Nasib la sorang je anak dara kat umah ni. Gula dimasukkan dua sudu almaklum la, dalam rumah ni ada yang tak tahan pedas. Lalalala.. Udang yang dah siap dibasuh dimasukkan kedalam kuali. Lepas tu dia main gaul-gaul je. Sup sayur yang dimasaknya tadi sudah naik bau.
Macam seronok je buat kerja sorang-sorang. Haha.. Nasib la sorang je anak dara kat umah ni. Gula dimasukkan dua sudu almaklum la, dalam rumah ni ada yang tak tahan pedas. Lalalala.. Udang yang dah siap dibasuh dimasukkan kedalam kuali. Lepas tu dia main gaul-gaul je. Sup sayur yang dimasaknya tadi sudah naik bau.
Tangan dah buat gaya suap nasi diciumnya dibibir. “Muah! Walla.. Mammamia!”
Sara sengih lagi. Dah macam orang gila dah gaya happy aku ni. Waktu memasak
adalah waktu paling happy. “Ye sangat happy!!” Sara bercakap gaya macam sedikit
keretakan berlaku diotak sebelah kirinya. Yang paling best adik-adik aku akan habiskan
semua yang aku masak. Hoho. Ya Hari ni hari paling Happy! Happy sebab dapat
call pagi tadi. Meroyan happy habis!! Nak nangis pun macam tak mampu.
Sedang Sara nak pergi ke peti ais dia ternampak seseorang disitu tengah
tahan gelak berdekek-dekek tutup mulut. Coed! Bulat mata Sara. Rasa macam nak
terkeluar je biji mata ni. Earphone terus ditariknya. Kepala dah main garu-garu
tak tahu nak buat apa. Dapur gas ditutupnya dulu. Tarik nafas.. Lepas.. Tarik
nafas.. Lepas. Dalam kiraan tiga.. Dua.. Sa.. “Arghhhhhh!!” Terus Sara pecut
lari naik ketingkat atas. Waaa!! Aku dah la pakai baju lengan pendek ni dengan
seluar steng!
Yun, Acap, Papan dengan Luffy lari kedapur sebaik sahaja mendengar suara kakaknya menjerit tak ingat bima sakti tapi sambil memegang remote Wii la. Ingatkan sayang kakak sangat budak-budak ni.. Err macam apa je perangai. Ingat Wii lagi tu, disaat genting macam ni? Masing-masing mengerumuni Coed yang menggeletar satu badan tahan gelak. “Kenapa dengan Kakak?”
Jawapan Coed. “Muahahahhahhahahahahahhahha..” Tu je yang mampu dia ucapkan
sambil terguling-guling ketawa atas lantai. Dia dah ketawa tahap menitik air
mata tu dah gaya sawan dah. Tak boleh blah punya kawan!
“What?” Coed buat muka
tak berdosa. mengong betul la mamat ni!
Sara buat muka bengang. Litup tudungnya dibetulkan. “Kau nampak aurat aku! Bukan nak bagi salam ke apa.. Mesti la aku marah!” Sara berpeluk tubuh. Muka dah berkerut-kerut tak puas hati.
Haha.. Selamba je Coed gelak. Makin bulat mata Sara. “Puan seri, macam beta ni tak pernah tengok je... Selalukan kau pakai macam tu je sebelum ni, time aku datang lepak sekaki. Nak marah apanya? Lagipun dari tadi aku panggil kau tapi kau buat pekak ke.. Tu la cucuk lagi telinga sampai jadi badak.”
“Hei.. Pak cik tua
kerepot, tu zaman aku jahiliah dulu la tak pakai tudung ke apa.. Sekarang ni
aku dah insaf tau. Hmmph!” Sara dah naik volume suara garangnya. “Pak cik, sila
la support kawan anda yang baru je nak menginsafkan diri ni.” Sara terus masuk
dapur. Mujur aku boleh terfikir nak tutup api tadi, kalau tak hangit la
jawabnya sambal udang aku ni.
Coed duduk dimeja dapur. “Okay.. Okay.. My lucky, my apology.” Respond dia gelak-gelak. “Sorry?”
Lucky? “What?” Sara angkat kening Ziana Zain. “Coed, aku tengah pegang
pisau ni.” Sara yang baru nak potong buah yang dibawa Coed tadi dah main tunjuk-tunjuk
pisau dekat mamat yang buat muka kisah tak kisah tu.
Coed angkat tangan pohon ampun dekat Sara. “Sorry.. Sorry..” Bibirnya
sengih tak berapa nak ikhlas. “Lepas ni aku tak dan la nak tengok rambut kau
yang cantik tu..” Perlahan je suara Coed. Kawan aku dari zaman neolitik ni nak
upgrade ke zaman logam. Rasa sedih tu ada la gak. Aku takut hilang Sara yang lama.
Sara angkat kening sebelah. “Coed..” Sayu je suara Sara. “Aku nak minta
tolong boleh?”
“Apa dia tuan puteri?
Tuan hamba akan cuba sedaya upaya membantu tuan puteri.” Coed senyum tawar.
Sara mengeluh seketika. “I’m serious nih.”
“And i’m serious to
the death gak ni.” Balas Coed buat-buat serious. Kening dah bentuk ‘M’ dah.
Muka fokus habis macam nak ambil mandat dari orang besar je gaya. Kemudian
masing-masing pecah ketawa. Kitorang mana pernah serious kalau part-part
bersembang ni dari kecik lagi. Kemudian diam seketika. “Sara.. We won’t get
serious, not towards anything then we won’t get hurt either.” Dalam maksudnya
tu.
Mug yang berisi Milo itu dihulurkan kepada Coed. Kemudiannya Sara mengambil
tempat dihadapan Coed. “Yes, I know that thing.. And we always not take
anything serious.. But it’s soal Islam.. The true fitrah of us. I’m trying to
go back to our fitrah. It’s enough la, that our surrounding dah macam negara
barat.. But that doesn’t change the fact.” Tangannya digenggam kuat. “Islam is
Islam.” Gumamnya perlahan.
“I believe that we are
who we make ourselves to be..” Coed meneguk air menghilangkan haus ditekak.
Coed is the very good listener that i ever had since dulu lagi.
“And I choose The true
‘Islam’ as my path..” Air mata Sara mula menitik. “Off that topic dulu.. Kang
ada gak bersilat... Aku nak mengadu kat kau nih..” Sara dah buat muka sedih.
“Kau tahu tak.. Pagi tadi cikgu tarik balik watak heroin tu untuk aku.. Kau
tahukan aku dah lama nak jadi watak utama.. Pagi tadi dia tanya skrip aku.. Aku
cakap la aku dah hafal semua segala.. Tapi bila aku cakap aku pakai tudung,
boleh tak pakai kostum yang kasi tutup aurat?.. Lepas tu, cikgu kata aku tak
boleh pegang watak tu melainkan aku buka tudung..” Sara mengelap air mata. Gaya
bercakap pun bersepah serabai. “Kau tahukan.. Aku dah lama tunggu saat tu..”
Sob.. Sob.. “Salah ke pakai tudung? Salah ke nak berubah? Tak ada siapa pun
yang nak support aku.. Waaa sedihnya aku..” Tangis Sara tanpa rasa segan. Dari
kecik kalau ada masalah je aku selalu share dengan Coed. So, tak ada la nak
malu sangat main nangis-nangis macam orang hilang laki ni kat dia.
Coed meneguk air liur berkali-kali. Dari kecik lagi Sara nak sangat jadi heroin
dalam lakonan sekolah. Dari tadika lagi. Tapi dia selalu je dapat watak
tambahan. Dia selalu cakap ‘one day mesti aku jadi macam diorang punya.’ Masa
hari tu cikgu umumkan watak untuk lakonan pentas festival sekolah ‘beauty and
the beast’, dia dapat watak bella yang jadi beauty tu siap berlajar bahasa
franch sendiri lagi tu. Ni dah nak habis one week cuti sekolah ni lak tiba-tiba
cikgu nak cancel. Dia ingat hafal skrip tu macam makan popcorn sambil menonton
wayang ke apa? Minggu depan dah start practice balik. Tak lama lagi show.
“Aku cakap dekat uncle
Lun aku la kalau macam tu.” Coed cakap bersungguh-sungguh. Marah betul gaya
dia, macam dia lak yang kena reject. Tahu la Pak Long dia tu pengetua sekolah kitorang.
“Sapa nama cikgu tu.. Biar aku kasi resign sikit. Kepala betul dia.. Adake
patut reject kawan aku yang sikit punya berbakat ni.”
“Tak payah la bagi tau
Uncle Lun kau tu.. Aku redho je.. Eh chop! sikit je bakat aku?” Tanya Sara
sarkastik sambil memandang Coed tajam. Tangisnya dihentikan seketika. Mamat ni
seorang je yang tahu aku ni agak kuat menangis sebenarnya. Depan orang nampak
coolio tapi hakikatnya aku ni emo jugak tau! Teringat lak pagi tadi aku
meredhakan diri. Satu hari suntuk aku kemaskan rumah macam orang yang happy
giler dapat adik perempuan. Memang tak mampu nak nangis lah.
Haha. “Okay.. Okay, terpaksa la aku menipu diri sendiri.. Banyak je bakat
kau, cikgu tu kero ke apa.” Cakap Coed nak tak nak. “Datin, kau nampak hodoh la
bila menangis.”
“Waa.. Lagi la aku
sedih! Kawan baik aku sendiri cakap aku hodoh.. Waa.. Nak lari rumah la macam
ni.. Waa..” Sejuk terus hati Sara dengan ‘lawak’ tak jadi Coed tu.
“Feel better uh?” Coed
hulur tisu.
Sara senyum. “Much better..” Tisu disambut. “Tapikan.. Aku nak
sangat-sangat watak bella tu.. Waa.. Peluang aku..” Dia sambung balik sedih dia
yang tak habis tadi.
Coed dah garu-garu kepala. Dia bangun pergi dekat ice box ambil Ice cream
magnolia perasa keladi, mango dan corn yang dia bawak tadi letak diatas meja
makan. Barang dekat rumah ni dah macam barang rumah aku je. Dua batang sudu
diambil. “Nah, sambung menangis balik sambil makan ice cream.” Sudu dihulurkan.
Nangis-nangis macam tu pun Sara sudi menjemputkan diri makan ice Cream 1.5
liter tu. “Waa... jadi ice terus hingus aku.”
“Wei.. Apa cakap
hingus-hingus ni depan makanan.. dah la corn ngan mango ni warna kuning!” Coed
ketuk kepala Sara dengan penutup ice cream. “Hayun punya kawan!” Ice cream itu
kemudiannya ditarik untuk makan sorang-sorang.
Sara lawan tarik bekas ice cream itu kearah dia. “Kata buah tangan..
Sah-sah la untuk kitorang.. Eee buruk siku betul la kau ni.. Aku pun nak makan
gak.”
“Eee, Kau sambung la
nangis.. Aku beli ni untuk budak empat ekor kat depan tu.” Coed buat-buat marah.
Sara terus ceduk ice cream warna unggu tu besar-besar. Ngap! Polok masuk
mulut. “Hapi haku hahak hia hoang!” Comot terus jadinya muka Sara.
“Kau ni Puan Seri tak
senonoh betul! Makan sambil cakap.. Aku ingatkan kau dah pakai tudung, perangai
pun dah berubah ke apa. Ni sama je aku tengok perangai kau.” Coed dah geleng
kepala. Bekas ice cream diletak tengah. Dia lak cedok masuk mulut.
Muahaha.. “Aku baru insaf awal cuti sekolah tadi. Ni tengah step by step la
ni nak jadi muslimah.” Sara angkat jari ‘peace’. Tapi siapa yang boleh ajar aku
nak jadi muslimah? Parent aku pun dua kali lapan.
“Hai.. Dah habis dah
menangis?” Tangan Coed ceduk lagi ice cream perisa yam tu.
Sara ceduk gak perisa yam. Favourite aku! Tapi Coed ni ambik banyak-banyak
lak. Nak habis dah aku tengok perisa Yam tu. “Ala kau! Aku tengah happy ni kau
ingatkan balik.. Mujur hati ku yang lara ini sudah terubat.”
Coed buat gaya nak muntah. “Wei tak yah nak sastera sangat la.. Loyar tekak
aku dengar tau.” Perisa Yam tu tinggal sikit, Coed nak cedok tapi sudu Sara pun
nak cedok tempat yang sama. Apa lagi perang sudu macam dalam cerita kung fu nak
rebut-rebut makanan tu pun berlaku la.
Tang! Tang! Bunyi laga-laga sudu.
“Coeducational! Aku
dapat dulu la!”
Coed senyum sinis. “Sarang burung! Ice cream ni aku beli lah!”
Tang! Tang! Bunyi laga sudu sampai dua manusia tu berdiri. “Aku ni
perempuan, gantle la sikit.. Kau tak faham word ladies first ke apa?”
“Kau tu lelaki la..
Bukan perempuan... Salah jantina tu. Kau cuba cek balik surat beranak kau tu.”
Muka Sara dah naik merah dah. Patut ke aku ni yang terang-terang nampak
macam gadis melayu terakhir ni dikatanya macam lelaki? “Ini boleh datangkan
amarah! Payung kat sana tu boleh jadi kayu kendo tau!”
Lidah sengaja dijelirkan oleh Coed. “Haha. Do I care? Aku ada black belt
lagi tak payah guna-guna pedang tau.”
“Sedapnya!” Suara
Luffy, adik lelaki Sara yang paling kecik ucap dengan girangnya. Tanpa rasa
sedikit pun berdosa dekat dua orang manusia yang sibuk nak makan dari tadi.
What the??
Coed dan Sara saling berpandangan. Kemudian masing-masing tertawa. Kalah
dengan Muhammad Lutfi yang tak berlajar
apa-apa pun seni pertahanan diri. Ice cream tu tinggal perasa mango dengan corn
je. Tengah-tengah dah kosong selamat kena baham.
“Kau makan tengahari
dengan family aku je la wei.. Dato’ Seri.” Ajak Sara.
Coed senyum je. Luffy yang berusia 5 tahun tu dah didokongnya. “Boleh je.
Aku dah naik muak dengan lauk maid aku masak.. Sumpah tak sedap!” Kura-kura
yang Sara bela itu dikeluarkan dari bekas putih yang ada jambatan merah tu satu
persatu. Semuanya tiga ekor.
“Kau ni tak bersyukur
langsung!” Tegur Sara dengan muka toyanya. Untung ada orang masakkan. Maid
rumah mamat ni ada banyak tau.. Semua kerja spesific. Yang maid tukang masak
rumah dia ni ada background chef five star, Tukang kemas rumah dia ada
background kerja hotel, yang tukang kebun lak ada background design laman..
Erk, apakah? Tapi aku yang tak ada star langsung ni jugak dia puji-puji. Pandai
mengampu sungguh. Memang layak jadi best friend aku sampai mati. Muahaha.
“Wei, asal kura-kura
ni tak bergerak? Mati ke?” Sengaja Coed menujah-nujah jarinya kecengkerang
kura-kura itu. Yang satu tu bergerak-gerak la jugak. Yang satu lagi, lari laju
mengalahkan palesit macam bukan spesis kura-kura je aku tengok. Last-last masuk
bekas balik yang hyperactive tu.
Sara terus mengetuk tangan Coed menggunakan pencil case. “Wei Leman, tu
kura-kura aku la.. One more tujah, you prepare to die.” Sara dah buat renungan
tajam. Tak jadi la nak puji mamat ni.. Err Tak layak jadi kawan.
“Uiit Peah sakit la..
Aku tanya je awat dia tak gerak?”
Kening Sara terangkat. Kura-kura yang seekor tu dipandangnya. “Oooh.. Yang
ni ke.. Yang ni Ventus.. Tu la dia kuat tidur. Kadang-kadang aku pun ingatkan
dia dah mati.. Ala, nama dia pun dah mean sleepy..”
“Aik? Kura-kura pun
ada nama? Ha yang normal ngan hyperactive ni lak?” Luffy diletakkannya kebawah
setelah bahunya asyik diketuk dengan remote Wii banyak kali. Nak main Wii la
tu. Tak layan tetamu betul la budak ni.
“Memey ler, Kau ingat
kau je ada nama? Hmmph.. Ha, yang hyperactive tu namanya Aqua, yang normal tu
Terra.” Sara menunjukkan perbezaan warna dan bentuk cengkerang kura-kura itu
kepada Coed.
Coed senyum perli. Okay aku pernah dengar nama tiga-tiga benda alah ni. “Tu
bukan nama watak utama dalam kingdom heart: Rebirth after sleep ke?” Tahun
lepas, minah ni katamkan game tu untuk aku. Ye la dia mana ada PSP. Suka-suka
je cekup PSP Go yang aku baru beli tahun lepas tu.
“Suka hati aku la nak
bagi nama senah ke meon ke.. antagonis ‘devil may cry’ ke protagonis ‘assasin’
ke ‘god of war’ ke.. Bukan mengganggu hidup kau pun.”
Hei, mengganggu okay? Kau dapat ilham pun dari game aku. “Patutnya yang
hyperactive ni namanya ‘Sara’ taw.”
Eeerrr rasa macam nak gali lubang kubur untuk mamat ni sekarang je.. Suka
buat orang sakit jiwa. “Yang suka tidur ni lak namanya Khairul Edri! Sedondon
lak aku dengar.”
Tak semena-mena Pencil case ditangan Sara tadi hinggap dikepala tuannya
pula. Oii Sakit la!
Usai je makan tengahari bersama keluarga, Sara ‘mengusir’ Adik-adiknya
termasuk la si Coed solat dekat surau yang berhampiran dengan taman rumahnya. Nak
harap Coed jadi imam? Tak payah la berangan. Aku bukannya yakin sangat mamat ni
pandai baca fatihah ke tak. Sejak jadi insaf ni, solat adik-adik semua aku
tengok, nak make sure cukup. Walaupun time subuh diorang yang kejut aku.. Haha!
Tapikan memang major budak bandar kat KL ni entah cukup entah idak solat
diorang.. Entah tahu solat entah idak. Tepuk dada tanya iman la kawan.
“Wei nak pinjam buku cara-cara
nak solat tak?” Soalan direct dari Sara kepada Coed. Tangannya sibuk menge-lock
pagar rumah.
Coed mencebik. “Wei, kau nak suruh aku baca doa qunut sekarang ni pun boleh
tau.” Muka macam marah je. “Aku solat cukup tau.. cuma tak berapa nak on time
je..”
Sara gelak-gelak. Ye la sangat tu. “Jaga adik-adik aku tu baik-baik..
Diorang kecik lagi tu.”
“Kak! Beza akak dengan Yun setahun je tau.. Tak
yah nak berlagak tua sangat la.” Yun buat muka tak puas hati.
“Akak ni ortodoks la!” Acap buat muka tak puas
hati. Ingat kitorang ni baby lagi ke? Err apa punya kakak la dia ni. “Macam la
kitorang ni kecik sangat.. Lain la Papan dengan Luffy ni.” Acap tunjuk kearah
dua orang adiknya yang paling kecik tapi paling ‘comel’ tu.
Papan dah main tumbuk-tumbuk bahu Acap. Budak 10 tahun tapi badan macam dah
tingkatan je. Penat semua orang panggil dia papan tapi tak kurus-kurus jugak.
“Orang tak gemuk la! Orang sihat tau!”
Sara gelak je. “Dah-dah.. Shuh.. Shuh.. Nyah kau dari sini.. Berambus cepat
dah azan dah tu.” Sara dah tak tahan dengan ‘pergaduhan’ diorang ni. Comel
sangat! Rasa macam nak berdekah-dekah je gelak ni. Tak boleh cakap gemuk
sikit.. Ada je yang emo. Haih budak-budak zaman sekarang.
“Kakak, boleh aku bawak diorang gi surau naik
kereta aku tak?” Coed buka mulut, saja tanya soalan yang dah tahu jawapan.
Sara sengih. “Agak-agak kau rasa dah lama hidup.. Kau bawak la adik-adik
aku tu sekali.” Umur baru 17, tak ada lesen tapi main suka-suka bawak kereta
atas jalan raya. Kalau kantoi sapa mau kasi jawab?? Tahu ada motor tak nak
guna. Cehh! “Surau dekat je la. Dah.. Dah.. Akak tamau dengar apa-apa.. Shuh..
Shuh..” Dah gaya macam halau kucing dah Sara buat.
“Ala.. Yang ni senang
je la.. Kau guna je formula ‘nasi lemak’ ni.” Sara melukis bentuk tiga segi dan
dalam tiga segi tu dibuatnya satu garisan melintang dan bahagian bawah tiga
segi tu dibahagikan dua. “Yang bawah kiri ni untuk tiga-tiga nasi lemak ni kau
tulis je ‘NOM’” Number of molecules. “Untuk nasi lemak pertama.. Sebelah kanan
dia NA yang kat atas lak, NOP..” Kalau untuk study better guna
formula makanan. Mana taknya kalau kita laparkan kita ingat makanan.. so bila
ingat sesuatu makanan tu mesti teringat formula. Okay, sejujurnya aku dah biasa
guna formula ‘makanan’ nak ajar si Luffy ngan Papan cepat ingat. Hehe.
Diorangkan suka makanan?
“Nasi lemak kedua ni lak, yang atas tulis ‘g’ mewakili ‘Mass’ sebab mass
mesti dalam gram.. so aku selalu tulis ‘g’ yang kotak bawah kanan ni kau tulis
RAM which is molecular mass.. Bla..Bla..Bla.. Kalau mass dalam kg, kau kena
convert jadi g.. bla.. bla.. Kalau tak ingat guna short word prefixes tu, kau
tulis je formula yang aku ajar tadi.. ‘TerGaMaKaH DenDa CiMa Meukan Nasi Peneng’.”
Ha yang ni untuk Tera, Giga, Mega, Kilo, Hecto, Deca, Deci, Centi, Mili, Micro,
Nano, Pico tu la. Sara menulis work yang ada kaitan untuk formula tu dengan
huruf besar, yang tak ada kaitan aci huruf kecil je. Perkataan ‘makan’ kena
cakap ‘meukan’ sebab abbreviation untuk micro kan tulisan ‘m’ dia lain sikit.
Habis semua formula basic chemistry tingkatan empat dulu aku ajar balik dekat
mamat ni. Ye la kitorang tengah buat past year SPM. Cikgu kimia sekolah
kitorang tu suka tanya soalan dari zaman form four sampai la yang kitorang
berlajar sekarang. Dia gak suka sangat buat quiz mengejut sampai kitorang ni
nyaris-nyaris nak dapat heart attack! BP main turun naik je acap kali kelas
dia.
Mata Coed macam dah berpusing-pusing je. “Shuuu!!” Coed buat gaya minta si
Sara berhenti dari bercakap. “Kau diam jap.. Aku cuba nak fahamkan formula
‘kerepek pisang’ ni dulu baru formula ‘nasi lemak’ dengan ‘nasi peneng’ kau tu.”
Coed dah garu-garu kepala. “Formula ayam percik tak ada ke?”
“Ada.. Kau nak ke?”
Layan aje drama sadis mamat ni.
Waaa!!! “Boleh naik gila kepala ni.. Banyak sangat kena ingat.” Coed dah
main tolak buku sekolah tu jauh-jauh. “Tak nak berlajar ah!”
“Tak payah la ingat
kalau macam tu.. Kau faham je formula ni.. Aku pun tak hafal tapi bila kita
faham an.. Automatik terus masuk melekat tak tanggal-tanggal dah kat kepala. Trust
me.” Sara buat muka yang meyakinkan.
Eheh.. Ye la tu.. “Kahwin jom?”
Ha.. Dah mula dah babak lakonan ‘the proposal’ mamat ni. “Ha.. Ye la..
Jom.. Nak kahwin kat mana ni?” Sara layan je. Stress sangat la tu.
“Sara.. Im serious.”
Coed buat muka serious.
Skrip ni macam pernah main je tadi? “Ha.. Im serious to the death gak ni.
Cepat la bila nak?” Haha. Sara buat muka serious gak tapi gaya macam beria-ria.
Tak nak mengaku kalah tapi dalam hati dah ketawa tergolek-golek dah macam
formula ‘ayam golek’ dah gayanya.
“After I finish my
study.. Err lambat sangat.. Masa aku degree la, aku buat matrix ke asasi ke
Intect ke nanti cepat sikit.” Coed senyum segaris sambil menulis sesuatu diatas
kertas. Ni plan masa akan datang. SPM-Asasi-degree-Kahwin lepas tu dia lukis
love Sara and Coed. Atas kertas tu banyak lak dia lukis bintang-bintang, ada
bulan, ada bunga. Apakah? Ini kalau masuk pertandingan melukis peringkat tadika
ni, aku rasa komfem-komfem dapat nombor last. Buruk gila!
Sara gelak je. Bagus betul mamat ni. Suka buat lawak sampai aku lupa pasal
kesedihan aku tu. “Kerja bila lak bang oii? Kau nak bagi anak orang makan darah
ke apa?”
“Lepas habis degree
kerja la.. Tapi time degree kita kahwin nak tak?”
Tanya macam nak bagi aku gula-gula je. Haha.. Mengong betul! Dia ni dah check wayar dekat otak dia ke belum ni? “Haha.. Ye la ye la.. Nak. Haha.. Cincin tunang mana?”
“Sara I’m serious.”
Dia ulang balik skrip yang dah lapok dek zaman ni lagi. “Ha.. Iye I’m serious to the death la ni.”
“Okay masuk sekolah nanti
aku kasi.” Coed senyum.
Hahaha.. Wei aku dah tak tahan nak gelak dengan spesis lawak tak ingat dunia ni wei.. Mamat ni A++ la aku kasi markah dia hari ni part menenangkan hati ni. “Kau dah janji, jangan buat-buat lupa lak tau.”
“Dah.. Sambung balik
study.. Macamana nak kahwin dengan kau, kalau yang ni pun aku tak pass.. Err, ha
yang ni macamana nak jawab..” Coed tunjuk soalan nombor 12.
Okay keluar lak fatwa ‘nasi berani’ aku. “Cuba kau guna formula ni. Kau
tengok main point je la.. Ha.. Bulat yang ni.”
“Oooo.. Thanks Cikgu.”
Tangan Coed mula mencatitkan main point disebelah kertas soalan. Ha.. Senang
lak kalau belajar dengan Cikgu Sara ni. “Tak sangka kau ni ikhlas tolong kawan
ae.” Coed buat suara terharu.
“Demi kawan.. Aku tak
kisah la..” Sara pun reply dengan terharunya. “Tapi hujung bulan jangan lupa
bank-in gaji tau. Muahahaha.”
Petang tu lepas Coed main bola sepak dengan adik-adik aku dekat padang awam,
dia terus balik. Dia bagi aku ‘kertas plan kahwin’ yang dia buat dengan aku
time study tadi. Aku selak belakangnya ada tulisan.
Sara, I will support you no matter how, what,
when, (Use 6 W sendiri, aku malas nak tulis.) If that is the bestest for your
life. Eheh C:
-Your future hubby: Coed-
One word dari aku untuk dia, mengong! Macam komfem-komfem je jadi hubby aku. Haha. Lawak bima sakti sungguh!
No comments:
Post a Comment