Friday 25 January 2013

Approaching Him_4


Zain memetik jari dihadapan Sara beberapa kali. “Ma, wake up? Haluuu??”

“Hah?” Eh? Eh? Sara tersedar dialam nyata. Kanan kirinya dipandang. Zain, Hakim dan Mai dihadapannya. Sekarang ni tengah sibuk discuss pasal presentation subjek sejarah tingkatan 4. Satu group empat orang. Kelas tambahan hari sabtu ni kena buat pembentangan, cikgu suruh study balik form 4 punya. Semuanya gara-gara si Zain ni la tak dapat jawab soalan bonus platipus pasal sejarah tamadun mesir yang bagai nak gila meroyan belajar tahun lepas tu. Tak pasal-pasal Cikgu Wani adakan kelas sabtu ni dengan tema ‘sehari bersama sejarah form 4’. Cehh!!

“Okay.. Kiranya start zaman jahiliah ni, Auni yang terangkan. Yang sampai sini aku.. Bla.. Bla..” Mai menunjukkan takat presentation kitorang. “Kita buat short note lepas tu kita combine esok boleh tak?” Mai menulis sesuatu diatas plannernya.

“Okay je.. Esok terus combine la. Malas la nak lambat-lambat.” Hakim setuju dengan pendapat Mai. Kemudian dia gelak-gelak memerli Zain. “Zain, aku rasa ramai gila yang nak buat sujud syukur sekarang ni, sebab weekend ni kena spoil dengan program anjuran kau ni.” Hakim sengaja tolak-tolak bahu Zain kasi sedar sikit budak dalam kelas ni semuanya buat muka ketat tak boleh senyum macam kena cucuk botox. “lagi-lagi si Ma ni.. Tengok kau macam tak makan sebulan je.”

Aku sengih je dengan ayat yang baru keluar dari mulut Hakim tu. “So true!” Aku petik jari tanda setuju. Tapi tak kisah sangat pun. Mula-mula je rasa bengang.

“Zain! You owe me too much. Don’t forget!” Caroline Chia berpeluk tubuh memandang Zain tak puas hati. Ala budak-budak kelas aku ni suka berdrama tau. Kitorang suka sakat-sakat sesama sendiri. Buat-buat bengang tapi sebenarnya mana ada. Eheh kitorangkan kamceng? “Too much!” Kata Caroline Chia sekali lagi dengan nada agak menyeramkan tu.
               
“Daun betul la kau ni Zain! Aku ada date kut dengan awek aku sabtu ni.” Apiz yang duduk depan sekali tu menolehkan badannya kebelakang.

“Kim, maid I ada buat sandwich.. Nah ambil la ni, JANGAN KASI ZAIN tau.” Lembut je suara Tas, tapi perkataan ‘jangan kasi Zain’ tu sengaja dikuatkan. Sengaja tupperware sandwich itu diletakkan atas meja aku yang duduk belakang Zain ni. “Ma, Mai jemput la ambik.. Ambik je banyak-banyak. Ni treat untuk OVER lunch.” Tas menghadiahkan senyuman yang aku sendiri pun tak tahu nak tafsirkan macamana. Kira macam senyuman Edward Cullen dapat peluang nak hisap darah gitu la selepas berjuta-juta tahun ‘puasa’ darah. Boleh imagine tak?

Aku pun dah rasa macam nak ketawa guling-guling je atas lantai ni. Mengong je Tas ni. Nampak sangat tak ‘puas hatinya’ tu. Serious dia ni dah boleh ambil anugerah best actor dah. Zain dah main garu-garu kepala. Bila dia nak ambil sandwich tu, Tas terus ketuk tangannya guna pembaris besi aku. Ayoyo, bak kata CC sakit meyh!

“Tak pasal-pasal aku kena spend waktu balik dekat dalam kelas ni” Aku menambah perisa sakit jiwa sikit dekat Zain. Saje buat Zain bengang. Huhu!

Zain terus berdiri dari duduknya dan terus berlalu terpacak dihadapan papan putih. “Okay.. Okay!” Zain angkat tangan offhanded. “Ye.. Aku salah tak dapat jawab soalan tadi.. Hishh.. Cuba korang bayangkan korang kat tempat aku. Dapat ke jawab soalan yang dah berkurun dikaji tu?” Zain memandang semua budak-budak kelas. Nak tunjukkan yang mana ada manusia yang perfect! “Kecuali Mama.. Dia memang best student, tak dikira la. Ha.. Boleh ke?” Nada bengangnya dah terkeluar.

Satu kelas baling kertas dekat Zain yang berdiri dihadapan kelas. Dia tutup muka tahan sakit. Masing-masing buat ‘buu’ dekat Zain. “Buuu!! Buuu!! Kitorang boleh jawab la soalan punya la kacang. Buuuu!!” Semua buat tangan ‘unlike’ ibu jari kebawah. Melampau betul la drama diorang ni. Kesian lak aku tengok Zain tu tapi aku pun join sekaki. Haha!!

Zain buat muka frust. “Ala korang, sorry la... Korang ni tak sporting la.” Dia dah garu-garu pelipis tak tahu nak buat apa. “Korang selalunya okay je.. Kenapa macamni lak hari ni?” Zain dah naik fed up. Semua orang main buu buu dia. “There is no such thing as a perfect person in this CRUEL world.” Marah sungguh tu statement dia. Dia melonggarkan Tie dia kasar dan kemudiannya nak keluar kelas. Tapi sebelum tu sempat dia sepak-sepak kertas yang kitorang baling tadi tu macam orang yang sangat-sangat bengang. Dah gaya macam orang yang bertunang putus 15 kali dah rupa dia.

Dushh!! Ambik kau! Sebaldi air terus dicurahkan kebadan Zain yang baru je nak keluar dari pintu kelas kitorang tu. Habis lencun aku tengok. Yang tukang curah tu Papa diorang ni, si Coed tu la siapa lagi? Aku ternampak banyak ais batu jatuh dari baldi tu. Aku pandang Zain sekali lagi. Menggigil badan anak orang tu aku tengok. Mujur tak Innalillah. Kalau tak semua orang yang wujud dekat sini kena sue sebab merancang pembunuhan keatas seorang anak dato’ beramai-ramai. Satu kelas ternganga. Kitorang suruh Coed jirus air je tapi dia up gread sampai letak ais banyak gila! Ke ni ais batu yang mencair? Tak expect pun macam ni tapi masing-masing meneruskan sesi drama.

“Wei! Adunan seterusnya..” Kucai yang berdiri atas kerusi dekat luar kelas pula mencurahkan solution yang geng-geng dia buat khas itu diatas badan Zain. Melekit gila! Budak-budak kelas aku pun tak fikir apa-apa terus join main baling-baling tepung jagung dekat Zain. Semua orang ketawa. “Happy birthday to you.. Happy birthday to you! Happy birthday to Zain.. Happy birthday to you.. Wahh!!” Masing-masing tepuk tangan. Yeay!! Macam kanak-kanak tak cukup umur dah aku tengok. Ni kelas tingkatan lima sains tulen ke kelas tadika ni?
               
“Wooii!! Sengal punya member! Patut la lain macam. Tuh.. Tuh..” Dia mengelap-ngelap mulutnya yang terketar-ketar termasuk sedikit tepung tadi. Putih satu badan Zain melekat dengan tepung. Dia peluk badannya sendiri akibat sejuk dengan hujan ais batu tadi. Aku gelak je. Sumpah kesian gila! Diorang ni kalau part membazir memang nombor satu. Ala.. Anak orang kaya, macam ni la. Tepung tu boleh buat macam-macam tau!
               
“Wei, kek mana?” Aku nak ingatkan je, takut ada yang lupa.

“Dekat sini!” Daim, budak satu kelas dengan Coed tolong bawakan kek yang kitorang suruh dia simpankan pagi tadi. Dalam perjalanan dia nak bawa kek tu boleh pulak kakinya tersadung. Apa lagi. Dush! Mujur kek tu dalam kotak lagi. Semua orang pandang kotak kek tu sambil menelan-nelan air liur. Daim sengih je. Amri datang dekat dan membuka kotak. Err dah tak ada rupa kek dah aku tengok. Daim hanya mampu sengih-sengih je lagi.

“Arghhh!! Kek aku!” Zain sengaja buat-buat jerit frust melutut dihadapan kek Secret Recipe peacan butterscotch yang kitorang beli tu. Badannya masih menggigil-gigil.

Satu kelas tertawa. Aku yang genius ni pun ambil la pisau kek tu, potong dan letak atas pinggan plastik. “Nah, happy birthday!” Aku hulur dekat dia walaupun kek tu memang dah tak ada rupa kek dah pun. Aku tak suka membazir-membazir ni. Lain la kalau aku pun kaya macam korang. Kek ni anytime je aku boleh peyek dekat muka Zain. Eheh, tapi kalau aku kaya la aku buat macam tu.

                “Mama!! Kau la the best!” Zain buat muka terharu. Aku haah kan je. Coed datang mendekati kitorang.

                “Zain.. A-a-a-a, tamau ae tackle mama sendiri.. Papa’s here.” Coed sengaja buat ayat ‘behave yourself’ dekat Zain. Nada suara macam tengah cemburu je. Haha.. Geng-geng Coed tu dah macam budak kelas kitorang dah. Mana taknya asal program kelas kitorang ada je yang jemput dia and the geng.

                “Meh sini semua orang, beratur lurus-lurus! Mama nak kasi kamu kek sorang satu ni.” Coed tolong aku angkat kek tu letak atas meja guru. Sudu plastik dan pinggan plastik yang Kerol bawa tadi aku ambil untuk sorang satu. “Ha.. Beratur lurus dulu.. Tangan angkat, tangan jatuh, tangan angkat, tangan jatuh.” Sengaja aku buat drama budak baik sekolah rendah. Diorang pun ikut layan je. Aku potongkan kek dan aku bagi sekor-sekor. Ha biar otak tu cepat sikit matangnya.

                “Yang kelas sejarah sabtu ni tu pun prank gak ke?” Zain tanya soalan bonus. Kau rasa ada ke cikgu nak join prank budak-budak umur macam kita ni? Kalau diorang tahu.. Habis la kita. Kelas ni dah sepah sangat dengan tepung segala tau. Dah macam kena langgar garuda dah aku tengok.

Hakim sengih tak ikhlas. “Kalau la yang tu pun prank.. Aku rasa bersyukur gila.”

Kitorang sambung gelak-gelak balik. Aku pandang Mai, Mai pandang aku. “Mai kau marah aku lagi ke?” Tapi Mai buat tak dengar je. Haih..

Zain yang baru nak suap kek tu terasa tangannya yang selamat tak tersalut tepung tu lain macam. “Err.. Kucai, ni solution apa ni?”

Kucai pandang kanan kiri. Semua orang baru nak makan kek. Eheh ni solution dia, Coed, Daim si coklat, Kerol dengan Amri punya idea. Nak tahu ke aku letak apa? Nanti ada gak yang tak selera makan. Huhu.. “Haha.. Tak, itu solution biasa-biasa je.. Tak ada apa-apa pun yang istimewa..” Jawab Kucai main-main.

                “Ooo.. Thanks by the way korang.. Tak kisah la prank macam mana pun.. Aku happy gila hari ni.. Err kecuali program tambahan hari sabtu tu.”

Coed, Kucai, Daim, Kerol dan Amri masing-masing pecah ketawa sedas dua. Kalau la Zain tahu apa solution tu.. Mesti dia tak kan buat ucapan terharu gila macam ni. Muahahhaahhahhahahhaha!!!

Aku pandang geng diorang berlima tu. Kening aku automatik terangkat.. Okay.. Aku rasa aku tahu solution apa.



Aku duduk dalam bilik lepas tu aku golek-golek atas katil.. Mai.. Aku kusutkan kepala. Adoiyai, tak seronok la macam ni. Dah dua minggu dah kitorang macam ni. Dah tak ada lak kawan nak pergi skodeng budak cina tu. Sara mengambil kura-kuranya yang terletak diatas meja study. Kenapa ye agaknya dengan Alan? Dia macam frust sangat hari tu. Kesian lak aku tengok. Bila dia macam tu aku rasa aku pun macam sakit. Hmm.. Aku ni dah naik meroyan ke apa?

Makanan kura-kura ditaburkannya diatas permukaan air. Bunyi monophone memecah sunyi. Sara memandang kearah handsetnya. Nama Mai tertera. Sara senyum segaris. Alhamdulillah. Tak sangka doa orang yang baru nak insaf ni cepat makbul. Huhu.

Salam didahulukan. “Hello?” Suara seberang sana diam je tiada respond. Kenapa ni? “Err Mai?? Ada tak dekat sana?” Aku rasa macam tengah bercakap dengan tunggul tiang je sekarang ni. Hello tunggul tiang? Awak suka makan Nasi bantal peluk yang dekat Perak tu tak? “Mai?? Haluup?”

                “Hmm.. Auni.. Aku.. Aku.. Aku depan rumah kau sekarang ni.” Ha?? Ternganga aku dengar dia cakap macam tu. Aku terus pergi ke tirai tingkap cuba melihat manusia yang wujud dihadapan rumah aku. Betul la, Mai dekat depan rumah aku. Tapi kenapa?

                “Err.. Mai, you wait for me, Aku turun ni.” Rasa macam tak sedap hati la pulak. Aku capai tudung dan terus sarung kekepala dan kemudiannya aku turun anak tangga. Aku keluar je dari rumah aku nampak Mai tengah menangis. Gulp! Ya Allah kau mudahkan la segala urusan.


Aku menghulurkan mug Mickey Mouse yang terisi hot choclate didalamnya. Mai mana pernah datang rumah aku, so aku pun konfius nak hulur apa. Lain la Coed, kalau dia yang datang, dia la yang jamu aku. Main buka je peti ais tu. Kalau nak diingatkan balik kitorang berdua ni berkawan dari tahun lepas. Itu pun sebab mula-mulanya aku kesian dekat dia sebab dia tak ada kawan. Tapi lama-lama aku rasa dia ni sekepala dengan aku. Bila aku lepak dengan Coed pun dia okay je join sekaki. So, jadi la kitorang ni kawan baik.

                “Err.. Mai, kau okay tak ni?” Rasa janggal lak. Sebab aku tak pandai sangat pujuk orang ni. Patut ke aku call Coed, berguru dengan dia cara-cara nak pujuk orang? Erk diakan pandai pujuk aku. Tak pun aku mintak si Mai ni ‘pause’ dulu rasa sedih dia tu then aku tanya pak cik Google pasal benda alah ni sekejap?

Mai senyum perli malas nak layan kecelaruan aku. “Dah la, aku nak tidur hotel je malam ni.. Aku balik dulu.” Dia terus berdiri. Magai? Aku tahu la bapak dia kaya gedabak tapi sampai tidur hotel tu aku rasa macam dah melampau sangat.

Aku dah rasa pelik dah. Apsal sampai nak tidur-tidur hotel ni? Rumahkan dia ada.. Ke kes lari rumah ni? Sara terus memegang tangan Mai. “Mai.. Kau kenapa?”

Mai menepis tangan aku. “Wei, tak payah nak pura-pura alim la dengan aku.. Orang yang pakai tudung ni semuanya sama.. Luar nampak alim, dalam macam iblis! Tak ubah macam iblis bertopengkan syaitan.” Nada suara Mai dah lain macam dah.

Err? Mai apa beza syaiton dengan iblis tu? Aku rasa kau macam salah skrip je nak marah aku.. Rasa nak tergelak sekarang ni pun ada.. Bukan patut ke kau cakap ‘iblis bertopengkan manusia’?

Chop! Chop! Eii jangan la masuk kes kena rasuk hantu ke apa. Aku dah la duduk sorang-sorang je sekarang ni. Mak aku, papan dengan Luffy dah la tengah keluar sekarang ni pergi Giant. Yun tengah main bola dekat padang. Acap duduk asrama. Babah memang selalu balik nak dekat malam.

                “Err, Mai? Kau okay tak ni?” Slow je suara aku. Tadi dia nangis, lepas tu marah-marah macam ni lak. Cuak gak la rasanya. Aku kena ambil bawang putih ke macam dalam cerita cina tu nak halau hantu? Err patut ke?Oohh.. First sekali kita kena berdoa dulu.. Bismillahirramanirrahim, Ya Allah kau jangan la bagi Syaiton rasuk dia ni.. Aku tak pandai nak mengubat orang ni.

Mai buat tak layan. Tajam mata dia menjeling aku, dia terus berlalu nak keluar dari rumah.

Aku meneguk-neguk je air liur ni entah keberapa kali. “Mai.. A.. Aku minta maaf sebab lambat bagitahu kau aku dah pakai tudung.. Aku tak tahu apa masalah kau.. Tapi kalau kau nak share dengan aku.. Aku okey je.. Dan tak semua orang yang pakai tudung tu jahat.. Kitorang hanya memenuhi tuntutan agama.. ‘jahat’ tu terpulang pada masing-masing.. orang yang free hair pun boleh jadi jahat.. Orang tua kerepot pun boleh jadi jahat.. Budak lima tahun pun kalau nak jadi jahat anytime je.. Sesiapa pun.” Aku tak tahu ayat aku ni betul ke tak. Pening otak aku nak fikir ayat. Grr! “Err tapi aku memang jahat pun.. Tapi sikit je la.. Tak ada la banyak sangat.. Kau pun.. Aku rasa kau pun tak ada la baik sangat.” Sara dah main garu-garu kepala cuba menerangkan pendapatnya. Sesuai tak ayat aku untuk masa sekarang ni?

“Itu...” Mai diam je berfikir sejenak.
               
“Aku jahat ke Mai? Maksud aku.. Aku ni jahat sangat ke? Aku pakai tudung ni perangai aku berubah jadi jahat ke?” Aku tanya lagi. Ini ke sebab kitorang gaduh? Sebab aku pakai tudung je? “Aku sakitkan hati kau ke?”

Mai memandang aku lama. Dia diam sebentar sebelum membuka mulut. “Ayah aku.. Kahwin dengan perempuan yang pakai tudung.. Dia lupakan aruah mak aku.. Kawan-kawan aku dulu pakai tudung tapi diorang khianat aku.. Mak cik aku pakai tudung tapi dia tikam belakang aruah mak aku sampai menyebabkan mak aku meninggal..” Mai menutup mulutnya. “Aku.. Alone.. Ayah always not with me.. Kerja.. Kerja.. Kerja.. No one with me.” Dia menangis semula.

Aku rasa aku faham perasaan dia ni. Babah aku pun sibuk je dengan kerja tapi aku ada adik-adik dengan mak.. Tapi Mai tak ada sesiapa pun melainkan mak tiri dia dengan ayah dia. Kesiannya.. Aku terus memeluk Mai. Aku peluk tubuh dia tu kuat-kuat supaya dia tahu yang dia bukannya keseorangan. “Nanti aku peluk kau sekali lagi eh?”

                “Apa kau merapek ni Auni?” Tersedu-sedu Mai cakap, pelik dengan apa yang aku katakan.

                “Ye la.. Kan an apple a day keeps the doctor away. Two hugs a day keep the blues away.. Aku nak praktikkan dekat kau la ni.” Bersungguh-sungguh aku cakap dekat Mai. Rasanya kalau nak buat background untuk muka aku sekarang ni kena ada latar belakang bintang-bintang. Sebab aku sangat bersemangat nak dia okay sekarang ni.

Mai kelakar tengok semangat yang cuba ditonjolkan oleh Sara. “Sengal dowh kau ni!” Dia gelak-gelak. Wooo.. Kawan aku si Sara sorang ni memang selalu je semangat tak bertempat. Mai cubit-cubit pipi Sara berkali-kali. “Ni hukuman sebab kau lambat bagitahu aku!” Haha!

Sara dah main tepis-tepis tangan Mai yang best je main cubit-cubit pipi tuan puteri yang jelita lagi rupawan ni! Sakit la!! Lepas tu aku pun tertawa. “Trust in me.” Aku angkat jari pinky promise “Still BFF right?”

Mai senyum. Aku pun senyum la rasa gembira, tapi dia geleng lak tiba-tiba. Waaa!! Aku buat muka sedih. Dia gelak lagi dan main cubit-cubit pipi aku. Dia sambut pinky promise. “True friend until die.”

                “In Sha Allah.” Aku sambung ayat dia sebab aku rasa aku kan dah insaf.. So, kena la banyakkan sikit menyebut ayat-ayat memuji Allah ni.. Eheh, boleh lak? Aku peluk Mai sekali lagi. Aku pun cakap kat dia yang batin aku sangat tersiksa dia layan aku acu tak acu je selama ini.. Woo.. Sedih tau! Rupanya dia pun sama. Wahaha!! Mai jangan gaduh-gaduh dengan aku lagi ae? Aku senyum.

                “Aku nak sangat tepek cake semalam tu dekat muka kau!! Waaa!!” Mai dah nangis-nangis sambil peluk Sara macam anak patung tak ada nyawa. Err.. Ada ke anak patung yang ada nyawa selain dalam cerita ‘Silence Death’ tu? Kalau ada sumpah aku tak nak simpan anak patung. Walaupun aku buat sebagai bantal peluk je.

                “Oiiit!! Tu namanya nak putus sedara terus tu dengan aku! Tak nak kawan balik la dengan kau.. Shuh!! Shuh!!” Sara buat nada merajuk tak nak layan Mai. Jari Mai yang agak gatal tu terus hinggap ke pipi aku. Kriak!! Dia cubit lagi! Air matanya mula kering.

      “Haha!! Tahu sebab apa? Sebab aku caaaaayyaaaaaang sangat dekat budak seekor ni.” Kepala Sara disekehnya. Memang la sebab budak rambut panjang tu kawan aku dengan seikhlas hati! Even dia pakai tudung pun dia tak berubah dari ‘Sara’ yang aku kenal. 

“Edehh!! Sakit la Mai... Erkk.. Somebody!! Help me!! Godzilla dari planet Pluto datang menyerang saya!!” Aku buat-buat menjerit. Masing-masing tertawa.

“Esok kita usha mamat cina tu nak tak? Aku dah lama tak buat hobi gila kau tu sejak gaduh-gaduh manja dengan kau ni.. Haha!” Mai memeluk kepala lututnya diatas katil Sara. Bibirnya menguntumkan senyuman.

Aku petik jari tanda setuju. “Wei.. Nama dia Alan la..” Aku pukul bahu Mai perlahan. Suka hati bapak dia je panggil mamat tu ‘mamat cina’ walaupun dia memang cina.. Kau tak nampak ke awek dia dekat sini? Eheh perasan lak. “Boleh gak.. Aku teringin nak tengok dia lagi.”

Pecah ketawa Mai dengan kuatnya. Wei aku buat lawak ke?

                “Seriously!! Haha!! Wei aku ingatkan kau dah jadi baik ke apa.. Ini sama je, perangai buruk kau yang suka skodeng-skodeng anak teruna orang tu bila nak insaf lak? Maksiat betul.. Haha” Berdekah-dekah Mai ketawa dengan tangannya yang baik je main pukul-pukul belakang badan anak orang. Wei ni boleh jadi katogeri mendera anak orang tau! Sara.. Sara.. Dia memang dia!

Sara membuat muka toya. Sadis betul la live aku ni.. Err, apa punya member! Aku dengan baik hati dan hempedunya bangun pergi mengambil dua pasang telkung dan sejadah. “Mai, Kau boleh solat tak?” Aku tanya sambil memandang kearah dia.

                “Aaa...” Sepasang anak mata Mai dialihkan daripada memandang anak mata Sara. “A.. Aku.. Tak boleh solat la..” Lambat-lambat Mai menjawab.

                “Ooo.. Kau period ea?” Aku tanya nak kasi komfem sebab aku tak nak la bersangka buruk walaupun aku agak yakin la sebenarnya dia macam menipu. Kalau Coed tu dia solat la jugak. Tapi kalau Mai ni dari zaman aku kenal dia dulu selalu je period bila aku tanya.

Mai angguk lambat-lambat.

Aku senyum segaris. Ya Allah, kau berikan la dia hidayah mu ya Allah. Dia best friend aku. Aku nak dia masuk syurga sesama. Tak best la kita je masuk syurga walaupun aku tak berapa komfem aku ni layak ke tak.

Malam tu aku telefon family Mai, aku cakap yang dia stay rumah aku malam ni. Aku rasa mak tiri dia okay je.. Risau gila dekat si Mai ni, mengalahkan mak ikan jerung yang ada masalah mencari anak jerungnya. Apa kau ingat manusia je ke yang ada masalah? Binatang pun ada tau.. Hehe, list.. Listen! Hmm.. May be Mai kut yang susah sikit nak bagi mak tiri dia peluang untuk sayang dia.




Aku sengih je. Tadi sebelum aku masuk tusyen, aku sempat usha mamat tu. Uhuk-uhuk!! Happy gila! Alan tu pun aku tengok macam okay je tak macam hari tu. Waaa.. Aku sengih lagi. Dush! Erkk? Aku rasa macam bahu aku ni macam kena lastik dengan pemadam je. Hish siapa punya kerja ni?? Aku toleh belakang. Coed!! Mamat tu senyum sambil menampakkan 32 batang giginya. Kitorang tusyen dalam kelas yang sama untuk subjek fizik dan kimia. Aku sapu bahu aku yang terasa pedih tu. Aku tunjuk buku lima dekat dia. “Siap la kau!!” Aku ugut dia perlahan. Selalunya time-time macam ni dia dah selamat tidur sambil buka mata.. Hish! Spoil angan aku betul la.

                “Yes Miss Sara Auni? You nak bergaduh ke, bertumbuk ke, sila bawa bersabar dulu ye.. Kelas I dah nak habis dah pun. Relaks dulu.” Sir Red menghadiahkan satu senyuman sarkastik kepada aku. Lah, Dan-dan je dia lalu dekat depan aku sekarang ni. Tangan dia buat gaya ‘hold on’ suruh aku tahan tahap kesabaran aku.

Hadoooiiii!! Satu kelas memandang kearah aku sebelum ketawakan aku. Coed pun join gelak. Mai hanya mampu tergeleng-geleng je. Lepas tu dia pun join gelak. Hish.. Kepala punya kawan!

Coeducational!! Jerit hati aku tak puas hati.


                “Aku rasa kalau kau hantar aku ni kat Tanjong Karang.. Eh bukan.. Err Tanjong Rambutan.. Sah-sah diorang terima aku as patient diorang yang paling genius.” Sara mengemaskan meja yang bersepah dengan buku subjek fizik itu. Revise balik subjek yang lepas-lepas.

                “Memang layak sangat! Percaya la.” Suara Coed lak yang bagi respond. Elok je dia duduk diatas meja study yang terletak dihadapan Sara.

Aku tanya Mai dia lak yang jawab. Cehh!! “Tak main futsal ke Tan Sri malam ni?” Aku bagi ayat penghalau benda-benda keras. Harap dia ni sedar la yang dia tu kategori ‘keras’. Shuh! Shuhh!! Nyah kau dari sini. Rasa macam shaman king lak.

Dia memaling kearah Ice watch ditangannya. Yang itu original tau! So tahu-tahu la harga dia. “Hehe. Aku nak hadap muka bini aku dulu, baru la ada feel nak menang fight budak seberang malam ni.” Dia sengih sambil goyang-goyangkan kakinya yang tak cecah lantai tu macam budak kecil.

Dah habis bujang senang dah aku tengok dia ni. Geram betul aku budak yang terlebih sense of humour ni. “Masalahnya bini kau tu ramai sangat tau! Aku yang keseratus berapa ni gak yang kau nak kacau..” Memang ramai pun. Dia ni selalu je ajak orang kahwin, tapi sejak aku pakai tudung ni aku rasa aku sorang je yang dia ajak. Err tak tahu la kalau belakang aku masalah mengajak semua orang kahwin tu dia masih ada. Aku pandang kearah pintu keluar kelas ni aku nampak Kucai dengan Daim dah main ‘tata’ lambai aku.

                “Mama, suruh papa tu cepat sikit la ngorat mama.. Kitorang dah lambat nak pergi fight ni.” Kucai cakap dekat aku tapi volume dia macam orang yang nak cakap dekat 500 orang tapi tak ada speaker. Wei dalam kelas ni ada ramai lagi student kau tahu tak?? Entah budak sekolah mana-mana entah.

                “Mama!! Cepat la halau papa tu.” Daim pun join cakap kuat-kuat. Aku rasa macam nampak ‘microphone’ lutsinar je depan mulut dia tu. Haih. Sini pun kau nak aku mengaku kau tu anak gak ke? Ni namanya batak sangat nak jadi muda.

Aku toleh kanan aku. Eh mana perginya Mai tadi? Dengan redhanya kau pandang depan balik. “Pak cik, aku rasakan kau better blah sekarang. Diorang nak cepat tu.”

                “Okay.. One question before that.. Will you marry..”

                “Ye setuju.. Ha pergi la cepat.” Aku keluarkan handset ‘mah-hal’ aku, nak call babah minta ambil aku balik kelas tusyen malam ni. Aku dah tahu dah soalan mamat ni. Kalau nak cepat sila setujukan aje. Kalau tak dia akan tanya sampai la kau setuju.

Coed menarik muncungnya. “Ye la.. Cik datin uii.”

Aku petik jari sekali dua teringat sesuatu. “Ha! Baru aku ingat.. Sabtu ni lepas habis kelas.. Aku ingat aku nak buat sup tulang favourite babah aku tu.. Eheh, sabtu ni dia free.. So jemput la datang rumah aku.” Saja je buat makan-makan. Selalunya babah aku sibuk je even hujung minggu dengan kerja dia tapi gaji tak naik-naik gak. Agak musykil disitu sebenarnya. Hehe.

                “Ae?” Mata Coed macam dah bersinar-sinar, tak jadi nak panjangkan muncung. Yes! Malam ni komfem aku menang punya la main bola! “Kau nak masak apa je lagi? Nak aku belikan bahan apa-apa tak?”

                “Hehe.. Aku masak lala masak cina, Ikan masak tauchu, sayur tomyam, cendawan goreng dengan daging rusa masak kicap.” Banyak an menu aku nak buat. Hehe. “Datang la.. Ooo lupa nak cakap, aku ajak kau sebab aku nak pergi beli bahan memasak dengan kau la. Hehe.” Aku dengan bangganya angkat tangan ‘peace no war’. Tak lah, aku tipu je. Family aku kan dah kenal sangat dengan Coed ni, dah macam adik aku sendiri dah sebab dah lama sangat kitorang ni hidup bersama.. So, tak salah rasanya aku ajak dia join. Kejap lagi aku nak ajak Mai lak join sekaki makan dekat rumah aku ni.

Coed mencebik. “Aku dah agak dah.. Kau ajak aku join mana pernah ikhlas.. Cehh.. Mujur menu kau sedap-sedap tau.” Sengaja muka merajuk dipamerkan. “Boleh buat tambahan menu tak?”

                “Errmm.. Boleh tapi aku buat kerja kalau dengan kau mana pernah ikhlas tau.” Sengaja aku ulang balik ayat dia. Aku minta dia temankan aku pergi market je pun beli bahan sikit-sikit. Bahan mentah mak aku dah belikan. Tulang lembu pun dalam peti ais rumah aku masih ada.. Ala baki daging korban, satu tahun pun susah woo nak habiskan. Last-last aku gak yang kena masak buat kenduri panggil kawan-kawan sendiri. “Kau kena la belanja aku ais cream yang besar tu dua.” Haha demand tak? Tak apa duit mamat ni tak pernah luak pun. Aku just gurau-gurau cakap macam ni tapi kalau dia buat betul pun kira halal je la. Haha!

                “Weii!! Cepat la Coed!! Mama ni ngorat papa lama sangat! Jenuh kitorang menunggu ni.” Kucai dah buat muka bosan menunggu. Nak sembang lama sangat pun tunggu esok-esok je la.

Coed buat muka bengkek. Cehh Kacau daun keladi betul la budak dua ekor tu. “Okay la.. Okay la.. Nak aku drive ke siapa?” Dia dah berdiri dari duduknya. Beg sandangnya ditarik sempang kebadan. Rambutnya dibetulkan.

See? Berapa lama sangat la dia mampu pakai songkok kan? Tak apa la at least dia try. Bukannya wajib pun pakai songkok tu. “Pak Wan! Kau tu kalau nak aku naik kereta yang kau drive tunggu ada lesen dulu.. Kau ingat aku sanggup ke mati katak puru tak kahwin macam ni?” Pak Wan tu drebar mamat ni. Pak cik tu pun dah naik kenal dah aku ni. Mana tak nya kitorangkan kawan dari kecil. Dari zaman pergi tadika dulu, Pak Wan la yang jadi mat drebar mamat ni. Mak bapak dia ni?

Hehe enough said la.. Orang yang kerja dekat tempat kos sara hidup tinggi ni majoriti semuanya kejar saham dunia, sampai hal akhirat pun diorang SENGAJA lupakan. Anak-anak terbiar macam tu je. Didikan agama pun kurang. Semua percaya seratus peratus dekat cikgu, tapi diri sendiri? Anak-anak pun satu hal, relakan diri ni dengan kehidupan ‘gelap’ yang tak ada arah tujuan. Kita ada akal, kita boleh fikir. Sebab tu la manusia dan haiwan berbeza, so jangan sesekali comparekan manusia dengan haiwan.. Melainkan manusia tu tak ada akal macam diorang gak.

                “Aku balik dulu!” Coed angkat tangan. Dah jauh nak sampai pintu tu dia tepuk dahi sekali. Dia pusing arah aku. “Assalamualaikum!”

Aku senyum, tak tahu kenapa mamat ni makin hari makin baik jugak la perangai dia. Aku jawab salam. Kemudiannya Mai datang menghampiri aku ajak turun bawah sama-sama.

                “Auni.. Aku ada satu berita gembira dan satu berita sedih.. Which one you would like to dengar dulu?” Mai mengangkat fail hijaunya ketangan.

Hadooii, kena pilih ke? “Err good news?”

                “Alan Lee akan datang kesekolah kita sebab ada match.” Sara, sila berterima kasih dekat aku okey? Tadi after habis kelas aku terus bersembang dengan budak-budak boys school tu. Ada la seorang dua. Haha. Free-free je aku buat sesi temuramah terbuka! “Perlawanan persahabatan.”

Waaah!! Mata aku dah habis bersina-sinar dah ni wei!! Waaah!! Alan Lee la!! Err tapi ada bad news.. “berita buruknya?” Tolong la jangan cakap semua tu tipu semata-mata!! Sara buat muka sedih.

                “Berita buruknya.. Match tu hari sabtu dan dari pukul 8 sampai 12 atau mungkin habis awal.” Satu nafas je Mai cakap berita tak best tu. Kaki sudah dihayun menuruni anak tangga.

Erkk?? Kenapa dunia? Kenapa?! Waa... kelas sejarah kitorang tu betul-betul dari pukul 8 sampai 12.. Waaa!!! Nak nangis!! Baru ada peluang nak jumpa dekat-dekat ni.. Waa!! “Aku rasa aku nak bunuh Zain!” Sara cakap tanpa perasaan.




Sara memandang jam dinding dikelasnya. Wajahnya kelihatan muram. Insan disebelahnya dipandang untuk menagih simpati.. Waaaa!!! Sedihnya.. Dah pukul 12.30 tengahari. Sah-sah la match tu dah tamat. Turun tangga je ni, nak pergi tennis court tu lagi dah 15 minit. Waaaa!! Sedih gila!!

                “Akhirnya!! Fuhh!! Rasa otak aku ni anytime je kalau kau tanya soalan sejarah form 4.. Tup tup aku boleh jawabnya!” Zain menggeliatkan badannya kekanan dan kekiri dan kemudiannya menoleh belakang. Belakang dia tu AKU!

Aku pandang je Zain tajam. Lepas tu aku buat muka sedih. Mai dah main sengih-sengih dah bila Zain tanya aku kenapa. Aku bangun berdiri dengan layunya macam pokok eksperimen yang tak disiram seminggu tu keluar dari kelas. Aku rasa aku nak pergi tennis court tu la.. Mana la tahu jodoh kitorang ni kuat sebenarnya.

Aku jalan dan jalan dan jalan dengan slownya. Akhirnya sampai gak dekat tennis court tapi tak ada orang pun dekat situ. Betul la kitorang ni tak ada jodoh. Waaa... Sedih gila! Okay petang ni aku nak isi form la nak register terus masuk Tanjong Rambutan. Uhuk! Uhuk! Sedihnya. Aku pegang je pagar Tenis tu. Muncung panjang.

Tap! Tap! Tap! Aku dengar bunyi derap tapak kaki. Ehh? Aku pandang depan. Erkk? Alan datang menghampiri tempat net padang tu. Lepas tu aku nampak dia mengambil sebiji bola tenis yang tertinggal dekat situ tadi. Aku tengok je gelagat dia. Masa dia dah ambil tu, dia terperasan aku yang tengah melekat dekat pagar court ni macam lalat kena hinggap dengan raket elektrik tu. Tapi dia diam je.

Err.. “Yo?” Apa kejadahnya aku sebut yo ni? Hadooii Sara kau nak main yoyo ke? Kau cakap macam ni mana la dia nak respond. Macam perempuan gengster lak.

Dia pandang kearah aku sekali lagi. Lepas tu dia senyum dan datang menghampiri aku tapi jauh gak la jarak kitorang ni. Err Satu meter je.

Alan angkat tangan. “Yo.” Lepas tu dia gelak-gelak. Kelakar kut dengar aku cakap yo-yo ni.. “Saya kenal awak ke?”

Sara sengih tak tahu nak respond. Girl yang dare gila bagi awak green light touch tangan awal bulan lepas tu.. Ala dekat Jusco tu la, masa tu girl tu tak pakai tudung. Tak ingat lagi? Ala time awak broke up tu. Errk tak kan aku nak cakap macam tu lak? “Agak-agak?” Berani je aku jawab. Waaah!! Dia dekat depan mata aku la. Lihatlah dunia!! Jodoh kami ni kuat tau!

Satu set badan mamat ni guna jenama Nike. Bapak dia ni taukey Nike ke wei sampai satu set baju, seluar campur kasut dengan cap dia Nike ni? Jam dia je lain tapi bukan jenama hari tu, Ni jam Nixon kan? Yang the genie tu. Smart kut. Magai .. Mamat ni dahsyat sungguh!

Dia senyum lagi. “Kenal kut.. Kalau tak mesti la awak tak tegur saya.” Cap yang lidahnya kedepan tu dia pusingkan kebelakang. Ha, baru nampak muka dia ni dengan jelas. Boleh luruh iman aku ni.

Aku dah garu-garu kepala tak tahu nak cakap apa. Aku anggukkan aje. Lepas tu aku senyum macam orang tak siuman. Hadooi!!

                “Ookay la.. Thanks tegur saya. Minta diri dulu. Bye.”Dia angkat tangan nak berundur.

Aku memang la tak boleh nak menghampiri dia.. Sebab depan aku ni pagar tenis tau.. Melainkan aku ni rajin buat kerja gila meroyan pusing ke belah sana. Nampak pelik sangat disitu. “Err.. Awak!”

Dia toleh kebelakang. Pelik dengan aku yang tiba-tiba panggil dia. Dia diam je dan senyum sekali sambil mengangkat bahu dengan tangannya yang separuh masuk poket seluar tu.

                “Err.. Kalau awak sedihkan.. Awak..” Tak kan aku nak suruh orang cina ni banyakkan selawat, baca al-Quran lak? Sebab aku tak suka tengok dia tension macam hari tu. Walau macamana pun problem seseorang tu, mesti ada penyelesaiannya.. First sekali kita kena kuat. “Aa.. Awak dengar la lagu tajuknya Stand by Rascal Flatts.. Err mungkin awak boleh motivated ke?.. Aa.. Itu je.” Aku dah garu-garu kepala yang pura-pura gatal ni. Apa aku melalut ni?

Alan diam sebentar dan kemudiannya dia memandang aku lama macam mengingatkan sesuatu. Kemudiannya dia senyum dan mengambil BB nya didalam poket seluar. Dia tekan-tekan something dekat situ. “Thanks.” Dia senyum. Dia berjalan mengundur belakang dengan bola tenis yang dia ambil tadi dilantun-lantunkan ketanah sebelum dia main lambung-lambung pula. Lepas tu aku dengar dia pasang lagu yang aku suruh dia dengar tu.


                You feel like a candle in a hurricane
                Just like a picture with a broken flame
                Alone and helpless
                Like you’ve lost your fight
                But you’ll be alright
                You’ll be alright

                Cause when push comes to shove
                You taste what you’re made of
                You might bend, till you break
                Cause its all you can take
                On your knees you look up
                Decide you’ve had enough
                You get Mad, you get strong
                Wipe your hand shake it off
                Then you stand, then you stand


Dia pusing depan dan blah. Aku nampak dia senyum lagi menawan dari yang dia mula-mula senyum dekat aku tadi.

Aku hanya mampu main ketuk-ketuk kepala je. Apa kau merapek ni Sara?? Rasa muka ni macam panas je. Waaa.. asal aku malu giler ni?? Handset aku tiba-tiba je bergegar didalam poket. Aku dengan otak yang masih merewang-rewang ni mengangkat panggilan. Waaa.. aku tengah malu ni.

                “Wei! Aku dah lama gila tunggu dekat kereta ni.. Jadi ke tak ni?” Coed dah main perli-perli aku. Memang la dia tunggu lama. Dah la kena singgah ambil aku dulu. Dia kan tak ada kelas tambahan macam aku hari ni? Huhu.

                “Ala wei.. Sorry! Sorry!! Aku tak sengaja.. Kau tunggu kejap ae, aku on the way ni.” Aku rasa aku masih tak betul ni.. Waa.. Apsal aku rasa muka aku ni masih berbahang? Waaa.. Malunya!! Sambil berjalan nak ke pagar depan tu aku main tepuk-tepuk pipi bagi otak aku ni center balik. Dah.. Dah tu Sara postpone malu tu esok-esok, kitakan nak happy-happy je hari ni. Dooii sepatutnya aku kena cakap thanks tadi sebab dia bagi ceramah free dekat aku masa kat Jusco dulu tu sampai aku sahut nak change ni. Yooo.. Aku senyum. Balik ni aku nak dengar lagu stand jugak la. Aku senyum lagi. Sah aku ni meroyan!







Wednesday 23 January 2013

Approaching Him_3


Sara menguap banyak kali. Err pukul berapa ni? Jam diatas meja tidur ditatapnya.. Hmm Baru pukul 5 pagi. Hmm, sambung tidur balik.Tangan kirinya dihayun-hayun kebawah katil nak ambil selimut yang jatuh. Mata sambung balik pejam. Hmm.. Spoil betul tengah mimpi best terbangun lak. Err chop! Aku dah solat isya’ ke belum ni? Hmm.. Kira dah je la..

‘Sara malam tadi lepas maghribkan ada tetamu datang.. Kau layan tetamu lepas tu dah penat sangat kau terus tidur. Dah lupa ke?’ Rasa macam ada angel lak berbisik kat telinga ni. Dengan berat hatinya Sara cuba membuka mata.

‘No..No.. Sara, you kan baru je insaf.. Kira halal je la. Assume je yang you dah solat. Lagi pun you kan boleh bertaubat anytime je.’ Ha yang ni macam suara devil lak.. Haah betul la, Allah kan maha pengampun.. Lagipun aku ngantuk gila ni. Selimut ditarik kebadan. Mata sambung pejam balik.

‘Kepala hongak kau devil Sara!’ Rasa macam kepala ni kena ketuk dengan lappy lak. ‘Sara, mati tu anytime.. Gi bangun solat sekarang! Kata dah insaf nak berubah la bagai.’ Adooi rasa macam serba salah lak nak sambung tidur.. Adooii, jadi tak syok la.. Otak ni banyak sangat memikir. Sara terus bangun dari tidur. Tak apa Sara kau bangun solat sekarang nanti sambung tidur balik. Nak masuk syurga tak? Nak kan?

Sejak jadi insaf ni.. Hidup ni makin berdisplin sikit, hati pun tak la berasa kosong sangat. Kosong tu still terasa la sikit sebab solat aku pun bukan la khusyuk sangat. Mengaji pun tunggang terbalik. Hukum hakam agama pun aku tak pandai sangat.. Ish ish jahil sungguh! Rambutnya dikusutkan. Sara asal termenung lagi ni?.. Go go solat!!



                “Bonjour ma che’rie!” Hello darling.

Sara yang baru nak menapak masuk kawasan sekolah terus memandang kanan kiri. Ish ish, mamat franchis mana yang sesat sampai Malaysia tu. Tak payah la nak jerit-jerit sampai satu dunia dengar.. Tragis betul orang berkenaan.

                “Sara!!” Coed berdiri dihadapan hall sambil bersungguh-sungguh dia buat lambaian ‘SOS’ kat depan tu. “Wei!! Aku cakap dengan kau, kasi respond la sikit!” Tak tahu malu betul la mamat ni. Buat malu Uncle Lun dia je dapat anak buah yang sewel berlajar dekat sekolah dia.

Sara tepuk dahi. Astagfirullahalazim. Sungguh la aku malu dapat kawan macam dia ni. Sara ambil jalan lain nak ke kelas. Tangan kirinya diangkat menghadang pandangan muka. Woooo buat-buat tak kenal la. Dah la hari ni hari first aku pakai tudung pergi sekolah. Malu oo.

Coed buat lambai-lambai lagi. “Puteri Sara Auni, yang pakai tudung putih tu. Beg warna blue black yang tengah buat pusingan 90o darjah tu!" Jari telunjuk Coed menghala sharp kearah Sara. “bonjour mon coeur.” Jeritnya kuat. Hello my heart!

Semua yang ada berdekatan dengan Sara terus memandang kearah Sara. Lepas tu, apa lagi semua orang dah main bisik-bisik telinga. Wei aku nampak la! Nak mengumpat aku pun pergi la jauh-jauh.. Shuh!! Shuhh!!

                “Itu Sara ke? Serious dia pakai tudung?” Wei aku dengar tu! Dah nampak warna putih tutup rambut aku ni.. Sah sah la namanya tudung. Ke kau tak pernah jumpa tudung? Nanti kalau aku dah kaya aku belikan kau banyak-banyak ae.

                “Aku rasa dia better tak payah pakai tudung la.. Rambut dia cantik kut.” Ha yang ni satu lagi. Orang kalau nak join jalan lurus, kau jangan la suruh aku patah balik. Aku tahu rambut aku ni cantik macam Jue Aziz. Cehh!!

                “Dia dah jumpa hidayah la tu.” Hmm.. Betul! Betul! Kau doakan la aku ni istiqamah ae. Sara sempat senyum dengan komen yang satu ni.
               
“Wei ni dah masuk list isteri solehah ni.. Aku nak la.” Err!!
               
“Tu bini Coed la. Kau suka-suka je main nak-nak pulak.” Pulak!!
               
“Mak aih.. Makin berseri-seri nampak nur hidayah tu muka dia.. You tak nak jadi macam Sara ke Ixora?” Okay aku malas nak layan.
               
“Budak kelas I tu..”
               
“I tahu la, best student.. Semua orang kenal.”
               
“Sok..sek..sok..sekk..”

Waa.. Malunya aku!! Jaga kau Coeducational! Aku yang baik hati lagi hempedu ni pun dengan rendah dirinya pergi menghadap mamat tiga suku tu. Merah muka ni tahan malu. Awat hari ni dia beria-ria sangat macam setahun tak jumpa aku? “Oui.. Bounjour! Tais-toi..” Yes.. Hello! Shut up. Eh aku pun join jugak drama negara Perancis mamat ni?
               
“Juste di reje t’aime” Just say I love you. Selamba je Coed cakap macam tu walhal muka aku ni terang lagi bersuluh nak tarah-tarah muka dia sampai tak ada darah!
               
“Haha!” Sara gelak macam orang sakit jiwa. Bibirnya sengih perli. Ni saja nak bagi aku ingat balik pementasan drama yang aku direject tu. “Moi aussi je m’aime” I also love me. “Dato’ seri Coed.. Happy nampak mengenakan orang?” Memang la aku malu tambah rasa macam nak bunuh mamat ni. Tapi nak buat macamana aku memang tak pandai nak terasa dengan dia ni. Haha sense of humour mamat ni memang melampau-lampau tau!

Coed dah main garu-garu kepala dengan muka innocent dia tu. Dah lama hidup ke bang?? Lepas tu dia senyum semula ear to ear lagi tu. “Sara, I have a surprise for you.” Kitorang jalan sama-sama nak naik ke kelas.

Sara sengih tak ikhlas. Semua orang pandang kitorang pelik, almaklum la batak tak pernah nampak orang pakai tudung la tu. Kat sekolah ni berapa kerat la sangat yang tutup kepala, lagi-lagi aku ni yang baru je pakai hijab. Mesti diorang ingat aku kena sawan kan tak pun diorang terasa insaf sikit tengok aku cenggini macam yang kiamat tu nak dekat? “Hah, half minutes then.. Nak pukul 7.20 dah ni.”

                “Hehe.. Ala kau, kelas kita selorong je pun.. Bukannya jauh sangat.” Coed mencebik. Perempuan ni apsal emo sangat? Relaks la.. Coed mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu diletakkan diatas kepala. “Chang! Cha! Cha! Surprise!” Muka dia nampak happy sangat. Dah gaya kanak-kanak yang nak diculik baru dapat gula-gula dah aku tengok.

Terasa macam nak jatuh rahang aku tengok benda atas kepala Coed tu. Mana taknya mamat ni sayang gila rambut style mohawk dia tu. Pantang diusik! “Kau sihat ke tak ni?” Berkerut-kerut dahi aku ni nak fikir logik.

La aku ingatkan si Sara ni nak sujud syukur ke, nak cakap alhamdulillah ke.. ini tidak dia tanya aku sihat ke tak? “Sara, kau cuba la support sikit kawan kau yang cuba nak menginsafkan diri ni.” Coed buat muka merajuk. Tension betul la Sara ni.. Err.

Sara angkat tangan offhanded. “Alalala.. Okay, okay.. Aku sorry sangat-sangat. Aku just pelik je.. Err  tapi apa motif kau pakai?” Sara buat muka blur. Ye la mana la tahu fesyen terkini budak-budak lelaki memang macam ni ke kan? Ha, nanti aku tengok video tutorial songkok yang Mat Lutfi90 ajar.. Mana la tahu sawan mamat ni datang dari situ ke.

Sekali lagi aku terfikir.. Coed pakai songkok? Boleh kerat jari aku ni.. Mamat ni dari zaman tok kaduk aku kenal dia dulu, dia if and only if pakai time raya je. Selain kereta yang dia tak ada lesen tu sebagai nyawa kedua dia, rambut dia pun dah jadi sebahagian nyawa dia. Mana tak nya wei.. Main bola betulkan rambut, main game betulkan rambut, masuk kelas and toilet betulkan rambut, Tidur pun betulkan rambut, ha nak jumpa mak aku tu pun dia jadi betulkan rambut. Tak faham betul la jiwa lelaki ni.

                “Errr..” Coed memuncungkan bibirnya dan membuat reaksi geram. Hati batu betul la Sara ni! Selalu je susah nak faham. “Dah sampai kelas dah.. Aku masuk dulu.” Suara macam nak tak nak je cakap.

Erk?? Aku ada salah cakap ke? Sara garu-garu kepala. Ish, ish lelaki akhir zaman ni lagi kuat merajuk dari perempuan ye.. Baru aku tahu.

Coed mempercepatkan langkahnya nak masuk ke kelas Sains teknikal. Ada sebahagian geng dia berdiri didepan kelas mengangkat tangan kepada dia. Coed angkat sekali lepas tu bila dia menghampiri geng dia, mula la buat trend mark ‘friendship’ diorang. Ha, geng-geng Coed ni suka sangat pasang mata dekat aku.. Err tak suka betul la, dekat Mai tak nak pulak. Bila aku lalu je, diorang pandang sesama diorang lepas tu bisik-bisik. Lepas tu suka cakap ‘mama, papa kirim salam’. Sungguh la aku tak faham. Bila lak aku lahirkan diorang?

Sekarang ni aku tengah lalu dekat dengan depan kelas diorang. Coed tengah sembang-sembang dengan geng-geng dia. Boleh lak buat tak nampak aku tu? Hish Mamat ni.. Tak kuasa aku nak main pujuk-pujuk dia lak. Sejak bila dia ni jadi emotional sangat ni? Geng-geng Coed pandang aku lain macam. Aku terus pandang depan buat-buat tak nampak. Malu wei, kalau sorang dua okay la lagi tapi kalau sekali lima enam orang lelaki.. Memang aku jadi sangat pe-rimas! Langkah dipercepatkan. Eshh tension betul aku dengan diorang ni!

                “Mak aih, mama naik pangkat jadi ustazah la!” Daim buka mulut. Saja je cakap kuat-kuat bagi aku dengar. Wei kau ingat aku ni pekak ke apa? Slow slow suara tu dah la. Kang aku beli coklat daim bebanyak kang sumbat mulut kau baru tahu! Ada gak yang tak pasal-pasal tukar nama Anti-Daim sebab trauma kena sumbat dengan Daim banyak-banyak.

                “Papa pun pakai songkok.. Alhamdulillah ye, cuti tadi penuh dengan barakah ye, menjadikan papa ngan mama kita soleh dan solehah.” Kerol buat angkat-angkat tangan macam berdoa tapi nada dia bercakap tu sebijik macam ustazah program semanis kurma tu. “Alhamdulillah ye.” Perangai macam haram betul.. Haishh.. Apsal la lambat sangat aku nak sampai kelas ni? Aku rasa dah habis laju dah aku hayun kaki.

                “Renung-renungkanlah dan selamat beramal.” Amri lak sambut ayat dengan gaya ustaz hot fm. Kemudiannya yang lain-lain pecah ketawa melalak-lalak tak ingat dunia. Hai sabar je la aku.

Coed berdecit. “Apa ni pandang-pandang. Jangan kacau dia la. Kita lepak dekat dalam.” Marah Coed. Agaknya macamana la rupa dia time marah ae? Aku tak pernah tengok dia marah seumur hidup. Seriously.

                “Asal kau marah sangat ni? Relaks la.. Macam tak biasa je.” Kucai letak tangan memeluk bahu Coed.

Tangan Kucai ditepisnya. Magai, marah sungguh ni. “Sorry.. Aku tengah bad mood ni.” Coed terus keluar kelas entah nak pergi mana entah tu. Tak kan aku nak toleh belakang kut? Apa yang dia bad moodnya? Tadi okay je siap buat free show lagi tu depan sekolah. Dialog Lepas tu aku dah tak dengar dah sebab aku makin menjauhi dan dah nak masuk kelas dah ni pun.

Aku rasa serba salah la pulak. Air liur diteguk. Coed, aku ni manusia biasa tau.. Aku mana tahu aku salah cakap ke apa.. Selalunya kau okey je.. Waa!! Aku tak nak hilang best friend yang Allah kurniakan dari zaman tak kenal ABC sampai besaq gedabaq cam sekarang.. Waa!! Coed don’t leave me alone.


Aku masuk je dalam kelas, semua orang pandang. Awatnya? Aku ni hot sangat ke sampai korang pandang aku macam makhluk planet motoki gitu? Aku tak pandai cakap korea pun tau, kalau nak aku speak jepun ha, anytime je.

                “Ma.. Aku rasa aku kena panggil kau ‘Ummi’ la lepas ni..” Erin tepuk belakang badan Sara. Hadooi apa punya member la diorang ni. Okey, mehh aku cerita sikit latar belakang aku sampai naik pangkat title ‘mama’ ni.

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang tuan puteri ni dengan baik hati, hempedu, jantung dan semua organ dalamannya meng’ha’kan lamaran seorang manusia yang desperate sangat nak kahwin dari zaman melawan naga tadika lagi. Sampai la bila tuan puteri tu dah besar menjadi jelita dan bijak sana dan sini, kawan-kawan zaman naga tadika bertemu kembali dan nampak tuan puteri dengan manusia tu masih bersama tapi tak kahwin-kahwin lagi. Last-last diorang yang tolong ‘kahwinkan’. Pastu kecoh satu negara.. Lepas tu satu negara lak tolong 'kahwinkan'.. Tamat cerita. Sekian terima kasih. Tragis tak?

Ha tu la aku dapat title, sampai kepoh semua budak kelas aku dengan kelas dia mengaku aku ni mak dorang. Masa bila tah aku beranakkan pun aku tak tahu, aku assume aku ni amnesia je. Yang dahsyat tu ‘anak-anak’ aku ni semuanya sebaya aku. Yang tua beberapa bulan pun ada.

                “But our Pa also pakai songkok tau, tadi aku tengok.” Zain datang menghampiri mengambil tempat duduknya dihadapan Sara. “We should address him ‘Abi’ la lepas ni.” Zain pecah ketawa sorang-sorang. Sadis betul rakyat spesis dunia sains tulen ni. Kesian aku tengok. Kalau aku join ketawa memang tak la sebab dia tengah ketawakan aku! Tapi disebabkan aku baik, aku join je ketawa sarkastik. “Ha. Ha. Ha.” Tiga kali ‘ha’ cukup la kut. Muka sengaja ditoyakan.

Sara buat muka malas nak layan. Baru berapa minit berlalu tapi aku kena bahan dengan satu sekolah. Isu pakai tudung je pun. Kalau Leonardo Da Vinci hidup balik ke, Tama si Kucing manager keretapi kat wakayama tu pandai bawa keretapi api sendiri ke tak pun kumpulan The script ajak aku yang suara ‘terlebih’ sedap ni duet ke logik la jugak kalau nak jadi isu pun.. Pffft!

                “Ma, you serious pakai tudung ni? Ke main-main?” Caroline Chia datang menghampiri.

“CC, sekarang ni belum lagi masuk bulan 4 tau..” Ingat aku buat lawak april fool ke apa sampai sanggup dibahan satu sekolah? Aku dah agak dah mesti jadi macam ni punya. Tak apa Sara, lama-lama mulut diorang mesti penat punya ‘puji’ kau.
               
“Ala korang ni.. Biar la Ma nak insaf pun.. Bagus what? Change jadi much better than before?” Fika memeluk bahu Sara. “Kan ma?” Haah. Aku angguk je senyum tawar. Serba salah lagi ni dengan Coed. Apa salah aku ae?

“Waaa.. Fika kau la anak aku yang paling memahami! I’m proud of you lah! Aku tengah terharu gila ni..”Aku ambil sapu tangan buat-buat macam mengelap air mata yang tak tumpah pun dari mata aku ni. See? Aku ni pandai berdrama tau, rugi Cikgu tu reject aku! Rugi sangat-sangat!

Then masing-masing ketawa buat macam pujuk-pujuk aku. Hehe, drama!

Budak-budak kelas aku ni memang kamceng gila! Semua benda kitorang banyak share sama-sama. Selalu gak la buat program budak-budak kelas tapi diorang suka jemput ‘papa’ diorang sekali. Kalau dah jemput papa tu faham-faham je la, aku yang selaku ‘mama’ diorang ni gak yang kena bahan. Kepala betul! 

“Anak-anaku semua.. Lepak semacam je ni, kerja sekolah siap ke tak?” Sara angkat kening tanya soalan bonus. Mesti adanya yang tak siap diorang ni. Sara duduk diatas kerusi selepas siap mengemaskan tempat duduk.
               
“Dah la mummy, kitorang ni budak baik tau!” Beria-ia Hakim yang duduk dihadapan aku ni menjawab.

“Wei aku tak siap lagi! Kim, pinjam buku.” Zain yang duduk sebelah Hakim minta bukunya dihulurkan.

“Ehh, tapi soalan 18, 20, 21, 23 ngan 24 aku tak tahu la.. ma, pinjam buku kau.” Hakim buat muka satu sen yang komfem tak laku tu. Wei, satu sen dah tak wujud la.. Cuba la up sikit lima sen ke. Member punya pasal memang aku tak kisah. At least diorang dah try buat tapi tak dapat.

“Nah, tak faham tanya tau!” Aku hulurkan buku latihan aku.
               
“Ma, aku pun nak pinjam jugak ae.. Ada certain soalan yang aku tak dapat jawab.” Erin dengan Tas nak minta pinjam buku aku juga. Ha, aku tak kisah pun, diorang ni bukannya meniru, eh chop maksud aku diorang tak boleh meniru bulat-bulat sebab nanti cikgu aku tanya macam-macam.

“Pinjam la, tak faham nanti tanya la aku.” Aku senyum je tapi tekak ni rasa lain macam.. Adooii Coed!  

Tas menghulurkan tupperware kepada Erin. “Pass kat Ma.” Erin pun hulur la dekat aku. “Nah Ma, ni maid Lily yang buat.” Aku pun buka la. Spageti bolognese! Perghh makanan pun nak mahal-mahal je diorang ni. Yang buat maid diorang lak tu. Kalau aku yang bawa bekal sah-sah la aku yang masak. Ha, itu pun salah satu sebab diorang panggil aku ‘Mama’. Katanya aku terlebih awal pandai memasak dialaf moden ini. Errkk? Boleh lak.

Memang setiap hari ada je yang bawa bekal sarapan ke lunch ke untuk makan share-share. Kelas aku ni tahun lepas je, jamuan kitorang dekat tujuh, lapan kali gak la. Itu pun tak campur jamuan buat dekat luar kelas dengan luar sekolah. Meriah tak kelas aku? Eheh Aku sayang gila dekat diorang semua ni. Harap-harap friendship kekal la, In Sha Allah.   

                “Fuhh, on time!” Suara Mai mengambil tempat duduk disebelah Sara. Bunyi nafasnya macam tak berapa nak cukup. Oksigen! Oksigen! Almaklum la champion datang lambat dalam kelas ni.. Err bukan datang lambat tapi on time.

                “Mai, nak makan spageti?” Pelawa Erin.

Mai angkat tangan sambil mengurut dada menghirup oksigen. “Thanks.” Anak mata Mai memandang lama orang sebelahnya. Siapa duduk tempat Sara ni? Kepalanya menoleh kanan kiri mencari kelibat Sara. “Err, Ada sesiapa dekat sini nampak Auni tak? Selalunya dia datang awal.” Mai menyikat-nyikat rambutnya dengan sikat tangan.

Zain dan Hakim yang duduk depan kitorang dah pandang satu sama lain dah. Kemudiannya diorang paling kebelakang. “Mai, sebelah kau tu siapa?” Jawab Zain gelak-gelak.

                “Eheh?” Aku sengih memandang Mai. Dia marah tak agaknya sebab lambat tahu best friend dia ni dah pakai tudung? “Surprise?” Aku tak nak cakap awal sebab aku takut aku tak yakin dengan diri aku ni dah bersedia tutup aurat ke tak sebenarnya. Jenuh tau aku fikir memanjang ambil keputusan nak pakai tudung ni time cuti tadi.

Mai pandang aku lama sebelum dia kembali senyum. “Ooo.. Oo..O Auni? Nice tudung?” Puji dia macam nak tak nak je.

Memang sah dia marah kat aku. Adooii sekarang ni dua-dua bestfriend aku tengah ngamuk dekat aku. Kalau kes Mai ni may be aku tahu la mengamuk sebab apa tapi Coed tu? Tak kan la sebab aku tak puji dia pakai songkok ke apa kan?



Dah dua hari dah berlalu, Adooi! Dah lama tak nampak batang hidung Coed. Waa.. Sedihnya! Mai lak depan kawan-kawan dia okay je layan aku. Tapi hakikatnya dia layan aku nak tak nak je. Ni pun aku kena hantar homework semalam dekat Miss Sue sorang-sorang.. Selalunya Mai la temankan aku. Hari ni boleh lak dia kata dia busy. Dah habis sekolah kan? Nak busy apa? Ala.. Aku rasa aku kena face to face ni walaupun dia selalu mengelak dengan aku.

Nak ke bilik Miss Sue kena lalu Lab Kimia 1 dulu. Dalam perjalanan ni boleh lak aku terhidu bau maggie Kari. Erk?? Aku pun usha-usha la dekat tingkap lab tu. Kau tahu aku nampak apa? Astagfirullahalazim.. Diorang ni nak buat jenayah pun beragak la.

                “Eh, Mama la!” Daim angkat tangan hai dekat aku. Coed menoleh kearah belakang setelah mendengar word ‘mama’ tu. “Nak join sekali?”

Adooi tajam betul mata Daim ni. Aku pun angkat tangan peace la apa lagi. Time ni semua cikgu masih bermesyuarat. So, tak ada la nak kantoi sangat diorang ni, lagi-lagi time habis sekolah ni. Budak-budak mana ada dah. Aku lambat pun sebab tadi aku solat zuhur dekat surau dulu lepas tu ambil buku homework yang aku kumpulkan tu nak hantar ke bilik Miss Sue. Erkk?

                “Yo?” Itu je respond yang aku mampu berikan. Aku tengok Coed meletakkan songkoknya diatas meja lab. Projek diorang ni lak buat dekat bawah meja. Elok bersila lagi tu budak lima ekor ni. Diorang guna bunsen burner dengan tripod yang ada dalam bilik kimia ni lak tu. Periuk bersaiz sederhana sekali, tiga set chops stick dengan dua batang sudu tu mesti diorang rembat dari bilik ETR. Tapi yang pastinya maggie tu diorang bawak sendiri.

Maggie yang tengah panas-panas dalam periuk tu ditiupnya dan dimasukkan kedalam mulut. Wei terasa lapar la pulak! Aku buka pintu lab sedikit. Terliur la pulak.

                “Kau nak ke? Meh sini.” Kerol ajak aku siap bagi space tempat duduk sebelah dia lagi tu. Tak semena-mena Coed ketuk kepala Kerol guna songkok dia. Dush! Dush! Dua kali. Syabas Coed! Ni yang buat aku makin sayang dekat dia ni!

Sengal la Kerol ni, tak kan la aku nak join diorang makan sekaki. Dah terang lagi bersuluh dengan cahaya matahari kat luar sana tu korang semua budak lelaki, tak kan aku nak join. Kalau jadi apa-apa macamana? Korang tu bukannya boleh dipercaya sangat. 
                   
                   “Haha.. Padan muka kau Kerol! Kan dah kena ketuk dengan Coed. Err, aku lalu je sini.. Ingatkan ada kebakaran ke apa sampai ada asap-asap ni.. Apsal benda tu tak keluar air?” Aku tunjuk dekat arah sensor kebakaran yang terpacak dekat atas tu. Kan benda tu alah dengan asap? Sepatutnya diorang ni dah banjir tau.

Diorang sengih buat double jerk. Okay.. Aku faham la maksudnya tu.

                “Okay la, selamat berjamu selera.. Aku nak hantar benda ni.” Aku tunjuk dekat homework dekat tangan yang aku pegang ni. “Bye.” Aku baru nak blah tapi Coed angkat tangan ‘kejap’ lepas tu dia berdiri  ambil sesuatu didalam begnya dan berjalan kearah aku. Nak apanya? Bukan kau merajuk dekat aku ke?

                “Nah, aku ingat nak kasi kau hari tu.. Tapi busy sikit.” Dia hulurkan satu bekas CD.

                “Ala.. Kau busy merajuk dekat aku je.. Tak nak sambung lagi?” Aku perli dia. Memang la aku agak bengang gak sebenarnya tau.. Tak ada angin , tak ada air tiba-tiba je nak buat taufan katerina. Cehh!

                “Ayokk!! Papa buat Mama merajuk.. Ayokk!!” Amri cakap gaya budak-budak balaci sambil main angkat turun-angkat turun jari telunjuknya. Kucai yang meneruskan pejuangan makannya itu dengan tak sengaja tersembur air maggie yang dia hirup dekat Daim akibat tak tahan nak gelak. Ha padan muka kan dah dapat tulah! Aku gelak je.        

                “Woi!! Kucai ni najis mutawashitah! Eee geli!!” Daim buat gaya perempuan gedik. Lepas tu diorang gelak ramai-ramai.

“Shuuu!! Wei slow sikit gelak, nanti kantoi.. aku gak yang kena hadap Uncle Lun.” Tangan Coed dah buat gaya toche’-toche’ dah dekat aku. Pintu yang dibuka Sara tadi ditutupnya. Budak-budak tu kang ada je idea nak membahan aku. “Okay.. Okay.. Aku salah.. Hari tu aku period.. Sorry la wei.”

Sara mencebik. Alasan tak logik langsung! “Kau tu kalau dua alam, aku percaya la jugak. Cehh.. Kau majok la lagi.. Aku tak kisah.” Merajuk-merajuk pun, aku ambil je CD yang mamat ni kasi tadi.

                “Alaa.. Sorry la tuan puteri, hamba tahu ini semua salah hamba.. Hamba rela dipancung.” Coed buat suara macam ala-ala zaman P. Ramlee. Sumpah kelakar! Aku pun tertawa disitu. “Ha.. Dah ketawa pun.. Jadi hamba sudah dimaafkan la ni?”

Sara senyum. “Mana aku maafkan kau.. Tadah tangan kejap.” Aku bagi arahan. Dia pun tadah la tangan. Aku sebagai seorang tuan puteri yang baik jantung, hati hempedu ni pun meletakkan homework budak-budak kelas aku ditangan dia. “Nah, tolong aku hantarkan benda ni.. Lepas tu belanja aku Ice Cream baru aku maafkan.”

Coed buat muka tak puas hati. “Okay.. Tak pe lain kali kalau aku yang merajuk.. Macam-macam aku suruh kau buat.”

Hehe. Kelakar ye disitu, Sebenarnya kau yang tengah merajuk dengan aku tapi aku pun tak tahu macamana boleh jadi terbalik. “Ehh banyak cakap lak.. Aku merajuk balik la.” Sara cakap gelak-gelak.

                “Ye la.. Ye la..” Jawab dia tak berapa nak ikhlas. Dia pegang homework tu guna sebelah tangan je. Tangan kirinya membuka pintu bilik makmal tu sedikit. “Wei, korang jangan hab.. is..” Err?? Periuk tu dah selamat angkat dihirup macam tu je oleh Kerol. “Wei, pirana betul la.. Habis maggie tu korang sapu? Aku baru makan sikit.. Hayun betul! Masak lagi, tinggalkan untuk aku.”

                “Ada lagi ke?” Amri menyoal.

                “Dalam laci bawah tempat depan tu ada lagi tiga paket..” Muncungnya ditunjukkan kearah meja guru yang ada dalam lab ni. Magai! Ini namanya dah habis otai dia ni. Aku tahu la kau tu senior of the school tapi cuba beragak sikit nak otai pun.

                “Mana cukup tiga paket..” Kucai dah main rebut-rebut periuk dengan Daim. Nak hirup gak!

“Woii kita dah makan sepuluh paket dah, tu pun tak cukup-cukup lagi ke? Ha, kejap lagi aku datang.. Aku nak bagi nafkah kat bini aku ni dulu.” Dia tunjuk arah aku. Budak-budak tu pun apa lagi gelak la.

Aku yang terlebih baik hati ni terus menendang kaki kiri dia. Dush! Ambik kau!

                “Ouchh!! Sakit la bodoh!” Coed menundukkan badannya sambil menggosok-gosok tempat yang jadi mangsa kena sepak dengan Sara tu.

Mulut tu aku rasa macam nak jahit-jahit je. Dia cakap aku bodoh?? Punya la aku score every exam ni?? Bagus betul! “Dah aku nak balik la.” Malas nak layan.

                “Errkk.. Sara kejap la.. Wei ingat tau tinggalkan part aku! Campak songkok tu Kerol!”



CD yang Coed bagi tadi aku tengok je, lepas tu aku senyum. Coed kata ini CD ceramah Ustaz Azhar Idrus.. Dia kata boleh la aku belajar sikit-sikit pasal agama islam ni. Dia siap burn kan aku pasal talk gadis cina yang masuk islam lagi tu, ala buka you tube je. Cari la talk dari Loo Jo Yee. Talk fatimah Syarha pun dia bagi. Thanks Ya Allah, relation kitorang dah kembali baik..  Tinggal Mai je.

Sekarang dah pukul 6.30 dah. Pergh satu hari dekat sekolah.. Sakit badan aku. Tadi practice Kendo, ye la tak lama lagi kitorang kena buat perlawanan persahabatan dengan budak sekolah lain yang ada kelab ni gak. Kendo mana la popular sangat dekat Malaysia ni. 

Err.. Dah lama tak jumpa mamat tu.. Ala si Alan tu la.. Dooyai. Nak pergi sekolah dia kejap boleh tak? Jangan Sara! Jangan! Hati kata jangan tapi kaki aku ni rajin je berjalan nak kesekolah diorang yang jauh sikit tu.

Ha.. Punya petang macam ni pun dia stay dekat sekolah dia lagi. Dia main tenis tapi apsal main sorang-sorang? Sara memandang Alan pelik. What’s wrong Alan? Cara permainan dia pun tak sama seperti selalu. Pelik! Nampak macam stress gila.

                “Arrghhh!!” Alan menjerit kuat. Agaknya sekolah dia tengah tak ada orang kut. Tu la dia berani jerit-jerit macam tu. Satu bola tenis dipukulnya kuat menggunakan raket sampai bola tenis tu melekat dekat pagar court tennis tu. Aku pun tak nampak bola tu sebab aku rasa laju sangat dia hayun raket tu. Alan mengelap peluhnya sambil berjalan menuju ke bola yang tersumbat dengan pagar tennis tu.

Masa dia nak ambil tu dia terperasan aku yang dok usha dia tu. Erk?? Aku buat-buat pandang dekat tempat lain tapi anak mata ni still fokus kearah dia. Dia boleh je buat bodoh tak nampak aku yang berdiri disebalik pokok renek ni? Lepas tu aku nampak si Alan tu kemas-kemaskan barang dia masuk dalam beg raket tennis segala. Lepas tu aku dah tak nampak kelibat dia. Alamak.. Sekarang ni memang tengah season bad mood sedunia ke??

Tapi aku tak ada mood la nak bad mood..                



***
ps: dear people this is the link for the talk from Loo Jo Yee, a chinese girl that convert to Islam. Jom blaja something dari dia :) dia sgt2 bersemangat sebarkn cinta dan dakwah islam masa satu talk dia yg saya pergi dulu.


https://www.youtube.com/watch?v=Ry--v8ZLj7M