Tuesday 5 February 2013

Anugerah kita


Shah dah main-main garu kepala dah. Adoii.. “What the fish betul la.” Handset tu diatapnya seketika kemudian dicampakkannya ke katil. Lappy dihadapnya balik. Baik aku siapkan proposal ni dari melayan Homo sapiens yang terlebih banyak masa tu.

                “Wowowow.. Cha, daripada kau main baling-baling macam tu.. Baik kau hulur je handset kau tu dekat aku.. Mah-hal tu..” Min yang duduk sebilik dengan Shah menghentikan bacaan dari terus membaca ‘Reader Digest’.

Tap! Tap! “Alah, handset buah-buahan je.. Complicated lak tu nak guna.” Kepala dan tanganya fokus menghadap Lappy. Benda ni kena siapkan cepat, kang meeting nanti aku gak yang kena sound. Al-kemakeput punya pengerusi. Aku buat kerja ni tanpa gaji tau! Tapi mulut dia sound macam aku ni tak bertanggujawab, macam aku ni tak ada assignment lak. Tu tak masuk presentation Tiffany lagi untuk subject Bel. “Dah la buah yang dah kena gigit.. Lain la handset buah-buahan kau.. Fresh dari ladang.”

                “Hahaha.. Ngokngek la kau ni.. Buah yang kena gigit pun.. Harga mahal tau.. Apple tu.. Nak-nak Iphone.. Untung la ada abang.” Min duduk bersila atas katil.

Haah phone ni pun ehsan abang aku yang dah selamat bekerja tu.  “Tapi lagi untung ada abang sayang. Hahaha!” Shah kenakan Min balik. Ye la BB dia tu lagi la yang terbaru punya. nak-nak balak dia hadiahkan untuk dia semperna dapat dean sem lepas. Aku ni tahap ugut abang aku baru la diorang nak hulur sumbangan ke apa. Phone lama aku tu dah naik jam dah pun.

                “Eeee!! Sengal la kau ni Cha!” Min dah baling bantal dekat belakang kepala aku.

Dooi Sakit la. Shah terus gelak besar je. “Uiitt.. Uiiitt.. Saudari, Work aku tak habis lagi ni.. Baik kau jangan tambahkan kekusutan yang ada. Haha.” Aku sambung balik menaip. Ha ni proposal nak buat program dekat rumah anak-anak yatim. Agak-agak yang teringin sangat nak jadi S/U tu aku cadangkan banyakkan belajar sabar. Sebab kalau tak sabar otak ni boleh naik gila dengan meeting yang banyak, Minit mesyuarat lagi dan D.L.L.

                “Apanya yang kusut?” Min tanya lagi.

                “Tu.. Aku tak tahu mamat selenge mana lak yang banyak sangat masa terluang dia kacau anak dara orang ni.” Kacau aku la siapa lagi.

                “Yang kau cakap asyik call kau tak tentu masa tu.” Min menjatuhkan dirinya baring dikatil Shah. Iphone tu dipegangnya. Pergh.. 3 pagi? 4 pagi? 2 petang? 7.15 malam? Banyaknya miss calls. “Kau tak angkat ke?”

                “Tak. Kau gila, buatnya mamat tu baca mandrem ke apa ke dekat telinga aku kalau aku angkat.. Bahaya tu. Aku bukannya kenal dia pun.” Mata Shah fokus lagi dihadapan Lappy jenama Dell berwarna putih itu.

                “Kau tak tanya apa-apa ke kat dia?” Min tanya lagi.

Banyak pulak soalan budak seekor ni. Free betul budak ni. Assignment dah siap ke belum kak? “Aku text tanya ‘siapa ni?'..” Aku jawab jugak soalan Min ni. Sebab aku rasa aku ni kawan yang baik. Hehe.

                “Lepas tu dia jawab apa?” Min dah pegang handset tapi tak reti-reti gak nak bukak SMS. Main tanya je. Baik tak payah pegang handset. Pfftt!

                “Dia cakap ‘saja je nak berkenalan dengan awak’.. Wei report animalia kau dah siap ke belum ni? Banyak betul soalan.. Asparagus alkuspus betul!” Shah memusingkan badannya merampas handset.

                “Aik?? Ada pak we ke sampai tak nak bagi aku godek-godek handset kau ni?” Min angkat kening double jerk. Hehe. “Alhamdulillah ya Allah akhirnya kawan aku ada gak calon suami.. Alhamdulillah” Min angkat tangan tinggi-tinggi gaya macam penduduk afrika yang dah berjuta tahun baru jumpa hujan.

Aku tanya report dah siap ke belum. Dia aci tukar topik lak. Melampau betul la riak syukur si Min ni. “Wei.. Bila lak aku ada balak ni? Ni aku nak bukakan messages untuk kau.. Kang banyak lak soalan yang kau nak tanya dekat aku.. Phoronis hippocrepia lah.. Limulus polyphemus lah.. Segala.. Aku rasa kau ni better tukar fakulti forensik ke, tentera ke.. baru sesuai sikit dengan selera mulut kau.”

Min gelak-gelak. “Kau marah macam mak nenek la.. Cedera limpa aku over gelak ni. Haha.”

Shah buat muka bosan. Melampau-lampau betul gelak si Min ni.. Kemudian handsetnya dihulurkan.



Lagu ‘Six degrees of seperation-the script’ melalak kuat. Shah bangun dari tidur. Phone dipandangnya, ada tulis  2 miss calls dari ‘mangkuk’. Aku tulis mangkuk sebab kalau dia call nanti senang aku nak ignore.

Sengal betul la, kacau hidup aku betul la mamat ni. Aku tanya siapa tak paham lak cakap bahasa melayu. Jam didalam phone tu ditatapnya. 3.30 pagi. Esok aku ada test la mangkuk ayun, senduk, garfu, periuk belanga!! E.Coli al-kelkemakeput!! Kacau tidur aku betul la.

Shah menaip didalam phonenya itu. Tak faham malay kan? Jap eh.. Kau nak aku speak bahasa urdu pun aku lepas tau!

DIKU? IAC if we were fren let me know u. -Shah

Nasib baik aku ni baik orangnya.. Shah Text guna bahasa Chat. Did I know you? In any case, if we were friend let me know you. Mana la tahu orang ni kawan sehospital masa aku lahir ke apa.

Dia reply.

Saya tak faham la bahasa awak. Hehe.. Hai! –Mangkuk

Hai dia kata? Dah la psycho kacau tidur aku. Ishh!

Do respect me ppl, I need to recharge myself. If we r not knowg each other, its better 4 u 2 not disturb me. –Shah

Dia reply lagi tapi lambat gila. Dia ni faham ke tak bahasa inggeris ni?

Sori la i gagu u, i nak brkawan je dgn u. I ni Matt. –Mangkuk

Matt? Matt tongkol? Matt turkey? Matt Hardy? Matt-ematic? Hadooii. Mohd kut? Tak pe kita settlekan semuanya malam ni. Penat hidup aku asyik kena kacau dengan mangkuk ni.

I hv a lot of fren called as matt. Which Matt then?–Shah

Mohd Firdaus bin Abidin la, u prnah practikal kat company area Damansara right? Dlu. –Mangkuk

Nama dah macam syurga pertama. Tapi perangai tak pandai nak respect waktu tidur orang betul la.

I nvr hv any prac there. U got wrong no. Siyezly. I hv no fren named   firdaus abidin. Plus, I bru je brapa thun pgg no ni. –Shah

Mana ada kos kitorang ni practical dekat company. Kitorang practikal dalam hospital je la. Kau ingat aku ambik kos business ke engin ke apa? Tiba-tiba phone aku terpadam. Alamak, batteri kong la pulak. Hadooii. Aku nak settlekan semuanya malam ni. Shah pun terus mengecas phone tu. Tunggu dua tiga minit dulu.. Ha dah boleh pun on.

U da hbis blajr ke? –Mangkuk

Dia ni tak baca ke text aku tadi? Nampak sangat trick dia dah ketinggalan zaman nak tackle anak orang. Pfftt!

U x bca ke my latest text td? U got wrong no lah. –Shah

Hehe.. Saje tanya, umo u brapa ni? –Mangkuk

Sabar Balqis Shah.. Sabar.. Jom letak titik  noktah cepat-cepat. Hidup aku dah la jadi tak aman sebab mamat selenge ni. Aku class dia call. aku tidur dia call.. Aku tengah lepak-lepak dengan member pun dia call. Aku masuk toilet pun dia jadi call. Errr!!!!

Relaks.

Umo I 32, dah ad 2 anak dah pun. –Shah

Betul la lagi berapa belas tahun umur aku 32.. Dia tak tanya umur aku yang sekarang ni ke atau yang akan datang kan? Aku ada 2 ekor anak kucing.

Ehh? Alamak.. Sori2.. Msti husband u marah. –Mangkuk

Aku dah sengih. Tahu pun kecut. Ni kira aku tipu sunat sebab nak bagi hidup aku ni aman dan damai.

Tahu pun. Dy gado2 dgn I smlm sbb u la. Tu tgh tido luo tu, mrajuk dgn I –Shah

Alamak.. Yeke? Ala.. Sori2 –Mangkuk

Haha!! Aku rasa macam nak ketawa guling-guling je sekarang ni.

Ha. Lain kali jgn main kol mlm2 buta, gagu idop orang. Ha lg satu jgn kol i lgi. Nanti ad gak yg jeles. I gak yg susah. –Shah

Lepas tu dia tak balas-balas pun SMS aku. Woohooo!! Baru la rasa lega sikit hidup ni tak diganggu psycho. Alhamdulillah.. Aku terus bangun dari katil. Dah alang-alang terjaga ni baik aku solat tahajud sekejap.



Dah dua minggu masa berlalu. Shah sedang membelek-belek beberapa helaian kertas ditangannya. Ni surat jemputan untuk Penasihat, Hea dengan MPP. Rasa semuanya dah ok kut.

                “Ish.. Ishh. Ish.. Workhaholic sungguh member aku seorang ni. Tengah time makan macam ni pun kau sibuk jugak dengan kelab kau tu kan.” Min selaku roomate dan classmate Shah mengambil tempat dihadapan Shah. Bihun Sup diletakkan diatas meja. “Pergi la beli makanan. Kejap lagi nak masuk lab dah.”

Shah senyum memandang kawannya yang kecik tu tapi makan nak tahap dewa. Yang pelik lagi unik tu, badan dia tak gemuk-gemuk. Ada cacing ke apa dalam badan dia ni? “Dah settle dah ni. Tinggal aku sign dan hantar.”

                “Nah, roti sunflower yang hang pesan tadi..” Ami menghulurkan plastik roti kepada Shah bersama air kotak pink guava. Ami mengambil tempat duduk sebelah Shah.

                “Thanks mi.. Kau la sahabat aku dunia akhirat.. Tak macam Min ni. Haha.” Shah membuka bungkusan roti tu. Muka kena buat terharu sebab ada orang sudi belanja. Wahaha! Tak la aku dengan Ami ni dah biasa main belanja-belanja each other. Hari ni dia belanja, esok lusa aku belanja dia lak. Unik kan?

                “Anything for hang ki.. Haha.” Ami memegang bahu Shah sambil angkat double jerk depan Min. Pengumuman!! Ami ni jantina dia perempuan ye. Dia panggil aku Ki sebab nama aku kan Balqis Shah? Qis tu jadi ‘Ki’.

                “Waaa!! Sampai hati kau Cha.. Sedih aku!! Waaa.. nak lari bilik la macam ni!!” Min buat muka sedih. Kitorang gelak je. Agaknya otak kitorang ni dah overload kut banyak sangat sumbat menghafal nama-nama chemical segala. Pfft!!

Jia yang baru selesai membeli makanan terus mengambil tempat duduk sebelah Min. Dia beli kek Moist Choc je. Air minum dia air mineral. Memang bagus hamba Allah seorang ni. Kurangkan gula, biar hidup aman sentosa! Wahaha. “Pahal dengan Min ni?”

                “Majok ngan kitorang. Haha.” Shah senyum segaris. Roti sunflower disumbatnya masuk mulut.

Jia  tepuk-tepuk belakang Min.. “Bersabarlah kawan.. Dunia belum berakhir.” Jia meniru gaya Patrick dari cerita Spongebob Squarepant bercakap.

Terus semua orang gelak. Sebijik!

                “Report siap tak?” Min bertanya sambil mengoyak-ngoyakkan hujung roti sandwich. Kemudiannya dimasukkan kedalam mulut. Dah makan bihun sup dia tibai lagi makan roti sandwich 3 keping. Dah-syat tu!

                “Wei.. Wajib la siap. Kau gila apa nak kena pancung dengan Sir K?” Shah menggeleng kepala. Dia tu dah la suka ikut kepala sendiri je. Biasa la lecturer. “Lain la Mi ni ha.. Fav student. Haha. Scandal!”

Ami menyenggul bahu Shah sekali. “Harrey perangai hang Ki!.. Off topic, balik-balik aku gak yang kena.” Semua orang ketawa.

                “Ooo.. Cha, mamat yang kacau kau tak ikut time tu.. Kacau kau lagi tak?” Min memetik jari sekali menanyakan tentang si Mangkuk yang pernah kacau Shah dulu tu.

                “Tak dah..” Shah menggerakkan tangannya kekanan dan kekiri tanda tidak.

                “Cane dia boleh stop? Kau kata dia tu psycho, asyik kacau kau berminggu-minggu tu.” Jia angkat kening memandang Shah.

Shah senyum evil. “Hahaha.. Jap eh.” Aku keluarkan phone aku. Lepas tu aku bagi diorang baca. Diorang semua gelak-gelak je. “Pandangan?”

                “Sodium manganate!”

                “3-Chloroanisole!”

                “3-Chlorobromobenzene lah!

                “Bukan la.. Propanoylchloride kena Fridel-craft acylation!” Shah cantikkan lagi ayat.

Semua terdiam tengah memikir jadi apa. Min main tulis-tulis dekat meja makan guna pensil jari. Jia garu-garu kepala. Ami terdiam sekejap sambil menggigit jari. Tak sampai satu minit semua petik jari. “1-phenyl-1-propanone.”

Aku gelak-gelak je selaku memberi soalan bonus. “Haha! Right-licous!”

                “Sengal la.. Kitorang tengah rehatkan medulla oblogata kau boleh lak tanya soalan  pecah kepala otak.” Bahu Shah ditumbuknya sekali.

                “Lah.. Korang yang bagi pandangan aci masuk kimia.. Aku tanya la soalan kimia.. Haha..” Air kotak pink guava dihirupnya masuk membasahi tekak.

                “Bagi aku kan.. Okay la kau buat macam ni.. Tak ada la dia nak kacau kau lagi.” Jia mengomen.

Min angguk setuju. “Betul.. Sokong 230 peratus!”

                “Kau Mi?” Aku tanya orang beragama sikit.

                “Okay la macam ni.. Sebab mak aku pernah cakap dekat aku. ‘Suka or cinta’ ni satu anugerah, satu fitrah. Kita suka orang. Orang suka kita.. Standard la. Tapi kalau kita tak suka orang tu. Jangan kita tolak dia kasar-kasar. Tolak dengan lembut. Berkhemah.”

Ami tarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung ayat. “Jangan cakap.. ‘Eee.. saya tak suka awak la’ atau ‘You’re not my taste.. Daa!’ lebih kurang macam tu dekat orang tu. Sakitkan hati orang tu atau bash dia depan orang ke..” Ami buat gaya kasar menyebut contoh tadi. Macam real lak. “Cakap dekat orang tu elok-elok.. ‘saya minta maaf bla.. bla..’ macam tu kalau nak reject ke apa ke..”

                “Bla.. bla.. bla tu apa Mi?” Shah tanya soalan bonus.

                “Bla.. bla.. bla tu kau fikir la sendiri.. kacau la.” Min suruh Shah diam. Kacau je la. Haha.

Jia buat gaya macam menenangkan dua manusia yang sedang bergaduh. “Ish korang ni.. Ustazah Ami tak habis lagi bercakap tu.”

Hahaha. Ami gelak je. “Bla..bla..bla.. tu bala-qis.”

                “Pseudo punya paramecium!!” Sepatah Shah menjawab. Nama aku gak yang naik. Pfft! Diorang pun join gelak.

                “Kalau kita reject tak jaga hati dia apa jadi?” Jia bertanya.

                “Kita tak tahu hati manusia.. Kalau main bash je.. Iman manusia tu bukannya kita tahu.. Tu la jadinya kes sihir-menyihir, santau, busung segala tu.. Kadang-kadang diorang dengki. Sakit hati. Tak boleh terima kita reject macam tu je.. So kita kena la behave and think sebelum kita bercakap.” Ami Menjawab. Dah gaya macam Ustazah 5 bintang dah gaya dia.

                “Oooo.. Seram betul la manusia ni kan..” terpacak bulu roma aku mendengar. Shah main teguk-teguk air liur. Benda macam ni pun boleh jadi kes besar. Manusia.. Manusia.. Who knows?

                “Takutnya..” Min dah berkerut dahi. “Tak suka la diorang buat benda-benda macam tu. Kalau orang mati baru nak puas ke? Itu ke love?”

                “Manusia.. Hati diorang pelik sikit..” Jia tolong jawabkan.

                “Sebab tu la kalau nak ber-fall in love pun jangan main-main. Niat kena betul. Nak nikah ke kahwin ke. Jangan niat nak dapat title ‘play girl’, nak berlagak depan orang ada pak we hensem ke, suka-suka ke.. mainkan hati orang. Bahaya tu. Mungkin dia ‘hantar benda tu’ kena dekat kita atau terkena dekat family kita. Kena satu family pun boleh jadi.” Ami sambung lagi.

                “Mak aku pun pernah cakap tapi tak ada kaitan dengan ‘benda tu’ la.. Mak aku kata, apa yang kita buat dekat orang. Benda tu akan berputar balik dekat kita.. Lagi berganda. Contohnya kita sakitkan hati orang tu.. Akan datang mungkin 10 orang lak yang akan sakitkan hati kita.”Jia menambah pandangan.

                “Betul.. Hidup ni umpama roda. Sekejap kita dekat atas. Sekejap kita kat bawah.” Shah menghabiskan minuman kotaknya itu.

                “Err.. Apa yang hang cakap tu memang betul Ki.. Tapi aku tak nampak lak apa kaitannya dengan apa yang Jia cakap sekali dengan topik ni. Haha.” Ami gelak-gelak. Biar la ilmu tu kita dapat sikit-sikit asalkan kita aplikasikan dalam kehidupan.

Min memandang kearah jam tangannya. “Alamak.. Wei, Kita dah lambat 10 minit.” Min dah kemas-kemas failnya.

                “Err.. Dah.. Dah.. Jom naik lab cepat. Nanti Mr K marah lak. Kita gak yang susah.” Jia mengumpulkan sampah masuk kedalam plastik. Kejap lagi nak buang.

                “Ala.. Tunggu aku. Burger ni tak habis lagi la.” Ami merungut minta ditunggu.

Shah gelak-gelak je. “Wei, kau kan anak murid kesayangan dia.. Kau lepak je sini, habiskan burger. Haha.”

Ami mengembungkan pipinya buat-buat geram dengan Shah. “Eeee!!” Dia terus sumbat burger masuk dalam mulut. Ala seciput je pun.

Kitorang gelak-gelak je. Lepas tu masing-masing main lari-lari anak nak kejar lif.

Hati tu satu anugerah. Gunakan untuk beribadah kepadaNya. Bukan setakat solat, berzikir semua tu. Kita sayang manusia kerana Allah pun dah kira ibadat. Kita makan, minum kerana Allah pun dikira beribadah. Jangan kerana nafsu. Hidup dekat dunia ni sementara je.. Akhirat tu selama-lamanya. Jom remind balik diri sendiri.. Jom fikir, kenapa eh kita diciptakan? :)






  
                 

No comments: