Tuesday 5 February 2013

Anugerah kita


Shah dah main-main garu kepala dah. Adoii.. “What the fish betul la.” Handset tu diatapnya seketika kemudian dicampakkannya ke katil. Lappy dihadapnya balik. Baik aku siapkan proposal ni dari melayan Homo sapiens yang terlebih banyak masa tu.

                “Wowowow.. Cha, daripada kau main baling-baling macam tu.. Baik kau hulur je handset kau tu dekat aku.. Mah-hal tu..” Min yang duduk sebilik dengan Shah menghentikan bacaan dari terus membaca ‘Reader Digest’.

Tap! Tap! “Alah, handset buah-buahan je.. Complicated lak tu nak guna.” Kepala dan tanganya fokus menghadap Lappy. Benda ni kena siapkan cepat, kang meeting nanti aku gak yang kena sound. Al-kemakeput punya pengerusi. Aku buat kerja ni tanpa gaji tau! Tapi mulut dia sound macam aku ni tak bertanggujawab, macam aku ni tak ada assignment lak. Tu tak masuk presentation Tiffany lagi untuk subject Bel. “Dah la buah yang dah kena gigit.. Lain la handset buah-buahan kau.. Fresh dari ladang.”

                “Hahaha.. Ngokngek la kau ni.. Buah yang kena gigit pun.. Harga mahal tau.. Apple tu.. Nak-nak Iphone.. Untung la ada abang.” Min duduk bersila atas katil.

Haah phone ni pun ehsan abang aku yang dah selamat bekerja tu.  “Tapi lagi untung ada abang sayang. Hahaha!” Shah kenakan Min balik. Ye la BB dia tu lagi la yang terbaru punya. nak-nak balak dia hadiahkan untuk dia semperna dapat dean sem lepas. Aku ni tahap ugut abang aku baru la diorang nak hulur sumbangan ke apa. Phone lama aku tu dah naik jam dah pun.

                “Eeee!! Sengal la kau ni Cha!” Min dah baling bantal dekat belakang kepala aku.

Dooi Sakit la. Shah terus gelak besar je. “Uiitt.. Uiiitt.. Saudari, Work aku tak habis lagi ni.. Baik kau jangan tambahkan kekusutan yang ada. Haha.” Aku sambung balik menaip. Ha ni proposal nak buat program dekat rumah anak-anak yatim. Agak-agak yang teringin sangat nak jadi S/U tu aku cadangkan banyakkan belajar sabar. Sebab kalau tak sabar otak ni boleh naik gila dengan meeting yang banyak, Minit mesyuarat lagi dan D.L.L.

                “Apanya yang kusut?” Min tanya lagi.

                “Tu.. Aku tak tahu mamat selenge mana lak yang banyak sangat masa terluang dia kacau anak dara orang ni.” Kacau aku la siapa lagi.

                “Yang kau cakap asyik call kau tak tentu masa tu.” Min menjatuhkan dirinya baring dikatil Shah. Iphone tu dipegangnya. Pergh.. 3 pagi? 4 pagi? 2 petang? 7.15 malam? Banyaknya miss calls. “Kau tak angkat ke?”

                “Tak. Kau gila, buatnya mamat tu baca mandrem ke apa ke dekat telinga aku kalau aku angkat.. Bahaya tu. Aku bukannya kenal dia pun.” Mata Shah fokus lagi dihadapan Lappy jenama Dell berwarna putih itu.

                “Kau tak tanya apa-apa ke kat dia?” Min tanya lagi.

Banyak pulak soalan budak seekor ni. Free betul budak ni. Assignment dah siap ke belum kak? “Aku text tanya ‘siapa ni?'..” Aku jawab jugak soalan Min ni. Sebab aku rasa aku ni kawan yang baik. Hehe.

                “Lepas tu dia jawab apa?” Min dah pegang handset tapi tak reti-reti gak nak bukak SMS. Main tanya je. Baik tak payah pegang handset. Pfftt!

                “Dia cakap ‘saja je nak berkenalan dengan awak’.. Wei report animalia kau dah siap ke belum ni? Banyak betul soalan.. Asparagus alkuspus betul!” Shah memusingkan badannya merampas handset.

                “Aik?? Ada pak we ke sampai tak nak bagi aku godek-godek handset kau ni?” Min angkat kening double jerk. Hehe. “Alhamdulillah ya Allah akhirnya kawan aku ada gak calon suami.. Alhamdulillah” Min angkat tangan tinggi-tinggi gaya macam penduduk afrika yang dah berjuta tahun baru jumpa hujan.

Aku tanya report dah siap ke belum. Dia aci tukar topik lak. Melampau betul la riak syukur si Min ni. “Wei.. Bila lak aku ada balak ni? Ni aku nak bukakan messages untuk kau.. Kang banyak lak soalan yang kau nak tanya dekat aku.. Phoronis hippocrepia lah.. Limulus polyphemus lah.. Segala.. Aku rasa kau ni better tukar fakulti forensik ke, tentera ke.. baru sesuai sikit dengan selera mulut kau.”

Min gelak-gelak. “Kau marah macam mak nenek la.. Cedera limpa aku over gelak ni. Haha.”

Shah buat muka bosan. Melampau-lampau betul gelak si Min ni.. Kemudian handsetnya dihulurkan.



Lagu ‘Six degrees of seperation-the script’ melalak kuat. Shah bangun dari tidur. Phone dipandangnya, ada tulis  2 miss calls dari ‘mangkuk’. Aku tulis mangkuk sebab kalau dia call nanti senang aku nak ignore.

Sengal betul la, kacau hidup aku betul la mamat ni. Aku tanya siapa tak paham lak cakap bahasa melayu. Jam didalam phone tu ditatapnya. 3.30 pagi. Esok aku ada test la mangkuk ayun, senduk, garfu, periuk belanga!! E.Coli al-kelkemakeput!! Kacau tidur aku betul la.

Shah menaip didalam phonenya itu. Tak faham malay kan? Jap eh.. Kau nak aku speak bahasa urdu pun aku lepas tau!

DIKU? IAC if we were fren let me know u. -Shah

Nasib baik aku ni baik orangnya.. Shah Text guna bahasa Chat. Did I know you? In any case, if we were friend let me know you. Mana la tahu orang ni kawan sehospital masa aku lahir ke apa.

Dia reply.

Saya tak faham la bahasa awak. Hehe.. Hai! –Mangkuk

Hai dia kata? Dah la psycho kacau tidur aku. Ishh!

Do respect me ppl, I need to recharge myself. If we r not knowg each other, its better 4 u 2 not disturb me. –Shah

Dia reply lagi tapi lambat gila. Dia ni faham ke tak bahasa inggeris ni?

Sori la i gagu u, i nak brkawan je dgn u. I ni Matt. –Mangkuk

Matt? Matt tongkol? Matt turkey? Matt Hardy? Matt-ematic? Hadooii. Mohd kut? Tak pe kita settlekan semuanya malam ni. Penat hidup aku asyik kena kacau dengan mangkuk ni.

I hv a lot of fren called as matt. Which Matt then?–Shah

Mohd Firdaus bin Abidin la, u prnah practikal kat company area Damansara right? Dlu. –Mangkuk

Nama dah macam syurga pertama. Tapi perangai tak pandai nak respect waktu tidur orang betul la.

I nvr hv any prac there. U got wrong no. Siyezly. I hv no fren named   firdaus abidin. Plus, I bru je brapa thun pgg no ni. –Shah

Mana ada kos kitorang ni practical dekat company. Kitorang practikal dalam hospital je la. Kau ingat aku ambik kos business ke engin ke apa? Tiba-tiba phone aku terpadam. Alamak, batteri kong la pulak. Hadooii. Aku nak settlekan semuanya malam ni. Shah pun terus mengecas phone tu. Tunggu dua tiga minit dulu.. Ha dah boleh pun on.

U da hbis blajr ke? –Mangkuk

Dia ni tak baca ke text aku tadi? Nampak sangat trick dia dah ketinggalan zaman nak tackle anak orang. Pfftt!

U x bca ke my latest text td? U got wrong no lah. –Shah

Hehe.. Saje tanya, umo u brapa ni? –Mangkuk

Sabar Balqis Shah.. Sabar.. Jom letak titik  noktah cepat-cepat. Hidup aku dah la jadi tak aman sebab mamat selenge ni. Aku class dia call. aku tidur dia call.. Aku tengah lepak-lepak dengan member pun dia call. Aku masuk toilet pun dia jadi call. Errr!!!!

Relaks.

Umo I 32, dah ad 2 anak dah pun. –Shah

Betul la lagi berapa belas tahun umur aku 32.. Dia tak tanya umur aku yang sekarang ni ke atau yang akan datang kan? Aku ada 2 ekor anak kucing.

Ehh? Alamak.. Sori2.. Msti husband u marah. –Mangkuk

Aku dah sengih. Tahu pun kecut. Ni kira aku tipu sunat sebab nak bagi hidup aku ni aman dan damai.

Tahu pun. Dy gado2 dgn I smlm sbb u la. Tu tgh tido luo tu, mrajuk dgn I –Shah

Alamak.. Yeke? Ala.. Sori2 –Mangkuk

Haha!! Aku rasa macam nak ketawa guling-guling je sekarang ni.

Ha. Lain kali jgn main kol mlm2 buta, gagu idop orang. Ha lg satu jgn kol i lgi. Nanti ad gak yg jeles. I gak yg susah. –Shah

Lepas tu dia tak balas-balas pun SMS aku. Woohooo!! Baru la rasa lega sikit hidup ni tak diganggu psycho. Alhamdulillah.. Aku terus bangun dari katil. Dah alang-alang terjaga ni baik aku solat tahajud sekejap.



Dah dua minggu masa berlalu. Shah sedang membelek-belek beberapa helaian kertas ditangannya. Ni surat jemputan untuk Penasihat, Hea dengan MPP. Rasa semuanya dah ok kut.

                “Ish.. Ishh. Ish.. Workhaholic sungguh member aku seorang ni. Tengah time makan macam ni pun kau sibuk jugak dengan kelab kau tu kan.” Min selaku roomate dan classmate Shah mengambil tempat dihadapan Shah. Bihun Sup diletakkan diatas meja. “Pergi la beli makanan. Kejap lagi nak masuk lab dah.”

Shah senyum memandang kawannya yang kecik tu tapi makan nak tahap dewa. Yang pelik lagi unik tu, badan dia tak gemuk-gemuk. Ada cacing ke apa dalam badan dia ni? “Dah settle dah ni. Tinggal aku sign dan hantar.”

                “Nah, roti sunflower yang hang pesan tadi..” Ami menghulurkan plastik roti kepada Shah bersama air kotak pink guava. Ami mengambil tempat duduk sebelah Shah.

                “Thanks mi.. Kau la sahabat aku dunia akhirat.. Tak macam Min ni. Haha.” Shah membuka bungkusan roti tu. Muka kena buat terharu sebab ada orang sudi belanja. Wahaha! Tak la aku dengan Ami ni dah biasa main belanja-belanja each other. Hari ni dia belanja, esok lusa aku belanja dia lak. Unik kan?

                “Anything for hang ki.. Haha.” Ami memegang bahu Shah sambil angkat double jerk depan Min. Pengumuman!! Ami ni jantina dia perempuan ye. Dia panggil aku Ki sebab nama aku kan Balqis Shah? Qis tu jadi ‘Ki’.

                “Waaa!! Sampai hati kau Cha.. Sedih aku!! Waaa.. nak lari bilik la macam ni!!” Min buat muka sedih. Kitorang gelak je. Agaknya otak kitorang ni dah overload kut banyak sangat sumbat menghafal nama-nama chemical segala. Pfft!!

Jia yang baru selesai membeli makanan terus mengambil tempat duduk sebelah Min. Dia beli kek Moist Choc je. Air minum dia air mineral. Memang bagus hamba Allah seorang ni. Kurangkan gula, biar hidup aman sentosa! Wahaha. “Pahal dengan Min ni?”

                “Majok ngan kitorang. Haha.” Shah senyum segaris. Roti sunflower disumbatnya masuk mulut.

Jia  tepuk-tepuk belakang Min.. “Bersabarlah kawan.. Dunia belum berakhir.” Jia meniru gaya Patrick dari cerita Spongebob Squarepant bercakap.

Terus semua orang gelak. Sebijik!

                “Report siap tak?” Min bertanya sambil mengoyak-ngoyakkan hujung roti sandwich. Kemudiannya dimasukkan kedalam mulut. Dah makan bihun sup dia tibai lagi makan roti sandwich 3 keping. Dah-syat tu!

                “Wei.. Wajib la siap. Kau gila apa nak kena pancung dengan Sir K?” Shah menggeleng kepala. Dia tu dah la suka ikut kepala sendiri je. Biasa la lecturer. “Lain la Mi ni ha.. Fav student. Haha. Scandal!”

Ami menyenggul bahu Shah sekali. “Harrey perangai hang Ki!.. Off topic, balik-balik aku gak yang kena.” Semua orang ketawa.

                “Ooo.. Cha, mamat yang kacau kau tak ikut time tu.. Kacau kau lagi tak?” Min memetik jari sekali menanyakan tentang si Mangkuk yang pernah kacau Shah dulu tu.

                “Tak dah..” Shah menggerakkan tangannya kekanan dan kekiri tanda tidak.

                “Cane dia boleh stop? Kau kata dia tu psycho, asyik kacau kau berminggu-minggu tu.” Jia angkat kening memandang Shah.

Shah senyum evil. “Hahaha.. Jap eh.” Aku keluarkan phone aku. Lepas tu aku bagi diorang baca. Diorang semua gelak-gelak je. “Pandangan?”

                “Sodium manganate!”

                “3-Chloroanisole!”

                “3-Chlorobromobenzene lah!

                “Bukan la.. Propanoylchloride kena Fridel-craft acylation!” Shah cantikkan lagi ayat.

Semua terdiam tengah memikir jadi apa. Min main tulis-tulis dekat meja makan guna pensil jari. Jia garu-garu kepala. Ami terdiam sekejap sambil menggigit jari. Tak sampai satu minit semua petik jari. “1-phenyl-1-propanone.”

Aku gelak-gelak je selaku memberi soalan bonus. “Haha! Right-licous!”

                “Sengal la.. Kitorang tengah rehatkan medulla oblogata kau boleh lak tanya soalan  pecah kepala otak.” Bahu Shah ditumbuknya sekali.

                “Lah.. Korang yang bagi pandangan aci masuk kimia.. Aku tanya la soalan kimia.. Haha..” Air kotak pink guava dihirupnya masuk membasahi tekak.

                “Bagi aku kan.. Okay la kau buat macam ni.. Tak ada la dia nak kacau kau lagi.” Jia mengomen.

Min angguk setuju. “Betul.. Sokong 230 peratus!”

                “Kau Mi?” Aku tanya orang beragama sikit.

                “Okay la macam ni.. Sebab mak aku pernah cakap dekat aku. ‘Suka or cinta’ ni satu anugerah, satu fitrah. Kita suka orang. Orang suka kita.. Standard la. Tapi kalau kita tak suka orang tu. Jangan kita tolak dia kasar-kasar. Tolak dengan lembut. Berkhemah.”

Ami tarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung ayat. “Jangan cakap.. ‘Eee.. saya tak suka awak la’ atau ‘You’re not my taste.. Daa!’ lebih kurang macam tu dekat orang tu. Sakitkan hati orang tu atau bash dia depan orang ke..” Ami buat gaya kasar menyebut contoh tadi. Macam real lak. “Cakap dekat orang tu elok-elok.. ‘saya minta maaf bla.. bla..’ macam tu kalau nak reject ke apa ke..”

                “Bla.. bla.. bla tu apa Mi?” Shah tanya soalan bonus.

                “Bla.. bla.. bla tu kau fikir la sendiri.. kacau la.” Min suruh Shah diam. Kacau je la. Haha.

Jia buat gaya macam menenangkan dua manusia yang sedang bergaduh. “Ish korang ni.. Ustazah Ami tak habis lagi bercakap tu.”

Hahaha. Ami gelak je. “Bla..bla..bla.. tu bala-qis.”

                “Pseudo punya paramecium!!” Sepatah Shah menjawab. Nama aku gak yang naik. Pfft! Diorang pun join gelak.

                “Kalau kita reject tak jaga hati dia apa jadi?” Jia bertanya.

                “Kita tak tahu hati manusia.. Kalau main bash je.. Iman manusia tu bukannya kita tahu.. Tu la jadinya kes sihir-menyihir, santau, busung segala tu.. Kadang-kadang diorang dengki. Sakit hati. Tak boleh terima kita reject macam tu je.. So kita kena la behave and think sebelum kita bercakap.” Ami Menjawab. Dah gaya macam Ustazah 5 bintang dah gaya dia.

                “Oooo.. Seram betul la manusia ni kan..” terpacak bulu roma aku mendengar. Shah main teguk-teguk air liur. Benda macam ni pun boleh jadi kes besar. Manusia.. Manusia.. Who knows?

                “Takutnya..” Min dah berkerut dahi. “Tak suka la diorang buat benda-benda macam tu. Kalau orang mati baru nak puas ke? Itu ke love?”

                “Manusia.. Hati diorang pelik sikit..” Jia tolong jawabkan.

                “Sebab tu la kalau nak ber-fall in love pun jangan main-main. Niat kena betul. Nak nikah ke kahwin ke. Jangan niat nak dapat title ‘play girl’, nak berlagak depan orang ada pak we hensem ke, suka-suka ke.. mainkan hati orang. Bahaya tu. Mungkin dia ‘hantar benda tu’ kena dekat kita atau terkena dekat family kita. Kena satu family pun boleh jadi.” Ami sambung lagi.

                “Mak aku pun pernah cakap tapi tak ada kaitan dengan ‘benda tu’ la.. Mak aku kata, apa yang kita buat dekat orang. Benda tu akan berputar balik dekat kita.. Lagi berganda. Contohnya kita sakitkan hati orang tu.. Akan datang mungkin 10 orang lak yang akan sakitkan hati kita.”Jia menambah pandangan.

                “Betul.. Hidup ni umpama roda. Sekejap kita dekat atas. Sekejap kita kat bawah.” Shah menghabiskan minuman kotaknya itu.

                “Err.. Apa yang hang cakap tu memang betul Ki.. Tapi aku tak nampak lak apa kaitannya dengan apa yang Jia cakap sekali dengan topik ni. Haha.” Ami gelak-gelak. Biar la ilmu tu kita dapat sikit-sikit asalkan kita aplikasikan dalam kehidupan.

Min memandang kearah jam tangannya. “Alamak.. Wei, Kita dah lambat 10 minit.” Min dah kemas-kemas failnya.

                “Err.. Dah.. Dah.. Jom naik lab cepat. Nanti Mr K marah lak. Kita gak yang susah.” Jia mengumpulkan sampah masuk kedalam plastik. Kejap lagi nak buang.

                “Ala.. Tunggu aku. Burger ni tak habis lagi la.” Ami merungut minta ditunggu.

Shah gelak-gelak je. “Wei, kau kan anak murid kesayangan dia.. Kau lepak je sini, habiskan burger. Haha.”

Ami mengembungkan pipinya buat-buat geram dengan Shah. “Eeee!!” Dia terus sumbat burger masuk dalam mulut. Ala seciput je pun.

Kitorang gelak-gelak je. Lepas tu masing-masing main lari-lari anak nak kejar lif.

Hati tu satu anugerah. Gunakan untuk beribadah kepadaNya. Bukan setakat solat, berzikir semua tu. Kita sayang manusia kerana Allah pun dah kira ibadat. Kita makan, minum kerana Allah pun dikira beribadah. Jangan kerana nafsu. Hidup dekat dunia ni sementara je.. Akhirat tu selama-lamanya. Jom remind balik diri sendiri.. Jom fikir, kenapa eh kita diciptakan? :)






  
                 

Meh baca kejap

Salam Alaik, 
Hi there :)
Life goes on people. 
Ada probs macam mana pun 
pasti ada jalan keluar
Find the way lah.
This 'Approaching Him' ni 
tiba2 je jadi panjang lak citernya..
Niat nak buat cerpen eps 1 tu je..
Tapi tangan ni menggatal lak wat 
zmn kenakaln time high school..
Eheh :)
n i really enjoy that.
Its about one girl yg 
nak mengenal pencipta.
Tapi x de supporter.
Hidup happy2 enjoy2 dengan kawan2..
Usha2 mamat idaman.
Tiba-tiba je diuji dgn dugaan besar.. 
Susah nak differentiate 
Which is the better way
to choose.
But apa2 pun its back to us.
Change to be better..
Yes or not?
Hell or well?
End or restart?
Here or there?
Now or latter? or never.. 
perhaps?
Tepuk dada tanya iman.
Ur life, Ur live, Ur story




Approaching Him_6


                “Sara, kau kata kau BFF aku.. Tapi kenapa kau tak ada masa aku tengah susah?” Wajah Mai kelihatan sangat-sangat kecewa. Satu langkah ke satu langkah dia menjauhkan diri dari Sara yang berdiri dihadapannya.

Aku... Aku.. “Ma.. Mai!! Aku betul-betul tak tahu kau..”

                “Sudah la.. Dah tak ada gunanya pun kau cakap lagi. Semuanya dah berakhir! Kau tak care pun pasal aku..” Mai pergi ketempat yang ada kerusi dan tali gantung tu. Dia palingkan mukanya dari memandang aku. Dengan berpakaian baju orange yang aku hadiahkan tu dia memanjat kerusi dan memegang tali yang tergantung tu.

                “Mai!! Jangan pergi dekat situ! Jangan buat kerja bodoh!!” Aku berlari nak pergi menahan Mai dari membuat kerja yang komfem-komfem masuk neraka jahanam selamanya. Orang yang bunuh diri tak kan masuk syurga sampai bila-bila. Berdosa besar!

“This is the end.. And the game is over.” Mai meletakkan tali gantung itu kelehernya.

Aku masih berlari lagi nak menahan perbuatan Mai itu. Tapi kenapa makin menjauh? “Mai!! Jangan!!” Pak!! Aku terjatuh.

Aku nampak Mai tolak kerusi yang dia berdiri tadi guna kaki. Badan dia tergantung dekat tali.  “Maai??” Aku panggil dia slow. Bergetar suara aku. “Mai??” Aku masih terbaring disitu. Badan aku mula menggigil. “Mai??” Volume suara aku bertambah kuat.

Aku tengok Mai betul-betul. Kaki dia dah straight jatuh kebawah. Wajah dia pucat. Badan dia tergantung. “Mai??.. Maai??” Aku panggil nama dia berkali-kali tapi dia tak respond langsung. “Mai?? Hei.. Tak lawak la..” Menggigil-gigil badan aku. Otak aku cakap lain tapi aku cuba menafikan. “Mai!” Aku jerit dekat dia. “Mai!! Maii!! Maiii!! Jangan tinggalkan aku!! Mai jangan pergi!!” Aku dah jerit-jerit macam orang tak siuman.

                “Maiiii!!” Aku terus buka mata. Aku nampak Yun depan aku. Aku dalam bilik aku rupanya. Nafas aku naik turun-naik turun dengan lajunya. Badan dan muka aku berpeluh.

                “Kak..” Sepatah je Yun berkata. Wajahnya kelihatan risau tengok keadaan Sara. Mana taknya dah dekat lima hari kakaknya itu asyik meracau setiap malam. Mungkin trauma, first time tengok orang mati depan mata. First time tengok live ada orang gantung diri. Dan orang tu best friend dia yang selalu gelak sama-sama, nangis sama-sama.

Sara tidak menghiraukan Yun tapi dia kelihatan mencari sesuatu. Cara dia mencari tu dah nampak desperate sangat macam gaya penagih tak dapat dadah. Kepalanya kanan kiri gelabah mencari sesuatu sampai bantal peluk, bantal tidur sekali dengan selimut pun Sara main campak ke lantai.

                “Kak cari apa?” Yun relaks je tak tolong langsung.

                “Handset? Akak nak telefon Mai la.. Akak mimpi buruk tadi.. Akak risau..” Aku cakap dekat Yun tapi tak pandang pun muka dia. Handset! Aku nak handset sekarang ni. Mana aku campak??

Yun memegang kedua belah bahu kakaknya itu lalu dihadapkan kebadannya. “Kak.. Tolong balik ke alam nyata.. Tolong belajar terima hakikat kak.. Please, Yun merayu.” Gentle je suara dia. Tak ada pun nada memaksa disitu.

Apa adik aku ni merapek? Belajar terima hakikat apanya. “Yun, Kau cakap apa ni?” Aku tanya sebab aku  tak faham dengan apa yang cuba dia sampaikan. “Eee.. Yun ni kacau la.. Tolong akak cari handset kakak cepat.  Mai perlukan kakak sekarang ni!” Aku marah dia balik sebab bukannya nak membantu aku ke apa. Tambah mengacau lengah-lengahkan masa aku ada la. Ish!!

Aku baru nak tolak tangan dia yang melekat dekat bahu aku ni tapi susah betul. Kau letak gam gajah ke gam dinasour? “Lepas la! Dah la tak nak tolong orang.” Aku marah lagi.

                “Kak..” Dia mengeluh macam susah je nak cakap sesuatu. “Kak.. Mai.. Mai was passed away.. Four days ago.. Kita ziarah kubur dia hari tu. Akak lupa ke?” Dia genggam bahu aku kuat.

Bulat mata aku mendengar apa yang Yun sampaikan. Badan aku terus menggigil. Mata mula berkaca. Hati aku rasa sebak sangat-sangat. Tapi aku tak mampu nak nangis. Aku rasa aku sangat-sangat lemah. Down. Kemudian aku diam saja. Perlahan-lahan dia lepaskan bahu aku.

Aku pandang kearah kanan bawah sana. Ada tilam dengan bantal. Yun tidur bilik aku ke? Aku ni bukan setakat kawan yang paling teruk tapi aku gak kakak yang paling teruk! Aku buat adik aku risau sangat dengan aku.

“Oohh..” Tu je yang mampu aku katakan. Aku terus ambil selimut aku yang aku campak tadi terus aku selubung satu badan. Lepas tu aku nangis sorang-sorang disebalik selimut.

Yun duduk lama ditepi katil Sara. Dia merenung sekujur badan yang berselubung dengan selimut itu sayu. Dari hari kejadian tu kakaknya dibawa berjumpa kaunseling tapi sifat kemurungan yang dihadapinya tidak sedikit pun berubah. Kakak tak share apa-apa pun.

                “Kak, I love you.. Jangan buat kerja bodoh ae.. Ingat Allah banyak-banyak.” Yun mengusap rambut kakaknya lembut sebelum dia turun baring ke tilam.

Aku hanya mampu menggigit bibir, tak nak bagi bunyi menangis tu kedengaran. Aku rasa down sangat-sangat! Aku baru je belajar nak kenal Allah tu betul-betul. Nak masuk islam tu betul-betul. Tapi kenapa ujian yang berat macam ni aku kena? Aku betul-betul tak mampu nak hadapi. Aku nangis lagi. Entah pukul berapa aku terlena.




Aku duduk didalam bilik sambil tengok kura-kura. Mata aku dah naik lebam sebab asyik-asyik nangis. Tidur pun tak cukup. Aku pandang lama dekat tiga-tiga kura-kura tu. Aku tengok Ventus tak bergerak langsung dari pukul 8 pagi tadi aku bagi makan sampai sekarang ni nak dekat pukul 1. Aku pandang je dengan otak yang kosong.

Aku angkat Ventus, aku pegang badan dia. Nak tengok masih bernyawa atau tidak. Aku tekan-tekan kaki dia slow. Keras! Kepala dia, keras! Pandangan aku kosong. Ventus dah mati. Aku diam je. Aku ambil tisu aku balut badan dia.

Aku sarung tudung di kepala dan aku turun bawah dengan Ventus di tangan kanan dan penyodok tanah yang kecil ditangan kiri. Aku buka pintu dan aku pergi depan rumah yang ada tanah sikit tu aku cangkul dan semadikan Ventus disitu. Aku tak rasa sedih langsung. Aku masuk rumah balik dan aku sambung tengok lagi dua ekor kura-kura tu. Aku rasa aku ni dah macam robot.

Aku pandang phone. 33 miss calls dari Coed. 23 miss calls dari budak-budak kelas. Macam selalu, aku biarkan je..




Mak balik pukul 2 petang tadi tinggalkan makanan yang dia beli bungkus dekat rumah. lepas tu, dia sambung balik pergi sekolah. Kerja mak aku ni banyaknya melampau-lampau. Tak masuk lagi part-part yang mak bapak budak yang complain memanjang tu. Standard la sekolah dekat area bandar. Nak pukul 3 nanti Yun pulak yang balik sekolah. Papan dengan Luffy balik pukul 6.

 Aku turun ke dapur. Aku pandang lama tempat tu. Agaknya dah berapa lama aku tak masuk dapur? Aku duduk dimeja dapur lama sebelum berdiri menuju ke singki. Aku nampak pisau. Aku pegang benda alah tu.

Aku pandang je lama. Pandangan aku kosong. Aku letakkan jari dekat mata pisau tu lepas tu tiba-tiba je empat-empat jari yang pegang pisau tu berdarah. Kenapa aku tak rasa apa-apa? Orang kata kalau jari terhiris rasa sakit. Dulu aku pernah rasa sakit terhiris jari. Kenapa sekarang ni tak?

Tik! Tik! Menitik-nitik darah Sara di lantai mamar putih itu. Aku pandang kebawah. Pekatnya warna darah aku.

                “Kak?” Yun memegang bahu Sara dari belakang. “Kak buat apa tu?”

Aku toleh pusing kebelakang sambil memegang pisau terbalik. “Yun, kenapa akak tak rasa apa-apa?” Kali ni air mata aku mengalir sendiri. “Kenapa kakak menangis Yun?”

Bulat matanya memandang aku. Cepat-cepat Yun memegang pemegang pisau dan melepaskan jari jemari aku dengan berhati-hati. Wajahnya kelihatan sangat-sangat panik. Terus dia membasuh luka aku dan pergi mengambil peti kecemasan. Tapi tangan kirinya memegang tangan aku setiap kali dia bergerak. Mungkin takut aku buat kerja-kerja luar petala.

Yun dudukkan aku disofa. Dia duduk melutut didepan aku. Peti kecemasan dibuka dan dia mula membersihkan luka. Aku pandang je dia macam orang dungu. Aku relakan je air mata aku mengalir. Kenapa tak henti-henti lagi?

                “Kak, pandang Yun kejap.” Yun yang baru selesai menampal plaster luka duduk disebelah aku. Aku dengar je arahan dari dia tu. Aku pandang. “Nak hug kakak saya yang dah lama ‘menghilang’ ni boleh?” Dia tanya.

Aku angguk tak faham apa-apa. Dia pun peluk aku. Air mata aku lagi deras mengalir. Aku dah tak boleh tahan sorang-sorang dah! Aku betul-betul tak boleh tanggung rasa sakit ni sorang-sorang!

“I’ll be crying shoulder.” Yun tepuk-tepuk belakang aku. Aku nangis puas-puas sampai aku rasa penat.




Aku senyum tawar. Sekurang-kurangnya aku dah boleh senyum sikit dah sekarang ni. Minggu depan dah start trial. Dah lama sangat aku ponteng sekolah.

                “Kak, pakai tudung.” Yun cakap sepatah sambil membuka pintu bilik aku sedikit.

Aku yang tak faham apa-apa ni pun terus ambil tudung dan sarungkan ke kepala. Sweater yang tersangkut dekat kerusi aku sarungkan lak dekat badan. Aku diam. Senyum tawar.

Bibir dia mengukir senyuman lebar dengan harapan aku boleh bergembira. “Surprise.” Yun berkata dengan nada bersahaja. Yun memang tak pandai nak beremosi sangat sebab dia kinda too moderate. Dia tolak pintu luas dan menampakkan orang disebelahnya itu, Coed.

Coed senyum ear to ear sambil mengangkat Ice cream yang ada dalam 3 kotak ditangan kanannya itu kemuka dia. Sebelah tangan kirinya ada bungkusan lain. “Sara, jom makan ice-cream?” Dia nampak macam relaks je. Walhal Mai dah tak ada..

Aku palingkan wajah aku ketempat lain. Aku tak nak tengok Coed sekarang ni.

Coed mengenakan air tin soya sejuk dipipi Sara. Tiada respond yang diberikan. Agaknya si Sara punya Receptor semuanya dah unable kut. Coed pusing kesebelah sana nak tunjuk muka depan Sara. “Jom kita makan ice-cream sama-sama jom?”

Sara toleh kearah berlawanan. Tak nak tengok Coed! Cukup la aku hilang Mai seorang je, aku tak nak hilang Coed sekali. Aku rasa geram dengan diri sendiri.

                “Okay la.. Kau makan sorang-sorang je la aku tengok. Hehe.” Coed gelak-gelak nak wujudkan mood ceria didalam bilik Sara. Yun duduk dekat katil sana tu. Dia kan pendiam sikit. Coed tolong bukakan kotak ice-cream King’s Rasberry Ripple tu depan Sara. Ni pun favourite kitorang berdua gak. “Aku cari Yam tadi, tapi tak jumpa lak.”

Sara tetap tidak mengalihkan pandangannya. Wajah Coed tidak dipandangnya dari tadi.

                “Nah, makan ni.” Coed senyum je sambil pusing balik kesebelah sana. Tapi Sara paling dari memandang dia. “Sara, kau nak dengar cerita lawak tak?” Coed bersila dibawah sebelah meja study yang Sara duduk tu.

Tak ada respond.

                “Kau tahu, hadoiiyai..” Coed tepuk dahinya kuat. Edeh sakit. “Hari tu kitorang ponteng perhimpunan, tidur dekat library yang sejuk macam kutub utara tu..”

                “Kau tidur time tengah perhimpunan? Gila la! Dekat lib lak tu. Bukan diorang kunci ke?” Yun melayan cerita Coed.

Dia kesian kut dekat Coed sebab aku tak buka mulut. Thanks Yun.

“Hahaha.. Geng kitorang buat kunci pendua tahun lepas.. Kitorangkan pernah ‘pinjam’ kunci lib sekejap dulu..” Coed gelak besar sambil mengangguk. Jarinya dipetik berkali-kali. Kau dah aku kata tadi diulang balik fakta tu. Telinga tersumbat ke apa.

“Sengal!” Tak payah susah-susah buka guna dawai.

“Tengah best-best tidur tu.. Hadooi kena kacau lak dengan Cikgu Wani.. Tak pasal-pasal kitorang kena buat kerja amal dalam lib tu.. Dah la aku tak pernah pegang penyapu. Haha.” Coed ketawa lagi. “Masa kitorang buat kerja amal tu, kitorang berlima nyanyi lagu raya kuat-kuat.. Penyapu tu lak boleh je jadi gitar.. Tong sampah jadi tong drum.. Penyodok sampah boleh lak jadi mic.” Coed saja cakap separuh jalan. Sara dipandangnya tengah murung. Tak apa Coed try hidupkan suasana!
               
“Raya lambat lagi la.”  Yun baring menyiarap diatas katil menghadap Coed.

Coed tepuk tangan sekali. “Lagu untuk dia la.. Apa la kau ni.”

“You lil rascal!” Yun pun join gelak. Dapat mengagak. “Mesti lagu warna-warni tu kan?” Dia petik ibu jari sekali.

“Wana Waniii di aidil fitri.. Wana Waniii di aidil fitri.” Sama-sama Coed dan Yun menyanyi dengan gembiranya tapi dijadikannya versi rock. Merosakkan lagu betul la. Coed nyanyi-nyanyi sambil bermain gitar invisible di tangannya itu. Dua orang manusia tu pun dah cukup untuk memeriahkan suasana. “Wana Wanii.. Jeng.. Jeng.. Jeng..” Bunyi gitar dari mulut dia. “Wahahahha!!”

“Kau tahu lepas tu?” Coed sambung balik selepas berdekah-dekah ketawa.

“Ada lagi?”

“Rupanya Cikgu Wani tu dekat kaunter library..”

Yun geleng kepala. “Then you’re dead?”

Coed gelak-gelak sambil mengangguk. “End of story.” Dia tunduk-tundukkan badan dia macam tengah menerima bunga ros yang dicampak-campak dari penonton.

Mana yang kelakarnya? Sara bangun dari duduknya. Kakinya melangkah menuju kepintu bilik.

                “Eh, Sara.. Kau nak pergi mana ni?” Coed melihat gerak-geri sara. Sara tak bercakap apa-apa langsung dengan dia dari tadi.  Coed je yang syok sendiri cakap sorang-sorang. Dah la tengah perintah berkurung dalam rumah aku tu. Mak ngan abah suruh aku focus 120% untuk trial next week sampai aku nak keluar rumah pun kena nyorok-nyorok kena temu duga segala procedure dengan maam besar rumah tu. Nak jumpa Sara pun susah. Mak abah kata diorang nak aku apply overseas guna result trial. Kira terbang sebelum ambil result SPM yang sebenar la. Tu la kena jadi kaki buku.. Pfftt!

Sara berhenti sekejap didepan pintu tapi dia tak pandang Coed langsung. “Coed.. Aku rasa kita better tak payah jadi kawan.”

                “Ei.. Eii.. Sara apa kau merepek ni?” Berkerut kening Coed mendengarnya. Kenapa lemah sangat semangat Sara ni? Kenapa tak positive macam selalu? Kenapa tak take it easy as always? Mana Sara yang dulu? No, Coed dia tengah down tu. Need somebody someone.

Yun dah garu-garu kepala. Nak biarkan diorang ke.. Nak buat bodoh duduk sini je?

                “Aku tak nak kawan dengan kau dah.. Aku dah bosan.” Sara tahan menangis disebalik wajahnya. Tak boleh pandang Coed! Tak boleh!

“Sara, kita kawan dari kecik okay.. Aku dah masak sangat dengan perangai kau tu.. Ala, aku tau kau tengah pening banyak benda kena fikir kan? Kan? Kan?” Coed bercakap nada main-main.

“I’m serious Coed.. Serious. I’m not joking.” Sara bertutur dengan nada yang agak keras. “Please jangan pernah tunjukkan muka kau lagi depan aku.”

Coed diam seketika dan kemudiannya dia berdiri pergi kehadapan Sara. “Say that word again.. Talk to me.. face to face.. Then aku akan tunaikan wish kau..”

Aku terkejut dengan wajah dia sekarang ni. Muka dia serius. Sara biar kau rasa hard sekarang, daripada merana masa akan datang. Aku tak nak Coed jadi macam Mai. Semuanya salah aku. Semuanya salah aku Mai jadi macam tu sekali. Aku tak nak Coed pun jadi macam tu. Kitorang best friend dari kecik lagi.

Air mata aku anytime je nak jatuh ni. Aku pandang Coed, aku kuatkan jugak semangat. Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi! “Aku..”

                “Every dying situation pun will have something positive.. Even a dead clock shows correct time twice a day.. I need you just to stay positive like always you do Sara in your life. Know what? We plan, but Allah is the best planner and He does know what is the bestest for you.” Coed cakap perlahan, cukup untuk Sara dengar. Tiada nada marah pun disitu. “He train you, teach you to be better than before.” Please faham Sara. Aku tak boleh berpisah dari kau.

Lagi aku bertambah serba salah nak away dari dia. Kenapa dia baik sangat dengan aku? “Keluar! Now leave me alone Coed.. Back off now!”Aku tunjuk arah tangga dekat diri. Suara aku pun naik dingin. Biar semua ni selesai dengan cepat.

Terkejut Coed dengan apa yang baru sahaja dia dengar dari mulut Sara. Tak pernah semua ni terjadi. Tapi dari hari kejadian tu.. Semuanya berubah 360o. “Sara?”

                “I said back off!! Keluar la!! Keluar!!” Air mata mula menitis jatuh. Kenapa air mata aku ni murah sangat? Kenapa asyik menangis je? “Keluar la..” Terketar-ketar suara aku keluar. “Keluar..” Aku tolak-tolak dia.

                “Sara...” Coed diam sebentar. “Tak pe, aku keluar sendiri.. Aku akan cuba jauhkan diri aku dari kau.. Kalau itu yang terbaik.” Dia senyum tawar. “Take care okay.. Thanks sudi jadi kawan aku selama ni.” Dia senyum buat-buat ceria.

Aku tengok dia pergi turun tangga sampai dah tak nampak kelibat dia. Lepas tu aku tersungkur jatuh atas lantai dan aku sambung menangis lagi. Betul ke apa yang aku buat ni? Ini ke yang terbaik?

Mulai hari tu, Coed tak pernah call aku lagi.




Aku pergi sekolah dengan menaiki bas macam biasa. Cuma aku tak senyum seperti sedia kala. Aku naik tangga, lepas ni kena melintasi kelas Coed. Aku tarik nafas dalam-dalam, aku lepaskan. Sara keep looking forward! Mulakan hidup yang baru!

Aku jalan je kepala straight menghadap kearah depan. Bibir aku membuat senyuman palsu. Fake! Aku jalan dan jalan.

                “Ma! Ohayo gozaimasu!” Ma! Good morning! Daim angkat tangan dekat aku ucap selamat pagi.

Aku senyum tawar. “Ohayo.” Morning. Slow je suara aku macam nak tak nak je jawab. Aku paksa jugak diri aku jawab sebenarnya sebab aku kan cuba nak berubah? Aku pandang kearah sana sekilas. Coed tak ada.

                “Okasan, ogenki desuka?” Mum, How are you? Amri yang tengah duduk atas meja sebelah pintu tu menanya khabar aku.

Aku senyum palsu lagi. “Genki desu. Honto ni Arigatou gozaimasu.” Fine. Truly thank you very much. Aku jalan slow menuju kekelas. Tak pe la sembang dengan diorang ni at least dapat naikkan mood aku.

Diorang gelak-gelak sebab tak sangka aku faham bahasa jepun. Aku kena belajar japanese sikit-sikit tau sebab kalau kena fight Kendo dekat Jepun tu.. Kalau nak minta arah pergi toilet pun speak english orang sana bukannya faham sangat. Asal aku tanya diorang bow. Asal aku speak english diorang bow lepas tu diam dan senyum-senyum. So kalau belajar bahasa diorang senang la sikit nak tanya apa-apa pun. Diorangkan utamakan bahasa diorang.

                “Ma! Nihongo to eigo to furansugo no naka de dero ga ichiban muzukashii desu ka?” Ma! Which is the most difficult, Japanese, English or French? Kerol lak menyoal aku. Dia tanya bahasa mana yang paling susah untuk aku speak.

                “French.. Dah nak masuk kelas ni.. Ja mata.” See you again. Aku jalan terus menuju kehadapan tapi lepas tu aku terserempak dengan Coed dan Kucai. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Kemudiannya dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Kitorang buat-buat tak nampak sesama sendiri. Aku tengok bahagian tangan penumbuk dia berbalut. Luka kut.

Aku rasa sedih dengan relation kitorang yang macam ni. Betul ke apa yang aku buat ni? Tapi aku sayangkan relationship kitorang ni. Sebab sayang la aku away. Betul ke apa yang aku buat ni?

Aku masuk je dalam kelas, semua orang datang menghampiri aku. Yang perempuan semuanya main peluk-peluk aku. Kalau lelaki dahaga sangat nak buat macam tu jugak dekat aku memang aku bagi flying kick la jawabnya. Aku senyum. Ya Allah berikan la aku kekuatan. Kuatkanlah aku. Thanks Allah bagi aku kawan yang care dekat aku.




Diorang menyusun buku homework semalam diatas meja guru. Aku berjalan menuju ke meja sana. Sebab aku kan AJK pelajaran kimia dalam kelas ni. So, aku la yang kena hantar homework chemistry tu.

                “Ma, you nak hantar buku ni ke?” Caroline Chia menyoal aku.

Aku terus ambil buku tu. Aku senyum paksa sambil memandang dia. Bila la agaknya aku boleh senyum macam biasa? “Yalah CC, I kan AJK kimia. Biar I je yang hantar.” Aku paksa diri aku ceria. Aku senyum lagi.

                “I temankan you la kalau macam tu.” Dia meng-offer diri.

Aku geleng kepala. “No need lah, I pergi dengan Mai je macam selalu.” Aku senyum. Tapi CC pandang aku pelik. Ooo Aku lupa yang Mai dah tak ada.

                “Err..” Caroline Chia terdiam tak tahu nak kata apa.

Aku buat-buat gelak. “Haha.. Lupakan je la apa yang I cakap.. I gurau je.. Haha..”Aku angkat buku tu sorang-sorang. “Biar I je yang hantar ni.”

Caroline Chia senyum tawar. “Oookay..”

Sara just forget Mai la Sara! She’s not with you.. Lupakan Mai.. Lupakan.. Betul ke apa yang aku nak ni?




Khamis ni dah start Trial. Kerusi meja budak-budak junior dah tolong susunkan untuk kitorang. Sekarang ni cikgu tak ada, so semua orang kena buat self study sendiri. Yang buat study by group pun ada jugak.  Aku sorang je yang tak study, sebab aku tak ada mood.

Diorang pun macam tak nak kacau aku yang tengah tak berapa betul ni. Meja aku dirapatkan dengan meja Tas dengan Fika selepas kejadian tu. So bertiga meja kitorang duduk tengah. Meja Mai dah tak ada.. Tapi aku pandang je hujung sana tu.

                “Ma, tahu tak nak jawab yang ni macamana?” Tiba-tiba je tas tanya aku.

Aku pandang dia kosong. Chop Sara!! Wake up!! Mulakan hidup yang baru. Aku paksa diri aku lagi. Aku tengok soalan tu. Add Math. Soalan ni guna formula yang aku buat short note untuk Mai hari tu. Sara!! Allah akhbar, Allah Aziz.. Kuatkan diri Sara!

Kuat Sara! Kuat! “Guna yang ni.” Aku tuliskan jawapan untuk tas. Selalunya aku tunjuk cara je dekat dia. Tapi kali ni aku main tulis jawapan dari A sampai Z sebab aku malas nak bercakap banyak. Memang aku kurang bercakap pun baru-baru ni. Sampai diorang pun risau.

                “Ooo.. Thanks.” Tas senyum. Dia pandang aku pelik.

Aku letak kedua belah tangan aku diatas meja jadi lapik untuk kepala. Lepas tu aku selamat tidur, malas nak ada kaitan dengan manusia sekeliling.




Aku buka paper trial. Apsal semua soalan ni semuanya banyak keluar dari short notes yang aku buatkan untuk Mai tu? Aku tengah cuba lupakan Mai tapi kenapa semua soalan yang macam ni keluar. Aku rasa macam geram, marah, benci dekat diri sendiri. Aku hanya jawab soalan yang tak ada kaitan dengan Mai, yang lain semua aku sengaja kosongkan.

Betul ke apa yang aku buat ni?

Aku malas nak menunggu lama dalam dewan, so aku keluar awal. Itu la yang aku lakukan tiap-tiap paper yang aku ambil.




Dah lebih sebulan aku tak bertegur sapa dengan Coed. Aku selalu jugak nampak dia usha-usha aku dari jauh. Aku pun buat benda yang sama. Kadang-kadang kitorang bertentangan mata tapi dia cepat-cepat larikan anak mata dulu. Hati aku nak berkawan dengan dia tapi aku paksa diri aku jangan.

                “Ma, Ada orang nak jumpa kau la.” Lily memegang bahu aku. Mata aku masih fokus memandang Coed yang sedang bersembang dengan Apiz dekat depan sana.

                “Ohh.. Thanks.” Aku bangun dari duduk dan terus jalan pergi ke luar pintu nak berjumpa dengan si pemanggil.

                “Kak Sara, a.. Pengetua nak jumpa akak dekat pejabat.” Budak form four tu bercakap dengan lemah lembut dekat aku yang agak robot ni.

Aku senyum sekali. “Thanks.”

Aku terus turun anak tangga menuju ke bilik pengetua. Otak aku tak berfikir tentang sebarang kemungkinan seperti dulu. Aku berjalan je macam robot yang dah disetkan tanpa emosi. Aku tak tahu dah berapa lama agaknya aku tak pandai menangis?

Aku ketuk pintu bilik pengetua.

                “Masuk.” Uncle Lun menyuruh aku masuk. “Sila duduk.”

Aku berdiri je dihadapan Uncle Lun. Lepas dia bagi arahan suruh aku duduk baru la aku duduk. Aku senyum paksa lagi. Lepas tu aku muram dan diam macam selalu.

                “Miss Sara Auni.. Apa sebenarnya yang berlaku dekat awak ni?” Uncle Lun bercakap lembut sambil membelek-belek beberapa helai kertas.

Sara memandang tuan pengetua sekolah itu lama. Mukanya tiada emosi. “Saya tak faham.” Suara tanpa nada keluar dari mulut.

                “Miss Sara, We give you Allowance cause of your academic, sport and attitude.. Tapi kalau awak main-main macam ni.. Sia-sia je kami berikan awak biasiswa dan elaun semua tu.” Result Trial aku ditunjukkannya.

Semuanya B tak ada satu pun A. Aku memandang kosong. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Kemudiannya, prestasi aku sepanjang exam dan trial yang sekolah buat pula ditunjukkannya. Yang tu semua straight A’s.

                “Tuan pengetua nak tarik biasiswa saya?” Aku tanya tapi nada dah macam statement. Aku macam dah tak berapa nak kisah tentang masa depan. Aku dah lose dengan life aku. Tapi betul ke?

Pengetua menggeleng kepala. “Kami mungkin akan tarik, tapi saya nak ingatkan awak jangan sia-siakan apa yang orang beri...” Letak cermin matanya dibetulkan. Wajah Sara dipandangnya. “Lagi satu Sara, Uncle tengok awak dah banyak berubah.. Sudah-sudah la tu.. Belajar terima Qada’ dan Qadar. Jangan jadikan alasan benda yang berlaku untuk awak berubah menjadi pasif..” Uncle Lun bermain dengan soal peribadi.

“Sara membesar dengan Edri depan mata Uncle.. Uncle kenal Sara, Uncle kenal Edri.. Belajar semua tu Sara.. Belajar menelan semua benda tu macam itu saja atau belajar ubahkan benda tu menjadi suatu kelebihan kamu. Kamu yang pilih... Belajar sebab tuhan tengah mengajar. Kita kena bersyukur sebab dia menguji..” Uncle Lun kemudiannya senyum segaris. Uncle Lun mengeluarkan sebatang Pen berwarna perak. “Allah akan uji kita setimpal dengan kemampuan kita.” Pen itu ditolakkan dihadapan aku. “Dalam Islam kita kena yakin, dengar apa kata hati kita.. Hati kita banyak mengatakan yang mana?”

Aku pandang je pen tu lama. Apa yang uncle Lun cakap tu main masuk keluar je dari telinga. Kasihan dia. Kawan kepada anak saudara dia ni dah tak berguna dah. “Apa ni?”

                “Hadiah untuk Sara.. Uncle nak Sara belajar dan terus belajar mengenal pencipta.. Uncle suka tengok Sara pakai tudung.” Orang tua yang dah berjanggut tu senyum lagi.

                “Thanks.” Itu je yang aku ucapkan. Kalau dulu aku siap merapu-rapu depan Uncle Lun. Tapi sekarang aku tak boleh. Otak dan hati aku masing-masing bercakap benda yang berlainan. Badan aku menafikan.

Aku keluar dari bilik Uncle Lun usai aku memberi salam. Aku baru nak pakai kasut tapi ada orang yang menegur aku dari belakang. Aku kenal suara salam ni. Aku menjawab salam.

                “Sara.. Jangan pandang belakang.” Slow suara dia.

Coed.. “Nak apa?” Aku ni kawan yang paling teruk kan Coed? Aku tak mampu buat apa-apa pun masa tu.. Stop Sara! Enough! Lupakan benda yang lama.. New life.

                “Dulu.. Kau pernah cakap kenapa Mai murung. Kenapa Mai masuk keluar sekolah ikut suka dia je? Kenapa tak focus on academic? Kenapa not like always? Kenapa pilih jalan untuk down.. Kenapa tak share? Tak take it easy?... Tapi masa tu aku tak dapat nak bagitahu jawapan.. Sekarang ni aku rasa kau tahu jawapannya kenapa.” Lembut je suara dia.

Tak macam selalu.. Kalau dulu kitorang selalu main sembang kasar. Main gelak-gelak je. Main happy-happy je.

                “Sara.. Ask yourself. Kau nak ending macam Mai jugak ke?”Coed sambung lagi. “Yang tu bukan ending.. Tapi itu larikan diri. Itu loser.. Tak ada satu pun masalah yang selesai kalau kita tamatkan riwayat kita.. Cuma kita je yang tak bernyawa.” Dia kemudiannya berdiam lama. “We were made to be awesome... Manusia semuanya winner tapi kita je yang pilih nak jadi loser.”

Lepas tu aku dah tak dengar dah suara dia. Aku pusing belakang tapi dia dah jauh ke sana. Pandangan aku kosong. Otak aku susah nak cerna apa yang baru dia cakap tadi. Yang aku tahu kalau aku go on macam ni. Aku dengan Mai tak ada bezanya. Mai tu BFF aku. Tapi nak commit suicide tu aku tak terfikir lagi.

Betul ke apa yang aku buat ni?