“Sara, kau kata kau
BFF aku.. Tapi kenapa kau tak ada masa aku tengah susah?” Wajah Mai kelihatan
sangat-sangat kecewa. Satu langkah ke satu langkah dia menjauhkan diri dari Sara yang
berdiri dihadapannya.
Aku... Aku.. “Ma.. Mai!! Aku betul-betul tak tahu kau..”
“Sudah la.. Dah tak
ada gunanya pun kau cakap lagi. Semuanya dah berakhir! Kau tak care pun pasal
aku..” Mai pergi ketempat yang ada kerusi dan tali gantung tu. Dia palingkan
mukanya dari memandang aku. Dengan berpakaian baju orange yang aku hadiahkan tu
dia memanjat kerusi dan memegang tali yang tergantung tu.
“Mai!! Jangan pergi
dekat situ! Jangan buat kerja bodoh!!” Aku berlari nak pergi menahan Mai dari
membuat kerja yang komfem-komfem masuk neraka jahanam selamanya. Orang yang
bunuh diri tak kan masuk syurga sampai bila-bila. Berdosa besar!
“This is the end.. And the game is over.” Mai
meletakkan tali gantung itu kelehernya.
Aku masih berlari lagi nak menahan perbuatan Mai itu. Tapi kenapa makin
menjauh? “Mai!! Jangan!!” Pak!! Aku terjatuh.
Aku nampak Mai tolak kerusi yang dia berdiri tadi guna kaki. Badan dia
tergantung dekat tali. “Maai??” Aku
panggil dia slow. Bergetar suara aku. “Mai??” Aku masih terbaring disitu. Badan
aku mula menggigil. “Mai??” Volume suara aku bertambah kuat.
Aku tengok Mai betul-betul. Kaki dia dah straight jatuh kebawah. Wajah dia
pucat. Badan dia tergantung. “Mai??.. Maai??” Aku panggil nama dia berkali-kali
tapi dia tak respond langsung. “Mai?? Hei.. Tak lawak la..” Menggigil-gigil
badan aku. Otak aku cakap lain tapi aku cuba menafikan. “Mai!” Aku jerit dekat
dia. “Mai!! Maii!! Maiii!! Jangan tinggalkan aku!! Mai jangan pergi!!” Aku dah
jerit-jerit macam orang tak siuman.
“Maiiii!!” Aku terus
buka mata. Aku nampak Yun depan aku. Aku dalam bilik aku rupanya. Nafas aku
naik turun-naik turun dengan lajunya. Badan dan muka aku berpeluh.
“Kak..” Sepatah je Yun
berkata. Wajahnya kelihatan risau tengok keadaan Sara. Mana taknya dah dekat
lima hari kakaknya itu asyik meracau setiap malam. Mungkin trauma, first time
tengok orang mati depan mata. First time tengok live ada orang gantung diri.
Dan orang tu best friend dia yang selalu gelak sama-sama, nangis sama-sama.
Sara tidak menghiraukan Yun tapi dia kelihatan mencari sesuatu. Cara
dia mencari tu dah nampak desperate sangat macam gaya penagih tak dapat dadah.
Kepalanya kanan kiri gelabah mencari sesuatu sampai bantal peluk, bantal tidur
sekali dengan selimut pun Sara main campak ke lantai.
“Kak cari apa?” Yun
relaks je tak tolong langsung.
“Handset? Akak nak
telefon Mai la.. Akak mimpi buruk tadi.. Akak risau..” Aku cakap dekat Yun tapi
tak pandang pun muka dia. Handset! Aku nak handset sekarang ni. Mana aku
campak??
Yun memegang kedua belah bahu kakaknya itu lalu dihadapkan kebadannya.
“Kak.. Tolong balik ke alam nyata.. Tolong belajar terima hakikat kak.. Please,
Yun merayu.” Gentle je suara dia. Tak ada pun nada memaksa disitu.
Apa adik aku ni merapek? Belajar terima hakikat apanya. “Yun, Kau cakap apa
ni?” Aku tanya sebab aku tak faham
dengan apa yang cuba dia sampaikan. “Eee.. Yun ni kacau la.. Tolong akak cari
handset kakak cepat. Mai perlukan kakak
sekarang ni!” Aku marah dia balik sebab bukannya nak membantu aku ke apa.
Tambah mengacau lengah-lengahkan masa aku ada la. Ish!!
Aku baru nak tolak tangan dia yang melekat dekat bahu aku ni tapi susah
betul. Kau letak gam gajah ke gam dinasour? “Lepas la! Dah la tak nak tolong
orang.” Aku marah lagi.
“Kak..” Dia mengeluh
macam susah je nak cakap sesuatu. “Kak.. Mai.. Mai was passed away.. Four days ago..
Kita ziarah kubur dia hari tu. Akak lupa ke?” Dia genggam bahu aku kuat.
Bulat mata aku mendengar apa yang Yun sampaikan. Badan aku terus menggigil.
Mata mula berkaca. Hati aku rasa sebak sangat-sangat. Tapi aku tak mampu nak
nangis. Aku rasa aku sangat-sangat lemah. Down. Kemudian aku diam saja. Perlahan-lahan
dia lepaskan bahu aku.
Aku pandang kearah kanan bawah sana. Ada tilam dengan bantal. Yun tidur
bilik aku ke? Aku ni bukan setakat kawan yang paling teruk tapi aku gak kakak
yang paling teruk! Aku buat adik aku risau sangat dengan aku.
“Oohh..” Tu je yang mampu aku katakan. Aku terus
ambil selimut aku yang aku campak tadi terus aku selubung satu badan. Lepas tu
aku nangis sorang-sorang disebalik selimut.
Yun duduk lama ditepi katil Sara. Dia merenung sekujur badan yang
berselubung dengan selimut itu sayu. Dari hari kejadian tu kakaknya dibawa
berjumpa kaunseling tapi sifat kemurungan yang dihadapinya tidak sedikit pun
berubah. Kakak tak share apa-apa pun.
“Kak, I love you..
Jangan buat kerja bodoh ae.. Ingat Allah banyak-banyak.” Yun mengusap rambut
kakaknya lembut sebelum dia turun baring ke tilam.
Aku hanya mampu menggigit bibir, tak nak bagi bunyi menangis tu kedengaran.
Aku rasa down sangat-sangat! Aku baru je belajar nak kenal Allah tu
betul-betul. Nak masuk islam tu betul-betul. Tapi kenapa ujian yang berat macam
ni aku kena? Aku betul-betul tak mampu nak hadapi. Aku nangis lagi. Entah pukul
berapa aku terlena.
Aku duduk didalam bilik sambil tengok kura-kura. Mata aku dah naik lebam
sebab asyik-asyik nangis. Tidur pun tak cukup. Aku pandang lama dekat tiga-tiga
kura-kura tu. Aku tengok Ventus tak bergerak langsung dari pukul 8 pagi tadi
aku bagi makan sampai sekarang ni nak dekat pukul 1. Aku pandang je dengan otak
yang kosong.
Aku angkat Ventus, aku pegang badan dia. Nak tengok masih bernyawa atau
tidak. Aku tekan-tekan kaki dia slow. Keras! Kepala dia, keras! Pandangan aku
kosong. Ventus dah mati. Aku diam je. Aku ambil tisu aku balut badan dia.
Aku sarung tudung di kepala dan aku turun bawah dengan Ventus di tangan
kanan dan penyodok tanah yang kecil ditangan kiri. Aku buka pintu dan aku pergi
depan rumah yang ada tanah sikit tu aku cangkul dan semadikan Ventus disitu.
Aku tak rasa sedih langsung. Aku masuk rumah balik dan aku sambung tengok lagi
dua ekor kura-kura tu. Aku rasa aku ni dah macam robot.
Aku pandang phone. 33 miss calls dari Coed. 23 miss calls dari budak-budak
kelas. Macam selalu, aku biarkan je..
Mak balik pukul 2 petang tadi tinggalkan makanan yang dia beli bungkus
dekat rumah. lepas tu, dia sambung balik pergi sekolah. Kerja mak aku ni
banyaknya melampau-lampau. Tak masuk lagi part-part yang mak bapak budak yang
complain memanjang tu. Standard la sekolah dekat area bandar. Nak pukul 3 nanti
Yun pulak yang balik sekolah. Papan dengan Luffy balik pukul 6.
Aku turun ke dapur. Aku pandang lama
tempat tu. Agaknya dah berapa lama aku tak masuk dapur? Aku duduk dimeja dapur
lama sebelum berdiri menuju ke singki. Aku nampak pisau. Aku pegang benda alah
tu.
Aku pandang je lama. Pandangan aku kosong. Aku letakkan jari dekat mata
pisau tu lepas tu tiba-tiba je empat-empat jari yang pegang pisau tu berdarah.
Kenapa aku tak rasa apa-apa? Orang kata kalau jari terhiris rasa sakit. Dulu
aku pernah rasa sakit terhiris jari. Kenapa sekarang ni tak?
Tik! Tik! Menitik-nitik darah Sara di lantai mamar putih itu. Aku pandang
kebawah. Pekatnya warna darah aku.
“Kak?” Yun memegang
bahu Sara dari belakang. “Kak buat apa tu?”
Aku toleh pusing kebelakang sambil memegang pisau terbalik. “Yun, kenapa
akak tak rasa apa-apa?” Kali ni air mata aku mengalir sendiri. “Kenapa kakak
menangis Yun?”
Bulat matanya memandang aku. Cepat-cepat Yun memegang pemegang pisau dan
melepaskan jari jemari aku dengan berhati-hati. Wajahnya kelihatan
sangat-sangat panik. Terus dia membasuh luka aku dan pergi mengambil peti
kecemasan. Tapi tangan kirinya memegang tangan aku setiap kali dia bergerak.
Mungkin takut aku buat kerja-kerja luar petala.
Yun dudukkan aku disofa. Dia duduk melutut didepan aku. Peti kecemasan
dibuka dan dia mula membersihkan luka. Aku pandang je dia macam orang dungu.
Aku relakan je air mata aku mengalir. Kenapa tak henti-henti lagi?
“Kak, pandang Yun
kejap.” Yun yang baru selesai menampal plaster luka duduk disebelah aku. Aku
dengar je arahan dari dia tu. Aku pandang. “Nak hug kakak saya yang dah lama
‘menghilang’ ni boleh?” Dia tanya.
Aku angguk tak faham apa-apa. Dia pun peluk aku. Air mata aku lagi deras
mengalir. Aku dah tak boleh tahan sorang-sorang dah! Aku betul-betul tak boleh
tanggung rasa sakit ni sorang-sorang!
“I’ll be crying shoulder.” Yun tepuk-tepuk
belakang aku. Aku nangis puas-puas sampai aku rasa penat.
Aku senyum tawar. Sekurang-kurangnya aku dah boleh senyum sikit dah
sekarang ni. Minggu depan dah start trial. Dah lama sangat aku ponteng sekolah.
“Kak, pakai tudung.”
Yun cakap sepatah sambil membuka pintu bilik aku sedikit.
Aku yang tak faham apa-apa ni pun terus ambil tudung dan sarungkan ke
kepala. Sweater yang tersangkut dekat kerusi aku sarungkan lak dekat badan. Aku
diam. Senyum tawar.
Bibir dia mengukir senyuman lebar dengan harapan aku boleh bergembira.
“Surprise.” Yun berkata dengan nada bersahaja. Yun memang tak pandai nak
beremosi sangat sebab dia kinda too moderate. Dia tolak pintu luas dan
menampakkan orang disebelahnya itu, Coed.
Coed senyum ear to ear sambil mengangkat Ice cream yang ada dalam 3 kotak
ditangan kanannya itu kemuka dia. Sebelah tangan kirinya ada bungkusan lain.
“Sara, jom makan ice-cream?” Dia nampak macam relaks je. Walhal Mai dah tak
ada..
Aku palingkan wajah aku ketempat lain. Aku tak nak tengok Coed sekarang ni.
Coed mengenakan air tin soya sejuk dipipi Sara. Tiada respond yang
diberikan. Agaknya si Sara punya Receptor semuanya dah unable kut. Coed pusing
kesebelah sana nak tunjuk muka depan Sara. “Jom kita makan ice-cream sama-sama
jom?”
Sara toleh kearah berlawanan. Tak nak tengok Coed! Cukup la aku hilang Mai
seorang je, aku tak nak hilang Coed sekali. Aku rasa geram dengan diri sendiri.
“Okay la.. Kau makan
sorang-sorang je la aku tengok. Hehe.” Coed gelak-gelak nak wujudkan mood ceria
didalam bilik Sara. Yun duduk dekat katil sana tu. Dia kan pendiam sikit. Coed
tolong bukakan kotak ice-cream King’s Rasberry Ripple tu depan Sara. Ni pun
favourite kitorang berdua gak. “Aku cari Yam tadi, tapi tak jumpa lak.”
Sara tetap tidak mengalihkan pandangannya. Wajah Coed tidak dipandangnya
dari tadi.
“Nah, makan ni.” Coed
senyum je sambil pusing balik kesebelah sana. Tapi Sara paling dari memandang
dia. “Sara, kau nak dengar cerita lawak tak?” Coed bersila dibawah sebelah meja
study yang Sara duduk tu.
Tak ada respond.
“Kau tahu,
hadoiiyai..” Coed tepuk dahinya kuat. Edeh sakit. “Hari tu kitorang ponteng
perhimpunan, tidur dekat library yang sejuk macam kutub utara tu..”
“Kau tidur time tengah
perhimpunan? Gila la! Dekat lib lak tu. Bukan diorang kunci ke?” Yun melayan
cerita Coed.
Dia kesian kut dekat Coed sebab aku tak buka mulut. Thanks Yun.
“Hahaha.. Geng kitorang buat kunci pendua tahun
lepas.. Kitorangkan pernah ‘pinjam’ kunci lib sekejap dulu..” Coed gelak besar
sambil mengangguk. Jarinya dipetik berkali-kali. Kau dah aku kata tadi diulang
balik fakta tu. Telinga tersumbat ke apa.
“Sengal!” Tak payah susah-susah buka guna dawai.
“Tengah best-best tidur tu.. Hadooi kena kacau lak
dengan Cikgu Wani.. Tak pasal-pasal kitorang kena buat kerja amal dalam lib
tu.. Dah la aku tak pernah pegang penyapu. Haha.” Coed ketawa lagi. “Masa
kitorang buat kerja amal tu, kitorang berlima nyanyi lagu raya kuat-kuat..
Penyapu tu lak boleh je jadi gitar.. Tong sampah jadi tong drum.. Penyodok sampah
boleh lak jadi mic.” Coed saja cakap separuh jalan. Sara dipandangnya tengah
murung. Tak apa Coed try hidupkan suasana!
“Raya lambat lagi la.” Yun baring menyiarap diatas katil menghadap
Coed.
Coed tepuk tangan sekali. “Lagu untuk dia la.. Apa la kau ni.”
“You lil rascal!” Yun pun join gelak. Dapat
mengagak. “Mesti lagu warna-warni tu kan?” Dia petik ibu jari sekali.
“Wana Waniii di aidil fitri.. Wana Waniii di aidil
fitri.” Sama-sama Coed dan Yun menyanyi dengan gembiranya tapi dijadikannya
versi rock. Merosakkan lagu betul la. Coed nyanyi-nyanyi sambil bermain gitar
invisible di tangannya itu. Dua orang manusia tu pun dah cukup untuk
memeriahkan suasana. “Wana Wanii.. Jeng.. Jeng.. Jeng..” Bunyi gitar dari mulut
dia. “Wahahahha!!”
“Kau tahu lepas tu?” Coed sambung balik selepas
berdekah-dekah ketawa.
“Ada lagi?”
“Rupanya Cikgu Wani tu dekat kaunter library..”
Yun geleng kepala. “Then you’re dead?”
Coed gelak-gelak sambil mengangguk. “End of story.” Dia tunduk-tundukkan
badan dia macam tengah menerima bunga ros yang dicampak-campak dari penonton.
Mana yang kelakarnya? Sara bangun dari duduknya. Kakinya melangkah menuju
kepintu bilik.
“Eh, Sara.. Kau nak
pergi mana ni?” Coed melihat gerak-geri sara. Sara tak bercakap apa-apa
langsung dengan dia dari tadi. Coed je
yang syok sendiri cakap sorang-sorang. Dah la tengah perintah berkurung dalam
rumah aku tu. Mak ngan abah suruh aku focus 120% untuk trial next week sampai
aku nak keluar rumah pun kena nyorok-nyorok kena temu duga segala procedure
dengan maam besar rumah tu. Nak jumpa Sara pun susah. Mak abah kata diorang nak
aku apply overseas guna result trial. Kira terbang sebelum ambil result SPM
yang sebenar la. Tu la kena jadi kaki buku.. Pfftt!
Sara berhenti sekejap didepan pintu tapi dia tak pandang Coed langsung.
“Coed.. Aku rasa kita better tak payah jadi kawan.”
“Ei.. Eii.. Sara apa
kau merepek ni?” Berkerut kening Coed mendengarnya. Kenapa lemah sangat
semangat Sara ni? Kenapa tak positive macam selalu? Kenapa tak take it easy as
always? Mana Sara yang dulu? No, Coed dia tengah down tu. Need somebody
someone.
Yun dah garu-garu kepala. Nak biarkan diorang ke.. Nak buat bodoh duduk
sini je?
“Aku tak nak kawan
dengan kau dah.. Aku dah bosan.” Sara tahan menangis disebalik wajahnya. Tak
boleh pandang Coed! Tak boleh!
“Sara, kita kawan dari kecik okay.. Aku dah masak
sangat dengan perangai kau tu.. Ala, aku tau kau tengah pening banyak benda
kena fikir kan? Kan? Kan?” Coed bercakap nada main-main.
“I’m serious Coed.. Serious. I’m not joking.” Sara
bertutur dengan nada yang agak keras. “Please jangan pernah tunjukkan muka kau
lagi depan aku.”
Coed diam seketika dan kemudiannya dia berdiri pergi kehadapan Sara. “Say
that word again.. Talk to me.. face to face.. Then aku akan tunaikan wish
kau..”
Aku terkejut dengan wajah dia sekarang ni. Muka dia serius. Sara biar kau
rasa hard sekarang, daripada merana masa akan datang. Aku tak nak Coed jadi
macam Mai. Semuanya salah aku. Semuanya salah aku Mai jadi macam tu sekali. Aku
tak nak Coed pun jadi macam tu. Kitorang best friend dari kecik lagi.
Air mata aku anytime je nak jatuh ni. Aku pandang Coed, aku kuatkan jugak
semangat. Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi! “Aku..”
“Every dying situation
pun will have something positive.. Even a dead clock shows correct time twice a
day.. I need you just to stay positive like always you do Sara in your life.
Know what? We plan, but Allah is the best planner and He does know what is the
bestest for you.” Coed cakap perlahan, cukup untuk Sara dengar. Tiada nada marah
pun disitu. “He train you, teach you to be better than before.” Please faham
Sara. Aku tak boleh berpisah dari kau.
Lagi aku bertambah serba salah nak away dari dia. Kenapa dia baik sangat
dengan aku? “Keluar! Now leave me alone Coed.. Back off now!”Aku tunjuk arah
tangga dekat diri. Suara aku pun naik dingin. Biar semua ni selesai dengan
cepat.
Terkejut Coed dengan apa yang baru sahaja dia dengar dari mulut Sara. Tak
pernah semua ni terjadi. Tapi dari hari kejadian tu.. Semuanya berubah 360o.
“Sara?”
“I said back off!!
Keluar la!! Keluar!!” Air mata mula menitis jatuh. Kenapa air mata aku ni murah
sangat? Kenapa asyik menangis je? “Keluar la..” Terketar-ketar suara aku
keluar. “Keluar..” Aku tolak-tolak dia.
“Sara...” Coed diam
sebentar. “Tak pe, aku keluar sendiri.. Aku akan cuba jauhkan diri aku dari
kau.. Kalau itu yang terbaik.” Dia senyum tawar. “Take care okay.. Thanks sudi
jadi kawan aku selama ni.” Dia senyum buat-buat ceria.
Aku tengok dia pergi turun tangga sampai dah tak nampak kelibat dia. Lepas
tu aku tersungkur jatuh atas lantai dan aku sambung menangis lagi. Betul ke apa
yang aku buat ni? Ini ke yang terbaik?
Mulai hari tu, Coed tak pernah call aku lagi.
Aku pergi sekolah dengan menaiki bas macam biasa. Cuma aku tak senyum
seperti sedia kala. Aku naik tangga, lepas ni kena melintasi kelas Coed. Aku
tarik nafas dalam-dalam, aku lepaskan. Sara keep looking forward! Mulakan hidup
yang baru!
Aku jalan je kepala straight menghadap kearah depan. Bibir aku membuat
senyuman palsu. Fake! Aku jalan dan jalan.
“Ma! Ohayo gozaimasu!”
Ma! Good morning! Daim angkat tangan dekat aku ucap selamat pagi.
Aku senyum tawar. “Ohayo.” Morning. Slow je suara aku macam nak tak nak je
jawab. Aku paksa jugak diri aku jawab sebenarnya sebab aku kan cuba nak
berubah? Aku pandang kearah sana sekilas. Coed tak ada.
“Okasan, ogenki
desuka?” Mum, How are you? Amri yang tengah duduk atas meja sebelah pintu tu
menanya khabar aku.
Aku senyum palsu lagi. “Genki desu. Honto ni Arigatou gozaimasu.” Fine.
Truly thank you very much. Aku jalan slow menuju kekelas. Tak pe la sembang
dengan diorang ni at least dapat naikkan mood aku.
Diorang gelak-gelak sebab tak sangka aku faham bahasa jepun. Aku kena
belajar japanese sikit-sikit tau sebab kalau kena fight Kendo dekat Jepun tu.. Kalau
nak minta arah pergi toilet pun speak english orang sana bukannya faham sangat.
Asal aku tanya diorang bow. Asal aku speak english diorang bow lepas tu diam
dan senyum-senyum. So kalau belajar bahasa diorang senang la sikit nak tanya
apa-apa pun. Diorangkan utamakan bahasa diorang.
“Ma! Nihongo to eigo
to furansugo no naka de dero ga ichiban muzukashii desu ka?” Ma! Which is the
most difficult, Japanese, English or French? Kerol lak menyoal aku. Dia tanya bahasa
mana yang paling susah untuk aku speak.
“French.. Dah nak
masuk kelas ni.. Ja mata.” See you again. Aku jalan terus menuju kehadapan tapi
lepas tu aku terserempak dengan Coed dan Kucai. Aku pandang dia. Dia pandang
aku. Kemudiannya dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Kitorang buat-buat
tak nampak sesama sendiri. Aku tengok bahagian tangan penumbuk dia berbalut.
Luka kut.
Aku rasa sedih dengan relation kitorang yang macam ni. Betul ke apa yang
aku buat ni? Tapi aku sayangkan relationship kitorang ni. Sebab sayang la aku
away. Betul ke apa yang aku buat ni?
Aku masuk je dalam kelas, semua orang datang menghampiri aku. Yang
perempuan semuanya main peluk-peluk aku. Kalau lelaki dahaga sangat nak buat
macam tu jugak dekat aku memang aku bagi flying kick la jawabnya. Aku senyum.
Ya Allah berikan la aku kekuatan. Kuatkanlah aku. Thanks Allah bagi aku kawan
yang care dekat aku.
Diorang menyusun buku homework semalam diatas meja guru. Aku berjalan
menuju ke meja sana. Sebab aku kan AJK pelajaran kimia dalam kelas ni. So, aku
la yang kena hantar homework chemistry tu.
“Ma, you nak hantar
buku ni ke?” Caroline Chia menyoal aku.
Aku terus ambil buku tu. Aku senyum paksa sambil memandang dia. Bila la
agaknya aku boleh senyum macam biasa? “Yalah CC, I kan AJK kimia. Biar I je
yang hantar.” Aku paksa diri aku ceria. Aku senyum lagi.
“I temankan you la
kalau macam tu.” Dia meng-offer diri.
Aku geleng kepala. “No need lah, I pergi dengan Mai je macam selalu.” Aku
senyum. Tapi CC pandang aku pelik. Ooo Aku lupa yang Mai dah tak ada.
“Err..” Caroline Chia
terdiam tak tahu nak kata apa.
Aku buat-buat gelak. “Haha.. Lupakan je la apa yang I cakap.. I gurau je..
Haha..”Aku angkat buku tu sorang-sorang. “Biar I je yang hantar ni.”
Caroline Chia senyum tawar. “Oookay..”
Sara just forget Mai la Sara! She’s not with you.. Lupakan Mai.. Lupakan..
Betul ke apa yang aku nak ni?
Khamis ni dah start Trial. Kerusi meja budak-budak junior dah tolong
susunkan untuk kitorang. Sekarang ni cikgu tak ada, so semua orang kena buat
self study sendiri. Yang buat study by group pun ada jugak. Aku sorang je yang tak study, sebab aku tak
ada mood.
Diorang pun macam tak nak kacau aku yang tengah tak berapa betul ni. Meja
aku dirapatkan dengan meja Tas dengan Fika selepas kejadian tu. So bertiga meja
kitorang duduk tengah. Meja Mai dah tak ada.. Tapi aku pandang je hujung sana
tu.
“Ma, tahu tak nak
jawab yang ni macamana?” Tiba-tiba je tas tanya aku.
Aku pandang dia kosong. Chop Sara!! Wake up!! Mulakan hidup yang baru. Aku
paksa diri aku lagi. Aku tengok soalan tu. Add Math. Soalan ni guna formula
yang aku buat short note untuk Mai hari tu. Sara!! Allah akhbar, Allah Aziz.. Kuatkan
diri Sara!
Kuat Sara! Kuat! “Guna yang ni.” Aku tuliskan jawapan untuk tas. Selalunya
aku tunjuk cara je dekat dia. Tapi kali ni aku main tulis jawapan dari A sampai
Z sebab aku malas nak bercakap banyak. Memang aku kurang bercakap pun baru-baru
ni. Sampai diorang pun risau.
“Ooo.. Thanks.” Tas
senyum. Dia pandang aku pelik.
Aku letak kedua belah tangan aku diatas meja jadi lapik untuk kepala. Lepas
tu aku selamat tidur, malas nak ada kaitan dengan manusia sekeliling.
Aku buka paper trial. Apsal semua soalan ni semuanya banyak keluar dari
short notes yang aku buatkan untuk Mai tu? Aku tengah cuba lupakan Mai tapi
kenapa semua soalan yang macam ni keluar. Aku rasa macam geram, marah, benci
dekat diri sendiri. Aku hanya jawab soalan yang tak ada kaitan dengan Mai, yang
lain semua aku sengaja kosongkan.
Betul ke apa yang aku buat ni?
Aku malas nak menunggu lama dalam dewan, so aku keluar awal. Itu la yang
aku lakukan tiap-tiap paper yang aku ambil.
Dah lebih sebulan aku tak bertegur sapa dengan Coed. Aku selalu jugak
nampak dia usha-usha aku dari jauh. Aku pun buat benda yang sama. Kadang-kadang
kitorang bertentangan mata tapi dia cepat-cepat larikan anak mata dulu. Hati
aku nak berkawan dengan dia tapi aku paksa diri aku jangan.
“Ma, Ada orang nak
jumpa kau la.” Lily memegang bahu aku. Mata aku masih fokus memandang Coed yang
sedang bersembang dengan Apiz dekat depan sana.
“Ohh.. Thanks.” Aku
bangun dari duduk dan terus jalan pergi ke luar pintu nak berjumpa dengan si
pemanggil.
“Kak Sara, a..
Pengetua nak jumpa akak dekat pejabat.” Budak form four tu bercakap dengan
lemah lembut dekat aku yang agak robot ni.
Aku senyum sekali. “Thanks.”
Aku terus turun anak tangga menuju ke bilik pengetua. Otak aku tak berfikir
tentang sebarang kemungkinan seperti dulu. Aku berjalan je macam robot yang dah
disetkan tanpa emosi. Aku tak tahu dah berapa lama agaknya aku tak pandai
menangis?
Aku ketuk pintu bilik pengetua.
“Masuk.” Uncle Lun
menyuruh aku masuk. “Sila duduk.”
Aku berdiri je dihadapan Uncle Lun. Lepas dia bagi arahan suruh aku duduk
baru la aku duduk. Aku senyum paksa lagi. Lepas tu aku muram dan diam macam
selalu.
“Miss Sara Auni.. Apa
sebenarnya yang berlaku dekat awak ni?” Uncle Lun bercakap lembut sambil
membelek-belek beberapa helai kertas.
Sara memandang tuan pengetua sekolah itu lama. Mukanya tiada emosi. “Saya
tak faham.” Suara tanpa nada keluar dari mulut.
“Miss Sara, We give
you Allowance cause of your academic, sport and attitude.. Tapi kalau awak
main-main macam ni.. Sia-sia je kami berikan awak biasiswa dan elaun semua tu.”
Result Trial aku ditunjukkannya.
Semuanya B tak ada satu pun A. Aku memandang kosong. Tak tahu nak bagi
reaksi apa. Kemudiannya, prestasi aku sepanjang exam dan trial yang sekolah
buat pula ditunjukkannya. Yang tu semua straight A’s.
“Tuan pengetua nak
tarik biasiswa saya?” Aku tanya tapi nada dah macam statement. Aku macam dah
tak berapa nak kisah tentang masa depan. Aku dah lose dengan life aku. Tapi
betul ke?
Pengetua menggeleng kepala. “Kami mungkin akan tarik, tapi saya nak
ingatkan awak jangan sia-siakan apa yang orang beri...” Letak cermin matanya dibetulkan.
Wajah Sara dipandangnya. “Lagi satu Sara, Uncle tengok awak dah banyak
berubah.. Sudah-sudah la tu.. Belajar terima Qada’ dan Qadar. Jangan jadikan
alasan benda yang berlaku untuk awak berubah menjadi pasif..” Uncle Lun bermain
dengan soal peribadi.
“Sara membesar dengan Edri depan mata Uncle..
Uncle kenal Sara, Uncle kenal Edri.. Belajar semua tu Sara.. Belajar menelan
semua benda tu macam itu saja atau belajar ubahkan benda tu menjadi suatu
kelebihan kamu. Kamu yang pilih... Belajar sebab tuhan tengah mengajar. Kita
kena bersyukur sebab dia menguji..” Uncle Lun kemudiannya senyum segaris. Uncle
Lun mengeluarkan sebatang Pen berwarna perak. “Allah akan uji kita setimpal
dengan kemampuan kita.” Pen itu ditolakkan dihadapan aku. “Dalam Islam kita
kena yakin, dengar apa kata hati kita.. Hati kita banyak mengatakan yang mana?”
Aku pandang je pen tu lama. Apa yang uncle Lun cakap tu main masuk keluar
je dari telinga. Kasihan dia. Kawan kepada anak saudara dia ni dah tak berguna
dah. “Apa ni?”
“Hadiah untuk Sara..
Uncle nak Sara belajar dan terus belajar mengenal pencipta.. Uncle suka tengok
Sara pakai tudung.” Orang tua yang dah berjanggut tu senyum lagi.
“Thanks.” Itu je yang
aku ucapkan. Kalau dulu aku siap merapu-rapu depan Uncle Lun. Tapi sekarang aku
tak boleh. Otak dan hati aku masing-masing bercakap benda yang berlainan. Badan
aku menafikan.
Aku keluar dari bilik Uncle Lun usai aku memberi salam. Aku baru nak pakai
kasut tapi ada orang yang menegur aku dari belakang. Aku kenal suara salam ni.
Aku menjawab salam.
“Sara.. Jangan pandang
belakang.” Slow suara dia.
Coed.. “Nak apa?” Aku ni kawan yang paling teruk kan Coed? Aku tak mampu
buat apa-apa pun masa tu.. Stop Sara! Enough! Lupakan benda yang lama.. New
life.
“Dulu.. Kau pernah
cakap kenapa Mai murung. Kenapa Mai masuk keluar sekolah ikut suka dia je?
Kenapa tak focus on academic? Kenapa not like always? Kenapa pilih jalan untuk
down.. Kenapa tak share? Tak take it easy?... Tapi masa tu aku tak dapat nak
bagitahu jawapan.. Sekarang ni aku rasa kau tahu jawapannya kenapa.” Lembut je
suara dia.
Tak macam selalu.. Kalau dulu kitorang selalu main sembang kasar. Main
gelak-gelak je. Main happy-happy je.
“Sara.. Ask yourself.
Kau nak ending macam Mai jugak ke?”Coed sambung lagi. “Yang tu bukan ending..
Tapi itu larikan diri. Itu loser.. Tak ada satu pun masalah yang selesai kalau
kita tamatkan riwayat kita.. Cuma kita je yang tak bernyawa.” Dia kemudiannya
berdiam lama. “We were made to be awesome... Manusia semuanya winner tapi kita
je yang pilih nak jadi loser.”
Lepas tu aku dah tak dengar dah suara dia. Aku pusing belakang tapi dia dah
jauh ke sana. Pandangan aku kosong. Otak aku susah nak cerna apa yang baru dia
cakap tadi. Yang aku tahu kalau aku go on macam ni. Aku dengan Mai tak ada
bezanya. Mai tu BFF aku. Tapi nak commit suicide tu aku tak terfikir lagi.
Betul ke apa yang aku buat ni?
No comments:
Post a Comment