Sunday 31 March 2013

Approaching Him_7


          “Cute gila la Hero yang kedua tu.. Aku suka gila tengok muka dia.” Tas buat muka kucing miang sambil kakinya digoyang-goyang kedepan belakang. “Walaupun rambut cendawan.. perangai dia pun cute tau!”

           “Uiiitt!! Tu hubby aku eh, kau jangan nak suka lak!” Fika buat muka tak puas hati. “Kitorang dah buat ikatan sehidup semati tau!”

           “Ehh, aku punya la!” Tas mencucuk-cucuk bahu Fika.

           “Wei kalau korang mengaku wifey dorang sekalipun, Sampai kiamat pun tak kan bersama la.” Zain menyampuk dari jauh.
               
         “Eh, eh, ada gak yang jelous tak bertempat ngan aku ni.. Zain kalau kau kacak macam mamat Korea.. Aku dah lama dah pinang kau, tahu?” Kaira yang join sekaki geng gossip ni pun memerli Zain.
               
“Yang tak sunat tu gak taste dorang.. Haih.. Aku tak tahu la nak cakap apa.” Kim menyokong pandangan Zain tapi matanya dan jasadnya fokus pada soalan Add Math yang hampir menjadikan dia ‘Mad’ tu.

Ziq memandang kearah geng-geng yang tengah bergosip pasal cerita tahpape tu. “Lepak betul la korang ni... Trial MRSM yang miss suruh buat tu dah siap ke belum cik hakak oi?”

Erin menoleh kearah geng budak lelaki yang macam desperate nak siapkan soalan trial yang nak dibincangkan hari ni tu. “Tak tahu nak cakap apa, diam je la.. Sibuk je menyampuk orang bersembang. Soalan tu kitorang dah lama siap la.. Tu la buat kerja last minit lagi.”

Aku yang duduk sebelah tingkap ni hanya mampu buat senyum tawar tengok classmate aku bersembang. Lepas tu aku pandang arah luar balik sambil menongkat dagu. Tak ada mood nak join sekaki walaupun geng gossip tu tengah buat dekat tempat aku. Sembang pasal ‘Hana kimi’ Korea version.

Tak sampai dua bulan ni nak SPM dah, asyik hadap soalan negeri tah mana-mana, buku teks, buku rujukan je. Kerja makin berlambak. Otak pun makin biol. So, kalau cerita pasal orang hensem-hensem ni.. Bersemangat la sikit nak teruskan kehidupan. Kata diorang la.

                “Aku lagi suka yang Jap punya. Lagi realistik and not merapek like the Kor version.. bla.. bla.. bla... Apa pendapat kau, Ma?” Lily yang nak menyuap Tuna Maki menyoal Sara yang tak buka mulut dari tadi.

Tas yang duduk sebelah aku main poke poke bahu aku lepas tengok aku tak bagi apa-apa respond. Aku pusingkan kepala aku kearah diorang. Muka blur aku tunjukan, tak faham soalan diorang. “Yes?” Diorang tengah cakap pasal apa tadi?

                “Lerrr, Berangan dah sampai mana Ma? Iceland? Holland? Disneyland?” Fika angkat kening.

Sara senyum tawar dan buat-buat gelak. Nampak sangat tak ikhlas tu. “Mana-mana je la.. Aku nak keluar kejap eh..” Aku nampak muka diorang macam senyum tawar je dekat aku. Tak pe.. Korang tak yah la nak take care pasal aku.. Aku tak nak simpati dari sesiapa. Aku okay macam ni.

Aku baru je nak masuk tandas atau bahasa englishnya lavatory. Tiba-tiba je aku terdengar suara manusia mana entah sebut nama aku. Yang pasti nada perbualan diorang sangat annoying punya holy cow tahap blooding hell giler. Boleh jadi machai ni. Tuduh tak ada bukti.

                “..Kak Sara tu kan, I rasa patutnya biasiswa dia tu ditarik balik la.. I dengar result trial dia teruk gila!”

                “Bukan setakat trial teruk, balak dia pun sisihkan dia... Kawan baik dia pun I dengar pindah sekolah sebab perangai dia makin teruk lepas pakai tudung.”

                “Abang Edri tu bukan balak dia la.. Dia je yang syok lebih.. Menggatal nak mengorat orang kaya.. Dia kan commoner je. Eee.. please lah.. Kalau I jadi dia, dapat result teruk macam tu I bunuh diri tau.. Anak ikan ke apa? Dapat tajaan tapi stupid.”

                “Agaknya kan dia tiru best friend dia kut.. Provenya best friend dia kan pindah sekolah before trial.. Dia tak ada sesiapa nak tiru tu la dapat result teruk..”

                “Tu ke best student? Eeeerr.. Please la.. Kill yourself... Ann give me your gloss.. bibir I ni dah kering lak.”

Aku berdiri je dekat luar tandas tu. Aku tak tahu hati aku ni rasa apa... Sakit tak, sedih tak, gembira pun tak.. Aku pusing balik tukar arah nak masuk library. Kat situ umat manusia diam sikit, Malas nak mengumpat aku.. Dan aku rasa tak perlu la kut aku join diorang tu kutuk diri aku. Tapi macam tu eh pandangan diorang kat aku? Lain betul fakta yang aku dengar.

Aku bukak je pintu library aku nampak Coed betul-betul depan aku. Tangannya kedepan macam nak tolak pintu yang aku tarik ni. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Aku dah tak tahu nak cakap apa.

Coed senyum lebar tapi nampak gak la macam tak berapa nak ikhlas tu. “Sorry.” Coed memberi ruang kepada Sara untuk lalu masuk dulu sebelum dia nak keluar. Anak matanya macam sedih.

Sara macam terdiam tak tahu nak buat apa. Rasa awkward sangat. Yang sebenarnya kitorang bukan macam ni. Kalau la masa tu boleh patah balik.. Apa aku fikir ni? Kalau Bill Gates sanggup jadi pengemis beli masa dengan duit dia pun, masa silam tak akan pernah wujud balik. Tapi masa depan sentiasa ada..

“Thanks..” Aku jalan masuk kedalam lib. Aku nampak semua orang pandang aku lepas tu main bisik-bisik sesama diorang. Sama macam semalam lepas result trial ditampalkan dekat notice board. Aku malas nak ambil kisah. Nanti-nanti diam la tu. Aku ambil tempat duduk yang hujung sekali jauh dari makhluk hidup. Buku entah apa tajuknya yang aku main ambil tadi aku buka dan aku angkat terbuka menutup muka aku yang dah selamat sentuh meja berlapikkan tangan. Kelopak mata mula menutupi penglihatan. Selamat malam dunia.




Buku Physics tu aku tutup. Fast note aku dah siapkan untuk 5 chapter. Yun minta aku ajar dia subjek form 4 tapi sebenarnya aku tahu yang dia nak aku study fikir masa depan. Tak perlu la simpati dekat aku dek.. Aku patah-patahkan jari sambil mengambil nafas panjang dan aku hembus keluar.

Baru pukul 1 pagi.. Aku termenung sekejap memikirkan banyak benda yang berserabut dalam otak. Mai. Coed. Dan aku.... Aku bangun nak turun kedapur. Hilangkan rasa dahaga tapi aku terdengar lak suara mak ngan babah aku dekat ruang tamu.

Dalam dua minggu ni je aku selalu sangat pasang telinga dengar orang bersembang. Entah aku tak tahu kenapa. Sebab aku ni dah jadi sangat pendiam kut?
               
“... Jadi.. Lagi cepat lagi bagus.. Abang tak sanggup tengok Sara macam tu..” Suara Babah bercakap pada mak.
               
“Saya tak kisah.. Tapi Sara tu SPM.. bukannya senang nak tukar tempat exam.” Nada suara Mak macam risau akan sesuatu.

                “Kita guna orang dalam. Minta Sara ambil exam dekat Sarawak. Abang boleh settlekan benda tu.. Sayuti dengan Asyraf tu biar diorang habiskan exam dulu baru terbang.”

Sara memunculkan dirinya disebalik dinding yang dia sembunyi tadi. “Sarawak? Terbang? SPM dekat sana?” Berkerut -kerut dahi aku memikir. Suara aku pun dah mula tegang semacam. Kenapa kena bagi simpati dekat aku? Kenapa ibu bapa sendiri pun tak boleh percaya dekat aku? “Apa yang Babah maksudkan? Sara tak faham..” Menggeletar suara aku bertanya. Aku rasa aku macam faham yang sebenarnya.

                “Sara..” Wajah Mak macam terkejut dengan kehadiran Sara.

Babah memandang Sara lama sebelum membuka mulut. “Sara.. Sara duduk sini.” Babah menepuk permukaan sofa disebelahnya dengan tangan kanannya perlahan.

Aku genggam tangan aku kuat. Rasa geram. Aku diam sebentar. “Sara.. Sara mengantuk.. Sara nak tidur dulu..”  Aku terus naik bilik tanpa memandang orang tua aku. Agak kurang ajar disitu. Tapi aku rasa tu lagi baik dari aku memberontak. Aku rasa geram dengan semua orang..

Aku nak orang yang boleh memahami aku.. Bukannya simpati dekat aku.. Kenapa Mak ngan Babah kena bersusah payah untuk aku. Aku ni beban ke? Aku tak nak pindah Sarawak. Aku nak stay dengan kawan-kawan aku. Aku boleh harungi semua ni tapi aku just nak orang percaya yang aku boleh. Aku perlukan masa. Aku tengah cuba terima hakikat yang Mai dah tak ada.. Aku sedang mencuba.




Petang tu aku duduk lama menunggu dekat depan bus stop. Tunggu Babah datang ambil. Aku seorang je sekarang ni. Aku duduk pandang langit macam orang bodoh tak tahu nak buat apa. Kalau dulu kerja aku lepas habis kelas aku dok usha Alan lepas tu lepak dekat rumah Mai nak menunggu Tusyen time hari-hari tertentu. Malam baru balik rumah. Kalau tak ada Tusyen pun selalunya aku lepak dengan Mai and Coed dulu sampai pukul 5 lebih baru duduk sini tunggu Babah. Tak pun aku balik rumah, Si Coed tumpangkan aku.

Tapi tu dulu..

                “Yo?” Tiba-tiba je ada satu suara memecah sunyi. Dia senyum je.

Aku toleh kearah suara tu. Aku tak boleh nak senyum macam biasa dah. Tak boleh nak berdegup laju macam dulu. Tak boleh nak tak tentu arah macam dulu tiap kali jumpa dia. Nak rasa suka pun macam susah sekarang ni. “Yo..” Aku senyum tawar. Mamat tu duduk dekat hujung sana. Aku lak kat hujung sini. Cina pun pandai jaga jarak eh? Yang typical malays bukan setakat duduk sebelah-menyebelah sampai boleh rasa lemak orang sebelah, yang silang kaki sebelah-sebelah pun ada.

                “Lama tak nampak..” Alan senyum segaris. Bag pack warna merah diletakkan ketepi belah sana.

                “Awak pun nak simpati dekat saya ke?” Direct aku tanya. Aku dah malas nak layan simpati semua orang.

Dia gelak. “Haha.. Why must saya simpati dekat awak?”

Soalan dijawab dengan soalan. Mamat ni macam  baru balik dari sekolah. Baju kemeja putih yang dah terbuka menampakkan baju t-shirt DC warna putih yang dipakai pada bahagian dalam. Tie dah hilang kemana. Lengan disingsingkan.

Aku diam malas nak menjawab. Dia pun diam tapi bibir dia tak lekang dek senyuman.

Lagu ‘loser of the year-simple plan’ membisingkan suasana diantara kami. Lambat-lambat Alan mengangkat phonenya.

               “Saya dekat depan sekolah elite yang dekat dengan sekolah saya tu.. Hmm.. Tak pe saya tak kisah tunggu lama pun.. Hmm.. Sorry susahkan. Hmm.. Okay...”

Suasana diam semula. Dia main ketuk-ketuk tempat duduk tu guna hujung jari. Tap! Tap! Tiba-tiba je dia nyanyi lagu Because you live by Jesse Mc Cartney


Staring out at the rain with a heavy heart
It’s the end of the world in my mind
Then your voice calls me back like a wake up call
I’ve been looking for the answer
Somewhere
I couldn’t see that it was right there
But now I know what I really Know


Aku diam je dengar dia nyanyi. Sedap gila suara dia. Aku tak tahu pulak dia ada suara yang merdu and gentle like this. Dia pandang depan. Aku pun pandang depan menghadap jalan raya. Tapi sebenarnya aku fokus mendengar bait-bait ayat yang mungkin related dengan life aku sekarang ni.


Because you live and breathe
Because you make me believe in myself
When nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the sky


Memang nobody else can help selain diri kita sendiri.. Yang aku nak sekarang ni is someone yang boleh believe in me.


It’s alright, I survived, I’m alive again
Cuz of you, made it though every strom
What is life, Whats the use if your killed inside
I’m so glad I found an angel
Someone
Who was there when all my hopes fell
I wanna fly, looking in your eyes


Aku terdiam lagi. Memang sangat ada kaitan dengan aku. Apa gunanya hidup kalau dalam kita dah mati? Kita kena hidupkan balik dalaman kita. Kalau tak hidup ni penuh dengan hipokrit dan  jadi macam robot.. Emotionless.. Macam aku.. Aku pejamkan mata rapat buat seketika.


Because you live and breathe
Because you make me believe in myself
When nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the sky
Because you live, I live..


                “Wake up call ke?” Aku senyum segaris tapi tak ada perisa apa-apa pun.

                “Kinda..” Dia angkat bahu sekali. “You need to go on.. Hidup ni bukan macam game. Kalau salah kita boleh redo, boleh replay..”

Aku pandang dia sekali. “Awak tahu ke probs saya?”

Dia geleng kepala. “Apa-apa pun back to diri sendiri..” Dia senyum kearah aku sambil sengetkan kepalanya sikit. Cute je gaya dia. “Kita yang create cerita hidup kita.” Dia senyum lagi sambil menutup mata. 

Boleh cairkan sesiapa je yang memandang...

Waaa!!! Merah terus muka aku. Waaa!! Malunya aku. Apasal dia ada dekat sini? Macamana aku boleh bersembang dengan dia ni? Apasal dia ramah semacam ni? Waaa!! Malunya aku!!

Sara terus menutup mukanya menggunakan kedua belah tangan. “Dream only.. Dream only.. Sara  ni just mimpi je..” Sara terus menutup mata sambil mencubit pipinya kuat. “Ouchhh!!” Sakitnya.

Alan gelak je. Kuat pulak tu. “So, nama awak Sara la eh?”

Ehh.. Real la.. Malunya aku.. Aku pandang tempat lain sambil mengangguk. “Pu.. Puteri Sara Auni.” Automatik aku menjawab tanpa berfikir.. Ehh? Apsal dengan baik hati, hempedu, jiwa raganya aku bagi nama penuh aku ni? Waa.. Malunya. Otak aku dah tak boleh fikir apa. Yang pasti jantung aku berdegup laju macam tengah lumba race need for speed. Macamana dalam tak sampai 10 minit aku boleh change jadi orang berperasaan ni?

                “Ooo a princess?” Dia tahan gelak. “So, princess.. What makes you going down like this?” Dia senyum lagi.

Kerongkong ni rasa macam baru lepas makan pasir lak. Waaa!! Aku tengah malu gila ni..  “Er.. Ermm.. Saya rasa.. Saya susahkan semua orang.. Saya rasa.. Saya ni teruk.”

                “Diorang rasa?” Dia tanya aku lagi tapi dah macam nada statement je.

Aku terdiam lagi. Rasanya aku hanya fikirkan diri sendiri je selama ni. Aku tak pernah fikir orang lain. Berkerut kening aku memandang dia. “Apa maksud awak?”

Alan angkat bahu sekali. “Awak kena cari sendiri, princess.. I just follow your order.. Can’t give you any sympathy.. Remember?”

                “Thanks.. Saya rasa saya kena think balik dengan apa yang tengah berlaku..”

Jari dipetiknya banyak kali. “Ha.. Baru saya ingat..” Alan mengambil sesuatu didalam begnya. “Nah.” Dia seretkan bekas CD tu dari tempat duduknya ketempat aku.

                “A beautiful mind?” Aku baca tajuk depan CD tu.

                “Saya pinjamkan dekat kawan saya.. Dia pulangkan pagi tadi.. Hmm.. A true story bout John Nash punya jalan hidup... Dugaan dia may be lagi berat dari awak tapi dia try untuk atasi and change.” Alan senyum segaris. “Awak tengok la, princess.. May be awak dapat something dari this story. Citer ni pun dapat banyak award.”

                “Apa dugaan dia? Macam best je..” Aku senyum. Rasa malu tu ada lagi. Cuak gak la sembang ngan dia ni.

                “Schizopheria. And dia ada family and friends.. ”

Aku terdiam lagi. Bahayanya.. Macam berat sangat je aku dengar dugaan dia ni. John Nash yang dapat Nobel memorial prize in economics tu.. Aku buat-buat baca sinopsis sebab otak ni dah bercelaru sangat tahan malu lepak dengan mamat ni.

Honk! Honk! BMW berhenti disebelah bus stop dan seorang lelaki keluar dari situ datang menghampiri kami berdua. “Tuan muda.. Jom balik?”

                “Abang Reza, kan saya kata panggil je saya Alan.” Alan buat muka toya. “Awak saya balik dulu la.” Alan angkat tangan sekali dekat aku.

Aku pun angkat tangan sekali dan tengok kereta tu berlalu pergi. Tak sampai 15 minit lepas tu Babah sampai. Tak ada benda yang kebetulan.. Semuanya ada sebab kenapa ianya berlaku.
               



Semuanya berubah 270 darjah.. Mana kehidupan aku yang ceria dulu tu? Sara menepuk pipinya dua kali sebelum masuk kedalam pagar sekolah. “Go! Go!” Keep looking forward Sara! Happy tu tak kan datang sendiri kalau kita tak cari. Ingat tak cerita ‘a beautiful mind’ tu! Penat je Alan nyanyi and kasi aku pinjam cerita ni minggu lepas kalau aku tak dapat something.

Sara masuk kedalam kelas dengan senyuman yang dibuat-buat ikhlas dibibir memandang kawan-kawannya. “Asal muka korang pelik?” Aku tengok diorang ni macam nampak mumia hidup je.

                “Err, tak ada pape la.” Wei Ni tolong jawabkan.

Caroline Chia yang duduk meja depan ni membalas senyuman aku. “Ma, you nampak ceria hari ni.”

                “Thanks CC. Hari ni Mama buatkan sarapan untuk korang semua.” Aku meletakkan bag sekolah aku ketempat duduk. Croquette yang aku buat pagi tadi aku keluarkan dari beg. Aku senyum je. Aku dah menyusahkan semua orang dok fikir pasal aku. Baik aku buat-buat gembira supaya diorang tak payah bazirkan cell otak diorang fikir pasal cerita sadis aku ni. “Meh la sini ramai-ramai.”

Lily yang duduk depan aku tolong bukakan tupperware. “Pergh.. Sedap ni Ma.. Banyak tu kau buat. Dua tupperware lak tu.”

                “Tupperware satu lagi tu bagi kat golongan kaum Adam.. Kang kata aku ni berat sebelah.. Tak bagi kasih sayang kat anak lelaki lak. Haha.” Aku buat-buat ceria sambil gelak macam ikhlas.

Tiba-tiba je Tas peluk Sara. “Maaa.. You’re back.. Aku rindu Sara yang ni.. Waaa..” Menggeletar suara Tas meluahkan perasaannya. “Aku pun sayangkan Mai gak tapi aku sayangkan kau gak.. Tapi isolatekan diri tu bukan solution yang patut kau ambik.. Tapi kitorang pun sayangkan kau.. Waaa..” Tas menjarakkan pelukannya dengan memegang kedua bahu aku. Merah matanya. Air matanya laju je mengalir.

Erkk?? Sampai macam tu sekali dia care dekat aku. Tapi aku buta.. “Banyak betul tapi kau tu.. Dah makan la.. nanti sejuk.”

                “Maaaa!! Aku selalu doa supaya kau kuat hadap semua ni.. Kau kena tahu bukan kau je yang rasa sedih tu.. tapi kitorang pun.” Erin pun tiba-tiba je peluk Sara. “Kita happy sama-sama and kita sedih sama-sama.. boleh?”

Aku senyum je.

“Korang.. Eii, eii.. Lex lu jangan la nak buat drama citer sedih lak.. Ni yang aku nak melece’ gak ni..” Mata Fika dah mula berair. Tangannya elok je genggam tangan aku kuat.

Tak tahu kenapa. Tiba-tiba je aku rasa relaks ada orang sudi peluk aku. Share perasaan dengan aku. Lepas ni aku kena try rapatkan diri dengan tuhan dengan sebenar-benarnya lak. Aku kena step kedepan even half dari langkah.

                “Wei, aku dah lapar gila ni.. Cepat la hulur tupperware tu.” Zain yang duduk seberang sana tolong stopkan drama ayaq mata kitorang ni.

“Aku rindu giler dengan Croquette Ma.” Kim pun join buat muka lapar.

Sara senyum lagi. “Ambik la ni.” Aku tolak tupperware tu kehujung meja.

Lan sambut. “Walamak.. Ma, kita panggil Pa and the geng sekali la. Banyak ni.”

Aku terdiam sekejap. Coed? “.....” Aku pandang tempat lain sekejap. Sara.. Apakata kita bagi one chance dekat diri sendiri untuk change something. Sedikit pun tak apa. Asalkan forward.

                “Boleh tak?” Lan tanya lagi. Croquette dah selamat masuk mulut sekali ngap je. Hishh, gelojoh betul la mamat ni.

Aku senyum paksa. “Haha.. Why not? Ajak la sekaki.. Dah lama tak dengar suara dia.” Haah dia dah jarang sangat masuk kelas aku. Kononnya nak dekat exam, Tak sempat la apa la alasan yang dia sengaja buat sebab tak nak tunjuk muka dekat aku. Aku tahu yang sebenarnya. Sebab aku dah lama hidup dengan dia.

                “Apiz, tolong panggilkan Coed and the geng.. Kita picnic dipagi hari.” Zain tolong bagikan arahan dekat Apiz yang duduk hujung depan sana tu. Tangan kirinya merampas tupperware ditangan Lan. Kang habis gak kang kalau dekat tangan dia je.

“Cehh, aku gak yang kena!?” Apiz buat muka tak rela tapi dia keluar gak kelas

Fika angkat kening double jerk. “Aku pun bawak sarapan hari ni.” Beg kertas yang diletakkan diatas meja dibukanya. Bekas dibuka. Cheese and Choc Croissant. “Air pun ada tapi lemonade la..”

                “Cun la! Aku bawak Fries dengan sosej.” Lily keluarkan bekas gak.

                “Aku bawak sandwich tapi enam keping je la.” Daus angkat bekas. Ni maid aku sediakan dan mak aku paksa bawak ke sekolah sebab aku fail nak breakfast pepagi kat rumah.

                “Rapatkan meja tengah la.. Dah lama tak rasa moment macam ni.. Ma pun dah okay sekarang.” Ziq bagi Idea.

                “Aku bawak bihun.. Makanan melayu je. Ngeh.. Ngeh..” Kaira angkat tangan peace. “Aku kan..”

                “Gadis pingitan.” Kim tolong jawapkan dengan suara tak ada nada tu. Satu kelas ketawa tak tahan lawak sarkastik Kim tu.

                “Sengal kau Kim!!”

Zain tolak meja dia melentang. “Kelas pertama tak ada cikgu. Kita boleh lepak lama sikit.” Yang lain join gabungkan meja bahagian tengah.

Aku senyum. “Waaa.. Aku rasa macam nak nangis la.. Korang setia je tunggu aku.. Waaa..” Aku rasa aku perlu berlajar dari apa yang dah berlaku. Mai, Aku selalu doakan kau bahagia disana dan aku harap sangat yang sebenarnya kau tak commit suicide. Aku hope sangat-sangat.

                “Esok kita buat jamuan nak tak?”

                “Okay gak! Semua orang bawak makanan.. Pas tu kita makan ramai-ramai ajak miss sekali.”

Semua orang letak tupperware dekat tengah. Pinggan dan cawan plastik ada berbaki kat dalam almari belakang yang memang sengaja kitorang simpan. Ye la kelas aku kan suka buat jamuan sendirian berhad. Haha. Aku rindu this moment, Kalau ada Mai kan best? Mai...

                “Wei, Apiz tu panggil Coed ke tackle Coed?” Wan dah tak sabar nak makan mula nak merungut.

                “Sabar la. Mana la tau si Apiz tu tengah ehem-ehem ke on the way nak sampaikan pesanan kat Coed ke..” Daus ambik tempat sebelah Wan.

Tak pasal-pasal kepala Daus kena ketuk dengan pencil case Kaira. “Wei depan makanan ni.. Mulut tu aku stapler baru tau!”
               
“Err Garang betul mak cik Kai ni.. Tak jadi aku nak masuk meminang.. Tadi dah dapat 10 mark dah sebab bawak bihun.. Ni main ketuk-ketuk kepala aku ni terus mark kena tolak 156..” Daus buat muka tak puas hati.

                “Assalamualaikum.. seronok nampak ngumpat aku?” Apiz masuk kedalam kelas sambil membawa beg plastik yang penuh dengan bekas makanan.

Belakang dia aku nampak si Amri, Kerol, Daim ngan Kucai. Coed mana?

                “Pa mana I tak nampak pun?” Caroline Chia menanya.

Daim angkat ibu jari kearah luar pintu depan kelas. “Ma sorang je boleh pujuk dia.. Dia kata dia tak nak join.”

Sara meneguk liur entah berapa kali. Aku rasa aku tak mampu nak hadap dia lagi.

                “Ma, you pergi la pujuk Pa tu.. Entah apa la dia nak rajukan..” Wei Ni menepuk belakang aku. CC lak main muncung-muncungkan mulut kearah daun pintu tu. 

Betul ke apa aku buat selama ni? Kalau kita sayang seseorang tu memang kita kena away ke? “Hmm.. Nanti dia masuk la tu..”

                “Ma, pergi la pujuk Pa tu..” Kerol lak saja je buat suara minta simpati. Aku hempuk dengan tong gas laju-laju  kang kepala tu baru tau!

                “Gediks je tu.” Aku jawab malas nak layan. Baik aku hadap makanan ni lagi bagus.

                “Nasi lemak ohh.. Mana kau beli ni?” Erin menyoal Kerol yang tengah distribute bekas makanan yang dibawanya tadi.

Amri senyum segaris sambil angkat kening double jerk. “Ni beli kat mak cik kantin tu la. Dah ni je yang paling dekat dan dah siap berbungkus.”

                “Aku tanya Kerol ler!!” Erin menjelir lidah tak puas hati dengan Amri.

Kucai geleng kepala je tengok gelagat Amri. Childish sungguh. “Ma, you better talk something with him..” Lepak je Kucai cakap macam tu kat aku walhal dia yang paling selalu nampak macamana gaya communication ‘terbaru’ between aku ngan Coed.

Aku diam sebentar sebelum buka mulut. “Dia dekat mana?”

                “Duduk kat box bomba punya hos sana tu.” Kucai menghalakan telunjuk belah tangan kanannya kearah kiri.

                “Thanks.” Sepatah aku jawab. Betul gak.. Berapa lama agaknya aku nak macam ni? Coed tu aku kenal dari zaman tadika lagi. Tak kan aku nak putus kawan sebab benda lain lak. Aku tak nak kawan ngan dia masa tu may be sebab aku emo sangat kut..

Sara berjalan menuju kearah box besar berwarna merah tu. Ada seorang budak lelaki kat situ. Err? Asal rambut dia macam lain je? “Err..”

Coed menolehkan pandangannya kearah Sara yang elok je berdiri dihadapan dia. “Emmm...”

Awkward situation.. Aku kena break the ice.. Hammer besar please.

                “Hmm.. Nice hair? Where’s Mohawk?” Aku tengok rambut mamat ni macam layered hair style versi pendek tapi smart la. Rasa macam dah lama gila tak sembang ngan mamat ni. Rindu sangat.

                “Campak tong sampah..  Dah lama la rambut aku macam ni.. Baru perasan ke?” Coed jawab nak tak nak tapi ada sedikit nada merajuknya tu. Kepalanya ditolehkan menghadap tempat lain. Kaki main goyang-goyang kedepan belakang.

Aku tertawa dengan nada merajuk dia tu. Kalah budak-budak. Tak berubah langsung perangai tu. “Sorry.. I thought you love spikey or something yang boleh cucuk-cucuk mata.. Hehe.”

Coed senyum segaris sambil memandang Sara. “Gelakan orang lak..”

                “Sorry la dato’..” Aku tahan gelak dengan nada suara dia tu. “Kawan selamanya?” Aku tanya sambil meletakkan croquette berlapikkan tisu yang aku buat pagi-pagi lagi tu kat atas box merah sebelah dia duduk tu.

Coed buat muka geram sebelum menjawab soalan aku. “Kawan..” Dia sengih. Croquette diangkatnya masuk kemulut. “Sedap.. My fav and my wife still ingat lagi.. Thanks.”

Aku senyum lagi. Kali ni ikhlas dari hati.

                “Welcome back Sara.”  


Thursday 14 March 2013

sketchy

Some sketch-licious 4 ya :)
*trpaksa merajinkn diri mgupload*
sketch bout cter Approaching Him..
hee~ usha2 r dlu 
next time i'll continue r
e story,
skg bz skit,


ni mamat yg Sara suka usha2 tu.
ngeh2,



klu korang nak usha2 this type,
g r pavi o sunway o mid o KLCC ke,
ha ad ny,




Hadooii ak mngajar benda2 jahat lak.
wei jgn mngusha anak teruna orang taw.
x baek!
Sekali pandang tu rezeki,
klu dua tiga puluh kali pandang tu..
jadi fitnah weii,




Yg bwh ni lak best friend Sara since zaman neolitik lgi,
quite nakal,
but baek orgny,
Tapi jgn mencontohi dy,




Optimism is e best way
2 see life :)
Yeayyy!!




With friends,
Know wat?
Hard times
will always reveal
e true friends.





Nah, Sara pakai tudung :)
Korang2
pakai tudung tu cantik taw
biar r hubby korang je yg 
taw aurat korang, 
klu sume org taw rambut 
korang sume2 tu macamana gyeny..
kan da x de yg specialny
untuk mr hubby right?




U can't hv a better tomorrow,
if u're still thinking n worrying
about yesterday.
my advice is
just do it.
nak change but ur otak always think 
in -ve ways..
Hadooii. wei nak change 
bukan main tup2 cam 2 r
change step by step
skit2.



btw, im sooooooo
sorry,
ble terbaca blik my writing
bru terprasan..
 byk wooo slh ejaan,
like ERT i tertulis ETR n etc,
err nanti2 r i btulkn eh,
Thanks sudi baca :)



Sunday 10 March 2013

kawan


Nisha senyum lebar je dari masuk KTM tadi. Excited sangat tak sabar nak gather dengan kawan lamanya. ‘A gift of a friend- Demi Lovato’ berkumandang dicorong telinga yang dah selamat disumbat. Lagu khas untuk appreciate insan yang bernama ‘sahabat’. Betul la orang cakap, kawan biar berjuta.. Musuh tak moh walau satu.

Errkk? Dah tak ada bunyi? Nisha terus mengeluarkan Mp4 dari poket seluarnya. Okay great tact!! Aku tak recharge langsung dari last week. Earphone dilurutkan dan dimasukkan kedalam beg biru Momoe. Ala.. lambat lagi nak turun stesen Putra. Sigh!

Nisha memandang suasana sekeliling. Ramai girl, err memang la ramai girl dah aku masuk ladies coach. Lain la kalau masuk yang biasa punya. Tapi ada gak boy yang perasan girl masuk coach ni. Alahai.. Kasihan sungguh, jantina sendiri pun tarak tahu ka? Pergi check balik la.

Ada girl yang memang teringin nak book awal-awal tiket neraka dengan ‘bonjol unta sesat’ dekat belakang kepala. Hmm.. Yang pinjam baju ‘ad-hek bongsu’ diorang pun ada. Yang kinda sendat susah nak bernafas pun ramai. Yang pakai cardigan ikut trend zaman sekarang lagi la ramai. Pakai tu memang la boleh tapi kalau dah cardigan tu ketat follow bentuk badan tu tak dosa ke kak oii?? Aku pun pakai cardigan gak ni tapi saiz untuk orang yang dua setengah kali ganda lagi besar dari aku. Err... Bahasa senangnya besar la.

Terima kasih dekat abang Eid A.K.A sepupu aku yang suka sangat mengomen cara pemakaian aku sampai yang dulu aku punya la jahiliah dah henshin jadi err baik sikit cam sekarang ni. Mula-mula tu memang la tak suka. Menegur je keje, tapi kita kena bersyukur ada orang care dekat kita.

“Hahaha.” Tiga manusia yang terpacak dekat depan belah sana tu ketawa lagi. Err.. Budak-budak tak habis sekolah ni buat bising lagi dalam KTM. Macam KTM ni bapak dia yang punya. Dua perempuan dan seorang lelaki. Yang perempuan tu memang free hair, seorang rambut pendek bob style seorang lagi rambut panjang straight. Yang rambut pendek tu selamba je pakai short dengan baby tee. Ish. Ish. Ish. Kalau cina tu aku boleh la terima lagi.. Ini muka dah terang-terang melayu asli.. Great tact betul la!

Rambut panjang tu sopan la sikit pakai jeans dengan t-shirt lengan pendek. But aurat is aurat. Hukum tuhan mana boleh buat main oii. Yang lelaki tu lak, seluar betul-betul cukup tutup sampai lutut tapi bila dah duduk tu.. Kepala lutut yang punya la aurat yang sangat senang dijaga tu terdedah. Ha Great tact gak bang oii. Kalau nak sambung mengumpat dalam hati ni sampai tahun depan pun tak sure boleh habis ke tak. Tu tak masuk lagi part-part bertepuk tampar tak kira jantina atau mahram lagi tu. Ya Allah bagi la diorang ni taufiq dan hidayah. Nisha berdoa didalam hati.

                “KL Sentral. KL Sentral.” Nisha mendengar operater KTM annonce stesen yang baru kitorang berhenti ni. Budak bertiga tu keluar. Kuantiti yang masuk dalam coach ni makin ramai. Ada seorang wanita dalam usia awal 30-an dengan anak dia dalam 4 tahun gitu. Walaupun dia tak pregnant dan tak la tua mana, why not aku yang muda ni hulurkan je tempat duduk ni dekat dia. Kalau dia tak nak duduk pun anak dia boleh la duduk kan.

                “Achik, jemput la duduk.” Nisha berdiri sambil menghulurkan senyuman manis. Matanya bersinar-sinar nampak sangat dia memang mengalu-alukan mak cik tu duduk.

Mak cik tu senyum segaris dan kemudiannya dia duduk. Anaknya dipangkukan keriba. “Thanks dik.”

Nisha senyum je. Lepas tu dia nampak budak kecik tu senyum dan pandang je dia lama. Err? Nisha senyum balik dekat dia. Lepas tu tak tahu nak buat apa, Nisha buat-buat pandang kanan kiri. Tapi still terperasan budak tu asyik pandang dia je. Maap la dek, ha-kak ni tak sempat nak berguru dengan abang akak yang suka budak-budak tu, cara-cara nak bersembang dengan budak. Aku tak suka budak-budak.. Waa.. Masalah betul. Nak buat mcamana ni?

                “Mami. Mami. Abang nak salam tu.” Aku dengar suara budak 4 tahun tu bercakap dengan mak dia sambil jari telunjuknya tunjuk arah aku. Aku sebenarnya perasan tau tapi buat-buat tak nampak je. “Mami.. Abang nak salam tu.” Aku dengar lagi budak tu cakap macam tu.

                “Abang tanya la kakak tu. Nak salam boleh ke tak?” Mak dia jawab dengan mesra. Kasih sungguh sikap ibu kepada anaknya. Ish. Ish. Sungguh la aku terharu. Mata Nisha kembali bersinar-sinar. Dengan baik hatinya, Aku pun buat-buat terpandang kearah orang depan aku ni.

                “Kakak.. Abang nak salam boleh tak?” Budak lelaki yang putih melepak punya la kiut tu pun menghulurkan tangan.

Nisha senyum dengan matanya yang bersinar-sinar tak hilang terharunya lagi tu mengangguk kepalanya sekali. Tangan dihulurkan tapi sebelah je. Tak tahu cara bersalaman dengan budak kecik. “Boleh je.”

Budak tu pun sambut tangan Nisha tapi cara dia salam ni pelik sikit. Err tengok tak cerita fairy tale yang Disney punya tu? Ha budak ni salam macam gaya ala-ala prince charming. Hujung jari Nisha dipegangnya, tapak tangan diterbalikkan dan satu kiss disitu.

Err?? Nisha terdiam. Tak tahu nak bagi respond apa, Nisha terus mengusap kepala budak tu. Dah la dek lepaskan la tangan akak ni. Ada la dalam sepuluh saat gitu baru la budak tu lepaskan kucupan sekali dengan tangan Nisha. Ada gak manusia cam ni eh? Mujur budak-budak. Buatnya orang tu-hak memang aku rendam kepala dorang dalam boiling water 180oC berejam lama!

Lepas tu diam. Nampak sangat aku ni tak mesra budak. Err. Great tact! “Err.. Siapa nama abang eh?” Aku panggil abang sebab budak ni bahasakan diri dia abang.

Dia senyum dengan mata dia yang punya la bulat tu. Budak-budak semuanya cute masa kecik. “Nama abang, Haziq.”

Nisha garu-garu kepala. Respond yang patut aku buat? “Ooo.. Hadziq? Sedap nama tu.” Lambat-lambat aku jawab, nampak sangat tak ikhlas tu. Awkward gila suasana ni sebab aku ni bukan suka budak-budak sangat. Tapi layan je la labu.

                “Haziq la.” Budak tu betulkan sebutan Nisha. Gaya macam marah sikit sebab namanya tak disebut dengan betul.

“Err.. Ha. Ziq.” Sepatah-sepatah aku sebut. Lepas tu dia senyum terlebih gula sambil bersungguh-sungguh mengangguk kepalanya. Nama pun nak isu ke? Haih budak-budak ni pelik betul perangai diorang. Ke aku yang pelik sebab tak paham diorang? Aku senyum. Diam lama sekejap. “Achik nak pergi mana ni?”
               
“Nak turun rumah Tok Abah.” Budak tu tolong jawabkan.

Hehe?? Awkward sekejap. Ya Allah kau bagi la aku ni suka sikit kat spesis bebudak ni.. Great tact betul la. How come aku macam tak masuk dengan diorang ni.

Mak cik tu gelak-gelak. “Achik turun dekat Sungai Buloh. Ni, adik nak turun mana ni?” Kepala anaknya diusap-usap. Kasih sungguhkan sifat ibu?

Mata Nisha kembali bersinar-sinar, hilang terus api geram dekat budak kecik tu.

                “Ooo.. Saya turun dekat Putra.” Aku senyum.

                “Nak pergi PWTC ke?” tanya mak cik tu ramah.

Nisha menggeleng kepala. “Tak lah, saya jumpa je dengan kawan saya dekat Putra tapi pergi tempat lain.”  

                “Mami, kita nak pergi rumah Tuk Abah la.” Budak tu mencelah sambil menolak rambut maknya kebelakang. Mak dia ni pun free hair. Err aku pakai selendang eh, cuma nak citer sikit ‘the reality’ yang sebenarnya. Bilangan yang tutup ‘aurat’ betul-betul tu memang la sangat sedikit. Patut la penghuni neraka tu major perempuan. Ya Allah bagi la hidayah kau kepada kaum Hawa ini.

Nisha buat-buat gelak ikhlas. Saja memeriahkan suasana? “Apa-apa la Haziq. Chik, saya pergi dekat pintu eh, kejap lagi dah nak sampai Putra.”

Mak cik tu senyum. “Okay.” Lepas tu dia sembang-sembang dengan anak dia yang banyak kerenah tu. Haih. Mesti aku pun lebih kurang macam tu masa kecik dulu. Mama thanks lahirkan Nisha untuk rasa nikmat dunia ni. Nisha senyum segaris. Walaupun dah menjauhi mak cik and budak tu tapi gelagat diorang masih dihujung mata Nisha. Nisha nampak diorang kissing each other. Mulut ke mulut lagi tu. Tak salah, diorangkan anak beranak. Apa nak digelikannya lagi pun budak tu kecik lagi.

                “Putra. Putra.”

               

                “How’s life Nisha?” Ana bertanya khabar Nisha tapi mata dia fokus pada jalan raya. Tadi dia la yang jemput Nisha dari stesen Putra. Ye la dah rumah dia terpacak depan area PWTC.

Boleh je nak pergi KLCC guna public transport. Tapi leceh sikit, kena berhenti dekat KL sentral lepas tu kena berjalan keluar dari situ pergi ambik KL monorel lak, baru turun KLCC. Tapi aku dah la girl. Sorang-sorang lak tu. Ish. Ish. Bahaya tau. Apa pun apa gunanya ada kawan duduk dekat KL kan? Hehe.

                “Life? Haha. Baru je sem break ni, melepak je la kerja aku dalam rumah tu. Kau?”

Ana menghirup Nescafe menggunakan sebelah tangannya. Lampu jalan tengah merah.

                “Kopi lagi.. Dari zaman bujang lapok dulu sampai dah bujang moden ni kau tak change eh? Err Hantu kopi betul.” Nisha tarik muka bosan. Tadi masa dia masuk kereta Ana bukan main bersinar-sinar lagi mata dia excited jumpa kawan lama. Sampai tak terbuka mulut dan pandang je muka si Ana tu.

                “Hahahaha.. Best friend aku nak wat cam ne.” Ana senyum sebelum menyambung perjalanannya tadi. Ha kalau nak aku ceritakan macamana nak gi KLCC dari putra tadi , memang terima kasih. Aku  mana pernah hafal peta dunia KL ni. Yang aku tahu kena masuk terowong. Shah Alam tu pun dah berkurun aku duduk, tak ingat-ingat gak. Apa punya otak la.



Kitorang berdua tunggu kehadiran Syu lak. Ye la ingat nak gather ni senang ke? Sem break masing-masing tak berapa nak sama. Ada tetiba yang kena practical la, ada yang kena join camp la.. Macam-macam. Disebabkan dah lama sangat tak berjumpa, mulut kitorang berdua especially aku ni dah macam 10 orang bersembang dah gayanya.

                “Ana penat la sembang sambil berdiri kat kino ni.” Great tact betul la.  Kitorang ni sembang berdua dekat kedai buku? Adake patut. Haha.

                “Haah, aku rasa kakak tu asyik pandang kita je dari tadi.. Kau la sengal tarik aku masuk kino.”

Haah la, aku yang tarik tadi. Lupa lak. Aku suruh Syu tunggu kat sini senang sikit jumpa. Nisha kemudiannya menarik tangan Ana keluar dari kinokuniya. Elok je nak keluar dari situ, terserempak lak dengan Syu.

                “Eh eh!” Syu angkat tangan sekali dengan muka yang terlebih ceria.

Nisha senyum terlebih gembira. “Eh ehh!!” Nisha angkat tangan sekali gak kira reply la tu.

                “Buat apa dekat sini?” Syu sengaja cakap macam tu sambil datang bersalaman denga Nisha dan peluk laga pipi kanan dan kiri. Salam disampaikan.

Sengal! Boleh lak tanya aku buat apa dekat sini? Great tact! “Beli basikal.. Ha kau buat apa lak kat sini?” Nisha saja ulang balik soalan Syu.

                “Aku? Aku nak ambik baju kahwin dekat dalam kino ni.”sarcasm gila ayat dia ni tapi kitorang berdua bercakap memang penuh dengan semangat.

Ana datang menghampiri kitorang. Bahu kitorang ditepuknya sekali. “Wei, kakak tu dah meleser tembus badan aku.. Better kita keluar sekarang.” Haha. Suara diorang ni dah macam bersembang dengan 30, 40 orang dah. Malu aku.

Nisha dan Syu masing-masing berpandangan. Pecah ketawa dekat situ sampai kakak tu buat bunyi suruh diam banyak kali. Apa punya perempuan la kitorang ni. “Sha, aku rasa kita ni bersemangat sangat berjumpa sampai lupa nak control volume. Haha.”

                “Nisha, kau lapar tak?” Ana bertanya.

Budak ni makin hari makin menginsafkan cara dia menutup aurah. Moga istiqamah, ameen. Tengok? Aku kawan yang baik kan?  Hehe doakan yang terbaik untuk kawan. Nisha menarik tangan Syu dan Ana selepas diorang selamat bersalaman rapat menghampirinya. Nisha senyum je dengan mata yang sangat bersinar-sinar. Terasa ada bintang-bintang lak jadi side effect kat muka ni.

                “Kau kenapa?” Syu gelak-gelak je tengok gelagat Nisha. Bukan nak bercakap ke apa. Nisha ni senyum je pastu pandang kanan kiri banyak kali. Muka terlebih excited!

Nisha geleng kepala dengan muka excitednya. “Waaa... Aku winduu gila ngan korangg!!” tangan Syu dan Ana digenggamnya.  Elok je dia berjalan tengah antara diorang. “Waaa.. Aku nak nangis terharu ni boleh tak?”

                “La, kitorang kan dah ada depan mata kau ni..  Nak terharu apanya lagi?” Ana senyum-senyum je.

Syu gelak-gelak je. Memang la excited jumpa kawan tapi tak ada la over excited macam budak seekor ni. “Hahaha. Jom nangis sama-sama!” Syu jawab dengan bersemangat. Kitorang menapak ke food court.

                “Er.. Nii..” Suara Ana tak terkeluar.

                “Waa.. Aku gembira sangat-sangat hari ni..” Nisha senyum gembira lagi pandang manusia kanan kirinya lama. Sumpah bersyukur!

                “Dik, dik..” Ada suara dari belakang macam panggil kitorang.

So kitorang pun pusing la belakang. Err pak cik bawak troli penuh dengan tray, pinggan makanan kotor betul-betul belakang Nisha. Nisha melepaskan tangan Syu dan Ana, bagi laluan kat pak cik tu. Kitorang dah la jalan lambat-lambat. Kasihan dekat pak cik tu.

Dah la tengah ramai orang ni, tu tak termasuk budak-budak MRSM Johor yang entah aku tak tahu apa pasal ramai sangat dekat sini. Rombongan kut. Nama  pun sekolah.  Tapi.. Ramai orang ni “Waaa.. Aku maluuu!!” Nisha memerlahankan suaranya sambil menutup muka.

                “Err, aku nak cakap tadi, tapi kau potong dulu..” Ana senyum-senyum je menahan gelak. Tapi Syu memang macam hampagas! Dia gelakkan aku!! Great tact punya kawan!

                “Hahaha.. Dah la tu.. Jom la fikir nak makan apa.” Syu menenangkan Nisha yang dah sengaja buat-buat muka tak puas hati dekat dia.

Nisha senyum segaris. “Aku nak makan bento!!” Matanya dah mula bersinar-sinar balik.  Bersemangat je dia memberi idea.

                “Apakah? Aku tak pernah makan la bento.” Ana dah main garu-garu kepala yang dibelit dengan hijab bidang 60.

                “Tak pernah tu la kena pernahkan! Favourite aku tu!!” Mata Nisha bertambah bersinar-sinar excited. Kedua tangannya digenggam. “Jom la. Aku pandai part-part bagi idea ni.”

Syu gelak-gelak je. “Haha.. Jom je la.. Aku nak makan Bento Unagi!”

                “Waa.. Sedap tu unagi!! Aku nak Bento Shifudo! Ana kau ambik Shifudo gak la.. Sedap oo!!” Nisha bersemangat lagi memberi pendapat. Memang budak ni full dengan semangat!

                “Bento Shifudo tu apa?” Ana tanya lagi.

Eh budak ni banyak soal lak. Makan je la masuk mulut. Haha. “Sea food’s lunch box la. Haha.. Jom kita makan kenyang-kenyang lepas tu window shoping ke apa ke. Lepas tu solat zuhur dulu baru masuk Aquaria!”

                “Aku ABC.”

                “Aku pun tengah bulan mengambang.”

Great tact! Aku sorang je la ni.



Habis je solat tadi aku keluar tengok diorang tengah makan candy. Ni kes pergi masuk Candy-licious tak ajak aku la ni. Great tact! Untung la ABC. Haha.

                “Nah, ni untuk kau..” Ana hulur sekeping candy dekat aku.

Nisha dengan halobanya terus buka dan masuk mulut. Perghh Sodap no ha. Kitorang bertiga sama-sama berjalan lalu terowong bawah tu guna kaki tau! Ke Aquaria. Sumpah panjang laluan ni ha. Kalau ada yang buat sewa roller skate ke skate board ke kat sini komfem laku! Wei buat la!! Penat kaki aku nak berjalan ke arah sana tu ha.

Dalam perjalanan ni kitorang sembang la kehidupan masing-masing. Macam Syu sekarang ni busy dengan ijazah marine tech dia dan si Ana lak bakal jadi doktor gigi lagi berapa tahun. Dalam perjalanan tu tetiba lak aku ternampak ada satu board papan iklan yang penuh dengan contengan rakyat malaysia la kut. Kreatif and cantik. Nampak la priceless kat situ. Antaranya Wish, doodles and whatsoever.

                “Syu ada maker tak?” Nisha senyum nakal. Biar aku tambahkan koleksi. Hehe. Tapi kat board ni je la. Board lain bersih. Nak bervandalisme pun kena bertempat tau.

Syu pandang orang sebelah. “Ana, kau ada?”

                “Pen ada la.” Ana terus hulur kat aku.

                “Boleh la. At least aku bernah bervandalisme. Haha.” Nisha terus membuka penutup pen dan mencoret tulisan ‘Thanks’ dan melukis tiga orang lidi dekat situ.

Syu geleng kepala. “Vandalisme la sangat. Haha..”

Elok je aku habis tulis tu, aku ternampak lak ada seorang pak guard kat hujung sana. Alaa.. Baru nak conteng banyak-banyak. Cuak gak la nampak pak guard tu. Buatnya dia tangkap aku ke apa ke. Payah gak. “Err jom la korang, kita teruskan advanture kita yang tak terhabis ni.”

                “Alaa.. Kau cuak an sebenarnya?” Syu angkat kening double jerk.

                “Mana ada!” Nisha menafikan. Tak nak mengaku!

Sampai je dekat Aquaria tu kitorang beli tiket. Si Syu dengan Ana kena bayar 38 hengget! Mah-hal tu. Tapi aku bayar RM 30 je. Sebab aku terbawak kad student dengan tak sengaja sebenarnya. hehe dapat la discount sikit. Ehh RM 8 tu beza. Banyak la tu.

Masuk je dalam tu aku dengan naturalnya menjadi terlebih excited. Waaa.. Banyaknya binatang! Disebabkan Syu ni budak Marine Tech, dia selamba badak je pegang-pegang living fossil tu err apa eh namanya.. Lepas tu selamba je dia pegang Sea cucumber, star fish yang aku sikit punya geli tu macam tu je. Dog fish pun dia pegang. Aku takat sentuh-sentuh macam tu je la aku mampu. Ana lagi la hanya mampu jadi tukang tengok je.

Banyak maklumat yang aku memang tak pernah tahu Syu main ceritakan je. Aku sebagai kawan yang baik walaupun kos kitorang sangat la berbeza, aku redho je mendengar. Wei kawan kau ni budak business tau!! Pening kepala aku banyak sangat information tapi that’s okay. Mendalami ilmu alam yang tuhan ciptakan. Masa makan bento tadi pun dia asyik cakap Ulva sp je. Err itu nama specific untuk green alga A.K.A rumpai laut.

Syu ajar aku macamana nak bezakan binatang ni jantan ke betina ke. Tengok bawah dia tu je. Macam male shark dia ada claspers, kalau yang female ada cloaca. Dua-dua part ni penting untuk reproduction. Nak tahu specific lagi, pegi la beli buku anatomy untuk animal. Kitorang masuk dalam lagi tengok  banyak binatang. Banyak ikan, memerang, ular, serangga, katak berbagai jenis. Tapi ikan dekat sini lawa-lawa la. Yang paling best tu kitorang datang bukan time hari cuti, so Aquaria ni dah macam kitorang punya dah. Haha.

Yang paling aku excited tu tengok dekat aquarium utama. Ikan jerung!!! Waa suka gila, siap kitorang bagi nama lagi tu. Peah la, Meon la, semua nama aci zaman dulu kala je. Time kitorang pergi ke aquarium besar ni memang baik je waktunya. Waktu ikan-ikan ni nak diberi makan. So ada la orang pakai baju menyelam bagi makan dekat binatang-binatang laut ni.

                “Yang ikan pakai baju merah tu ikan Ana! Yang Ikan selar kuning tu ikan Syu!!” Dah batak gaya budak-budak kecik dah rasanya. Adooi, tapi bila lagi. Mata Nisha bersinar-sinar.

                “Yang skin biru tu ikan kau. Haha.” Syu dah main touch-touch  cermin aquarium nak tunjuk dekat aku. Kitorang duduk depan sekali masa show ni. “Tuuu ikan perang tu baru la ikan aku. Hahaha.”

                “Ala, kalau korang chop pun bukannya boleh bawak balik.” Ana memerli kitorang berdua.

                “Haha..Kitorang beli tapi kitorang soh orang Aquaria jagakan la. Aku kan boss besar yang sebenarnya dekat sini.” Ye ke? Haha suka-suka aku je mengaku jadi ma’am besar dekat sini. Orang Aquaria kalau dengar jangan saman aku eh. Gurau je.

                “Ooo!! Ikan jerung!! Dia pusing terbalik depan kitorang. Cuba teka tu jantan ke betina?” Syu dah main tunjuk-tunjuk atas dah.

                “Haa.. Aku dah expert dah part-part teka ni.. Aku kan anak murid kau yang genius. Hehe.. Tu betina kan?” Nisha jawab dengan bersemangat.

                “Yang tu lak?” Syu tanya lagi. Yang si Ana memang dah terlebih kyusuk tengok ikan. Malas nak layan aku la tu. Haha.

                “Tu jantan! Kau lak teka, penyu tu jantan ke betina?” Nisha tanya balik dekat tukang soalan tu.

                “Tu betina.”

Nisha dengan Syu dah main gelak-gelak dah. “Wei, aku rasa kita ni dah macam pervert lak.”

                “Wei.. Stu la kau nih. Fikir cam tu lak.. Kita kan tengah belajar ni.” Syu mengetuk kepala Nisha sekali. Sengal!

                “Syu! Syu! Ikan selar kuning Syu!” Aku tunjuk dekat kaca depan aku ni ha. Banyak lak datang depan aku ni ha. “Wei ikan aku bila nak datang lak?”

Haha.. Kitorang main gelak-gelak. Je. Banyak yang aku belajar dekat sini. Hebat- superb gila- coolio ciptaan tuhan. Sungguh la aku teruja menengok, ada la gak binatang yang agak pelik sikit dekat sini.



Masa pun berlalu dengan cepatnya. Dah nak pukul lima. Nisha dah buat muka sedih.

                “Kau kenapa ni?” Ana bertanya kepada Nisha.

                “Dah nak pukul lima..” Nisha jawab dengan muka yang dah habis sedih tu.

                “So?” Relaks je Syu menyoal.

Nisha buat mata meminta simpati depan Syu. “Waaa..”

                “Nanti jam.” Ana tolong jawabkan. Tahu je la. Pukul lima kan waktu orang balik pejabat. Macam tak kenal je KL ni macamana. Semua kena berpisah waktu ni.

Syu mengusap-usap kepala Nisha. “Dah, kau dah boleh nangis sekarang.”

                “Waaa!! Aku nak stopkan masa sekarang ni.. Waa.. Aku tak suka la berpisah. Asal kau nak balik Terengganu esok wei?? Waaa.. Aku benci kau.” Nisha buat-buat macam orang menangis. Tapi sumpah la sedih gila nak main berpisah-pisah ni. Kalau dengan Ana aku boleh la jumpa lagi, kitorang dekat je. Err tak ada la nak dekat sangat Shah Alam-KL je.

                “Alaa.. Napa nak benci aku lak? Aku tak bersalahhh!! Hahaha.. Jom kita stopkan semua jam yang ada dekat dunia ni!” Syu bagi idea yang tak berapa nak munasabah.

Kalau stopkan pun langit tuhan tu dari biru tetap bertukar hitam tau. “Waa.. Aku tak nak balik!!”

                “Aku nak balik. Kau tinggal sini sorang-sorang tau.” Syu sengih.

Ana senyum je. “Aku pun nak balik. Pape hal roger-roger tau. Mana la tahu kau diusir keluar dari sini ke kan. Haha.”

                “Sengal la korang! Cuba tipu aku sikit yang korang sanggup ke sehidup semati dengan aku ke apa ke. Cehh, ini terlebih jujur tak romantik langsung!” Nisha buat-buat gaya marah.

                “Tak nak aku sehidup semati ngan ko. Hehe.”  Famous Amos dah selamat ditangan Syu. Balik nanti melantak la.

                “Dah, Nisha kita kena balik sekarang.” Ana tolong stopkan drama sedih aku. Tangan Syu disalaminya dan tubuh itu dipeluk. “Ada masa In Sha Allah kita jumpa.”

                “In Sha Allah. Sha, dah cukup tu.. kau kena balik sekarang.” Syu menghulurkan tangannya.

                “Waa!! Aku tak suka cerita Cinderella!!” Nisha sambut dan peluk kawan baiknya itu.

Syu geleng kepala. “Cinderella lak jadi mangsa. Kau ni.”

Nisha dan Ana sama-sama melangkah menjauhi Syu. Nisha dah main Ta-Ta-Ta-Ta dah. Waa.. Sedih!! Lepas ni kena turun nak balik ke kereta dan terus pecut ke stesen Putra.

Setiap pertemuan tu mesti ada perpisahan. Tu la yang Ana cakap dekat aku masa aku asyik buat muncung je dalam kereta. Masa dekat stesen KTM pun aku macam tak rela nak keluar kereta. Kena berpisah dengan Ana lak. Sedihnya.. Tapi perpisahan yang paling lama tu mati. Mungkin kita akan berjumpa dialam sana. Mungkin tidak. Sama-sama la kita doakan family kita, kawan kita, semua umat islam jaga hidayah yang kita ada ni sebaiknya, jadi good muslim supaya layak masuk syurga. Ameen.