Friday 11 January 2013

me and people



Well.. Well.. Miss Alia, look what I found here.” Kertas yang baru sahaja Lia nak nyorokan tu terus diangkat tinggi oleh puan Aini. Kemudian dilihatnya lama isi kertas berkenaan. “You, kalau nak sangat jadi pelukis, you better berhenti belajar..Tak payah membazir duit parent you.. You hantar je lukisan you dekat editor majalah.. You dah boleh popular dah sekarang ni.”  Puan Aini menghadiahkan senyuman sinis kepada Lia.

Gulp! Berpasir rasanya tekak ni. “Sorry madam.” Kertas yang aku nyorok disebalik buku tu pun dapat dia kesan? Hebat sungguh mata Puan ni. Lagi tajam dari mata pisau. Pandang aku pun rasa macam kena aku di ditarahnya berkali-kali.

                “Sorry.. Sorry.. You not giving your attention during my class.. Macamana nak pandainya? Jawab soalan 5C sekarang dekat depan.” Kertas tersebut terus dikoyakkan oleh Puan Aini. Beliau kembali kehadapan kelas, sengaja soalan yang paling susah disuruhnya Lia jawab. Bukannya dia tidak tahu, chapter satu pun baru je budak-budak ni belajar sekerat. Awal sem la kata kan.

Satu kelas memandang Lia kasihan. Ikin yang duduk disebelah Lia juga turut bersimpati. Bukannya Madam Aini mengajar apa pun. Dia syok sendiri berleter pasal diri dia sendiri je dari tadi. Budak-budak pun dah naik bosan. Sila bayangkan kalau seorang hamba Allah tu bercakap tanpa tekan brek? Kelajuan suara tu tahap 180 KM/J? Suara volume 1? Ha buatnya time waktu tengah nazak cenggini,  11.45 tengahari. Ramai yang dah tersengguk-sengguk, lagi-lagi student lelaki.

Bukan Lia seorang je yang main conteng-conteng kertas, ada yang lagi teruk dari tu. Ada yang tidur, ada yang main text-text massage, ada yang bersembang, yang makan keropok lekor pun ada, choco-choki tak payah cerita la. Tu memang makanan rutin pelajar kampus ni turun-temurun, memang adat makan nyorok-nyorok time lecturer mengajar.. Lia yang tak kacau siapa-siapa pulak yang kantoi. Punya la satu kelas bau kopok lekor, itu lak yang selamat? Puan Aini ni hidung dia tersumbat ke apa?

Lia senyum je. Dalam hati tuhan je la yang tahu. Adake patut dia main maki-maki aku depan semua orang? Hormat punya pasal, Lia mengalah. Malas nak panjangkan cerita, terus dia berjalan menuju ke white board hadapan. Maker pen diambilnya dari meja guru. Tap! potong belah kanan. Tap! Tambahkan acid, potong  belah kiri Tap! Tidak sampai seminit Lia membuat equation persamaan kimia tersebut. “Siap, madam.”

Terdiam sebentar Puan Aini disitu. Semuanya betul, tiada satu pun yang salah. “Hmm.. Bagus, lain kali bila class I je, please tumpukan hundred percent.. Okay, buka page sebelahnya..” Puan Aini berfikir sejenak sebelum membuka mulut. “ For next tutorial.. I nak you all buat satu chapter ni sampai habis.. No more excuse.” Puan Aini mengemaskan barangnya diatas meja lecturer. “Okay.. Assalamualaikum.” Kemudiannya dia berlalu keluar.

                “bawak bersabaq la Lia uii.. Nak buat macamana, angin madam tu tak betui.” Intan budak lorat utara mengusap-usap belakang Lia perlahan. “Sabaq naa.”

Sejuk sikit hati aku ni..Huh.. “Dok pa ahh.. Da rezeki saya berkenalan dengan Madam Aini macam tu.. Nama saya Nur Alia.. Awak?”

                “Allah.. Lupa lak nak kenaikan nama cek.. Hang panggil ja cek  ni Intan.” Intan menepuk dahi seolah-olah macam terlupa sesuatu. “Cek orang perak, tepeng sana tu.. hang?”

Ooo.. Patut  bunyi macam orang kedah.. Budak taiping rupanya. “Haha.. Ooo cek orang Selangor.. La.. Taiping je, dekat la sangat dengan sini.” Lia senyum segaris. Baru masuk sini tak sampai tiga minggu, tu pun terus dapat soalan bonus jawab chapter berapa pun aku tak tahu. Kawan sekolah pun tak nampak batang hidung. Entah wujud entah idak dekat kampus ni. So, tengah alone la ni. “Hang mesti balik rumahkan minggu lepas?”

                “Dok ah.. Cek ni indi tau.. Tak main la balik-balik rumah, buat habis duit ja.. Penat mak ngan pak cek bagi.. Wat pa nak dok pi baziaq balik tak sampai dua hari. Cek tunggu cuti lama sikit.”

Ikin yang duduk disebelah Lia main cucuk-cucuk bahu Lia.

Lia toleh kekiri. Sengih sekejap. “Main poking-poking lak. Haha. Tak sempat berkenalan tadi, terus lak duduk sebelah awak..” Ye la, aci main masuk kelas lambat, terus duduk sebelah siapa-siapa pun.. Memang patut Madam Aini duk ushya aku la dari tadi. “Nur Alia.” Lia menghulur tangan, minta disambut.

                “Nurul Asyikin.. Panggil Ikin je.” Tangan Lia disambut. Intan yang berdiri dibelakang Lia pun disalaminya. “Sian awak kena ‘belasah’ dengan madam. Senior kata dia tu angin sikit..”

                “Dah sampai bulan la tu..” Lia mengagak. Masing-masing ketawa. “Seriously, tak kisah pun Madam buat saya macam tu.. Salah saya jugak.” Memang la mula-mula tu terasa panas je dengan Madam. Tapi bila fikir betul-betul salah aku gak. Lagi pun biasa la manusia. Mana kita tahu perangai diorang macam mana. Kalau kita okay, diorang mesti okay punya.

“Tak pun, tak dapat la tu.”Intan join sekaki memberi  pendapat.
Ikin dan Lia memandang kearah Intan. Dua-dua buat muka blur. Umur tak masuk dua puluhan lagi. Masing-masing punya otak masih suci. “Apakah?”

                “Intan.. Dorang tu budak bawah umur lagi la. Kau ni mengajar je kerja.” Fira yang duduk sebelah Intan menegur. “Sengal!” Kepala Intan diketuknya sekali. Member kalau dah rapat, semuanya kira halal.

                “Eh, korang ‘kakak’ ke?” Lia angkat kening.

                “Tak la.. Kita sebaya okay? Fira maksudkan hampa ni otak suci lagi.. Well, Fira ni taksub sangat dengan ilmu Bio tapi last-last major fizik gak dia ambil.” Intan tolong explainkan untuk Fira.

Fira menyubit pipi Intan geram. “Baik sikit budak ‘comel’ ni.. Suka je mulut dia memuji orang. Ooo Lupa lak nak kenalkan diri.. Aku Siti Fira Ilyana, panggil Fira je..” Fira menghulurkan tangan kepada Lia dan Ikin.

                “Firana.” Mael yang baru siap mengemas barangnya menghampiri kelompok empat sekawan itu. Iqbal dan Azri tumpang ketawa.
Fira memandang tajam kearah suara tu. “Kau Mael, aku cili padikan mulut kau tu baru tahu.”

Hahaha.. “Kawan kau ke Mael?” Iqbal bertanya.

Mael gelak sambil menggeleng kepala. “Crush aku masa sekolah rendah dulu.. Hari-hari si pirana ni ajak gaduh.. Mana boleh lupa.. Dan-dan lak kitorang ni ‘jiran’ satu taman sampai sekolah menengah. Pastu ada jodoh lak jumpa dekat sini.”

                “Blah la kau.”Muka Fira dah naik merah menahan marah. Aku alergik betul mamat seekor ni la. Dari zaman kelahiran dia dulu sampai sekarang kerjanya nak membuli orang je.

                “Hey, girl.. You memang superb gila jawab tadi sampai tercengang si Aini tu.” Azri angkat tumbs up  kepada Lia.

Masalah betul la diorang ni. Dia panggil madam Aini tu Aini je? Macam kawan dia lak. “Ikin aku nak gi bistro nak join sekaki tak?” Lia buat tak layan. Lelaki ni kalau dilayan makin ngada-ngada jadinya. “Intan, Fira?”

                “Jom la.. Aku pun malas nak layan si Mael ni.” Fira mengangkat beg.

“Eehh.. Relax la, kita tak berkenalan pun lagi.” Azri tumpang duduk diatas meja Lia. “Hey, I dengar you muda setahun dari kitorang.. Betul ke?”
Lia berdecit. Geram betul la diorang ni. Berani pulak duduk atas meja aku ni. Buku tutorial aku lak suka je dia ‘raba-raba’ atas meja tu. Mamat ni memang kurang ilmu betul la.“Kalau ye pun kenapa?” Jawab Lia nak tak nak.

                “Kalau betul.. Hmm.” Azri buat gaya berfikir dengan meletakkan jari telunjuknya didagu. “You kena panggil I abang la.” Buku Lia yang terletak diatas meja diambilnya, lalu dibelek-belek. “Nice drawing.” Sketchy gambar dragon ditatapnya. Pergh memang kemas lagi part sisik-sisiknya.

 Lia buat muka steam.. Tu Gi-La namanya.. Kalau orang tu kau, memang kirim salam la jawabnya.

                “Lia, jom la. Aku dah naik rimas dengan diorang ni.” Fira dah tarik Intan awal-awal. Ikin still stay menunggu Lia.

Nafas geram dihelakannya. “Give me that book.. ‘Bro’.” Nada amaran dikeluarkan.

                “My gut.. Dah panggil I abang.. Wow, impressive.. Good girl.” Azri senyum nakal. Iqbal seorang je yang neutral, malas nak layan orang.

Lia macam nak rampas buku tapi Azri dah angkat kelangit awal-awal. “A-a-a-a.. Not so fast.” Jari telunjuknya dibuai kekanan dan kekiri dihadapan Lia. Bibirnya mengoyak senyuman nakal.

Tak nak kasi sudah la. Tension aku. Ni yang aku rasa macam nak buat formula fizik pasal ‘tension’ ni. “Ikin.. Jom?” Beg sudah dijinjitnya.

                “Your book?” Ikin garu kepala.

Malas aku nak layan. “boleh hidup la tak ada buku pun. Jom la blah.”

                “Alaahai.. merajuk pulak.” Azri sengih je.



                “So, Lia betul la hang muda setahun dari kitorang?” Intan menyuap roti sosej ke mulut. Baru je selamat bersembang pasal zaman sekolah menegah dulu. Semua lain-lain school.

Alamak. Kantoi lak umur aku. Almaklum la aku pass PTS masa zaman sekolah rendah dulu, tu la save one year. “Haah.. Kenapa? Nak aku panggil korang kakak ke?”

                “Doyai.. Emo lak budak seekor ni.. Tak payah nak ber-kakak sangat la dengan kitorang.. Tak syok la.. Panggil biasa-biasa dah la.” Fira menggoncang-goncang botol 100 plus, nak bagi keluarkan gas bila minum nanti.

Ikin membetulkan kolar bajunya. Dia diam je kurang bercakap. Antara kitorang berempat, Ikin seorang je yang free hair. Fira pakai tudung gak tapi atas dada diselempangkannya. Bentuk dada tu nampak kut. Ya Allah, semoga diorang diberi hidayah.

One day nanti bila dah rapat sikit dengan diorang aku nak nasihat sikit part aurat. Sekarang ni kena banyakkan berdoa dulu bagi diorang lembut hati. Kang aku tegur kang ada lak yang putus saudara. Nak menegur ni kena step by step.

                “Lia. Hari ni jumaat tau.” Ikin buka mulut.

Memang la.. Kenapa dengan hari jumaat? “Saya tahu tu.. So?”

                “Hari ni subjek last  kita lab fizik..And tutorial with Madam Aini is on Monday morning.” Ikin mengacau-ngacau air orennya. “Tahu tak?” Ikin memandang Lia sekilas dari hujung mata.

Alamak!! Ayoyo, amma appa!! “My book!”

                “Petang ni hang kena dapatkan jugak buku tuto hang tu Lia.. Kalau tak...” Intan buat gaya kepala dipenggal, siap lidah terjelir keluar lagi tu. Kriak! “Macam ni la jawabnya.” Lia dah la baru je buat masalah tadi dengan Madam Aini. Nak kena lagi? Memang tamat la riwayatnya hari ni.

                “Firaa!!” Lia memandang kearah Fira.

Fira angkat tangan offhanded. “Sekian terima kasih.”  Suara dah habis sarkastik. Tak nak terlibat dengan Mael.



                “Okay, I nak you all group in pair. One girl one boy now.” Sir Im memberi arahan. Bilangan lelaki dan perempuan lebih kurang sama je dalam kelas ni. Fizik, biasa la ramai boy.. Nak-nak Bio.. hmph kalau kelas tu ada 20 orang, satu tak pun dua orang lelaki je yang ada. Paling tak pun empat orang. Percaya la.

Semua student buat muka blur. Masing-masing tak berapa nak kenal lagi. “Satu meja empat orang sahaja.”Tiada seorang pun student yang mencari pasangan masing-masing. Kau gila apa kalau aku tiba-tiba ajak boy tu jadi partner aku lepas tu dia reject? Tak ke malu tujuh keturunan tu namanya.

                “La.. Awat tak gerak? Cepat la.” Gesa Sir Im.

Baru la semua aci paksa diri bergerak cari pasangan. Tiba-tiba Azri datang menghampiri Lia. “I jadi partner you boleh?”

Astagfirullahalazim.. Mala petaka spesis apa ni? Lia pandang nak tak nak je. “Ha.. Iqbal, awak jadi partner saya lah.” Soalan Azri tak dijawabnya tapi Mulut ni sedap je tanya orang sebelah Azri tu.

                “Sorry Lia, aku dah sah jadi partner Ikin.” Iqbal meletakan jotter book diatas meja dihadapan Lia. Ikin duduk disitu.

Sah? Kau ingat ni main kahwin-kahwin ke apa? Lia pusing kebelakang. Semua dah selamat ada partner. Adooii.. Kepalanya ditepuk sekali. Masalah setinggi everest!

                “Yes, Abang baju merah sana tu. You kenapa berdiri lagi tu?” Sir Im bersuara lantang dari meja hadapan memandang Azri tepat.


Sumpah aku tak suka buat kerja dengan budak lelaki. Kang bertangguh la, apa la. Redhakan hatimu wahai Lia. Redha la...

Azri terus duduk disebelah Lia. satu meter jauhnya.

Sir Im pun mula memberi keterangan tentang kelakuan didalam lab. “Bla... bla.. bla..... I nak, sampai hujung sem partner you ni tak berubah. Kerjasama perlu diberikan kedua belah pihak. Yang perempuan jangan nak merungut nak partner sama jenis ke apa, zaman kamu kerja nanti mungkin begini la jawabnya.. bla.. bla.. Boy, I tak nak you buat kerja sambil lewa. Experiment buat sama-sama. Report buat sendiri.. Result bla.. bla.. No copy cat.. Kalau I tahu ada yang buat macam tu, automatik tak ada manual-manual lagi dah, I bagi ‘telur ayam’  sebijik bla.. bla..”

Mati la. Ni partner aku satu sem? Yakuza ni? Suka-suka je aku gelar dia samseng. Err.

Azri mengangkat jotter booknya kekiri. Buku tutorial chemistry diseret diatas kekanan meja terus kedepan Lia. “Sorry.”

Lia memandangnya tajam. Buku tu diambilnya. “Thanks.”




Dah 6.40 petang, hari ni terasa rajin lak nak pergi sembahyang maghrib dekat masjid. Budak-budak bilik diajaknya join sekaki tapi seorang je yang sudi temankan. Yang lagi dua orang roomate tu dah mula sesak sibuk dengan banyak assignment.. Budak Bio, macam tu la kut fitrah diorang. Mujur diorang ni katogeri budak-budak baik. Alhamdulillah Allah bagi kawan yang baik-baik dekat aku. Lia senyum lagi. Senang la aku jadi manusia yang beriman sikit In Sha Allah sebab kawan-kawan aku ramai budak-budak baik.

Mak pernah cakap dulu, kalau kita nak jadi baik kita kena pandai pilih kawan.. Kalau kawan dengan orang yang baik, kita pun akan jadi baik sikit-sikit. Kalau kita kawan dengan orang jahat kita pun akan jadi jahat gak. Ye la sama la macam kalau kawan kita tu jual perfume, kita pun mesti terkena bau wangi tu.. Kalau dia kerja benda yang busuk, kita pun mesti terkena bau busuk sikit. Apa-apa pun back to ourself balik la. We choose hell or well sendiri kan?

                “Lia, senyum teringat siapa lak tu?” Ira  membetulkan tali kasut.

                “Tak la.. Aku happy dapat member yang baik-baik macam korang.. Mujur kita ni tak busy lagikan? Kalau tak macam diorang tu la jawabnya kut, Hari-hari tidur pukul 2 tak pun 3.. Baru awal sem tu.. Dah hujung nanti macamana la.” Masing-masing berjalan menuruni bukit. Jauh gak masjid ni. Tak pe, makin banyak pahala aku berjalan. “Best tak budak acount?”

Ira sengih je. “Pergh.. Habis best lah.”

Lia angkat kening. Best? Hadap nombor je kerja. Boleh migrain kepala aku ni tengok nombor banyak-banyak tau. “Apa yang bestnya?”

                “Boy kitorang.. Semua smart-smart tau.” Ira angkat kening double jerk.

Lia sengih. “Kesitu lak? Kau ni datang sini nak belajaq ka nak mencari jodoh?” Eh terkeluar lak lorat utara. Intan la ni. Asyik nak tambah huruf ‘q’ je hujung ayat. ‘a’ lak kena sebut betul-betul. Ye la, orang Selangorkan huruf ‘a’ tu aci sebut ‘e’ je.

                “Hahaha.. mana hang belajaq bahasa utara ni? La dah alang-alang datang sini, kena la tenggelam sambil minum ayaq sekali.” Ira senyum. “Mana la tahu, jodoh aku orang businessman ke apa ke.”

Kepala digeleng sekali. “Ada lak tenggelam.. Menyelam la.. Haih..  Kita ni nak pergi masjid ke apa ni?” Nada perli sengaja dikeluarkan. Kemudian dia tertawa. “Seriously, aku tak pandai nak marah kau..”

                “Dah, dah.. Kita bertafakur dalam masjid lagi banyak pahala.”

                “Aku nak bagi ikan makan sebelum masuk masjid nanti..” Roti gardenia yang dah sampai tarikh luput ditunjukkannya.

                “Nak join!”

                “Boleh saja.” Bahu diangkat. Tak kisah.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...



                “Sedap gila suara imam tadi kan?” Lia senyum segaris. “Serious, syahdu gila. Macam ni la baru boleh jadi calon suami.. Ni tak, kau tengok luaran je..”

Telkung dah selamat dilipat masuk kedalam beg. “Mak cik uii, kita tak keluar lagi masjid ni, kau dah cerita hal duniawi dah.”

                “Duniawi ke? Laa.. Aku cakap ciri-ciri lelaki yang soleh tau.. Boleh jadi Imam, Bacaan semuanya betul.” Yang pasti bukan geng-geng yakuza yang semalam tu.. Err Taubat aku. Nak-nak si Azri lagi la, agak-agak jejak masjid pun tak pernah.

Kasut merah itu disarungnya. Setapak-setapak mula menjauhi masjid. Yakuza ae? Macam terlupa sesuatu la pulak. “Ira.. Kerja aku semua dah settle ke?”

                “Mana aku tahu.. kau tak pernah bagitahu pun..” Beg telkung dijinjitnya.

Allah!! Tutorial Chemist aku.. Report physic aku.. Doyaii, boleh lak lupa. Esok ada program lak. Mati la kalau aku tak siap buat.. magai!! Lia dah main garu-garu kepala yang dilitupi tudung. Serabut gila kepala ni.

                “Ira?” Satu suara garau memecahi sunyi.

Lia memandang kearah suara yang menegur roomatenya itu. Azri? Eh pandai lak dia pergi masjid. Aku ingatkan yakuza macam dia ni tak reti jejak kaki tempat-tempat suci cenggini. Elok je pakai kopiah putih dikepala. Baju t-shirt biasa je tapi dekat tangan tu macam tersangkut jubah putih. Pandai dia belakon baik ae?

                “You dapat sini jugak.. I ingatkan you dekat pulau pinang.. Dekat sikit dengan rumah you.” Azri menegur sekadar berbasi dengan Ira. “Eh, Lia pun ada? You buat apa dekat sini?”

Eehh, tanya aku buat apa? Dah latar belakang kitorang ni masjid, komfem-komfem la sembahyang pak cik oii. “Main congkak.. Tu guli nampak tak?” Lia tunjuk kearah tanah.

Hahaha. Azri ketawa. “Okay la, I nak balik dulu.. Nak siapkan tutor. Tak sanggup nak tebalkan telinga Isnin ni.” Azri meminta diri siap bagi salam lagi tu. “Ha.. enjoy kay main congkak tu.”

Ira menepuk belakang Lia. “Ha.. Tu la calon yang kau nak sangat tu.”

                “Apa benda nya?”  Tanya Lia tak faham.

Ira sengih. “Imam solat isya’ tadi la..”

                “Tipu la.” Lia buat acu tak acu. Nak menipu pun tak payah la dekat aku. Mamat tu dah la suka menyakat perempuan. Nak jadi imam? Tak layak la sangat.

                “Apa yang tipunya? Betul la tu.. Aku kenal sangat suara dia. Tadi pun aku sempat usyha siapa imam.” Masing-masing bersembang sambil berjalan menuju ke kolej kediaman. “Dia selalu la jugak jadi Imam zaman sekolah menengah dulu”

                “Ingat aku boleh percaya ke. Baru je semalam dia main duduk je atas meja aku, siap ambil buku aku lagi tu.. Itu ke nak jadi imam? Please la.” Lia buat muka geram. “Dah la panggil Madam Aini tu Aini je macam kawan sendiri.. Apa la.”

                “La, dekat sangat ke jarak meja kau dengan kau masa tu?”
Dekat ke? Jauh sebenarnya. Ada la tak sampai setengah meter sebab dia duduk hujung meja. Aku lak kerusi dah kebelakang masa tu. “Tak, tapi kira tak ada adab la tu.”

                “Sebab kau pandai melukis.. Mamat tu suka seni. Dia pun pandai melukis tau.. Standard la dia panggil lecturer without title.. Ala, boys kan memang macam tu.” Ira menumbuk bahu Lia perlahan.

Haha ye la tu. Gaya macam nak tackle aku je. “Dia offer diri jadi partner aku tau. Suruh aku panggil dia abang lak tu.”

Ira buat muka kerang busuk. “La.. mesti kau ingat dia nak tackle kau kan? Mamat tu innocent sikit. Suka buat orang perasan tapi dia sendiri tak tahu yang dia buat orang terperasan..”

                “Apanya?” Lia rasa macam tak puas hati. Aku nak perasan? Tolong la.

                “Dia nak kenal dengan kau la tu.. boleh share-share lukisan ke apa.” Lengan Lia dipeluknya. “Kau perasan ae?”

                “Puh-lease..” Tangan diangkat ke bahu dan anak matanya sengaja dijulingkan kelangit.

                “Lia.. Tak baik tau berburuk sangka dengan orang.. Kau ni prejudis sangat dengan semua lelaki. Cuba muhasabah diri tu balik.. Memang la kita kena jaga batas pergaulan kita tapi kalau dah anti sangat, tak boleh bawak berbincang macam kau ni... Negara boleh corrupt tau tak?” Pipi Lia ditujah-tujahnya perlahan. “By the way, nabi kita lelaki tau.. Okay je. Ayah kau, lelaki.. Hmm, Angah kau lelaki.. Bakal suami kau nanti pun.. Mesti la Lelaki.. Tak kan perempuan kut.”

Lia sengih tawa. Haah.. Aku ni asyik fikir semua lelaki tu sama je. Teruk betul la aku ni. “Alamak! Tutor aku.. Ira, jom balik cepat!”

                “Ala.. aku baru je nak ajak kau pergi cafe.”

                “Alah, kerian dengan cafe dekat la.. Pergi je la.” Esok aku kena minta maaf kat mamat tu sebab asyik dok mengumpat dia je sorang-sorang dalam hati ni. Sorry ye bro. Lepas ni aku pandang kau macam manusia biasa. Sorry sangat-sangat.



Hey people, as Eminem once said: "What you see from where you're sitting is probably 110% different."



Lia berjalan ketempat Azri. Mujur dia tengah sorang-sorang kat Lib ni. Kalau tak memang tak la aku nak kesini.  Sehelai kertas dihulurkannya. Lukisan gambar seekor kuda. Bawah tu tertulis, ‘sorry, banyak mengumpat pasal awak.’

Azri senyum segaris. Sehelai kertas dikoyakkannya dan ditulis sesuatu.

                “Deviantart?”

                “Where art meets application. Hehe. Tu, I punya emel deviantart 

kalau you nak tengok lukisan I la.. You nak post you punya art pun tak apa.. Nak usyhar-usyhar pun boleh. Try la buka deviantart.”

Ooo.. Memang la aku ni terperasan dari hari tu.. "Nanti saya buka la."


Jom jangan judge orang ikut suka hati jom? Kita tak nak kan orang judge kita buruk? So, kita pun jangan la suka-suki main judge orang. C: 



No comments: