Thursday 10 January 2013

Take five:Gaza


Rizque cuba mengacah-acah pergerakan tangannya dihadapan Izz. Bola berwarna merah itu dilantunkan kekanan dan kekiri, begitu juga dengan badannya. Vent yang tiba-tiba muncul dari ceruk mana entah dengan tangkasnya merampas bola tersebut dari tangan Rizque.

                “Gotcha!” Vent sengih dengan bangga. Akhirnya dapat juga dia merampas bola tersebut dari tangan kembarnya. Dilantun-lantunkan bola tersebut.

                “Vent! Hulur dekat aku sekarang.” Adam cari port yang sesuai selain dapat mengawal pergerakkan Eid.

Bagi la aku berlagak dulu! Baru dapat pegang bola kut.

Kurt tolong melantunkan bola untuk Vent secara tiba-tiba. Pusingan 270 darjah dilakukannya. Sengaja Kurt menjauhkan jaraknya dengan jaring gol yang tak sampai 3 meter dihadapannya itu. “Nice try Ventus.” Suara habis sarkastik diucapkan dengan volume -3 yang hanya boleh didengari Vent.

                “Oh Man!! Not this time.” Cap Nike berwarna putih yang melekat diatas kepalanya dicampak ke court. Asyik kalah je! Vent mencekak pinggang tak puas hati.

Satu sudut yang agak selamat dilantunkan bola, Kurt membuat satu loncatan yang agak tinggi. Shoot! Satu jaringan 3 mata berjaya dilakukannya.
High 5!

Vent angkat tangan bentuk ‘T’, rest! “Pritt, pritt!!” bunyi wisel buatan mulutnya sendiri. Adam baring dan  Rizque terus duduk keletihan ditengah court, yang lain pergi mendapatkan beg yang main dicampak ditepi court. Izz terus menggogok ganas 100 plus sebaik sahaja beg yang berwarna coklat lusuh itu dibuka.

Eid geleng kepala. “Cuba berlajar baca bismillah nak minum air tu.”

Izz sengih je. “Haus tahap kemarau sangat la ustaz.”

                “Que, Nak air tak?” Vent panggil dari jauh.

Dah dekat dua jam aku main, mesti la nak.. Err, kata je kembar! “Wajib la nak, kembarku.”

                “Haa, kesini la kembarku!” Botol coke kegemarannya dikeluarkan dari beg timberland yang berwarna hitam. “Kau pun Dam, lepak sekaki dengan sekupupu kau ni.. Ceh, jaring tak semegah nak berangan letih lak.”

Kurt dengan muka tak ada perasaannya membuka mulut dengan hujung anak mata memandang Vent. “Nagging.” Sepatah je ayat yang keluar tapi kalau ditranslatekan maksud Kurt tu lebih kurang begini: Kau becok macam perempuan la brother.

Mamat ni suka buat aura beku!

Rizque mengambil tempat disebelah Vent. Botol coke bertukar tangan. Baru je nak buka, Eid toleh kearah lain. Muka tawar semacam. “Kau nak ke Eddy?” Botol coca cola dihulurkan kepada Eid. Eid menggeleng kepala.

                “Asal muka kau macam kurang garam?” Adam menyenggol bahu Eid. Jersi Barca dah lama ditanggalkan dari badan. Panas punya pasal.

                “PMS ke brother?.” Izz sengih nakal. Double jerk diangkat. Kitkat dihulurkan kepada Kurt.

                “Adik manis.” Gaya bangla sengaja Adam tambah.

Masing-masing pecah ketawa kecuali Kurt yang memang emotionless dari zaman neolitik. Bahu Izz ditumbuk agak kuat dengan genggaman tangan kanan Eid. “Gurau kasar nampak bang?”

                “Wei, sakit dowh!”

                “Alaa.. Kau Eid, cakap je la apsal?” Jari dipetik seakan dapat mengagak. “kau nak kahwin lari ye!” Izz menghulurkan coke yang Vent hulurkan tadi. “Aku tak minum lagi.”

Vent yang separuh gogok air coke dia tersembur kemuka Rizque. Kelakar punya pasal. Izz ni otak dia memang betul la 90%  penuh dengan benda yang related dengan perempuan!

                “Uh-oh, kena Que.” Vent sengih. Sorry kembarku. He. He.

                “Woii! Muka aku yang kachak!” Tangan Rizque dah selamat mengenggam leher Vent.

                “Dah la Eid, kalah hari ni tak bermakna kita kalah esok.” Belakang badan Eid diusap-usap perlahan oleh Adam. “Kau punya pasal, hari ni aku belanja kau Big Mc favourite kau dua? Amacam? Lupakan je la kesedihan masa lalu kau tu.. Yang aku sendiri pun susah nak telek.” Entahpape yang dia cakap pun dia sendiri tak faham. Adam buat nada insaf. “Bersabarlah kawan.”

Eid senyum tawar. “Lawak spesis deuterostome apa pulak kau ni Dam?” Eid mengeluh perlahan. “Tak.. Tiba-tiba je aku rasa sedih.. Bila aku duduk sini, baru aku sedar aku ni tak bagi sumbangan apa-apa pun dekat rakyat Gaza sana tu..”

                “Meaning?” Vent bertanya tak faham. Apa kaitan main basket dengan perang lak?

Rizque yang memang tak berapa nak suka sangat dengan sesi ceramah duduk je dengan taat dan setia. Adoi, main Gaza-Gaza lak ustaz sorang ni. Cukup la dalam FB je. Ikutkan hati rasa macam nak duduk jauh-jauh ke cucuk telinga dengar The Cardigans ke okay gak tapi letih punya pasal.. Mp3 pun tak bawak, heh redho je la.

                “Kita baru dua jam main tapi dah penat gila..” Izz dipandangnya. “Terus gogok air.. Diorang yang dekat Palestin tu.. 25 jam sehari bermain dengan nyawa.. Air pun belum tentu diorang ada untuk diminum, lagi la makanan..”

Vent buat tangan chop. “Dude, sehari ada 24 jam je la.. Suka kau ubah fakta ey?”

                “Err, Aku rasa sebut 25 lagi sedap dari 24? Hehe.” Maknanya diorang kira tak cukup masa lebih kurang camtu la. Aku sendiri pun tak berapa pandai nak discribe.

                “Boleh pulak?” Vent geleng kepala. Nampak sedap sikit ayat kalau guna word '25'.

                “Sian gak.. Diorang?” Izz tak tahu nak bagi respond apa. Rasa macam banyak je pasir dekat tekak ni. Aku memang fail sikit part-part islam ni. Tengok je la seluar yang aku pakai ni. Pendek atas lutut. Yang penting selesa.

Eid menggaru kepalanya. Kalau nak ikutkan yang paling beriman sikit dikalangan diorang berenam, dia la first. Itu pun sebab family dia yang selalu paksa dia dari kecil pergi masjid, solat berjemaah dengan dengar ceramah. Alhamdulillah jadi manusia jugak si Eid ni. “Just imagine, someone that you really love mati depan mata kau.. Kau punya mak, ayah kena pancung.. Kriak!” Adam yang duduk disebelahnya dibuat gaya pancung dengan tangannya. “Kena bom.. To! To! To!” Kepala Vent dimain luku-luku, gaya macam banyak bom jatuh atas kepalanya.

Vent mengelak-elak. “Sengal la kau Eid! Buat aku takut je.” Macam kena bom betul pun ada gak. Cuma bezanya aku tak mati.

“Kena sembelih depan mata kau..” Adam jadi mangsa lagi, gaya sembelih lembu dibuatnya. Tangannya dibuat tolak kekanan kekiri dileher Adam. “Bismillahirrahmanirrahim..”

                “Eid, Kok ya pun ko nak sembelih betul kepala aku ni, ambil la parang betul. Baru trill. Ha. Ha” Mati aku kalau dibuatnya betul.

                “Oit, orang israel mana baca bismillah!” Rizque gelak pecah perut. Baru la rasa suka sikit dengar ceramah kalau gaya sempoi macam ni.

Eid meneruskan semula ayatnya tadi. “Bukan takat kesian. Ni zalim dude. Tak berperikemanusiaan.”

Semua diam. Kepala lebih keras dari diamond, apa yang Eid cakap tu tak dapat dirasai lagi kecuali Vent yang asyik main menelan-nelan liur sendiri. Vent ni betul ke faham? Mamat ni dah la air-head.

                “So?” Rizque angkat kening. What should we do? Patut ke aku belajar dari anon cara-cara meng-hack bank zionis? He~ Tak sempat aku nak touch keyboard agaknya aku dah kena tangkap dengan FBI sebab ilmu anon tu aku tak belajar habis. Anon pun aku tak pernah jumpa, harap youtube tu je la.. tu pun bertopeng. Digital Robin Hood.. Look up habis!

Adam yang mengetuk-ngetuk lantai court menggunakan hujung jari sengih tak ikhlas pabila Eid memandang kearahnya. “Tu ke yang buat kau rasa tawar semacam?” tanya Adam sekadar berbasi. Kang kalau aku tak bukak mulut langsung kang, orang chop aku sama macam Kurt. Emotionless, si mamat beku dari kutub utara.

Eid menggeleng. “Aku sedih kita bukan je tak membantu orang dekat sana.. Kita support Israel lagi tu BUNUH saudara, seislam lagi tu dengan kita.”

                “Eik? Chop? What do you mean by ‘support’?”

                “Coke. Mc’d. Timberland. Kitkat. Enough said.” Eid sengih. Kurt yang tengah makan Kitkat, terus memberhentikan kunyahan didalam mulutnya. Wajah Eid dipandang tajam. Dari anak mata Kurt tu, masing-masing boleh translatekan: Cakap lepas aku habis makan boleh tak? “Dah makan tu, halal je la.”

Masing-masing tahan ketawa. “Well, tu semua product diorang.. Haluskan cara diorang? Benda memang terang benderang tan tang tang lagi bersuluh dengan cop halal yang diiktiraf. Kita lak tahu halal main beli je. Walhal..”

                “Okay, BM dia dah start.” Vent mencelah.

“Dari product diorang yang KITA BELI TU la diorang dapat duit untuk beli peluru, senjata yang membunuh saudara kita disana.”

Rizque buat muka bosan. “Kau nak suruh kitorang boikot la ni?”

                “Terserah.” Eid angkat bahu.

Izz yang menungku dagu mula mengerutkan dahi. “Eid, kalau kita je yang boikot.. Tak ada bezanya.”

                “Satu botol coke ni je mungkin sama dengan satu biji peluru yang mungkin membunuh satu nyawa disana.” Eid meletakkan jari telunjuknya kearah jantung Adam. Tapak tangan dah gaya macam M6. “To!” Bunyi tembak dibuat. Adam yang memang suka melayan, buat gaya mati. “Satu set mc’d yang kita makan tu mungkin lebih dari tiga biji peluru..” Vent, Rizque dan Izz ditembaknya mengguna pistol tangannya. “To! To! To!” Hujung jari telunjuknya itu kemudian ditiupnya, kononnya berasap la tu. “Kita boikot sebenarnya kita sedang membantu.” Eid mengambil bola keranjang yang terletak dihadapannya itu. “Macam main basket, kalau kita unite.. Kita score.” Bola itu kemudiannya dilantun kelantai kearah Rizque yang duduk dihadapannya. “Lagi banyak orang memboikot, lagi kurang nyawa yang hilang.”

Rizque senyum segaris. “Hipotesis diterima.. Not bad.”

Kemudian bola itu dibaling kearah Adam. Adam angguk. Bola itu kemudiannya di-spinkan diatas jari telunjuk. “Kau bukan gila big mc ke?” Adam lantunkan semula kearah Eid.

                “Diorang syahid dimedan perang.. Why not aku syahid tak makan benda-benda alah tu. Right Izz?” Bola dilantun keatas.

Izz menangkapnya. “Rightio.. Aku tak pernah lak dengar ada orang mati sebab tak makan mc’d.”

Adam memetik-metik jarinya. “And your decision?”

                “Hmm.. FB wei? FB pun israel gak. Tak kan aku nak close account?” Izz melantun-lantunkan bola diatas tangannya.

                “FB is one way of dakwah, unite umat islam dan way untuk kita dapatkan informasi terkini..”

Vent buat muka bosan. “BM dia dah start balik.”

                “Lagipun FB kan bagi banyak benefit kat umat islam.. Untuk kita tahu perkembangan disana. Crime Israel.. hubungan saudara kita around the world. Yang baik kita ambik. Jangan lak buat untuk tackle anak orang.” Hujung mata Eid memandang Izz. Ayat last sengaja disiniskan.

                “Hehe.. Okay. Okay. Balik ni aku update status ajak kengkawan boikot product israel reramai.” Izz sengih kerang busuk. Bola ditolak kearah Vent.

Bola berguling-guling macam tenggiling kearah Vent. “He.He. I need a doctor~”. Bola dibaling kearah Kurt.

Kurt menangkapnya. Baru je Kurt nak buka mulut, satu tangisan memecah sunyi.

                “Abang! Abang!.” Nisha yang baru berusia 11 tahun berlari menghampiri abangnya. Tangannya penuh dengan darah. Begitu juga dengan bajunya.

                “Nisha kenapa ni?” Tanya Kurt cemas.

Pandai pun mamat ni buka mulut. Adam menghampiri adik tirinya itu. “Nisha, what happened?”

Nisha menangis teresak-esak. “E.. Eden..” Tubuh abang sulungnya dipeluk. “Eden. He’s.. no longer...” Tee yang dipakai Kurt dipegang kuat seakan menahan sesuatu. Nisha terus menangis.

Kurt mula memahami maksud Nisha. Eden si kucing berbulu kembang orange-white sudah tiada. Satu-satunya kucing yang Nisha ada dan Nisha sayang. “It’s okay to cry Nisha.. Abang ada dekat sini.” Rambut adiknya diusap-usap. “Aku balik dulu. Jumpa esok.” Dahinya ditepuk sekali. “Ahh.. Almost forgot... and I’m already on since termakan kitkat tadi.”

                “Geng, aku pun balik dulu. Nak cari kucing baru untuk Nisha.” Adam menyarung semula jersi Barca ke badan. Beg sandang diangkat. “Adios amigo.” Tangan kanannya mengangkat tabik.

Eid menggeleng kepala. “Cuba belajar bagi salam.”

                “Uh-oh, mood ustaz dia dah datang balik.” Vent sengih. Betul la, jiwa budak-budak lagi pure. Nyawa binatang pun diorang dah nangis kaw-kaw. Lagi la manusia. Ni kitorang yang dah besaq gedabaq ni, buat dunno je dengan nyawa orang. Saja buat pekak, saja buat bisu, saja buat buta dengan isu semasa. Tak caya? Tengok people around us.

                “Chop aku terlupa satu benda.” Adam patah balik kearah mereka semua. Zip beg dibukanya. “Nah, ni untuk Izz dengan Que. Kurt suruh aku bagi korang semalam.. Aku lupa lak. ‘Kay Assalamualaikum.”

Waalaikumussalam. Izz senyum segaris. Ni la namanya kawan, saling tegur menegur sebab nak masuk syurga sesama.

                “Izz, ni apa?” Tanya Rizque.

                “Ni sarung lutut la kawan. Tutup aurat. Lelaki dengan lelaki pun ada aurat tau. Dari pusat SAMPAI kelutut. Hukum tetap hukum, tak kira la sukan jenis apa pun yang kau main.” Vent tolong jawabkan.

                “Pakai seluar katok pun boleh sebenarnya tapi aurat kena tutup.” Eid menambah. Maksudnya tak kisah la kau nak pakai underware pun macam superman tapi pakai la seluar panjang ke apa ke kat dalam sampai tutup ke lutut.

Izz dan Rizque sama-sama sengih. “Eid, lepas ni agak-agak kau nak buat ceramah free.. Jangan la jemu-jemu kasi dekat kitorang yang konkrit sikit ni. He. He.”

                “Dah, jom balik.. First sekali, kita betulkan solat kita.. Makbul sikit nak doakan orang kat Palestin sana tu.”

                “Jom.” Vent menghulur tangan.

                “Tu apa maksudnya tu?” Rizque saja buat tak faham. Double jerk diangkat.

Hare punya kembar. “Angkat aku la sengal!”



Well bro, ‘well done is better than well said’ – Ben Franklin. Jom betulkan Iman. Jom Solat. Jom tutup aurat. Jom Boikot. Jom sedekah.

No comments: