Hah! Hah! Kayu
kendo itu dihayunkan kedepan membelah angin. Satu tapak kedepan, hayun! Satu
tapak kebelakang, hayun! Step itu diulang banyak kali untuk menambahkan tahap
kepantasan dan fokus seseorang pemain kendo. Haha, aku dah rasa macam Masamune
Asuka dari cerita Otomen lak main pedang kendo ni.
Sara terdengar
bunyi ranting patah, terus tak fikir apa dia membuat pusingan kebelakang.
Pantas kayu kendonya diangkat lurus membelah angin 30o darjah kehadapan. Zapp!! Kayu tu betul-betul
dihadapan halkum Coed. Tajam mata Sara memandang. Habis fokus la gitu.
“Wait!! Wait!” Cepat-cepat Coed
memegang hujung kayu itu. Cuak jugak la. Buatnya halkum ni termasuk dalam tekak
macamana? tukar jantina la jawabnya aku ni. “Wei Sara! Kau nak bunuh aku ke
apa?”
Ekk?? Coed? Sara
mengeleng-gelengkan kepalanya. Kasi sedar sikit dah masuk alam nyata. Hujung
matanya memandang tangan dan kayu kendo yang sikit je lagi nak bunuh anak
orang. “Erkk?? Coed?? Err sihat?” Aku hanya mampu main sengih-sengih je tengok
mamat tu buat muka pucat tak cukup darah. Aku turunkan kayu tu kebawah.
“Kayu kendo kau ni boleh jadi
alat pembunuhan. Ada tahu Datin?” Dia senyum perli.
“Tan Seri, benda ni ada nama tau.. bukan kayu kendo tapi namanya Shinai! Cehh, dia yang macam pencuri nak
kacau orang practice..” Tangan kiri Sara dah mencekak pinggang dan dikanannya
pula dah selamat memegang kayu kendo. “Ada lak aku yang disalahkannya.. Please
blame yourself okay?” Nada suara ada la sedikit tak berpuas hati. Aku dah
angkat-angkat kayu kendo tu gaya nak ketuk-ketuk kepala dia. Ada lak aku disalahkan..
Patut ke? Mana patut.. Ish. Ish. Ish.
“Betul la kayu.. Ni kayu bamboo.. Kau main kendo.. Ha jadi la kayu kendo.”
Lantak la asalkan aku faham. Coed memegang kayu kendo yang macam nak sentuh
badannya tu kebawah. “Kita fight nak?” Coed senyum memberi idea. Moodnya
kembali ceria. Sekejap je mood dia bertukar nak on ke off ke.
Giliran aku lak
senyum perli. “Kayu kendo ni boleh jadi alat pembunuhan.. Ada tahu Dato?” Sinis
je ayat aku. Ye la mamat ni mana pernah belajar seni kendo. Nak-nak lawan
dengan aku wakil sekolah yang selalu je berangkat ke Jepun ni. Err tak ada la
selalu.. Banyak kali je.
“Hai.. Pandang rendah nampak..
Ingat aku ni tak pandai sword art ke? Cehh.. Aku belajar dengan ramai guru
taw.” Coed dengan selambanya pergi ke beg kendo aku. Dia ambil kayu kendo yang
baru je Mai hadiahkan aku tadi.
“Ha.. Ye lah tu.. Guru kau
semuanya dari game kan? Biar aku teka.. Mihawk, Dante, Kirito, Roronda Zoro,
Cloud?” Aku gelak-gelak je main teka-teka Sifu mamat ni. Tapi memang betul pun,
ramai je fighter kat luar sana terpengaruh dengan game last-last campur jadi
seni pertahanan diorang sendiri.. True story.
Coed mencebikkan
bibirnya. Sekarang betul-betul berdiri depan aku. Kayu kendo dia letak ke sisi.
“Fight cepat.”
“Kau
tahu tak, bahaya kalau tak pakai protecter segala bagai.. Benda ni pun sakit
sampai tahap boleh pengsan tau kalau kena.” Kayu kendo ni aku angkat tunjuk
dekat dia. Kalau nak fight mesti kena pakai Armour and clothing component.
Macam penutup muka, badan, dan tangan atau kitorang ahli-ahli kendo ni panggil Men, Dō, Tare, Kote. Kayu kendo atau Shinai ni
lak boleh sampai tahap boleh alihkan orang dari satu place ke satu place dengan
senangnya kalau kita dah kuat. Paling penting dalam Kendo ialah relaks dan
fokus.
“Uiiitt!! Nak fight ke? Aku jadi pengadil la.” Mai
meng-offer diri. Elok je dia bersila dekat balkoni rumah dia tu sambil makan Mr
Potato. Ha, sekarang ni kitorang memang pun dekat rumah dia, Aku ajak Yun sekali. Tapi mamat tu dah
selamat main PS3 yang Coed bawak dari rumah dia ke rumah Mai ni ha. Mai mana
main game. Dia layan majalah spesis adik beradik Cleo je.
Tapi sebelum nak mulakan
aktiviti kitorang ni, aku memang spend one hour every morning camni practice
Kendo. Practice makes perfect right? Aku saja je ajak Coed ngan
Yun lepak-lepak rumah Mai ni. Sebab Mai kan ada problem sikit dengan family.
So, aku nak tahu la gak sebenarnya macamana. Eheh, ini la contoh kawan mithali.
“Kau serious ni Coed?” Aku tanya nak komfemkan balik.
Mana tahu kalau dia ni patah renkok ke apa ke nanti tak ada la aku nak serba
salah sangat.
“Iye!! Cepat la mula.” Coed dah tak sabar nak start.
Errr. “Nak sign wasiat dulu
tak?” Aku saja perli-perli mamat poyo ni.
Mai dah ambil tempat nak jadi
pengadil. Aku toleh kanan dekat balkoni tu. Ha, Yun dah ada dah dekat situ.
Okay ada gak audience untuk show kitorang ni.
“Ready... Start!” Mai angkat tangan suruh kitorang
berdua ni mula.
Aku pandang Coed, analisis
posisi dia. Okay.. Dia buat posisi orang yang sangat-sangat tak bersedia. Ada
ke patut kayu kendo baru aku tu dia pegang memanjang dibahagian sisi? Aku ni
elok je pegang angkat kedepan.
Coed mulakan step lari laju
kearah aku. Hadoooii.. Kau ingat ni game ke apa Coed oii. Dia hayun pedang
kebahagian badan tapi aku pun hayun tepis serangan pedang dia. Tap! Tap! Tap!
Dia hayun lagi tapi cepat-cepat aku menahan pedang dia. Kuat jugak la dia ni.
Diakan lelaki. So, aku kena tukar strategi. Aku seret pedang aku ni kearah
pedang dia. Sepantas kilat aku merendahkan kedudukan aku dan terus kekiri Coed.
Ha ni berkat aku selalu practice. So, aku jadi pantas sikit.
“Ehh? Mana Sara?” Coed pandang kekanan dan kekiri.
“Men!!” Pak! Aku ketuk kepala Coed perlahan
sangat-sangat. Men tu aku akan sebut selalu bila nak main lawan-lawan
ni. Dengan harapan dapat capai target pukul dekat kepala pihak lawan. Men
tu pelindung bahagian kepala pemain Kendo. Aku tunjuk peace dekat Mai. “Dah..
Mai, aku dah menang!”
Mai dengan Yun yang dekat balkoni
tu gelak-gelak je. Aku tengah fight tadi bukannya join audition Maharaja Lawak
tau! Cuba la cakap aku dah menang ke apa.
Ongg!
Pak! Coed pukul balik dekat
kepala aku perlahan tapi sakit tu terasa la jugak. “Wei aku tak mati lagi la.”
“Nak sangat ke mati betul-betul ni?” Eee mamat ni dah
kalah tu sudah-sudah la. “Lain kali pergi belajar Sword art la nak main
touching-touching lak ngan aku.. Cehh!!” Aku sengaja palingkan muka aku buat
gaya sakit jiwa dengan dia ni.
Ongg!! Ongg!! Erk.. Bunyi tu. Bunyi
nightmare!! Badan aku dah rasa seram sejuk. Aku macam kenal sangat benda tu!
“Sara.. Nah hadiah untuk kau!” Coed senyum ear to ear
sambil pegang benda tu dekat depan muka aku. Betul-betul DEPAN AKU! Benda tu pun
kembungkan perut dia DEPAN AKU macam cakap hai aje.
Waaaa!!!!! Aku
yang habis terkejut ni spontan menghayunkan kayu kendo ke perut Coed dengan
pantas dan semahunya. “Arghhhhhhh!!!! Katak!!” Mata aku dah berair dah terus
lari kearah Mai, true friend aku! Otak aku pun dah macam kosong. Memang tak
ingat apa, yang aku tahu.. Run for your life!!
Aku menyorok
kebelakang Mai. Mai dah gelak-gelak dah tolong protect aku. “Relaks la Auni.
Hehe. Dah selamat dah. Don’t worry be happy.”
Erkk, senyap je?
Tak ada apa-apa ke yang berlaku? Aku pun toleh balik kebelakang. Alamak! Aku
tengok Coed tengah menahan sakit dekat perutnya. Dah nyawa-nyawa ikan dah aku
tengok. Katak tu pulak aku tengok macam bersyukur gila je dapat lepaskan diri
dari Coed.
Yun dengan Mai
ketawa je kuat-kuat macam la Coed tu tengah buat lawak. Ha tapi padan muka dia.
Dah tahu aku takut katak, dia hulur gak dekat aku apa pasal. Serves you right!
“Adeehh, senak perut aku.. Tak
boleh mengandung la aku ni jawabnya.” Baik je mulut Coed cakap macam tu. Coed
meraba-raba perutnya macam orang tengah pregnant dah aku tengok.
Hish.. Ringan je
tangan aku ni nak ketuk laju-laju kepala dia ni guna kayu Kendo tadi tu. Aku
rasa aku hayun dekat perut dia je bukan dekat kepala dia sampai jadi tak siuman
macam ni. Lain la otak dia letak dekat perut. Dah, sila abaikan mamat tu. “Mai,
rumah kau hari ni kosong je ke?”
“Tu, maid aku tengah mengemas tu
apanya..” Mai memuncungkan bibir tunjuk kearah Maidnya yang sedang mengemas
rumah. “Kenapa, kau lapar ke?” Jajan yang kitorang beli banyak-banyak tadi
dihulurkan dekat aku.
“Tak la.. Aku tanya je. Habis tu
kau makan selama hari ni macamana?” Sunyi kut duduk rumah besar gedabak macam
ni tapi ada maid seorang dua tu je. Patut la rasa alone. Kalau aku jadi Mai pun
aku boleh naik gila. Mana parent dia?
Remote putih itu
dialihnya channel 637, tengok Ninja warrior. “Ooo tukang masak rumah ni kerja
isnin sampai jumaat je.. Hujung minggu Aunty Is yang masak.” Jawab Mai malas
tak malas gak la gayanya. “Tapi aku prefer makan fast food hujung minggu.”
“Aunty Is tu siapa?” Allah, aku
rasa aku ni memang layak sangat nak apply jadi polis ke detective ke lawyer
ke.. Banyak sangat soalnya. Tak pe jadi detective pun okay gak what? Macam Detective
Conan tu, tak pun Dan detective School.. Paling koman pun penyiasat remaja
Hajime Kedaichi. Hehe. Apa aku merapek ni?
“Ibu tiri aku.” Mai jawab jugak
tapi acu tak acu je. Dagunya ditongkatkan dengan tangan kiri ketepi sofa.
Opppss.. Memang
aku rasa dah parah sangat la relationship diorang ni. Sampai mak tiri pun dia
panggil aunty. Aku garu-garu kepala nak cari idea lain.
“Nak Dominos tak?” Mai bangun
dari duduk. Dia senyum tak berapa nak ikhlas. “Aku call sekejap.”
Adoiii.. Kenapa
Mai tak happy macam selalu ni? Ni yang aku naik runsing ni. Rasa macam serba
salah lak. Sara mengeluh perlahan. Oooh! Baru teringat, aku dengar ustaz mana
entah kata doa itu senjata umat islam. In Sha Allah, Allah makbulkan doa kita.
Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah kau mudahkan la urusan hidup kami.. Urusan
hidup kawan aku, Mai. Ameen.
“Sara turn kau!” Coed yang duduk
dekat bawah sofa tu panggil aku. Ye la sebenarnya kitorang berempat tengah main
karom ni.
Ha, karom ni pun
si Coed yang angkut dari rumah dia. Aku cakap dekat dia yang aku tak suka Mai
sedih-sedih macam sekarang ni. Kau bayang la, dalam banyak-banyak orang yang
aku jumpa, aku rasa perangai Mai dah lebih kurang perangai aku dah. Sebab tu la
chemistry kitorang ni kuat kut. Tapi baru-baru ni dia nampak lain..
Memang la nampak
happy dekat sekolah tapi sebenarnya aku tahu hati dia agak terseksa cedera
parah camtu. So, si Coed ni angkut banyak gila segala jenis permainan dengan
harapan si Mai dapat cheer up. Hangguk betul! Mai ni bukan spesis main game
macam kau tu.
Tapi at least, he
try to make Mai happy kan? Aku yang tak kaya macam Coed ni hanya mampu belikan
dia mini tafsir al-Quran yang RM 25 tu je dengan harapan dia boleh bersemangat.
Itu pun aku sasau gak la korek tabung. Hehe. Tak apa demi kawan.
“Ohh.. Coming.” Sara turun dari sofa. Bedak salji yang Mai bagi tadi aku
ambil dan taburkan banyak-banyak diatas papan karom. Heh bagi lagi licin. Aku
pun jentik. Tapi hampeh tak masuk pun. Err!!
Coed dengan Yun
ketawa sedas dua. Haram betul perangai diorang ni!!
“Kak, lain kali tabur
sikit-sikit sudah la.. ini tabur sampai jadi jam..” Yun menyapu papan karom
menggunakan karom. Tak nak putihkan tangan la tu.
Tapi Coed dengan
baik hati dan jantungnya tolong adik aku ni tanpa diminta. Fuh!! Fuh!! Dia tiup
kuat-kuat dekat muka Yun sambil menuangkan bedak salji tu lagi. Fuh!! Fuhh!!
Habis putih muka Yun. Coed lak gelak sorang-sorang. Mula-mula aku macam nak
marah Coed sebab membazir bedak tapi bila tengok muka Yun dah macam opera cina.
Aku pun join ketawa. Muahahhahahha!!
Mai duduk sebelah
aku pelik tengok kitorang ketawa meroyan macam ni. Tapi tak faham-tak faham dia
pun dia join jugak ketawa lepas tengok muka Yun. Tapi ketawa Mai ni
melampau-lampau tau sampai badan aku dia pukul-pukul sebab dia rasa kelakar
sangat. Tak apa la badan.. Asalkan Mai okay.
“Aku jalan ae.” Giliran Mai lak
yang menjentik Karom. Dush! Dush! Masuk dua.
Aku muncung bibir
tak puas hati. Waa!! Aku sorang je ke yang tak ada buah karom lagi? Ini kah
balasan aku sebab riak tadi?? Aku pandang Yun, dia relaks je as always.. Adik
aku seorang ni sangat moderate. Aku pandang Coed lak. Dia buat muka bangga diri
sambil buat-buat mengira buah karom dia yang ada tujuh biji tu. Cehh!! Ni namanya
saja riak depan aku ni.
Geramnya!! Aku
buat muka sedih tapi lepas tu mai bagi buah karom dia satu dekat aku. “Wei, apa
ni Mai?”
Mai senyum. “Sharing
is caring. Hehe. Kau kena bangga tau dapat kawan yang baik macam aku ni.” Mai sengaja
buat suara berlagak.
Tapi aku ambil je
sebiji karom tu. Waaa!! Mai la yang terbaik!! “Waa.. Aku terharu giler wei!!”
Aku buat muka teruja lepas tu Mai main tepuk-tepuk belakang aku dengan gaya
seorang bapak yang dapat anak yang dah berjaya. Waaa!! Sumpah aku terharu!
“Ei Sara.. Kau suka lelaki yang
macamana?” Tak ada ribut tak ada taufan, tiba-tiba je Coed tanya soalan aci
kencang.
Erkk? Sara buat
muka pelik. Apa punya soalan? Tak ada kaitan langsung dengan karom. “Kenapa?”
“Saja nak tahu.” Coed buat muka
selamba.
Mai buat senyum
evil. Ha Mai memang dah tahu siapa orang yang aku suka siap dengan detail lagi
tu. Mana taknya, kitorangkan suka buat kerja gila sama-sama? Hehe. Si Coed je
yang tak tahu. “Haah la.. Aku pun nak tahu gak.” Nyorok-nyorok dalam perahu,
saja je Mai buat tak tahu.
Yun pandang je
aku. Dia buat muka tak kisah. Dia tahu geng-geng aku yang dua ekor ni tak pernah
cukup skru dalam kepala. So soalan luar petala tu dah biasa sangat dia dengar
dari mulut Coed dengan Mai ni.
Layan je. “Ooo..
Aku suka budak baik, tak kacau hidup orang macam Coed.. Tak pendiam sangat
macam Yun.. Matang tak macam Mai.. Hmm yang paling penting mamat tu mesti lagi
tua dari aku ngan korang.” Hehe, aku saja je cakap macam tu tapi lagi tua dari
aku tu sangat penting ye! Yang tu aku serious.
“Tuanyeeee la mak cik seorang
ni.” Coed buat nada perli macam mak nenek dah gayanya. “Eleh beza dengan aku
tak sampai dua bulan pun.. Nak berkira.” Tangan dia buat piiiraa!!
Kitorang hanya
mampu tertawa je dengan gaya mak nenek yang dilakonkan Coed tadi. 10 per 10 lah
dengan nada suara dia tu!
Sebelum kitorang
balik rumah, aku sempat bagi kata-kata semangat dekat Mai. Aku cakap berdua je
dengan dia. Mana mak tiri dia ae? Aku tak jumpa pun satu hari ni. Hmm.. Tak apa
la. “Mai.. Hmm.. Aku ni tak la bagus sangat dalam membina ayat ke apa.. Tapi
kan, aku rasa semua manusia berhak diberi peluang kedua.. Aku.. Aku may be tak
tahu apa problem kau, tapi setiap sesuatu pasti ada jalan keluarnya.. Kita
hidup ni sekejap je, aku rasa rugi kalau kita bazirkan masa dengan mengasingkan
diri dari dunia kita.. Dari family kita, dari kawan kita.. Ada masanya kita
kena mengalah.. Ada masanya kita kena menang.” Aku pegang tangan Mai kuat-kuat.
Mai senyum tawar.
“Mai.. Aku.. Aku rasa apakata
kita belajar mengenal tuhan kita?” Aku senyum dan aku cuba bercakap dengan nada
yang gembira. Tak suka la sedih-sedih ni.
Mai diam. “Tuhan
tak pernah sayangkan aku..” Perlahan dia bersuara.
Astagfirullahalazim..
Ya Allah, kenapa Mai cakap macam tu? “Err.. Mai.. Kalau kita tak kenal Allah..
Kalau kita tak sayang dia tak mustahil dia tak ‘pandang’ kita.. Allah tu maha
penyayang..”
Mai geleng-geleng
kepala. “Stop sampai situ.” Mai memalingkan wajahnya dari Sara.
Sara main
teguk-teguk air liur. Ya Allah mungkin hati dia lambat sikit nak terbuka untuk
mengenali kau. Tapi aku pohon berilah dia hidayah dan petunjuk. Dia kawan baik
aku. Dia tengah keliru tu dengan hal family dia. Ya Allah! Sara terus memeluk
Mai. “Aku sayang kau.” Kerana Allah. Aku sambung ayat tu dalam hati sendiri.
Mai pandang aku
balik. Dia membalas pelukan aku. “Sorry.” Dia menangis.
"Kita kan BFF." Aku senyum.
"Hmm.. Kita kawan sampai bila-bila.. Sebab kau selalu ada bila aku sedih.. Bila aku senang.. Bila aku susah.." Air mata Mai laju je mengalir. Dia peluk aku kuat-kuat. Aku senyum.
“Let it out.. Aku dengar ni. Aku
ada dekat sini Mai.” Waa.. Aku pun rasa macam nak nangis. Tapi Mai tak cakap apa-apa
pun dia menangis je sampai la dia puas. Tak apa la, at least dia rasa okay. One
day mesti dia cerita punya dekat aku.
Dah nak dekat
trial SPM dah sekarang ni.. Atoyaiii.. Berbulan-bulan gak la aku tak usha
Alan.. Hehe mana taknya wei, makin kehari makin busy.. SPM ni! SPM! kes masa
depan. Bukan main-main tau. Tak kan la aku nak hilangkan fokus aku semata-mata
demi Alan. Itu namanya gi-la okay. Nak suka orang tu boleh tapi jangan
melampau-lampau sampai pelajaran pun terabai. Yang penting kita berdikari
berdiri atas kaki sendiri. Baru betul. Aku senyum lagi.
“Mama, Mai tak datang lagi ke
hari ni?” Tas duduk ditempat Mai nak sembang
sekaki dengan aku.
Ye la mesti la
dia tanya aku. Mai kan BFF aku. Hehe.
Aku senyum je.
Aku pun tak tahu la. Mai sekarang ni ikut suka hati dia je nak datang sekolah
ke tak. Tak macam dulu. Tapi bila dia datang pun aku tengok dia lain macam je.
Macam ada benda yang dia sorokan dari aku. “Tak kut.” Mai.. Please la ada
problem macamana pun jangan la down sampai macam ni. Aku risau la.
“Ooo.. Kita lawat dia la hujung
minggu ni.. Satu kelas nak tak?” Lily yang duduk seberang sana bagi idea. “Mai
kan one of us.. Kita kena la bagi dia semangat sikit. Aku rasa dia ada problem
tu.”
“Hmm.. Good idea. Aku pun risau
gak. Trial nak dekat dah ni. Pelajaran pun dia dah banyak miss dah tu.” Zain
pusing kerusi menghadap Sara.
“Apakata kita buat wish card?
Satu kelas bagi sign and semangat?” Caroline Chia bagi idea. Dah jadi mesyuarat
kelas dah aku tengok.
Aku senyum. Mai
kau kena go on sebab ramai yang support kau ni. “Okay gak tu.”
“Kita buat suprise party? Okay
tak?” Apiz petik jari. Pandangan diberikan dari hujung depan sana.
“Okay! Satu kelas on!” Sara
kembali bersemangat. Nak bagi orang bersemangat, kita la orang first yang kena
bersemangat. Go go Sara!!
“Assalamualaikum.. Aunty Is,
sihat?” Sara mendekatkan handphone dengan mengepit bahu ketelinga. Tangannya
tengah sibuk menyelak-nyelak buku biologi nak mencari jawapan untuk soalan
berkaitan dengan human body itu.
“Waalaikumussalam..
Alhamdulillah sihat.. Auni sihat?” Suara ibu tiri Mai kedengaran dihujung
talian. Nada dia agak lembut dan sopan.
Aku rasa mak tiri
dia ni okay je.. Apa masalah Mai sebenarnya? “Aunty.. Mai sihat?”
“Hmm.. Sihat Alhamdulillah. Nak
cakap dengan Mai ke? Kalau nak cakap dengan dia baik Auni call dia sendiri.
Sebab Auni tahu la hubungan kami ni tak berapa nak elok sangat.” Aunty Is memberitahu
awal-awal supaya jangan jadikan dia sebagai orang tengah. Kang ada lak
pergaduhan perang dunia kelapan.. aku gak yang susah.
Tapi sebenarnya
aku tak pernah pulak dengar diorang bergaduh. Mai lari rumah ada la lima enam
kali dekat rumah aku. Tapi dia tidur semalaman je. Kenapa dengan Mai?
“Ohh.. Tak ada la.. Saya call dia banyak kali tadi tapi dia tak angkat.”
Nak bagitahu ke pasal suprise party tu dekat Aunty Is? Emm.. Tak payah la.
“Hmm.. Boleh tak Aunty minta maid aunty pass kan phone ni dekat Mai. Saya nak
bercakap dengan dia sekejap la.” Kalau boleh aku memang nak datang rumah Mai
tapi homework berlambak sangat.
Aunty Is terdiam
lama.
“Hello? Ada orang tak?” Aku
tanya nak pastikan orang belah sana wujud lagi ke tak.
“Oh.. Ye, ye. Aunty dekat sini..
Hmm.. Kejap ye, biar Aunty je yang panggil Mai. Maid semua tengah sibuk.”
Aku rasa macam
pelik la pulak. Tadi dia suruh jangan suruh dia jadi orang tengah. Tapi
sekarang ni dia pulak yang sibuk offerkan diri? Maid busy? Macam tak logik je.
Bukan ke kita boleh arah anytime je. Busy?? Hmm. Sara! Jangan berburuk sangka..
May be Aunty ni cakap benda betul kut. Dia kan baik tak nak susahkan orang.
Tapi kenapa aku
rasa macam tak sedap hati je ni? “Okay.. Saya tunggu ni.”
“Mai, kawan telefon ni.. Auni ni
nak bercakap dengan Mai.. Buka pintu sayang.” Aku dengar suara Aunty Is
bercakap menjauhi phone sambil ketuk-ketuk pintu.
“Mai tak nak cakap dengan
sesiapa pun!” Aku dengar suara yang satu lagi tapi samar-samar la bunyinya.
Konon macam suara tu lagi jauh la. Suara Mai ke? Apsal macam marah ni?
“Hello? Auni.. Mai tak mahu la
nak bercakap dengan Auni sekarang ni.. Nanti-nanti la ye. Mood dia tengah tak
baik tu.” Aunty Is mendekatkan phone ketelinganya.
Kenapa hati aku
ni rasa lain macam? “Ooo.. Err Tak apa la Aunty.. Tolong sampaikan salam saya
pada Mai ye. Emm.. Assalamualaikum.” Sara menamatkan perbualan. Dan Aunty Is pun menjawab salam.
Hari sabtu
tengahari sharp pukul 12, Satu kelas Sains tulen satu dengan geng Coed datang
nak menziarahi Mai. Kitorang semua dijemput masuk kedalam rumah Mai. Err, Maid
rumah dia yang jemput masuk. Mujur la dia cam muka aku dengan Coed. Maid tu
kata rumah Mai ni hari ni tinggal Mai dengan Maid dia yang dua orang tu je.
Tas dengan Lily
menjaga kek sebab takut nak pass tanggungjawab tu dekat boys lagi-lagi si Daim
sang coklet tu. Tahu-tahu je la nama dia dah lama di black listed kan dari jaga
kek, start zaman birthday Zain dulu tu. Coed and the geng sponsor mercun. Apiz
jaga bahagian makanan ringan. Caroline Chia bawa peralatan nak lepak-lepak
dekat taman Mai kat bawah tu. Hakim dengan Zain bawak khemah.. Err Aku pun tak
tahu apa fungsi benda alah tu. Maid Erin, maid Fika, dengan aku bahagian
memasak makanan berat. Yang lain-lain pun ada bahagian sendiri. Satu kelas 18
orang ni campur dengan budak lima ekor tu ada la dalam 23 orang semuanya ni.
Kitorang yang
perempuan ramai-ramai naik tingkat atas, menuju ke bilik Mai. Yang lelaki lepak
bawah main karom yang Coed bawak dua bulan dulu tu, ye la mana tahu Mai tengah
seksi ke apa ke. Tak semena-mena dia baling lori dekat kitorang ni. Hehe.
Masing-masing tak sabar nak tengok reaksi Mai lagi-lagi aku ni. Harap-harap dia
suka la. Hehe. Semua orang tengah sengih sorang-sorang. Ingatkan aku seorang je
yang suka jadi kerang busuk.
Aku dah dapat
bayangkan apa yang akan berlaku nanti. Mesti Mai happy and terharu gila!
Aku ketuk pintu
bilik Mai. “Mai.. Aku datang ni, nak jumpa kau.” Yang lain dah main tahan
gelak-gelak dah. Kononnya aku seorang je yang datang rumah Mai ni. Agaknya
macamana la reaksi Mai ni.
Aku ketuk lagi
tapi kenapa tak ada jawapan? “Mai?? Sudah-sudah la tu tidurnya.. Dah 12 lebih
ni..” Aku dah rasa lain macam dah. Cuak pun ada. Mai kalau nak main-main
sekarang ni waktu yang paling tak sesuai okay. Aku ketuk lagi dan lagi.
“Mama, aku rasa baik kita minta
kunci pendua. Tak pun kita pecahkan aje pintu ni?” Tas bagi idea. Lepas tu aku
minta Fika tanya dekat maid Mai ni ada ke tak. Tapi maid dia kata tak ada, dan
yang pegang kunci pendua rumah ni parent Mai dengan Mai je. Aku dah rasa cuak
sangat ni.
Otak aku mula nak
naik gila. Relaks Sara! Relaks! “Coed!!” Aku jerit dari atas. “Mintak boys
tolong pecahkan pintu bilik Mai ni.” Nafas aku rasa macam dah tak betul.
Coed buat muka
pelik tapi dia turutkan juga permintaan aku. Dia naik atas dengan semua budak
lelaki. Tapi yang tolong pecahkan pintu tu dia, Kucai dengan Kerol. Tiga ekor ni
geng black belt. Diorang undur kebelakang dan lari kedepan dengan laju nak
robohkan pintu. “Tiga, dua, satu!”
Pakk!! Pintu terbuka.
Tiga-tiga manusia
itu berdiri kaku dihadapan kitorang semua sebaik saja step masuk bilik Mai.
Kucai mengalihkan pandangan ketempat lain. Kerol pula buat muka terkejut.
“Ke.. Kenapa ni?” Aku dah rasa sangat-sangat cuak. Kenapa reaksi diorang
sampai macam tu sekali? Aku baru nak melangkah kehadapan tapi Coed terus
memusingkan badannya kearah kitorang.
“Jangan ada sesiapa masuk kedalam bilik ni.” Tegas suara Coed. “Kucai, call
polis. Lily dengan Apiz, pastikan semua turun bawah sekarang!” Semua orang buat
apa yang diarahkan oleh Coed. Serious je muka dia.
Aku dengan
degilnya berjalan juga masuk kedalam bilik. Bulat
mata aku memandang sekujur badan dengan tali gantung yang terikat dileher. Kaki dia tak cecah apa-apa pun. Tergantung disitu. Aku
kenal sangat-sangat orang tu. Aku kenal orang yang ada stail rambut short bob cut
tu. Aku Kenal baju orange yang orang tu pakai. Aku kenal muka tu.
Air mata aku tak
mengalir langsung. Otak aku kosong. Pandangan aku kosong. Aku rasa kosong. Sangat-sangat kosong..
Aku terkulai jatuh terduduk disitu. Coed memegang tangan aku berlapikan baju t-shirt panjang yang aku pakai. Dia cuba dirikan aku. Aku rasa kosong. Kenapa dia buat muka serius macam tu?
Aku terkulai jatuh terduduk disitu. Coed memegang tangan aku berlapikan baju t-shirt panjang yang aku pakai. Dia cuba dirikan aku. Aku rasa kosong. Kenapa dia buat muka serius macam tu?
“Sara. Kau kena keluar dari
sini!” Coed macam tengah marah aku. Aku buat salah apa?
Aku tolak Coed
menjauhi aku dan aku pergi menghampiri manusia itu. “Mai!! Mai!! Bangun la..
Tak lawak la wei. Kau buat apa ni.” Aku pegang hujung seluar Mai. “Coed.. Kau
turunkan la Mai.. Dia tak boleh nak bercakap ni.” Aku gelak-gelak macam kelakar
je dengan lawak Mai ni.
Coed pandang aku
lama. “Sara.. Bawak mengucap.” Dia cuba tarik aku lagi nak bawak aku keluar
dari bilik ni.
“Sakit la!” Aku tolak Coed
dengan kasar. Otak aku kosong sangat-sangat tak boleh nak berfikir apa. “Mai!!
Mai, jom la turun bawah.. Kitorang dah siapkan barang-barang nak camping depan
rumah kau ni.” Aku goyang-goyang hujung seluar Mai.
“Kitorang beli kek besar.. Aku masak makanan favourite kau.. Jom la turun
bawah.” Aku senyum je tengok muka Mai yang dah pucat tu. “Mai.. Trial dah nak
dekat tapi kau jangan risau ae, aku dah siap buatkan note untuk kau. Betul ni.
Kejap ae.” Aku keluarkan beberapa helaian kertas berwarna-warni yang aku buat
khas untuk Mai. “Cantik tak? Aku buat ni khas untuk kau, bagi kau faham tau.
Aku siap gunting-gunting gambar kartun yang comel-comel lagi ni... Kalu kau tak
faham.. Jangan risau la, aku kan genius. Hehe.” Sempat aku buat drama riak
depan Mai.
Coed pandang je
aku lama. Dia pegang lengan aku dan dia hadapkan aku dekat depan dia. “Sara..
Mai dah tak ada.” Dia kuatkan semangat juga nak cakap macam tu dekat aku.
“Itu la Mai.. Kau ni sasau ke
apa?” Aku tunjuk kearah Mai. “Kau buta eh?” Aku gelak-gelak lagi.
“Sara.. Mai dah tak bernyawa..
She’s not with us anymore.” Coed genggam lengan aku dengan kuat. “Mai dah tak
ada. Please Sara be strong.”
Aku terus
terkulai perlahan-lahan jatuh ke lantai. Tik! Tik! Tik! Air mata aku jatuh
gugur kebumi. Otak aku kosong. Pandangan mulai aku gelap. “Tii..Tipu..” Aku
menutup muka. Air mata laju je mengalir.
Aku kenal Mai,
dia bukan jenis yang mudah give up. Aku kenal sangat-sangat dengan Mai. Dia tak
kan buat kerja bodoh nak bunuh diri macam ni. Ni semua kerja
yang sangat-sangat stupid!
Lepas tu pandangan aku terus gelap..
Lepas tu pandangan aku terus gelap..
Sara memandang lama kearah pelajar baru yang
baru sahaja masuk kedalam kelasnya. Nama kitorang nak dekat sama. Nama dia Ain
Maisara, nama aku Puteri Sara Auni. Aku senyum lagi. First time dengar nama
hampir serupa ni depan mata. Selalu dalam TV, novel atau majalah je.
“Sara!”
Coed yang tiba-tiba muncul dari pintu belakang memanggil nama aku. Tempat
belakang tu la tempat budak baru tu duduk.
“Ye!”
Serentak aku dengan budak baru tu menyambut. Coed dah garu-garu kepala tak
faham, tapi dia buat tak tahu je. Aku pun berjalan menuju kebelakang. “Yup,
kenapa dato’?” Aku bertanya kepada Coed sambil memandang kearah budak baru itu. Kesian dia ni,
tak ada sesiapa pun yang nak kawan dengan dia.
“Ni
barang kau, tertinggal dekat rumah aku hari tu.” Pensil tekan Pilot Shaker yang
aku fikir dekat sepuluh kali nak beli dulu tu dia hulurkan.
“Doooyai..
macamana lak aku boleh terlupa benda mahal ni. Edeh.” Aku sambut. Lepas tu aku
pandang dekat orang yang tengah duduk dekat tempat belajar sebelah kitorang ni.
Abaikan Coed seketika. Aku hulur tangan dekat dia. “Puteri Sara Auni. Awak
panggil je saya ni Auni.”
Dia terkejut dengan perbuatan aku tapi dia
sambut juga tangan aku. “Panggil Mai je.” Dia senyum.
Aku gelak. “Jom jadi kawan?”
Dia pun turut ketawa, mungkin dia ingat aku
bergurau.
No comments:
Post a Comment