“Cute
gila la Hero yang kedua tu.. Aku suka gila tengok muka dia.” Tas buat muka
kucing miang sambil kakinya digoyang-goyang kedepan belakang. “Walaupun rambut
cendawan.. perangai dia pun cute tau!”
“Uiiitt!!
Tu hubby aku eh, kau jangan nak suka lak!” Fika buat muka tak puas hati.
“Kitorang dah buat ikatan sehidup semati tau!”
“Ehh,
aku punya la!” Tas mencucuk-cucuk bahu Fika.
“Wei
kalau korang mengaku wifey dorang sekalipun, Sampai kiamat pun tak kan bersama
la.” Zain menyampuk dari jauh.
“Eh, eh, ada gak
yang jelous tak bertempat ngan aku ni.. Zain kalau kau kacak macam mamat
Korea.. Aku dah lama dah pinang kau, tahu?” Kaira yang join sekaki geng gossip
ni pun memerli Zain.
“Yang tak sunat tu
gak taste dorang.. Haih.. Aku tak tahu la nak cakap apa.” Kim menyokong
pandangan Zain tapi matanya dan jasadnya fokus pada soalan Add Math yang hampir
menjadikan dia ‘Mad’ tu.
Ziq memandang kearah geng-geng yang tengah
bergosip pasal cerita tahpape tu. “Lepak betul la korang ni... Trial MRSM yang
miss suruh buat tu dah siap ke belum cik hakak oi?”
Erin menoleh kearah geng budak lelaki yang
macam desperate nak siapkan soalan trial yang nak dibincangkan hari ni tu. “Tak
tahu nak cakap apa, diam je la.. Sibuk je menyampuk orang bersembang. Soalan tu
kitorang dah lama siap la.. Tu la buat kerja last minit lagi.”
Aku yang duduk sebelah tingkap ni hanya
mampu buat senyum tawar tengok classmate aku bersembang. Lepas tu aku pandang
arah luar balik sambil menongkat dagu. Tak ada mood nak join sekaki walaupun
geng gossip tu tengah buat dekat tempat aku. Sembang pasal ‘Hana kimi’ Korea
version.
Tak sampai dua bulan ni nak SPM dah, asyik
hadap soalan negeri tah mana-mana, buku teks, buku rujukan je. Kerja makin
berlambak. Otak pun makin biol. So, kalau cerita pasal orang hensem-hensem ni..
Bersemangat la sikit nak teruskan kehidupan. Kata diorang la.
“Aku
lagi suka yang Jap punya. Lagi realistik and not merapek like the Kor version..
bla.. bla.. bla... Apa pendapat kau, Ma?” Lily yang nak menyuap Tuna Maki
menyoal Sara yang tak buka mulut dari tadi.
Tas yang duduk sebelah aku main poke poke
bahu aku lepas tengok aku tak bagi apa-apa respond. Aku pusingkan kepala aku
kearah diorang. Muka blur aku tunjukan, tak faham soalan diorang. “Yes?”
Diorang tengah cakap pasal apa tadi?
“Lerrr,
Berangan dah sampai mana Ma? Iceland? Holland? Disneyland?” Fika angkat kening.
Sara senyum tawar dan buat-buat gelak.
Nampak sangat tak ikhlas tu. “Mana-mana je la.. Aku nak keluar kejap eh..” Aku
nampak muka diorang macam senyum tawar je dekat aku. Tak pe.. Korang tak yah la
nak take care pasal aku.. Aku tak nak simpati dari sesiapa. Aku okay macam ni.
Aku baru je nak masuk tandas atau bahasa
englishnya lavatory. Tiba-tiba je aku terdengar suara manusia mana entah sebut
nama aku. Yang pasti nada perbualan diorang sangat annoying punya holy cow
tahap blooding hell giler. Boleh jadi machai ni. Tuduh tak ada bukti.
“..Kak
Sara tu kan, I rasa patutnya biasiswa dia tu ditarik balik la.. I dengar result
trial dia teruk gila!”
“Bukan
setakat trial teruk, balak dia pun sisihkan dia... Kawan baik dia pun I dengar
pindah sekolah sebab perangai dia makin teruk lepas pakai tudung.”
“Abang
Edri tu bukan balak dia la.. Dia je yang syok lebih.. Menggatal nak mengorat
orang kaya.. Dia kan commoner je. Eee.. please lah.. Kalau I jadi dia, dapat
result teruk macam tu I bunuh diri tau.. Anak ikan ke apa? Dapat tajaan tapi
stupid.”
“Agaknya
kan dia tiru best friend dia kut.. Provenya best friend dia kan pindah sekolah
before trial.. Dia tak ada sesiapa nak tiru tu la dapat result teruk..”
“Tu
ke best student? Eeeerr.. Please la.. Kill yourself... Ann give me your gloss..
bibir I ni dah kering lak.”
Aku berdiri je dekat luar tandas tu. Aku
tak tahu hati aku ni rasa apa... Sakit tak, sedih tak, gembira pun tak.. Aku
pusing balik tukar arah nak masuk library. Kat situ umat manusia diam sikit, Malas
nak mengumpat aku.. Dan aku rasa tak perlu la kut aku join diorang tu kutuk
diri aku. Tapi macam tu eh pandangan diorang kat aku? Lain betul fakta yang aku
dengar.
Aku bukak je pintu library aku nampak Coed
betul-betul depan aku. Tangannya kedepan macam nak tolak pintu yang aku tarik
ni. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Aku dah tak tahu nak cakap apa.
Coed senyum lebar tapi nampak gak la macam
tak berapa nak ikhlas tu. “Sorry.” Coed memberi ruang kepada Sara untuk lalu
masuk dulu sebelum dia nak keluar. Anak matanya macam sedih.
Sara macam terdiam tak tahu nak buat apa.
Rasa awkward sangat. Yang sebenarnya kitorang bukan macam ni. Kalau la masa tu
boleh patah balik.. Apa aku fikir ni? Kalau Bill Gates sanggup jadi pengemis
beli masa dengan duit dia pun, masa silam tak akan pernah wujud balik. Tapi
masa depan sentiasa ada..
“Thanks..” Aku
jalan masuk kedalam lib. Aku nampak semua orang pandang aku lepas tu main
bisik-bisik sesama diorang. Sama macam semalam lepas result trial ditampalkan
dekat notice board. Aku malas nak ambil kisah. Nanti-nanti diam la tu. Aku
ambil tempat duduk yang hujung sekali jauh dari makhluk hidup. Buku entah apa
tajuknya yang aku main ambil tadi aku buka dan aku angkat terbuka menutup muka
aku yang dah selamat sentuh meja berlapikkan tangan. Kelopak mata mula menutupi
penglihatan. Selamat malam dunia.
Buku Physics tu aku tutup. Fast note aku
dah siapkan untuk 5 chapter. Yun minta aku ajar dia subjek form 4 tapi
sebenarnya aku tahu yang dia nak aku study fikir masa depan. Tak perlu la simpati
dekat aku dek.. Aku patah-patahkan jari sambil mengambil nafas panjang dan aku
hembus keluar.
Baru pukul 1 pagi.. Aku termenung sekejap
memikirkan banyak benda yang berserabut dalam otak. Mai. Coed. Dan aku.... Aku
bangun nak turun kedapur. Hilangkan rasa dahaga tapi aku terdengar lak suara
mak ngan babah aku dekat ruang tamu.
Dalam dua minggu ni je aku selalu sangat
pasang telinga dengar orang bersembang. Entah aku tak tahu kenapa. Sebab aku ni
dah jadi sangat pendiam kut?
“... Jadi.. Lagi
cepat lagi bagus.. Abang tak sanggup tengok Sara macam tu..” Suara Babah
bercakap pada mak.
“Saya tak kisah..
Tapi Sara tu SPM.. bukannya senang nak tukar tempat exam.” Nada suara Mak macam
risau akan sesuatu.
“Kita
guna orang dalam. Minta Sara ambil exam dekat Sarawak. Abang boleh settlekan
benda tu.. Sayuti dengan Asyraf tu biar diorang habiskan exam dulu baru
terbang.”
Sara memunculkan dirinya disebalik dinding
yang dia sembunyi tadi. “Sarawak? Terbang? SPM dekat sana?” Berkerut -kerut
dahi aku memikir. Suara aku pun dah mula tegang semacam. Kenapa kena bagi
simpati dekat aku? Kenapa ibu bapa sendiri pun tak boleh percaya dekat aku? “Apa
yang Babah maksudkan? Sara tak faham..” Menggeletar suara aku bertanya. Aku
rasa aku macam faham yang sebenarnya.
“Sara..”
Wajah Mak macam terkejut dengan kehadiran Sara.
Babah memandang Sara lama sebelum membuka
mulut. “Sara.. Sara duduk sini.” Babah menepuk permukaan sofa disebelahnya
dengan tangan kanannya perlahan.
Aku genggam tangan aku kuat. Rasa geram.
Aku diam sebentar. “Sara.. Sara mengantuk.. Sara nak tidur dulu..” Aku terus naik bilik tanpa memandang orang
tua aku. Agak kurang ajar disitu. Tapi aku rasa tu lagi baik dari aku
memberontak. Aku rasa geram dengan semua orang..
Aku nak orang yang boleh memahami aku..
Bukannya simpati dekat aku.. Kenapa Mak ngan Babah kena bersusah payah untuk
aku. Aku ni beban ke? Aku tak nak pindah Sarawak. Aku nak stay dengan
kawan-kawan aku. Aku boleh harungi semua ni tapi aku just nak orang percaya
yang aku boleh. Aku perlukan masa. Aku tengah cuba terima hakikat yang Mai dah
tak ada.. Aku sedang mencuba.
Petang tu aku duduk lama menunggu dekat
depan bus stop. Tunggu Babah datang ambil. Aku seorang je sekarang ni. Aku
duduk pandang langit macam orang bodoh tak tahu nak buat apa. Kalau dulu kerja
aku lepas habis kelas aku dok usha Alan lepas tu lepak dekat rumah Mai nak
menunggu Tusyen time hari-hari tertentu. Malam baru balik rumah. Kalau tak ada
Tusyen pun selalunya aku lepak dengan Mai and Coed dulu sampai pukul 5 lebih
baru duduk sini tunggu Babah. Tak pun aku balik rumah, Si Coed tumpangkan aku.
Tapi tu dulu..
“Yo?”
Tiba-tiba je ada satu suara memecah sunyi. Dia senyum je.
Aku toleh kearah suara tu. Aku tak boleh
nak senyum macam biasa dah. Tak boleh nak berdegup laju macam dulu. Tak boleh
nak tak tentu arah macam dulu tiap kali jumpa dia. Nak rasa suka pun macam
susah sekarang ni. “Yo..” Aku senyum tawar. Mamat tu duduk dekat hujung sana.
Aku lak kat hujung sini. Cina pun pandai jaga jarak eh? Yang typical malays
bukan setakat duduk sebelah-menyebelah sampai boleh rasa lemak orang sebelah,
yang silang kaki sebelah-sebelah pun ada.
“Lama
tak nampak..” Alan senyum segaris. Bag pack warna merah diletakkan ketepi belah
sana.
“Awak
pun nak simpati dekat saya ke?” Direct aku tanya. Aku dah malas nak layan
simpati semua orang.
Dia gelak. “Haha.. Why must saya simpati
dekat awak?”
Soalan dijawab dengan soalan. Mamat ni
macam baru balik dari sekolah. Baju
kemeja putih yang dah terbuka menampakkan baju t-shirt DC warna putih yang
dipakai pada bahagian dalam. Tie dah hilang kemana. Lengan disingsingkan.
Aku diam malas nak menjawab. Dia pun diam tapi
bibir dia tak lekang dek senyuman.
Lagu ‘loser of the year-simple plan’
membisingkan suasana diantara kami. Lambat-lambat Alan mengangkat phonenya.
“Saya
dekat depan sekolah elite yang dekat dengan sekolah saya tu.. Hmm.. Tak pe saya
tak kisah tunggu lama pun.. Hmm.. Sorry susahkan. Hmm.. Okay...”
Suasana diam semula. Dia main ketuk-ketuk
tempat duduk tu guna hujung jari. Tap! Tap! Tiba-tiba je dia nyanyi lagu Because
you live by Jesse Mc Cartney
Staring out at the rain with a heavy heart
It’s the end of the world in my mind
Then your voice calls me back like a wake
up call
I’ve been looking for the answer
Somewhere
I couldn’t see that it was right there
But now I know what I really Know
Aku diam je dengar dia nyanyi. Sedap gila
suara dia. Aku tak tahu pulak dia ada suara yang merdu and gentle like this.
Dia pandang depan. Aku pun pandang depan menghadap jalan raya. Tapi sebenarnya
aku fokus mendengar bait-bait ayat yang mungkin related dengan life aku
sekarang ni.
Because you live and breathe
Because you make me believe in myself
When nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the
sky
Memang nobody else can help selain diri
kita sendiri.. Yang aku nak sekarang ni is someone yang boleh believe in me.
It’s alright, I survived, I’m alive again
Cuz of you, made it though every strom
What is life, Whats the use if your killed
inside
I’m so glad I found an angel
Someone
Who was there when all my hopes fell
I wanna fly, looking in your eyes
Aku terdiam lagi. Memang sangat ada kaitan
dengan aku. Apa gunanya hidup kalau dalam kita dah mati? Kita kena hidupkan
balik dalaman kita. Kalau tak hidup ni penuh dengan hipokrit dan jadi macam robot.. Emotionless.. Macam aku..
Aku pejamkan mata rapat buat seketika.
Because you live and breathe
Because you make me believe in myself
When nobody else can help
Because you live, girl
My world has twice as many stars in the
sky
Because you live, I live..
“Wake
up call ke?” Aku senyum segaris tapi tak ada perisa apa-apa pun.
“Kinda..”
Dia angkat bahu sekali. “You need to go on.. Hidup ni bukan macam game. Kalau
salah kita boleh redo, boleh replay..”
Aku pandang dia sekali. “Awak tahu ke probs
saya?”
Dia geleng kepala. “Apa-apa pun back to diri sendiri..” Dia senyum kearah aku sambil sengetkan kepalanya sikit. Cute je gaya dia.
“Kita yang create cerita hidup kita.” Dia senyum lagi sambil menutup mata.
Boleh cairkan sesiapa je yang memandang...
Boleh cairkan sesiapa je yang memandang...
Waaa!!! Merah terus muka aku. Waaa!! Malunya aku.
Apasal dia ada dekat sini? Macamana aku boleh bersembang dengan dia ni? Apasal
dia ramah semacam ni? Waaa!! Malunya aku!!
Sara terus menutup mukanya menggunakan
kedua belah tangan. “Dream only.. Dream only.. Sara ni just mimpi je..” Sara terus menutup mata
sambil mencubit pipinya kuat. “Ouchhh!!” Sakitnya.
Alan gelak je. Kuat pulak tu. “So, nama
awak Sara la eh?”
Ehh.. Real la.. Malunya aku.. Aku pandang tempat lain sambil mengangguk.
“Pu.. Puteri Sara Auni.” Automatik aku menjawab tanpa berfikir.. Ehh? Apsal dengan baik hati, hempedu, jiwa raganya aku bagi
nama penuh aku ni? Waa.. Malunya. Otak aku dah tak boleh fikir apa. Yang pasti
jantung aku berdegup laju macam tengah lumba race need for speed. Macamana dalam
tak sampai 10 minit aku boleh change jadi orang berperasaan ni?
“Ooo
a princess?” Dia tahan gelak. “So, princess.. What makes you going down like
this?” Dia senyum lagi.
Kerongkong ni rasa macam baru lepas makan
pasir lak. Waaa!! Aku tengah malu gila ni..
“Er.. Ermm.. Saya rasa.. Saya susahkan semua orang.. Saya rasa.. Saya ni
teruk.”
“Diorang
rasa?” Dia tanya aku lagi tapi dah macam nada statement je.
Aku terdiam lagi. Rasanya aku hanya
fikirkan diri sendiri je selama ni. Aku tak pernah fikir orang lain. Berkerut
kening aku memandang dia. “Apa maksud awak?”
Alan angkat bahu sekali. “Awak kena cari
sendiri, princess.. I just follow your order.. Can’t give you any sympathy..
Remember?”
“Thanks..
Saya rasa saya kena think balik dengan apa yang tengah berlaku..”
Jari dipetiknya banyak kali. “Ha.. Baru
saya ingat..” Alan mengambil sesuatu didalam begnya. “Nah.” Dia seretkan bekas
CD tu dari tempat duduknya ketempat aku.
“A
beautiful mind?” Aku baca tajuk depan CD tu.
“Saya
pinjamkan dekat kawan saya.. Dia pulangkan pagi tadi.. Hmm.. A true story bout
John Nash punya jalan hidup... Dugaan dia may be lagi berat dari awak tapi dia
try untuk atasi and change.” Alan senyum segaris. “Awak tengok la, princess..
May be awak dapat something dari this story. Citer ni pun dapat banyak award.”
“Apa
dugaan dia? Macam best je..” Aku senyum. Rasa malu tu ada lagi. Cuak gak la
sembang ngan dia ni.
“Schizopheria.
And dia ada family and friends.. ”
Aku terdiam lagi. Bahayanya.. Macam berat
sangat je aku dengar dugaan dia ni. John Nash yang dapat Nobel memorial prize in
economics tu.. Aku buat-buat baca sinopsis sebab otak ni dah bercelaru sangat
tahan malu lepak dengan mamat ni.
Honk! Honk! BMW berhenti disebelah bus
stop dan seorang lelaki keluar dari situ datang menghampiri kami berdua. “Tuan
muda.. Jom balik?”
“Abang
Reza, kan saya kata panggil je saya Alan.” Alan buat muka toya. “Awak saya
balik dulu la.” Alan angkat tangan sekali dekat aku.
Aku pun angkat tangan sekali dan tengok
kereta tu berlalu pergi. Tak sampai 15 minit lepas tu Babah sampai. Tak ada
benda yang kebetulan.. Semuanya ada sebab kenapa ianya berlaku.
Semuanya berubah 270 darjah.. Mana
kehidupan aku yang ceria dulu tu? Sara menepuk pipinya dua kali sebelum masuk
kedalam pagar sekolah. “Go! Go!” Keep looking forward Sara! Happy tu tak kan
datang sendiri kalau kita tak cari. Ingat tak cerita ‘a beautiful mind’ tu!
Penat je Alan nyanyi and kasi aku pinjam cerita ni minggu lepas kalau aku tak
dapat something.
Sara masuk kedalam kelas dengan senyuman
yang dibuat-buat ikhlas dibibir memandang kawan-kawannya. “Asal muka korang
pelik?” Aku tengok diorang ni macam nampak mumia hidup je.
“Err,
tak ada pape la.” Wei Ni tolong jawabkan.
Caroline Chia yang duduk meja depan ni
membalas senyuman aku. “Ma, you nampak ceria hari ni.”
“Thanks
CC. Hari ni Mama buatkan sarapan untuk korang semua.” Aku meletakkan bag
sekolah aku ketempat duduk. Croquette yang aku buat pagi tadi aku keluarkan
dari beg. Aku senyum je. Aku dah menyusahkan semua orang dok fikir pasal aku.
Baik aku buat-buat gembira supaya diorang tak payah bazirkan cell otak diorang
fikir pasal cerita sadis aku ni. “Meh la sini ramai-ramai.”
Lily yang duduk depan aku tolong bukakan
tupperware. “Pergh.. Sedap ni Ma.. Banyak tu kau buat. Dua tupperware lak tu.”
“Tupperware
satu lagi tu bagi kat golongan kaum Adam.. Kang kata aku ni berat sebelah.. Tak
bagi kasih sayang kat anak lelaki lak. Haha.” Aku buat-buat ceria sambil gelak
macam ikhlas.
Tiba-tiba je Tas peluk Sara. “Maaa..
You’re back.. Aku rindu Sara yang ni.. Waaa..” Menggeletar suara Tas meluahkan
perasaannya. “Aku pun sayangkan Mai gak tapi aku sayangkan kau gak.. Tapi
isolatekan diri tu bukan solution yang patut kau ambik.. Tapi kitorang pun
sayangkan kau.. Waaa..” Tas menjarakkan pelukannya dengan memegang kedua bahu
aku. Merah matanya. Air matanya laju je mengalir.
Erkk?? Sampai macam tu sekali dia care
dekat aku. Tapi aku buta.. “Banyak betul tapi kau tu.. Dah makan la.. nanti
sejuk.”
“Maaaa!!
Aku selalu doa supaya kau kuat hadap semua ni.. Kau kena tahu bukan kau je yang
rasa sedih tu.. tapi kitorang pun.” Erin pun tiba-tiba je peluk Sara. “Kita
happy sama-sama and kita sedih sama-sama.. boleh?”
Aku senyum je.
“Korang.. Eii,
eii.. Lex lu jangan la nak buat drama citer sedih lak.. Ni yang aku nak melece’
gak ni..” Mata Fika dah mula berair. Tangannya elok je genggam tangan aku kuat.
Tak tahu kenapa. Tiba-tiba je aku rasa
relaks ada orang sudi peluk aku. Share perasaan dengan aku. Lepas ni aku kena
try rapatkan diri dengan tuhan dengan sebenar-benarnya lak. Aku kena step
kedepan even half dari langkah.
“Wei,
aku dah lapar gila ni.. Cepat la hulur tupperware tu.” Zain yang duduk seberang
sana tolong stopkan drama ayaq mata kitorang ni.
“Aku rindu giler
dengan Croquette Ma.” Kim pun join buat muka lapar.
Sara senyum lagi. “Ambik la ni.” Aku tolak
tupperware tu kehujung meja.
Lan sambut. “Walamak.. Ma, kita panggil Pa
and the geng sekali la. Banyak ni.”
Aku terdiam sekejap. Coed? “.....” Aku
pandang tempat lain sekejap. Sara.. Apakata kita bagi one chance dekat diri
sendiri untuk change something. Sedikit pun tak apa. Asalkan forward.
“Boleh
tak?” Lan tanya lagi. Croquette dah selamat masuk mulut sekali ngap je. Hishh,
gelojoh betul la mamat ni.
Aku senyum paksa. “Haha.. Why not? Ajak la
sekaki.. Dah lama tak dengar suara dia.” Haah dia dah jarang sangat masuk kelas
aku. Kononnya nak dekat exam, Tak sempat la apa la alasan yang dia sengaja buat
sebab tak nak tunjuk muka dekat aku. Aku tahu yang sebenarnya. Sebab aku dah
lama hidup dengan dia.
“Apiz,
tolong panggilkan Coed and the geng.. Kita picnic dipagi hari.” Zain tolong
bagikan arahan dekat Apiz yang duduk hujung depan sana tu. Tangan kirinya
merampas tupperware ditangan Lan. Kang habis gak kang kalau dekat tangan dia
je.
“Cehh, aku gak
yang kena!?” Apiz buat muka tak rela tapi dia keluar gak kelas
Fika angkat kening double jerk. “Aku pun
bawak sarapan hari ni.” Beg kertas yang diletakkan diatas meja dibukanya. Bekas
dibuka. Cheese and Choc Croissant. “Air pun ada tapi lemonade la..”
“Cun
la! Aku bawak Fries dengan sosej.” Lily keluarkan bekas gak.
“Aku
bawak sandwich tapi enam keping je la.” Daus angkat bekas. Ni maid aku sediakan
dan mak aku paksa bawak ke sekolah sebab aku fail nak breakfast pepagi kat
rumah.
“Rapatkan
meja tengah la.. Dah lama tak rasa moment macam ni.. Ma pun dah okay sekarang.”
Ziq bagi Idea.
“Aku
bawak bihun.. Makanan melayu je. Ngeh.. Ngeh..” Kaira angkat tangan peace. “Aku
kan..”
“Gadis
pingitan.” Kim tolong jawapkan dengan suara tak ada nada tu. Satu kelas ketawa
tak tahan lawak sarkastik Kim tu.
“Sengal
kau Kim!!”
Zain tolak meja dia melentang. “Kelas
pertama tak ada cikgu. Kita boleh lepak lama sikit.” Yang lain join gabungkan
meja bahagian tengah.
Aku senyum. “Waaa.. Aku rasa macam nak
nangis la.. Korang setia je tunggu aku.. Waaa..” Aku rasa aku perlu berlajar
dari apa yang dah berlaku. Mai, Aku selalu doakan kau bahagia disana dan aku
harap sangat yang sebenarnya kau tak commit suicide. Aku hope sangat-sangat.
“Esok
kita buat jamuan nak tak?”
“Okay
gak! Semua orang bawak makanan.. Pas tu kita makan ramai-ramai ajak miss
sekali.”
Semua orang letak tupperware dekat tengah.
Pinggan dan cawan plastik ada berbaki kat dalam almari belakang yang memang
sengaja kitorang simpan. Ye la kelas aku kan suka buat jamuan sendirian berhad.
Haha. Aku rindu this moment, Kalau ada Mai kan best? Mai...
“Wei,
Apiz tu panggil Coed ke tackle Coed?” Wan dah tak sabar nak makan mula nak
merungut.
“Sabar
la. Mana la tau si Apiz tu tengah ehem-ehem ke on the way nak sampaikan pesanan
kat Coed ke..” Daus ambik tempat sebelah Wan.
Tak pasal-pasal kepala Daus kena ketuk
dengan pencil case Kaira. “Wei depan makanan ni.. Mulut tu aku stapler baru
tau!”
“Err Garang betul
mak cik Kai ni.. Tak jadi aku nak masuk meminang.. Tadi dah dapat 10 mark dah
sebab bawak bihun.. Ni main ketuk-ketuk kepala aku ni terus mark kena tolak
156..” Daus buat muka tak puas hati.
“Assalamualaikum..
seronok nampak ngumpat aku?” Apiz masuk kedalam kelas sambil membawa beg plastik
yang penuh dengan bekas makanan.
Belakang dia aku nampak si Amri, Kerol, Daim
ngan Kucai. Coed mana?
“Pa
mana I tak nampak pun?” Caroline Chia menanya.
Daim angkat ibu jari kearah luar pintu
depan kelas. “Ma sorang je boleh pujuk dia.. Dia kata dia tak nak join.”
Sara meneguk liur entah berapa kali. Aku
rasa aku tak mampu nak hadap dia lagi.
“Ma,
you pergi la pujuk Pa tu.. Entah apa la dia nak rajukan..” Wei Ni menepuk
belakang aku. CC lak main muncung-muncungkan mulut kearah daun pintu tu.
Betul ke apa aku buat selama ni? Kalau
kita sayang seseorang tu memang kita kena away ke? “Hmm.. Nanti dia masuk la
tu..”
“Ma,
pergi la pujuk Pa tu..” Kerol lak saja je buat suara minta simpati. Aku hempuk
dengan tong gas laju-laju kang kepala tu
baru tau!
“Gediks je tu.” Aku jawab malas nak layan. Baik aku hadap makanan ni lagi bagus.
“Nasi
lemak ohh.. Mana kau beli ni?” Erin menyoal Kerol yang tengah distribute bekas
makanan yang dibawanya tadi.
Amri senyum segaris sambil angkat kening
double jerk. “Ni beli kat mak cik kantin tu la. Dah ni je yang paling dekat dan
dah siap berbungkus.”
“Aku
tanya Kerol ler!!” Erin menjelir lidah tak puas hati dengan Amri.
Kucai geleng kepala je tengok gelagat
Amri. Childish sungguh. “Ma, you better talk something with him..” Lepak je
Kucai cakap macam tu kat aku walhal dia yang paling selalu nampak macamana gaya
communication ‘terbaru’ between aku ngan Coed.
Aku diam sebentar sebelum buka mulut. “Dia
dekat mana?”
“Duduk
kat box bomba punya hos sana tu.” Kucai menghalakan telunjuk belah tangan
kanannya kearah kiri.
“Thanks.”
Sepatah aku jawab. Betul gak.. Berapa lama agaknya aku nak macam ni? Coed tu
aku kenal dari zaman tadika lagi. Tak kan aku nak putus kawan sebab benda lain
lak. Aku tak nak kawan ngan dia masa tu may be sebab aku emo sangat kut..
Sara berjalan menuju kearah box besar
berwarna merah tu. Ada seorang budak lelaki kat situ. Err? Asal rambut dia
macam lain je? “Err..”
Coed menolehkan pandangannya kearah Sara
yang elok je berdiri dihadapan dia. “Emmm...”
Awkward situation.. Aku kena break the
ice.. Hammer besar please.
“Hmm..
Nice hair? Where’s Mohawk?” Aku tengok rambut mamat ni macam layered hair style
versi pendek tapi smart la. Rasa macam dah lama gila tak sembang ngan mamat ni.
Rindu sangat.
“Campak
tong sampah.. Dah lama la rambut aku
macam ni.. Baru perasan ke?” Coed jawab nak tak nak tapi ada sedikit nada
merajuknya tu. Kepalanya ditolehkan menghadap tempat lain. Kaki main
goyang-goyang kedepan belakang.
Aku tertawa dengan nada merajuk dia tu.
Kalah budak-budak. Tak berubah langsung perangai tu. “Sorry.. I thought you
love spikey or something yang boleh cucuk-cucuk mata.. Hehe.”
Coed senyum segaris sambil memandang Sara.
“Gelakan orang lak..”
“Sorry
la dato’..” Aku tahan gelak dengan nada suara dia tu. “Kawan selamanya?” Aku
tanya sambil meletakkan croquette berlapikkan tisu yang aku buat pagi-pagi lagi
tu kat atas box merah sebelah dia duduk tu.
Coed buat muka geram sebelum menjawab
soalan aku. “Kawan..” Dia sengih. Croquette diangkatnya masuk kemulut. “Sedap..
My fav and my wife still ingat lagi.. Thanks.”
Aku senyum lagi. Kali ni ikhlas dari hati.
“Welcome
back Sara.”