Shah dah main-main garu kepala dah. Adoii.. “What the fish betul la.”
Handset tu diatapnya seketika kemudian dicampakkannya ke katil. Lappy
dihadapnya balik. Baik aku siapkan proposal ni dari melayan Homo sapiens yang terlebih banyak masa
tu.
“Wowowow.. Cha,
daripada kau main baling-baling macam tu.. Baik kau hulur je handset kau tu
dekat aku.. Mah-hal tu..” Min yang duduk sebilik dengan Shah menghentikan
bacaan dari terus membaca ‘Reader Digest’.
Tap! Tap! “Alah, handset buah-buahan je.. Complicated lak tu nak guna.”
Kepala dan tanganya fokus menghadap Lappy. Benda ni kena siapkan cepat, kang
meeting nanti aku gak yang kena sound. Al-kemakeput punya pengerusi. Aku buat
kerja ni tanpa gaji tau! Tapi mulut dia sound macam aku ni tak bertanggujawab, macam
aku ni tak ada assignment lak. Tu tak masuk presentation Tiffany lagi untuk
subject Bel. “Dah la buah yang dah kena gigit.. Lain la handset buah-buahan
kau.. Fresh dari ladang.”
“Hahaha.. Ngokngek la
kau ni.. Buah yang kena gigit pun.. Harga mahal tau.. Apple tu.. Nak-nak
Iphone.. Untung la ada abang.” Min duduk bersila atas katil.
Haah phone ni pun ehsan abang aku yang dah selamat bekerja tu. “Tapi lagi untung ada abang sayang. Hahaha!”
Shah kenakan Min balik. Ye la BB dia tu lagi la yang terbaru punya. nak-nak
balak dia hadiahkan untuk dia semperna dapat dean sem lepas. Aku ni tahap ugut
abang aku baru la diorang nak hulur sumbangan ke apa. Phone lama aku tu dah
naik jam dah pun.
“Eeee!! Sengal la kau
ni Cha!” Min dah baling bantal dekat belakang kepala aku.
Dooi Sakit la. Shah terus gelak besar je. “Uiitt.. Uiiitt.. Saudari, Work aku tak
habis lagi ni.. Baik kau jangan tambahkan kekusutan yang ada. Haha.” Aku
sambung balik menaip. Ha ni proposal nak buat program dekat rumah anak-anak
yatim. Agak-agak yang teringin sangat nak jadi S/U tu aku cadangkan banyakkan
belajar sabar. Sebab kalau tak sabar otak ni boleh naik gila dengan meeting
yang banyak, Minit mesyuarat lagi dan D.L.L.
“Apanya yang kusut?”
Min tanya lagi.
“Tu.. Aku tak tahu
mamat selenge mana lak yang banyak sangat masa terluang dia kacau anak dara
orang ni.” Kacau aku la siapa lagi.
“Yang kau cakap asyik
call kau tak tentu masa tu.” Min menjatuhkan dirinya baring dikatil Shah.
Iphone tu dipegangnya. Pergh.. 3 pagi? 4 pagi? 2 petang? 7.15 malam? Banyaknya
miss calls. “Kau tak angkat ke?”
“Tak. Kau gila,
buatnya mamat tu baca mandrem ke apa ke dekat telinga aku kalau aku angkat..
Bahaya tu. Aku bukannya kenal dia pun.” Mata Shah fokus lagi dihadapan Lappy
jenama Dell berwarna putih itu.
“Kau tak tanya apa-apa
ke kat dia?” Min tanya lagi.
Banyak pulak soalan budak seekor ni. Free betul budak ni. Assignment dah
siap ke belum kak? “Aku text tanya ‘siapa ni?'..” Aku jawab jugak soalan Min
ni. Sebab aku rasa aku ni kawan yang baik. Hehe.
“Lepas tu dia jawab
apa?” Min dah pegang handset tapi tak reti-reti gak nak bukak SMS. Main tanya je.
Baik tak payah pegang handset. Pfftt!
“Dia cakap ‘saja je
nak berkenalan dengan awak’.. Wei report animalia kau dah siap ke belum ni?
Banyak betul soalan.. Asparagus alkuspus betul!” Shah memusingkan badannya
merampas handset.
“Aik?? Ada pak we ke
sampai tak nak bagi aku godek-godek handset kau ni?” Min angkat kening double
jerk. Hehe. “Alhamdulillah ya Allah akhirnya kawan aku ada gak calon suami..
Alhamdulillah” Min angkat tangan tinggi-tinggi gaya macam penduduk afrika yang
dah berjuta tahun baru jumpa hujan.
Aku tanya report dah siap ke belum. Dia aci tukar topik lak. Melampau betul
la riak syukur si Min ni. “Wei.. Bila lak aku ada balak ni? Ni aku nak bukakan
messages untuk kau.. Kang banyak lak soalan yang kau nak tanya dekat aku.. Phoronis hippocrepia lah.. Limulus polyphemus lah.. Segala.. Aku
rasa kau ni better tukar fakulti forensik ke, tentera ke.. baru sesuai sikit
dengan selera mulut kau.”
Min gelak-gelak. “Kau marah macam mak nenek la.. Cedera limpa aku over
gelak ni. Haha.”
Shah buat muka bosan. Melampau-lampau betul gelak si Min ni.. Kemudian
handsetnya dihulurkan.
Lagu ‘Six degrees of seperation-the script’ melalak kuat. Shah bangun dari
tidur. Phone dipandangnya, ada tulis 2
miss calls dari ‘mangkuk’. Aku tulis mangkuk sebab kalau dia call nanti senang
aku nak ignore.
Sengal betul la, kacau hidup aku betul la mamat ni. Aku tanya siapa tak
paham lak cakap bahasa melayu. Jam didalam phone tu ditatapnya. 3.30 pagi. Esok
aku ada test la mangkuk ayun, senduk, garfu, periuk belanga!! E.Coli al-kelkemakeput!!
Kacau tidur aku betul la.
Shah menaip didalam phonenya itu. Tak faham malay kan? Jap eh.. Kau nak aku
speak bahasa urdu pun aku lepas tau!
DIKU? IAC if we were fren let me know u. -Shah
Nasib baik aku ni baik orangnya.. Shah Text guna bahasa Chat. Did I know
you? In any case, if we were friend let me know you. Mana la tahu orang ni
kawan sehospital masa aku lahir ke apa.
Dia reply.
Saya tak faham la bahasa awak.
Hehe.. Hai! –Mangkuk
Hai dia kata? Dah la psycho kacau tidur aku. Ishh!
Do respect me ppl, I need to recharge myself. If
we r not knowg each other, its better 4 u 2 not disturb me. –Shah
Dia reply lagi tapi lambat gila. Dia ni faham ke tak bahasa inggeris ni?
Sori
la i gagu u, i nak brkawan je dgn u. I ni Matt. –Mangkuk
Matt? Matt tongkol? Matt turkey? Matt Hardy? Matt-ematic? Hadooii. Mohd
kut? Tak pe kita settlekan semuanya malam ni. Penat hidup aku asyik kena kacau
dengan mangkuk ni.
I hv a
lot of fren called as matt. Which Matt then?–Shah
Mohd Firdaus bin Abidin la, u prnah practikal kat
company area Damansara right? Dlu. –Mangkuk
Nama dah macam syurga pertama. Tapi perangai tak pandai nak respect waktu
tidur orang betul la.
I nvr hv any prac there. U got wrong no. Siyezly.
I hv no fren named firdaus abidin. Plus, I bru je brapa thun pgg no ni. –Shah
Mana ada kos kitorang ni practical dekat company. Kitorang practikal dalam
hospital je la. Kau ingat aku ambik kos business ke engin ke apa? Tiba-tiba
phone aku terpadam. Alamak, batteri kong la pulak. Hadooii. Aku nak settlekan
semuanya malam ni. Shah pun terus mengecas phone tu. Tunggu dua tiga minit
dulu.. Ha dah boleh pun on.
U da hbis
blajr ke? –Mangkuk
Dia ni tak baca ke text aku tadi? Nampak sangat trick dia dah ketinggalan
zaman nak tackle anak orang. Pfftt!
U x
bca ke my latest text td? U got wrong no lah. –Shah
Hehe..
Saje tanya, umo u brapa ni? –Mangkuk
Sabar Balqis Shah.. Sabar.. Jom letak titik
noktah cepat-cepat. Hidup aku dah la jadi tak aman sebab mamat selenge
ni. Aku class dia call. aku tidur dia call.. Aku tengah lepak-lepak dengan
member pun dia call. Aku masuk toilet pun dia jadi call. Errr!!!!
Relaks.
Umo I
32, dah ad 2 anak dah pun. –Shah
Betul la lagi berapa belas tahun umur aku 32.. Dia tak tanya umur aku yang sekarang ni ke atau yang akan datang kan? Aku ada 2 ekor anak kucing.
Ehh?
Alamak.. Sori2.. Msti husband u marah. –Mangkuk
Aku dah sengih. Tahu pun kecut. Ni kira aku tipu sunat sebab nak bagi hidup
aku ni aman dan damai.
Tahu
pun. Dy gado2 dgn I smlm sbb u la. Tu tgh tido luo tu, mrajuk dgn I –Shah
Alamak..
Yeke? Ala.. Sori2 –Mangkuk
Haha!! Aku rasa macam nak ketawa guling-guling je sekarang ni.
Ha. Lain kali jgn main kol mlm2 buta, gagu idop
orang. Ha lg satu jgn kol i lgi. Nanti ad gak yg jeles. I gak yg susah. –Shah
Lepas tu dia tak balas-balas pun SMS aku. Woohooo!! Baru la rasa lega sikit
hidup ni tak diganggu psycho. Alhamdulillah.. Aku terus bangun dari katil. Dah
alang-alang terjaga ni baik aku solat tahajud sekejap.
Dah dua minggu masa berlalu. Shah sedang membelek-belek beberapa helaian
kertas ditangannya. Ni surat jemputan untuk Penasihat, Hea dengan MPP. Rasa
semuanya dah ok kut.
“Ish.. Ishh. Ish..
Workhaholic sungguh member aku seorang ni. Tengah time makan macam ni pun kau
sibuk jugak dengan kelab kau tu kan.” Min selaku roomate dan classmate Shah
mengambil tempat dihadapan Shah. Bihun Sup diletakkan diatas meja. “Pergi la
beli makanan. Kejap lagi nak masuk lab dah.”
Shah senyum memandang kawannya yang kecik tu tapi makan nak tahap dewa.
Yang pelik lagi unik tu, badan dia tak gemuk-gemuk. Ada cacing ke apa dalam
badan dia ni? “Dah settle dah ni. Tinggal aku sign dan hantar.”
“Nah, roti sunflower
yang hang pesan tadi..” Ami menghulurkan plastik roti kepada Shah bersama air
kotak pink guava. Ami mengambil tempat duduk sebelah Shah.
“Thanks mi.. Kau la
sahabat aku dunia akhirat.. Tak macam Min ni. Haha.” Shah membuka bungkusan
roti tu. Muka kena buat terharu sebab ada orang sudi belanja. Wahaha! Tak la
aku dengan Ami ni dah biasa main belanja-belanja each other. Hari ni dia
belanja, esok lusa aku belanja dia lak. Unik kan?
“Anything for hang
ki.. Haha.” Ami memegang bahu Shah sambil angkat double jerk depan Min.
Pengumuman!! Ami ni jantina dia perempuan ye. Dia panggil aku Ki sebab nama aku
kan Balqis Shah? Qis tu jadi ‘Ki’.
“Waaa!! Sampai hati
kau Cha.. Sedih aku!! Waaa.. nak lari bilik la macam ni!!” Min buat muka sedih.
Kitorang gelak je. Agaknya otak kitorang ni dah overload kut banyak sangat
sumbat menghafal nama-nama chemical segala. Pfft!!
Jia yang baru selesai membeli makanan terus mengambil tempat duduk sebelah
Min. Dia beli kek Moist Choc je. Air minum dia air mineral. Memang bagus hamba
Allah seorang ni. Kurangkan gula, biar hidup aman sentosa! Wahaha. “Pahal
dengan Min ni?”
“Majok ngan kitorang.
Haha.” Shah senyum segaris. Roti sunflower disumbatnya masuk mulut.
Jia tepuk-tepuk belakang Min.. “Bersabarlah
kawan.. Dunia belum berakhir.” Jia meniru gaya Patrick dari cerita Spongebob
Squarepant bercakap.
Terus semua orang gelak. Sebijik!
“Report siap tak?” Min
bertanya sambil mengoyak-ngoyakkan hujung roti sandwich. Kemudiannya dimasukkan
kedalam mulut. Dah makan bihun sup dia tibai lagi makan roti sandwich 3 keping.
Dah-syat tu!
“Wei.. Wajib la siap.
Kau gila apa nak kena pancung dengan Sir K?” Shah menggeleng kepala. Dia tu dah
la suka ikut kepala sendiri je. Biasa la lecturer. “Lain la Mi ni ha.. Fav student.
Haha. Scandal!”
Ami menyenggul bahu Shah sekali. “Harrey perangai hang Ki!.. Off topic,
balik-balik aku gak yang kena.” Semua orang ketawa.
“Ooo.. Cha, mamat yang
kacau kau tak ikut time tu.. Kacau kau lagi tak?” Min memetik jari sekali
menanyakan tentang si Mangkuk yang pernah kacau Shah dulu tu.
“Tak dah..” Shah
menggerakkan tangannya kekanan dan kekiri tanda tidak.
“Cane dia boleh stop?
Kau kata dia tu psycho, asyik kacau kau berminggu-minggu tu.” Jia angkat kening
memandang Shah.
Shah senyum evil. “Hahaha.. Jap eh.” Aku keluarkan phone aku. Lepas tu aku
bagi diorang baca. Diorang semua gelak-gelak je. “Pandangan?”
“Sodium manganate!”
“3-Chloroanisole!”
“3-Chlorobromobenzene
lah!
“Bukan la..
Propanoylchloride kena Fridel-craft acylation!” Shah cantikkan lagi ayat.
Semua terdiam tengah memikir jadi apa. Min main tulis-tulis dekat meja
makan guna pensil jari. Jia garu-garu kepala. Ami terdiam sekejap sambil
menggigit jari. Tak sampai satu minit semua petik jari. “1-phenyl-1-propanone.”
Aku gelak-gelak je selaku memberi soalan bonus. “Haha! Right-licous!”
“Sengal la.. Kitorang
tengah rehatkan medulla oblogata kau boleh lak tanya soalan pecah kepala otak.” Bahu Shah ditumbuknya
sekali.
“Lah.. Korang yang
bagi pandangan aci masuk kimia.. Aku tanya la soalan kimia.. Haha..” Air kotak
pink guava dihirupnya masuk membasahi tekak.
“Bagi aku kan.. Okay
la kau buat macam ni.. Tak ada la dia nak kacau kau lagi.” Jia mengomen.
Min angguk setuju. “Betul.. Sokong 230 peratus!”
“Kau Mi?” Aku tanya
orang beragama sikit.
“Okay la macam ni..
Sebab mak aku pernah cakap dekat aku. ‘Suka or cinta’ ni satu anugerah, satu
fitrah. Kita suka orang. Orang suka kita.. Standard la. Tapi kalau kita tak
suka orang tu. Jangan kita tolak dia kasar-kasar. Tolak dengan lembut.
Berkhemah.”
Ami tarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung ayat. “Jangan cakap.. ‘Eee..
saya tak suka awak la’ atau ‘You’re not my taste.. Daa!’ lebih kurang macam tu
dekat orang tu. Sakitkan hati orang tu atau bash dia depan orang ke..” Ami buat
gaya kasar menyebut contoh tadi. Macam real lak. “Cakap dekat orang tu
elok-elok.. ‘saya minta maaf bla.. bla..’ macam tu kalau nak reject ke apa ke..”
“Bla.. bla.. bla tu
apa Mi?” Shah tanya soalan bonus.
“Bla.. bla.. bla tu
kau fikir la sendiri.. kacau la.” Min suruh Shah diam. Kacau je la. Haha.
Jia buat gaya macam menenangkan dua manusia yang sedang bergaduh. “Ish
korang ni.. Ustazah Ami tak habis lagi bercakap tu.”
Hahaha. Ami gelak je. “Bla..bla..bla.. tu bala-qis.”
“Pseudo punya paramecium!!”
Sepatah Shah menjawab. Nama aku gak yang naik. Pfft! Diorang pun join gelak.
“Kalau kita reject tak
jaga hati dia apa jadi?” Jia bertanya.
“Kita tak tahu hati
manusia.. Kalau main bash je.. Iman manusia tu bukannya kita tahu.. Tu la jadinya
kes sihir-menyihir, santau, busung segala tu.. Kadang-kadang diorang dengki.
Sakit hati. Tak boleh terima kita reject macam tu je.. So kita kena la behave
and think sebelum kita bercakap.” Ami Menjawab. Dah gaya macam Ustazah 5
bintang dah gaya dia.
“Oooo.. Seram betul la
manusia ni kan..” terpacak bulu roma aku mendengar. Shah main teguk-teguk air
liur. Benda macam ni pun boleh jadi kes besar. Manusia.. Manusia.. Who knows?
“Takutnya..” Min dah
berkerut dahi. “Tak suka la diorang buat benda-benda macam tu. Kalau orang mati
baru nak puas ke? Itu ke love?”
“Manusia.. Hati
diorang pelik sikit..” Jia tolong jawabkan.
“Sebab tu la kalau nak
ber-fall in love pun jangan main-main. Niat kena betul. Nak nikah ke kahwin ke.
Jangan niat nak dapat title ‘play girl’, nak berlagak depan orang ada pak we
hensem ke, suka-suka ke.. mainkan hati orang. Bahaya tu. Mungkin dia ‘hantar
benda tu’ kena dekat kita atau terkena dekat family kita. Kena satu family pun
boleh jadi.” Ami sambung lagi.
“Mak aku pun pernah cakap
tapi tak ada kaitan dengan ‘benda tu’ la.. Mak aku kata, apa yang kita buat
dekat orang. Benda tu akan berputar balik dekat kita.. Lagi berganda. Contohnya
kita sakitkan hati orang tu.. Akan datang mungkin 10 orang lak yang akan
sakitkan hati kita.”Jia menambah pandangan.
“Betul.. Hidup ni
umpama roda. Sekejap kita dekat atas. Sekejap kita kat bawah.” Shah
menghabiskan minuman kotaknya itu.
“Err.. Apa yang hang
cakap tu memang betul Ki.. Tapi aku tak nampak lak apa kaitannya dengan apa
yang Jia cakap sekali dengan topik ni. Haha.” Ami gelak-gelak. Biar la ilmu tu
kita dapat sikit-sikit asalkan kita aplikasikan dalam kehidupan.
Min memandang kearah jam tangannya. “Alamak.. Wei, Kita dah lambat 10 minit.”
Min dah kemas-kemas failnya.
“Err.. Dah.. Dah.. Jom
naik lab cepat. Nanti Mr K marah lak. Kita gak yang susah.” Jia mengumpulkan
sampah masuk kedalam plastik. Kejap lagi nak buang.
“Ala.. Tunggu aku. Burger
ni tak habis lagi la.” Ami merungut minta ditunggu.
Shah gelak-gelak je. “Wei, kau kan anak murid kesayangan dia.. Kau lepak je
sini, habiskan burger. Haha.”
Ami mengembungkan pipinya buat-buat geram dengan Shah. “Eeee!!” Dia terus
sumbat burger masuk dalam mulut. Ala seciput je pun.
Kitorang gelak-gelak je. Lepas tu masing-masing main lari-lari anak nak
kejar lif.
Hati tu satu anugerah. Gunakan untuk beribadah kepadaNya. Bukan setakat solat,
berzikir semua tu. Kita sayang manusia kerana Allah pun dah kira ibadat. Kita
makan, minum kerana Allah pun dikira beribadah. Jangan kerana nafsu. Hidup dekat
dunia ni sementara je.. Akhirat tu selama-lamanya. Jom remind balik diri
sendiri.. Jom fikir, kenapa eh kita diciptakan? :)