Zain memetik jari dihadapan Sara beberapa kali. “Ma, wake up? Haluuu??”
“Hah?” Eh? Eh? Sara tersedar dialam nyata. Kanan
kirinya dipandang. Zain, Hakim dan Mai dihadapannya. Sekarang ni tengah sibuk
discuss pasal presentation subjek sejarah tingkatan 4. Satu group empat orang.
Kelas tambahan hari sabtu ni kena buat pembentangan, cikgu suruh study balik
form 4 punya. Semuanya gara-gara si Zain ni la tak dapat jawab soalan bonus
platipus pasal sejarah tamadun mesir yang bagai nak gila meroyan belajar tahun
lepas tu. Tak pasal-pasal Cikgu Wani adakan kelas sabtu ni dengan tema ‘sehari
bersama sejarah form 4’. Cehh!!
“Okay.. Kiranya start zaman jahiliah ni, Auni yang
terangkan. Yang sampai sini aku.. Bla.. Bla..” Mai menunjukkan takat
presentation kitorang. “Kita buat short note lepas tu kita combine esok boleh
tak?” Mai menulis sesuatu diatas plannernya.
“Okay je.. Esok terus combine la. Malas la nak
lambat-lambat.” Hakim setuju dengan pendapat Mai. Kemudian dia gelak-gelak
memerli Zain. “Zain, aku rasa ramai gila yang nak buat sujud syukur sekarang
ni, sebab weekend ni kena spoil dengan program anjuran kau ni.” Hakim sengaja
tolak-tolak bahu Zain kasi sedar sikit budak dalam kelas ni semuanya buat muka
ketat tak boleh senyum macam kena cucuk botox. “lagi-lagi si Ma ni.. Tengok kau
macam tak makan sebulan je.”
Aku sengih je dengan ayat yang baru keluar dari mulut Hakim tu. “So true!”
Aku petik jari tanda setuju. Tapi tak kisah sangat pun. Mula-mula je rasa
bengang.
“Zain! You owe me too much. Don’t forget!”
Caroline Chia berpeluk tubuh memandang Zain tak puas hati. Ala budak-budak
kelas aku ni suka berdrama tau. Kitorang suka sakat-sakat sesama sendiri.
Buat-buat bengang tapi sebenarnya mana ada. Eheh kitorangkan kamceng? “Too
much!” Kata Caroline Chia sekali lagi dengan nada agak menyeramkan tu.
“Daun betul la kau ni Zain! Aku ada date kut
dengan awek aku sabtu ni.” Apiz yang duduk depan sekali tu menolehkan badannya
kebelakang.
“Kim, maid I ada buat sandwich.. Nah ambil la ni,
JANGAN KASI ZAIN tau.” Lembut je suara Tas, tapi perkataan ‘jangan kasi Zain’
tu sengaja dikuatkan. Sengaja tupperware sandwich itu diletakkan atas meja aku
yang duduk belakang Zain ni. “Ma, Mai jemput la ambik.. Ambik je banyak-banyak.
Ni treat untuk OVER lunch.” Tas menghadiahkan senyuman yang aku sendiri pun tak
tahu nak tafsirkan macamana. Kira macam senyuman Edward Cullen dapat peluang
nak hisap darah gitu la selepas berjuta-juta tahun ‘puasa’ darah. Boleh imagine
tak?
Aku pun dah rasa macam nak ketawa guling-guling je atas lantai ni. Mengong
je Tas ni. Nampak sangat tak ‘puas hatinya’ tu. Serious dia ni dah boleh ambil
anugerah best actor dah. Zain dah main garu-garu kepala. Bila dia nak ambil
sandwich tu, Tas terus ketuk tangannya guna pembaris besi aku. Ayoyo, bak kata
CC sakit meyh!
“Tak pasal-pasal aku kena spend waktu balik dekat
dalam kelas ni” Aku menambah perisa sakit jiwa sikit dekat Zain. Saje buat Zain
bengang. Huhu!
Zain terus berdiri dari duduknya dan terus berlalu terpacak dihadapan papan
putih. “Okay.. Okay!” Zain angkat tangan offhanded. “Ye.. Aku salah tak dapat
jawab soalan tadi.. Hishh.. Cuba korang bayangkan korang kat tempat aku. Dapat
ke jawab soalan yang dah berkurun dikaji tu?” Zain memandang semua budak-budak
kelas. Nak tunjukkan yang mana ada manusia yang perfect! “Kecuali Mama.. Dia
memang best student, tak dikira la. Ha.. Boleh ke?” Nada bengangnya dah
terkeluar.
Satu kelas baling kertas dekat Zain yang berdiri dihadapan kelas. Dia tutup
muka tahan sakit. Masing-masing buat ‘buu’ dekat Zain. “Buuu!! Buuu!! Kitorang
boleh jawab la soalan punya la kacang. Buuuu!!” Semua buat tangan ‘unlike’ ibu
jari kebawah. Melampau betul la drama diorang ni. Kesian lak aku tengok Zain tu
tapi aku pun join sekaki. Haha!!
Zain buat muka frust. “Ala korang, sorry la... Korang ni tak sporting la.”
Dia dah garu-garu pelipis tak tahu nak buat apa. “Korang selalunya okay je..
Kenapa macamni lak hari ni?” Zain dah naik fed up. Semua orang main buu buu
dia. “There is no such thing as a perfect person in this CRUEL world.” Marah
sungguh tu statement dia. Dia melonggarkan Tie dia kasar dan kemudiannya nak
keluar kelas. Tapi sebelum tu sempat dia sepak-sepak kertas yang kitorang
baling tadi tu macam orang yang sangat-sangat bengang. Dah gaya macam orang
yang bertunang putus 15 kali dah rupa dia.
Dushh!! Ambik kau! Sebaldi air terus dicurahkan kebadan Zain yang baru je
nak keluar dari pintu kelas kitorang tu. Habis lencun aku tengok. Yang tukang
curah tu Papa diorang ni, si Coed tu la siapa lagi? Aku ternampak banyak ais
batu jatuh dari baldi tu. Aku pandang Zain sekali lagi. Menggigil badan anak
orang tu aku tengok. Mujur tak Innalillah. Kalau tak semua orang yang wujud
dekat sini kena sue sebab merancang pembunuhan keatas seorang anak dato’
beramai-ramai. Satu kelas ternganga. Kitorang suruh Coed jirus air je tapi dia
up gread sampai letak ais banyak gila! Ke ni ais batu yang mencair? Tak expect
pun macam ni tapi masing-masing meneruskan sesi drama.
“Wei! Adunan seterusnya..” Kucai yang berdiri atas
kerusi dekat luar kelas pula mencurahkan solution yang geng-geng dia buat khas
itu diatas badan Zain. Melekit gila! Budak-budak kelas aku pun tak fikir
apa-apa terus join main baling-baling tepung jagung dekat Zain. Semua orang
ketawa. “Happy birthday to you.. Happy birthday to you! Happy birthday to
Zain.. Happy birthday to you.. Wahh!!” Masing-masing tepuk tangan. Yeay!! Macam
kanak-kanak tak cukup umur dah aku tengok. Ni kelas tingkatan lima sains tulen
ke kelas tadika ni?
“Wooii!! Sengal punya member! Patut la lain macam.
Tuh.. Tuh..” Dia mengelap-ngelap mulutnya yang terketar-ketar termasuk sedikit
tepung tadi. Putih satu badan Zain melekat dengan tepung. Dia peluk badannya
sendiri akibat sejuk dengan hujan ais batu tadi. Aku gelak je. Sumpah kesian
gila! Diorang ni kalau part membazir memang nombor satu. Ala.. Anak orang kaya,
macam ni la. Tepung tu boleh buat macam-macam tau!
“Wei, kek mana?” Aku nak ingatkan je, takut ada
yang lupa.
“Dekat sini!” Daim, budak satu kelas dengan Coed
tolong bawakan kek yang kitorang suruh dia simpankan pagi tadi. Dalam
perjalanan dia nak bawa kek tu boleh pulak kakinya tersadung. Apa lagi. Dush!
Mujur kek tu dalam kotak lagi. Semua orang pandang kotak kek tu sambil
menelan-nelan air liur. Daim sengih je. Amri datang dekat dan membuka kotak.
Err dah tak ada rupa kek dah aku tengok. Daim hanya mampu sengih-sengih je
lagi.
“Arghhh!! Kek aku!” Zain sengaja buat-buat jerit
frust melutut dihadapan kek Secret Recipe peacan butterscotch yang kitorang
beli tu. Badannya masih menggigil-gigil.
Satu kelas tertawa. Aku yang genius ni pun ambil la pisau kek tu, potong
dan letak atas pinggan plastik. “Nah, happy birthday!” Aku hulur dekat dia
walaupun kek tu memang dah tak ada rupa kek dah pun. Aku tak suka
membazir-membazir ni. Lain la kalau aku pun kaya macam korang. Kek ni anytime
je aku boleh peyek dekat muka Zain. Eheh, tapi kalau aku kaya la aku buat macam
tu.
“Mama!! Kau la the
best!” Zain buat muka terharu. Aku haah kan je. Coed datang mendekati kitorang.
“Zain.. A-a-a-a, tamau
ae tackle mama sendiri.. Papa’s here.” Coed sengaja buat ayat ‘behave yourself’
dekat Zain. Nada suara macam tengah cemburu je. Haha.. Geng-geng Coed tu dah
macam budak kelas kitorang dah. Mana taknya asal program kelas kitorang ada je
yang jemput dia and the geng.
“Meh sini semua orang,
beratur lurus-lurus! Mama nak kasi kamu kek sorang satu ni.” Coed tolong aku
angkat kek tu letak atas meja guru. Sudu plastik dan pinggan plastik yang Kerol bawa tadi aku ambil untuk sorang satu. “Ha.. Beratur lurus dulu.. Tangan angkat,
tangan jatuh, tangan angkat, tangan jatuh.” Sengaja aku buat drama budak baik
sekolah rendah. Diorang pun ikut layan je. Aku potongkan kek dan aku bagi
sekor-sekor. Ha biar otak tu cepat sikit matangnya.
“Yang kelas sejarah
sabtu ni tu pun prank gak ke?” Zain tanya soalan bonus. Kau rasa ada ke cikgu
nak join prank budak-budak umur macam kita ni? Kalau diorang tahu.. Habis la
kita. Kelas ni dah sepah sangat dengan tepung segala tau. Dah macam kena
langgar garuda dah aku tengok.
Hakim sengih tak ikhlas. “Kalau la yang tu pun prank.. Aku rasa bersyukur
gila.”
Kitorang sambung gelak-gelak balik. Aku pandang Mai, Mai pandang aku. “Mai
kau marah aku lagi ke?” Tapi Mai buat tak dengar je. Haih..
Zain yang baru nak suap kek tu terasa tangannya yang selamat tak tersalut
tepung tu lain macam. “Err.. Kucai, ni solution apa ni?”
Kucai pandang kanan kiri. Semua orang baru nak makan kek. Eheh ni solution
dia, Coed, Daim si coklat, Kerol dengan Amri punya idea. Nak tahu ke aku letak apa?
Nanti ada gak yang tak selera makan. Huhu.. “Haha.. Tak, itu solution
biasa-biasa je.. Tak ada apa-apa pun yang istimewa..” Jawab Kucai main-main.
“Ooo.. Thanks by the
way korang.. Tak kisah la prank macam mana pun.. Aku happy gila hari ni.. Err
kecuali program tambahan hari sabtu tu.”
Coed, Kucai, Daim, Kerol dan Amri masing-masing pecah ketawa sedas dua. Kalau la
Zain tahu apa solution tu.. Mesti dia tak kan buat ucapan terharu gila macam
ni. Muahahhaahhahhahahhaha!!!
Aku pandang geng diorang berlima tu. Kening aku automatik terangkat.. Okay..
Aku rasa aku tahu solution apa.
Aku duduk dalam bilik lepas tu aku golek-golek atas katil.. Mai.. Aku
kusutkan kepala. Adoiyai, tak seronok la macam ni. Dah dua minggu dah kitorang
macam ni. Dah tak ada lak kawan nak pergi skodeng budak cina tu. Sara mengambil
kura-kuranya yang terletak diatas meja study. Kenapa ye agaknya dengan Alan?
Dia macam frust sangat hari tu. Kesian lak aku tengok. Bila dia macam tu aku
rasa aku pun macam sakit. Hmm.. Aku ni dah naik meroyan ke apa?
Makanan kura-kura ditaburkannya diatas permukaan air. Bunyi monophone
memecah sunyi. Sara memandang kearah handsetnya. Nama Mai tertera. Sara senyum
segaris. Alhamdulillah. Tak sangka doa orang yang baru nak insaf ni cepat
makbul. Huhu.
Salam didahulukan. “Hello?” Suara seberang sana diam je tiada respond.
Kenapa ni? “Err Mai?? Ada tak dekat sana?” Aku rasa macam tengah bercakap
dengan tunggul tiang je sekarang ni. Hello tunggul tiang? Awak suka makan Nasi
bantal peluk yang dekat Perak tu tak? “Mai?? Haluup?”
“Hmm.. Auni.. Aku..
Aku.. Aku depan rumah kau sekarang ni.” Ha?? Ternganga aku dengar dia cakap
macam tu. Aku terus pergi ke tirai tingkap cuba melihat manusia yang wujud
dihadapan rumah aku. Betul la, Mai dekat depan rumah aku. Tapi kenapa?
“Err.. Mai, you wait
for me, Aku turun ni.” Rasa macam tak sedap hati la pulak. Aku capai tudung dan
terus sarung kekepala dan kemudiannya aku turun anak tangga. Aku keluar je dari
rumah aku nampak Mai tengah menangis. Gulp! Ya Allah kau mudahkan la segala
urusan.
Aku menghulurkan mug Mickey Mouse yang terisi hot choclate didalamnya. Mai
mana pernah datang rumah aku, so aku pun konfius nak hulur apa. Lain la Coed,
kalau dia yang datang, dia la yang jamu aku. Main buka je peti ais tu. Kalau
nak diingatkan balik kitorang berdua ni berkawan dari tahun lepas. Itu pun
sebab mula-mulanya aku kesian dekat dia sebab dia tak ada kawan. Tapi lama-lama
aku rasa dia ni sekepala dengan aku. Bila aku lepak dengan Coed pun dia okay je
join sekaki. So, jadi la kitorang ni kawan baik.
“Err.. Mai, kau okay
tak ni?” Rasa janggal lak. Sebab aku tak pandai sangat pujuk orang ni. Patut ke
aku call Coed, berguru dengan dia cara-cara nak pujuk orang? Erk diakan pandai
pujuk aku. Tak pun aku mintak si Mai ni ‘pause’ dulu rasa sedih dia tu then aku
tanya pak cik Google pasal benda alah ni sekejap?
Mai senyum perli malas nak layan kecelaruan aku. “Dah la, aku nak tidur
hotel je malam ni.. Aku balik dulu.” Dia terus berdiri. Magai? Aku tahu la
bapak dia kaya gedabak tapi sampai tidur hotel tu aku rasa macam dah melampau
sangat.
Aku dah rasa pelik dah. Apsal sampai nak tidur-tidur hotel ni? Rumahkan dia
ada.. Ke kes lari rumah ni? Sara terus memegang tangan Mai. “Mai.. Kau kenapa?”
Mai menepis tangan aku. “Wei, tak payah nak pura-pura alim la dengan aku..
Orang yang pakai tudung ni semuanya sama.. Luar nampak alim, dalam macam iblis!
Tak ubah macam iblis bertopengkan syaitan.” Nada suara Mai dah lain macam dah.
Err? Mai apa beza syaiton dengan iblis tu? Aku rasa kau macam salah skrip
je nak marah aku.. Rasa nak tergelak sekarang ni pun ada.. Bukan patut ke kau
cakap ‘iblis bertopengkan manusia’?
Chop! Chop! Eii jangan la masuk kes kena rasuk hantu ke apa. Aku dah la
duduk sorang-sorang je sekarang ni. Mak aku, papan dengan Luffy dah la tengah
keluar sekarang ni pergi Giant. Yun tengah main bola dekat padang. Acap duduk
asrama. Babah memang selalu balik nak dekat malam.
“Err, Mai? Kau okay
tak ni?” Slow je suara aku. Tadi dia nangis, lepas tu marah-marah macam ni lak.
Cuak gak la rasanya. Aku kena ambil bawang putih ke macam dalam cerita cina tu
nak halau hantu? Err patut ke?Oohh.. First sekali kita kena berdoa dulu..
Bismillahirramanirrahim, Ya Allah kau jangan la bagi Syaiton rasuk dia ni.. Aku
tak pandai nak mengubat orang ni.
Mai buat tak layan. Tajam mata dia menjeling aku, dia terus berlalu nak
keluar dari rumah.
Aku meneguk-neguk je air liur ni entah keberapa kali. “Mai.. A.. Aku minta
maaf sebab lambat bagitahu kau aku dah pakai tudung.. Aku tak tahu apa masalah
kau.. Tapi kalau kau nak share dengan aku.. Aku okey je.. Dan tak semua orang
yang pakai tudung tu jahat.. Kitorang hanya memenuhi tuntutan agama.. ‘jahat’
tu terpulang pada masing-masing.. orang yang free hair pun boleh jadi jahat..
Orang tua kerepot pun boleh jadi jahat.. Budak lima tahun pun kalau nak jadi
jahat anytime je.. Sesiapa pun.” Aku tak tahu ayat aku ni betul ke tak. Pening
otak aku nak fikir ayat. Grr! “Err tapi aku memang jahat pun.. Tapi sikit je
la.. Tak ada la banyak sangat.. Kau pun.. Aku rasa kau pun tak ada la baik
sangat.” Sara dah main garu-garu kepala cuba menerangkan pendapatnya. Sesuai
tak ayat aku untuk masa sekarang ni?
“Itu...” Mai diam je berfikir sejenak.
“Aku jahat ke Mai? Maksud aku.. Aku ni jahat
sangat ke? Aku pakai tudung ni perangai aku berubah jadi jahat ke?” Aku tanya
lagi. Ini ke sebab kitorang gaduh? Sebab aku pakai tudung je? “Aku sakitkan
hati kau ke?”
Mai memandang aku lama. Dia diam sebentar sebelum membuka mulut. “Ayah aku..
Kahwin dengan perempuan yang pakai tudung.. Dia lupakan aruah mak aku..
Kawan-kawan aku dulu pakai tudung tapi diorang khianat aku.. Mak cik aku pakai
tudung tapi dia tikam belakang aruah mak aku sampai menyebabkan mak aku
meninggal..” Mai menutup mulutnya. “Aku.. Alone.. Ayah always not with me..
Kerja.. Kerja.. Kerja.. No one with me.” Dia menangis semula.
Aku rasa aku faham perasaan dia ni. Babah aku pun sibuk je dengan kerja
tapi aku ada adik-adik dengan mak.. Tapi Mai tak ada sesiapa pun melainkan mak
tiri dia dengan ayah dia. Kesiannya.. Aku terus memeluk Mai. Aku peluk tubuh
dia tu kuat-kuat supaya dia tahu yang dia bukannya keseorangan. “Nanti aku
peluk kau sekali lagi eh?”
“Apa kau merapek ni
Auni?” Tersedu-sedu Mai cakap, pelik dengan apa yang aku katakan.
“Ye la.. Kan an apple
a day keeps the doctor away. Two hugs a day keep the blues away.. Aku nak
praktikkan dekat kau la ni.” Bersungguh-sungguh aku cakap dekat Mai. Rasanya
kalau nak buat background untuk muka aku sekarang ni kena ada latar belakang
bintang-bintang. Sebab aku sangat bersemangat nak dia okay sekarang ni.
Mai kelakar tengok semangat yang cuba ditonjolkan oleh Sara. “Sengal dowh
kau ni!” Dia gelak-gelak. Wooo.. Kawan aku si Sara sorang ni memang selalu je
semangat tak bertempat. Mai cubit-cubit pipi Sara berkali-kali. “Ni hukuman sebab
kau lambat bagitahu aku!” Haha!
Sara dah main tepis-tepis tangan Mai yang best je main cubit-cubit pipi
tuan puteri yang jelita lagi rupawan ni! Sakit la!! Lepas tu aku pun tertawa. “Trust
in me.” Aku angkat jari pinky promise “Still BFF right?”
Mai senyum. Aku pun senyum la rasa gembira, tapi dia geleng lak tiba-tiba.
Waaa!! Aku buat muka sedih. Dia gelak lagi dan main cubit-cubit pipi aku. Dia
sambut pinky promise. “True friend until die.”
“In Sha Allah.” Aku
sambung ayat dia sebab aku rasa aku kan dah insaf.. So, kena la banyakkan sikit
menyebut ayat-ayat memuji Allah ni.. Eheh, boleh lak? Aku peluk Mai sekali
lagi. Aku pun cakap kat dia yang batin aku sangat tersiksa dia layan aku acu
tak acu je selama ini.. Woo.. Sedih tau! Rupanya dia pun sama. Wahaha!! Mai
jangan gaduh-gaduh dengan aku lagi ae? Aku senyum.
“Aku nak sangat tepek
cake semalam tu dekat muka kau!! Waaa!!” Mai dah nangis-nangis sambil peluk
Sara macam anak patung tak ada nyawa. Err.. Ada ke anak patung yang ada nyawa
selain dalam cerita ‘Silence Death’ tu? Kalau ada sumpah aku tak nak simpan
anak patung. Walaupun aku buat sebagai bantal peluk je.
“Oiiit!! Tu namanya
nak putus sedara terus tu dengan aku! Tak nak kawan balik la dengan kau..
Shuh!! Shuh!!” Sara buat nada merajuk tak nak layan Mai. Jari Mai yang agak
gatal tu terus hinggap ke pipi aku. Kriak!! Dia cubit lagi! Air matanya mula
kering.
“Haha!! Tahu sebab apa? Sebab aku caaaaayyaaaaaang sangat dekat budak seekor ni.” Kepala Sara disekehnya. Memang la sebab budak rambut panjang tu kawan aku dengan seikhlas hati! Even dia pakai tudung pun dia tak berubah dari ‘Sara’ yang aku kenal.
“Edehh!! Sakit la Mai... Erkk.. Somebody!! Help
me!! Godzilla dari planet Pluto datang menyerang saya!!” Aku buat-buat
menjerit. Masing-masing tertawa.
“Esok kita usha mamat cina tu nak tak? Aku dah lama
tak buat hobi gila kau tu sejak gaduh-gaduh manja dengan kau ni.. Haha!” Mai
memeluk kepala lututnya diatas katil Sara. Bibirnya menguntumkan senyuman.
Aku petik jari tanda setuju. “Wei.. Nama dia Alan la..” Aku pukul bahu Mai
perlahan. Suka hati bapak dia je panggil mamat tu ‘mamat cina’ walaupun dia
memang cina.. Kau tak nampak ke awek dia dekat sini? Eheh perasan lak. “Boleh
gak.. Aku teringin nak tengok dia lagi.”
Pecah ketawa Mai dengan kuatnya. Wei aku buat lawak ke?
“Seriously!! Haha!!
Wei aku ingatkan kau dah jadi baik ke apa.. Ini sama je, perangai buruk kau
yang suka skodeng-skodeng anak teruna orang tu bila nak insaf lak? Maksiat
betul.. Haha” Berdekah-dekah Mai ketawa dengan tangannya yang baik je main
pukul-pukul belakang badan anak orang. Wei ni boleh jadi katogeri mendera anak
orang tau! Sara.. Sara.. Dia memang dia!
Sara membuat muka toya. Sadis betul la live aku ni.. Err, apa punya member!
Aku dengan baik hati dan hempedunya bangun pergi mengambil dua pasang telkung
dan sejadah. “Mai, Kau boleh solat tak?” Aku tanya sambil memandang kearah dia.
“Aaa...” Sepasang anak
mata Mai dialihkan daripada memandang anak mata Sara. “A.. Aku.. Tak boleh
solat la..” Lambat-lambat Mai menjawab.
“Ooo.. Kau period ea?”
Aku tanya nak kasi komfem sebab aku tak nak la bersangka buruk walaupun aku
agak yakin la sebenarnya dia macam menipu. Kalau Coed tu dia solat la jugak.
Tapi kalau Mai ni dari zaman aku kenal dia dulu selalu je period bila aku
tanya.
Mai angguk lambat-lambat.
Aku senyum segaris. Ya Allah, kau berikan la dia hidayah mu ya Allah. Dia
best friend aku. Aku nak dia masuk syurga sesama. Tak best la kita je masuk
syurga walaupun aku tak berapa komfem aku ni layak ke tak.
Malam tu aku telefon family Mai, aku cakap yang dia stay rumah aku malam
ni. Aku rasa mak tiri dia okay je.. Risau gila dekat si Mai ni, mengalahkan mak
ikan jerung yang ada masalah mencari anak jerungnya. Apa kau ingat manusia je
ke yang ada masalah? Binatang pun ada tau.. Hehe, list.. Listen! Hmm.. May be
Mai kut yang susah sikit nak bagi mak tiri dia peluang untuk sayang dia.
Aku sengih je. Tadi sebelum aku masuk tusyen, aku sempat usha mamat tu.
Uhuk-uhuk!! Happy gila! Alan tu pun aku tengok macam okay je tak macam hari tu.
Waaa.. Aku sengih lagi. Dush! Erkk? Aku rasa macam bahu aku ni macam kena
lastik dengan pemadam je. Hish siapa punya kerja ni?? Aku toleh belakang.
Coed!! Mamat tu senyum sambil menampakkan 32 batang giginya. Kitorang tusyen
dalam kelas yang sama untuk subjek fizik dan kimia. Aku sapu bahu aku yang
terasa pedih tu. Aku tunjuk buku lima dekat dia. “Siap la kau!!” Aku ugut dia
perlahan. Selalunya time-time macam ni dia dah selamat tidur sambil buka mata..
Hish! Spoil angan aku betul la.
“Yes Miss Sara Auni?
You nak bergaduh ke, bertumbuk ke, sila bawa bersabar dulu ye.. Kelas I dah nak
habis dah pun. Relaks dulu.” Sir Red menghadiahkan satu senyuman sarkastik
kepada aku. Lah, Dan-dan je dia lalu dekat depan aku sekarang ni. Tangan dia
buat gaya ‘hold on’ suruh aku tahan tahap kesabaran aku.
Hadoooiiii!! Satu kelas memandang kearah aku sebelum ketawakan aku. Coed
pun join gelak. Mai hanya mampu tergeleng-geleng je. Lepas tu dia pun join
gelak. Hish.. Kepala punya kawan!
Coeducational!! Jerit hati aku tak puas hati.
“Aku
rasa kalau kau hantar aku ni kat Tanjong Karang.. Eh bukan.. Err Tanjong
Rambutan.. Sah-sah diorang terima aku as patient diorang yang paling genius.”
Sara mengemaskan meja yang bersepah dengan buku subjek fizik itu. Revise balik
subjek yang lepas-lepas.
“Memang layak sangat!
Percaya la.” Suara Coed lak yang bagi respond. Elok je dia duduk diatas meja
study yang terletak dihadapan Sara.
Aku tanya Mai dia lak yang jawab. Cehh!! “Tak main futsal ke Tan Sri malam
ni?” Aku bagi ayat penghalau benda-benda keras. Harap dia ni sedar la yang dia
tu kategori ‘keras’. Shuh! Shuhh!! Nyah kau dari sini. Rasa macam shaman king
lak.
Dia memaling kearah Ice watch ditangannya. Yang itu original tau! So
tahu-tahu la harga dia. “Hehe. Aku nak hadap muka bini aku dulu, baru la ada
feel nak menang fight budak seberang malam ni.” Dia sengih sambil
goyang-goyangkan kakinya yang tak cecah lantai tu macam budak kecil.
Dah habis bujang senang dah aku tengok dia ni. Geram betul aku budak yang
terlebih sense of humour ni. “Masalahnya bini kau tu ramai sangat tau! Aku yang
keseratus berapa ni gak yang kau nak kacau..” Memang ramai pun. Dia ni selalu
je ajak orang kahwin, tapi sejak aku pakai tudung ni aku rasa aku sorang je
yang dia ajak. Err tak tahu la kalau belakang aku masalah mengajak semua orang
kahwin tu dia masih ada. Aku pandang kearah pintu keluar kelas ni aku nampak
Kucai dengan Daim dah main ‘tata’ lambai aku.
“Mama, suruh papa tu
cepat sikit la ngorat mama.. Kitorang dah lambat nak pergi fight ni.” Kucai
cakap dekat aku tapi volume dia macam orang yang nak cakap dekat 500 orang tapi
tak ada speaker. Wei dalam kelas ni ada ramai lagi student kau tahu tak?? Entah
budak sekolah mana-mana entah.
“Mama!! Cepat la halau
papa tu.” Daim pun join cakap kuat-kuat. Aku rasa macam nampak ‘microphone’
lutsinar je depan mulut dia tu. Haih. Sini pun kau nak aku mengaku kau tu anak
gak ke? Ni namanya batak sangat nak jadi muda.
Aku toleh kanan aku. Eh mana perginya Mai tadi? Dengan redhanya kau pandang
depan balik. “Pak cik, aku rasakan kau better blah sekarang. Diorang nak cepat
tu.”
“Okay.. One question
before that.. Will you marry..”
“Ye setuju.. Ha pergi
la cepat.” Aku keluarkan handset ‘mah-hal’ aku, nak call babah minta ambil aku
balik kelas tusyen malam ni. Aku dah tahu dah soalan mamat ni. Kalau nak cepat
sila setujukan aje. Kalau tak dia akan tanya sampai la kau setuju.
Coed menarik muncungnya. “Ye la.. Cik datin uii.”
Aku petik jari sekali dua teringat sesuatu. “Ha! Baru aku ingat.. Sabtu ni
lepas habis kelas.. Aku ingat aku nak buat sup tulang favourite babah aku tu..
Eheh, sabtu ni dia free.. So jemput la datang rumah aku.” Saja je buat
makan-makan. Selalunya babah aku sibuk je even hujung minggu dengan kerja dia
tapi gaji tak naik-naik gak. Agak musykil disitu sebenarnya. Hehe.
“Ae?” Mata Coed macam
dah bersinar-sinar, tak jadi nak panjangkan muncung. Yes! Malam ni komfem aku
menang punya la main bola! “Kau nak masak apa je lagi? Nak aku belikan bahan
apa-apa tak?”
“Hehe.. Aku masak lala
masak cina, Ikan masak tauchu, sayur tomyam, cendawan goreng dengan daging rusa
masak kicap.” Banyak an menu aku nak buat. Hehe. “Datang la.. Ooo lupa nak
cakap, aku ajak kau sebab aku nak pergi beli bahan memasak dengan kau la. Hehe.”
Aku dengan bangganya angkat tangan ‘peace no war’. Tak lah, aku tipu je. Family
aku kan dah kenal sangat dengan Coed ni, dah macam adik aku sendiri dah sebab
dah lama sangat kitorang ni hidup bersama.. So, tak salah rasanya aku ajak dia
join. Kejap lagi aku nak ajak Mai lak join sekaki makan dekat rumah aku ni.
Coed mencebik. “Aku dah agak dah.. Kau ajak aku join mana pernah ikhlas..
Cehh.. Mujur menu kau sedap-sedap tau.” Sengaja muka merajuk dipamerkan. “Boleh
buat tambahan menu tak?”
“Errmm.. Boleh tapi
aku buat kerja kalau dengan kau mana pernah ikhlas tau.” Sengaja aku ulang
balik ayat dia. Aku minta dia temankan aku pergi market je pun beli bahan
sikit-sikit. Bahan mentah mak aku dah belikan. Tulang lembu pun dalam peti ais
rumah aku masih ada.. Ala baki daging korban, satu tahun pun susah woo nak
habiskan. Last-last aku gak yang kena masak buat kenduri panggil kawan-kawan
sendiri. “Kau kena la belanja aku ais cream yang besar tu dua.” Haha demand
tak? Tak apa duit mamat ni tak pernah luak pun. Aku just gurau-gurau cakap
macam ni tapi kalau dia buat betul pun kira halal je la. Haha!
“Weii!! Cepat la
Coed!! Mama ni ngorat papa lama sangat! Jenuh kitorang menunggu ni.” Kucai dah
buat muka bosan menunggu. Nak sembang lama sangat pun tunggu esok-esok je la.
Coed buat muka bengkek. Cehh Kacau daun keladi betul la budak dua ekor tu.
“Okay la.. Okay la.. Nak aku drive ke siapa?” Dia dah berdiri dari duduknya.
Beg sandangnya ditarik sempang kebadan. Rambutnya dibetulkan.
See? Berapa lama sangat la dia mampu pakai songkok kan? Tak apa la at least
dia try. Bukannya wajib pun pakai songkok tu. “Pak Wan! Kau tu kalau nak aku
naik kereta yang kau drive tunggu ada lesen dulu.. Kau ingat aku sanggup ke
mati katak puru tak kahwin macam ni?” Pak Wan tu drebar mamat ni. Pak cik tu
pun dah naik kenal dah aku ni. Mana tak nya kitorangkan kawan dari kecil. Dari
zaman pergi tadika dulu, Pak Wan la yang jadi mat drebar mamat ni. Mak bapak
dia ni?
Hehe enough said la.. Orang yang kerja dekat tempat kos sara hidup tinggi
ni majoriti semuanya kejar saham dunia, sampai hal akhirat pun diorang SENGAJA lupakan.
Anak-anak terbiar macam tu je. Didikan agama pun kurang. Semua percaya seratus
peratus dekat cikgu, tapi diri sendiri? Anak-anak pun satu hal, relakan diri ni
dengan kehidupan ‘gelap’ yang tak ada arah tujuan. Kita ada akal, kita boleh
fikir. Sebab tu la manusia dan haiwan berbeza, so jangan sesekali comparekan
manusia dengan haiwan.. Melainkan manusia tu tak ada akal macam diorang gak.
“Aku balik dulu!” Coed
angkat tangan. Dah jauh nak sampai pintu tu dia tepuk dahi sekali. Dia pusing
arah aku. “Assalamualaikum!”
Aku senyum, tak tahu kenapa mamat ni makin hari makin baik jugak la
perangai dia. Aku jawab salam. Kemudiannya Mai datang menghampiri aku ajak
turun bawah sama-sama.
“Auni.. Aku ada satu
berita gembira dan satu berita sedih.. Which one you would like to dengar
dulu?” Mai mengangkat fail hijaunya ketangan.
Hadooii, kena pilih ke? “Err good news?”
“Alan Lee akan datang
kesekolah kita sebab ada match.” Sara, sila berterima kasih dekat aku okey? Tadi
after habis kelas aku terus bersembang dengan budak-budak boys school tu. Ada
la seorang dua. Haha. Free-free je aku buat sesi temuramah terbuka! “Perlawanan
persahabatan.”
Waaah!! Mata aku dah habis bersina-sinar dah ni wei!! Waaah!! Alan Lee la!!
Err tapi ada bad news.. “berita buruknya?” Tolong la jangan cakap semua tu tipu
semata-mata!! Sara buat muka sedih.
“Berita buruknya..
Match tu hari sabtu dan dari pukul 8 sampai 12 atau mungkin habis awal.” Satu
nafas je Mai cakap berita tak best tu. Kaki sudah dihayun menuruni anak tangga.
Erkk?? Kenapa dunia? Kenapa?! Waa... kelas sejarah kitorang tu betul-betul
dari pukul 8 sampai 12.. Waaa!!! Nak nangis!! Baru ada peluang nak jumpa
dekat-dekat ni.. Waa!! “Aku rasa aku nak bunuh Zain!” Sara cakap tanpa
perasaan.
Sara memandang jam dinding dikelasnya. Wajahnya kelihatan muram. Insan
disebelahnya dipandang untuk menagih simpati.. Waaaa!!! Sedihnya.. Dah pukul
12.30 tengahari. Sah-sah la match tu dah tamat. Turun tangga je ni, nak pergi
tennis court tu lagi dah 15 minit. Waaaa!! Sedih gila!!
“Akhirnya!! Fuhh!!
Rasa otak aku ni anytime je kalau kau tanya soalan sejarah form 4.. Tup tup aku
boleh jawabnya!” Zain menggeliatkan badannya kekanan dan kekiri dan kemudiannya
menoleh belakang. Belakang dia tu AKU!
Aku pandang je Zain tajam. Lepas tu aku buat muka sedih. Mai dah main
sengih-sengih dah bila Zain tanya aku kenapa. Aku bangun berdiri dengan layunya
macam pokok eksperimen yang tak disiram seminggu tu keluar dari kelas. Aku rasa
aku nak pergi tennis court tu la.. Mana la tahu jodoh kitorang ni kuat
sebenarnya.
Aku jalan dan jalan dan jalan dengan slownya. Akhirnya sampai gak dekat
tennis court tapi tak ada orang pun dekat situ. Betul la kitorang ni tak ada
jodoh. Waaa... Sedih gila! Okay petang ni aku nak isi form la nak register
terus masuk Tanjong Rambutan. Uhuk! Uhuk! Sedihnya. Aku pegang je pagar Tenis
tu. Muncung panjang.
Tap! Tap! Tap! Aku dengar bunyi derap tapak kaki. Ehh? Aku pandang depan.
Erkk? Alan datang menghampiri tempat net padang tu. Lepas tu aku nampak dia
mengambil sebiji bola tenis yang tertinggal dekat situ tadi. Aku tengok je
gelagat dia. Masa dia dah ambil tu, dia terperasan aku yang tengah melekat
dekat pagar court ni macam lalat kena hinggap dengan raket elektrik tu. Tapi
dia diam je.
Err.. “Yo?” Apa kejadahnya aku sebut yo ni? Hadooii Sara kau nak main yoyo
ke? Kau cakap macam ni mana la dia nak respond. Macam perempuan gengster lak.
Dia pandang kearah aku sekali lagi. Lepas tu dia senyum dan datang
menghampiri aku tapi jauh gak la jarak kitorang ni. Err Satu meter je.
Alan angkat tangan. “Yo.” Lepas tu dia gelak-gelak. Kelakar kut dengar aku
cakap yo-yo ni.. “Saya kenal awak ke?”
Sara sengih tak tahu nak respond. Girl yang dare gila bagi awak green light
touch tangan awal bulan lepas tu.. Ala dekat Jusco tu la, masa tu girl tu tak
pakai tudung. Tak ingat lagi? Ala time awak broke up tu. Errk tak kan aku nak
cakap macam tu lak? “Agak-agak?” Berani je aku jawab. Waaah!! Dia dekat depan
mata aku la. Lihatlah dunia!! Jodoh kami ni kuat tau!
Satu set badan mamat ni guna jenama Nike. Bapak dia ni taukey Nike ke wei
sampai satu set baju, seluar campur kasut dengan cap dia Nike ni? Jam dia je
lain tapi bukan jenama hari tu, Ni jam Nixon kan? Yang the genie tu. Smart kut.
Magai .. Mamat ni dahsyat sungguh!
Dia senyum lagi. “Kenal kut.. Kalau tak mesti la awak tak tegur saya.” Cap
yang lidahnya kedepan tu dia pusingkan kebelakang. Ha, baru nampak muka dia ni
dengan jelas. Boleh luruh iman aku ni.
Aku dah garu-garu kepala tak tahu nak cakap apa. Aku anggukkan aje. Lepas
tu aku senyum macam orang tak siuman. Hadooi!!
“Ookay la.. Thanks
tegur saya. Minta diri dulu. Bye.”Dia angkat tangan nak berundur.
Aku memang la tak boleh nak menghampiri dia.. Sebab depan aku ni pagar
tenis tau.. Melainkan aku ni rajin buat kerja gila meroyan pusing ke belah
sana. Nampak pelik sangat disitu. “Err.. Awak!”
Dia toleh kebelakang. Pelik dengan aku yang tiba-tiba panggil dia. Dia diam
je dan senyum sekali sambil mengangkat bahu dengan tangannya yang separuh masuk
poket seluar tu.
“Err.. Kalau awak
sedihkan.. Awak..” Tak kan aku nak suruh orang cina ni banyakkan selawat, baca
al-Quran lak? Sebab aku tak suka tengok dia tension macam hari tu. Walau macamana
pun problem seseorang tu, mesti ada penyelesaiannya.. First sekali kita kena
kuat. “Aa.. Awak dengar la lagu tajuknya Stand by Rascal Flatts.. Err mungkin
awak boleh motivated ke?.. Aa.. Itu je.” Aku dah garu-garu kepala yang
pura-pura gatal ni. Apa aku melalut ni?
Alan diam sebentar dan kemudiannya dia memandang aku lama macam
mengingatkan sesuatu. Kemudiannya dia senyum dan mengambil BB nya didalam poket
seluar. Dia tekan-tekan something dekat situ. “Thanks.” Dia senyum. Dia
berjalan mengundur belakang dengan bola tenis yang dia ambil tadi
dilantun-lantunkan ketanah sebelum dia main lambung-lambung pula. Lepas tu aku
dengar dia pasang lagu yang aku suruh dia dengar tu.
You feel like a candle
in a hurricane
Just like a picture
with a broken flame
Alone and helpless
Like you’ve lost your
fight
But you’ll be alright
You’ll be alright
Cause when push comes
to shove
You taste what you’re
made of
You might bend, till
you break
Cause its all you can
take
On your knees you look
up
Decide you’ve had enough
You get Mad, you get
strong
Wipe your hand shake
it off
Then you stand, then
you stand
Dia pusing depan dan blah. Aku nampak dia senyum lagi menawan dari yang dia
mula-mula senyum dekat aku tadi.
Aku hanya mampu main ketuk-ketuk kepala je. Apa kau merapek ni Sara?? Rasa
muka ni macam panas je. Waaa.. asal aku malu giler ni?? Handset aku tiba-tiba
je bergegar didalam poket. Aku dengan otak yang masih merewang-rewang ni
mengangkat panggilan. Waaa.. aku tengah malu ni.
“Wei! Aku dah lama
gila tunggu dekat kereta ni.. Jadi ke tak ni?” Coed dah main perli-perli aku.
Memang la dia tunggu lama. Dah la kena singgah ambil aku dulu. Dia kan tak ada
kelas tambahan macam aku hari ni? Huhu.
“Ala wei.. Sorry!
Sorry!! Aku tak sengaja.. Kau tunggu kejap ae, aku on the way ni.” Aku rasa aku
masih tak betul ni.. Waa.. Apsal aku rasa muka aku ni masih berbahang? Waaa..
Malunya!! Sambil berjalan nak ke pagar depan tu aku main tepuk-tepuk pipi bagi
otak aku ni center balik. Dah.. Dah tu Sara postpone malu tu esok-esok, kitakan
nak happy-happy je hari ni. Dooii sepatutnya aku kena cakap thanks tadi sebab
dia bagi ceramah free dekat aku masa kat Jusco dulu tu sampai aku sahut nak
change ni. Yooo.. Aku senyum. Balik ni aku nak dengar lagu stand jugak la. Aku
senyum lagi. Sah aku ni meroyan!